Anda di halaman 1dari 16

ETIKA PERBANDINGAN MPU 3312

TUGASAN
SEMESTER JANUARI 2018

MPU 3312
KURSUS

ETIKA PERBANDINGAN
NAMA KURSUS

SARJANA MUDA PENDIDIKAN


PROGRAM

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

PUSAT
PEMBELAJARAN
ETIKA PERBANDINGAN MPU 3312

Bahagian A

1. Jelaskan maksud etika, moraliti dan nilai dan huraikan perbezaannya. (10 markah)

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), etika bermaksud ilmu berkaitan prinsip-
prinsip akhlak atau moral. Selain itu, ianya juga bermaksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak
yang menjadi pegangan individu atau sesuatu kumpulan. Menurut Encyclopedia of Americana
pula, istilah etika yang diambil dari perkataan Bahasa Inggeris ‘ethics’ yang berasal dari
perkataan ‘ethos’ dari Bahasa Yunani yang membawa maksud adat kebiasaan dan perkataan
‘ethicos’ yang membawa maksud moral.

Dr H. Hamzah (1985) menyatakan maksud etika sebagai ilmu yang digunakan untuk
menyelidiki mana yang baik dan mana yang buruk dengan memperhatikan amal perbuatan
manusia sejauh yang dapat diketahui oleh akal. Berdasarkan pelbagai definisi yang telah
dinyatakan, dapat disimpulkan bahawa maksud etika secara harfiahnya merujuk kepada suatu
cabang dari ilmu falsafah yang membuat penyelidikan tentang moral dan tingkah laku manusia
samada dari aspek perbuatan yang baik ataupun yang tidak baik yang perlu dipelajari dan
diamalkan dalam kehidupan seharian setiap individu.

Moraliti menurut Kamus Dewan pula ialah prinsip akhlak atau kelakuan yang baik atau
yang mulia. Perkataan moraliti diambil dari istilah moral yang berasal dari bahasa latin iaitu
‘Mores’ yang juga membawa maksud adat kebiasaan. Moral juga membawa maksud sesuai
dengan idea-idea umum yang diterima tentang tindakan manusia mana yang lebih wajar, ianya
dikait rapat dengan keadaan sosial dan lingkungan tertentu (Hamzah ya’cub, 1983). Justeru,
secara umumnya moral lebih membincangkan perilaku secara praktikal dan penilaian terhadap
sesuatu yang baik atau buruk adalah berpandukan corak penerimaan masyarakat sekeliling.

Nilai pula bermaksud sifat ketinggian, darjat, kualiti, mutu atau taraf (Kamus Dewan,
2010). Menurut Nik Rosila Bt Nik Yaacob, nilai ialah standard atau ukur tara dan prinsip yang
digunakan untuk mempertimbangkan harga (worth) sesuatu benda, perkara, perbuatan, tingkah
laku, kejadian dan keadaan samada benar, baik, berguna, diingini atau pun yang sebaliknya.

Terdapat tiga jenis nilai, iaitu nilai estetik yang berkaitan dengan ukuran keindahan dan
kecantikan, nilai instrumental yang secara tersendiri tidak penting tetapi membantu dalam
pencapaian sesuatu matlamat, dan nilai moral, etika dan akhlak iaitu standard atau prinsip yang
ETIKA PERBANDINGAN MPU 3312

digunakan untuk mengukur dan menghakim samada sesuatu perlakuan, tujuan atau maksud itu
adalah wajar atau tidak.

Perbezaan antara etika, moral dan nilai ialah etika merujuk kepada pengajian tentang
perangai dan tingkah laku dan juga merujuk kepada sejumlah sistem ataupun peraturan dan
undang-undang yang dikaitkan dengan sesuatu perilaku. Moral atau moraliti pula merujuk
kepada tingkah laku yang benar-benar dilakukan dan penialaian terhadap baik buruk sesuatu
perlakuan itu adalah berdasarkan pandangan masyarakt sekelilingnya. Nilai pula merujuk
kepada standard atau alat pengukuran yang digunakan untuk mengukur sesuatu perilaku
samada beretika atau tidak dan juga bermoral atau tidak berdasarkan pandangan masyarakat.

2. Jelaskan ciri-ciri etika Shinto. Bagaimana Shinto menerima pengaruh-pengaruh


daripada agama lain dan menerapkannya dalam nilai-nilai etika Shinto? (15 markah)

Antara ciri-ciri utama agama Shinto ialah tiada pengasas yang nyata, tiada kitab bertulis,
tiada badan perundangan agama, tiada kod nilai dan moral yang ketat dan mempunyai badan
kepaderian yang diorganisasi secara longgar. Agama Shinto di Jepun, tumbuh dan berkembang
dalam lingkungan penduduk, bukan datang dari luar. Nama asal agama Shinto ialah Kami-no-
Michi yang bermakna jalan dewa. Pengasas agama Shinto tidak dapat diketahui karena ia
dipandang berasal dari dewa-dewa yang menurunkan bangsa Jepun.

