Anda di halaman 1dari 2

BAB 1

PENGENALAN

1.0 LATAR BELAKANG

Fenomena Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender (LGBT) semakin hari semakin menjadi isu
utama yang mendorong wujudnya tingkah laku songsang dalam kalangan masyarakat di
Malaysia, terutama dalam kalangan generasi muda. Budaya LGBT sememangnya
menyimpang daripada norma masyarakat di Malaysia terutama apabila ia melibatkan isu
berkaitan agama dan budaya di negara ini. Kewujudan fenomena ini mencetuskan kontroversi
terutamanya apabila ia benar-benar menyimpang daripada ajaran agama Islam yang sebenar
di mana Malaysia merupakan salah sebuah negara yang berpegang kepada ajaran Islam
sebagai agama rasmi.

Manusia diciptakan Allah s.w.t. dengan sebaik-baik kejadian di muka bumi ini. Firman Allah
S.W.T :

َ ‫سانَ فإي أ َ ْح‬


‫س إن ت َ ْق إويم‬ ‫لَقَ ْد َخلَ ْقنَا ْ إ‬
َ ‫ال ْن‬
Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-
baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).”

Selain itu, manusia mempunyai kedudukan yang tinggi dan mulia di sisi Allah s.w.t.
berbanding makhluk-makhluk yang lain. Allah menciptakan manusia sebagai khalifah di muka
bumi. Secara fitrahnya Allah s.w.t. menjadikan setiap makhluk-Nya dalam keadaan
berpasang-pasangan seperti lelaki dan perempuan, atau jantan dan betina bagi haiwan.
Firman Allah S.W.T :
‫اس إ إ ن َّ ا َخ ل َ قْ ن َا كُ ْم إم ْن ذ َكَ ر َو أ ُنْ ث َ ٰى َو َج ع َ لْ ن َا كُ ْم شُ ع ُو ب ً ا َو ق َ ب َ ا ئ إ َل‬
ُ َّ ‫ي َ ا أ َي ُّ َه ا ال ن‬
َّ ‫َّللا إ أ َت ْ ق َ ا كُ ْم ۚ إ إ َّن‬
‫َّللا َ عَ لإ ي مٌ َخ ب إ ي ٌر‬ َّ َ ‫ار ف ُوا ۚ إ إ َّن أ َ ْك َر َم كُ ْم إع نْ د‬
َ َ ‫ل إ ت َع‬
Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki
dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara
kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,
lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)’’.

Namun, terdapat satu lagi golongan yang terpencil iaitu diistilahkan sebagai Khunsa.
Kewujudan Khunsa merupakan tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. agar manusia mengambil
pengajaran dan hikmah daripadanya. Khunsa merupakan seseorang yang dilahirkan dalam
keadaan mempunyai dua alat kelamin, lelaki dan perempuan. Justeru itu, pengkaji memilih
pelajar ITQAN sebagai responden dan mengkaji dari aspek kefahaman mereka terhadap
golongan Khunsa.