Berdasarkan kitab suci Shinto didapati, tidak dinyatakan dengan jelas tentang pengasas
agama ini, namun secara logiknya, pengasasnya terdiri daripada golongan atasan yang menjadi
inspirasi kepada masyarakat Jepun. Ini disebabkan pengaruh daripada Buddha mula-mula
disampaikan kepada golongan atasan iaitu pemerintah.

Sumber agama Shinto yang menjadi pedoman dalam kehidupannya adalah berdasarkan
sebuah kitab yang dianggap suci iaitu bernama Nihong atau Nihonggi (Nihonciki) ditulis pada
720 Masihi. Ia memuatkan pelbagai mitodologi dewa-dewa. yang menjadi asas kepercayaan
mereka pada peringkat awal perkembangannya.

Namun, sebuah buku yang dikenali sebagai Konyiki (712Masihi) juga merupakan antara
sumber lain yang dijadikan sebagai pedoman agama Shinto. Walau bagaimanapun, sumber
kedua-dua buah buku tersebut mengandungi huraian tentang asal-usul Jepun, kepercayaan dan
kisah-kisah (maharaja-maharaja) yang memerintah negeri tersebut. Hal ini menunjukkan
bahawa jelas pembentukkan agama Shinto adalah berdasarkan pegangan maharaja mereka.
ETIKA PERBANDINGAN MPU 3312

Dalam agama Shinto, para penganutnya percaya kepada tuhan yang digelar ‘Kami’. Kami
yang dianggap sebagai tuhan yang bersifat dewa-dewa, yang mempengaruhi kehidupan
manusia dalam masyarakat Jepun. Manusia awal Jepun juga menyembah kami yang kononnya
mempunyai kuasa pada tanah, tempat, keluarga, kampung ataupun pintu masuk ke kampung
dan seumpamanya.

Menurut mitos pula, negeri Jepun telah diwujudkan oleh kami dan diperintah oleh pewaris
Amaterasu. Amaterasu merupakan dewa Matahari yang mempunyai kedudukan paling tinggi
di antara dewa-dewa lain yang terdapat dalam ajaran agama Shinto. Dalam penulisan Abdul
Halim (2005), beliau menyatakan Amaterasu-Omi-kami juga dikatakan asal usul Maharaja
Jepun.

Dalam ajaran agama Shinto, terdapat juga beberapa ciri-ciri etika Shinto dan secara
umumnya nilai etika Shinto banyak dipengaruhi oleh etika Confucianisme dari ajaran Buddha.
Antara ciri-ciri etika Shinto ialah menggalakkan kehidupan yang besederhana dan kehidupan
yang berharmoni diantara Tuhan (Kami), alam sekitar dan juga manusia. Menurut Ghazali
(2001), kepercayaan penganut Shinto dalam beragama itu adalah berdasarkan kepada kuasa
ghaib yang wujud dalam alam semula jadi seperti pada pokok, gunung, laut dan angin.

Ini kerana dalam agama Shinto, mereka percaya terhadap kuasa roh fenomena alam seperti
hujan, api, petir, hutan, haiwan liar dan manusia yang luar biasa juga turut terlibat
mempengaruhi kehidupan manusia dalam masyarakat Jepun. Justeru, tidak hairanlah sekiranya
ciri etika agama Shinto adalah kehidupan yang harmoni antara Tuhan, alam sekitar dan juga
manusia.

Ciri etika Shinto yang kedua ialah kehidupan adalah berdasarkan kepentingan bersama dan
bukan atas kepentingan individu. Justeru, dalam etika Shinto juga, penganutnya menekankan
amalan, sikap dan kepekaan yang betul. Hal ini kerana mereka sangat mementingkan
kehidupan secara kebersamaan dan bukan terhadap kepentingan sendiri. Ini jelas dapat dilihat
dalam kebudayaan dan kehidupan masyarakat Jepun pada masa kini seperti sentiasa berbaris
ketika menunggu giliran, tidak membuang sampah merata-rata dan sebagainya.

Ciri etika Shinto yang seterusnya ialah menekankan ketaatan kepada Tuhan (Kami) serta
kesyukuran kepadanya kerana rezeki yang diberi serta kemurahan hati nenek moyang mereka.
Ketaatan kepada Kami dapat dilihat kepada istilah ‘Kamikaze’ masyarakat Jepun yang sanggup
berkorban untuk menghapuskan musuh demi menunjukkan ketaatan kepada pemerintah dan
ETIKA PERBANDINGAN MPU 3312

kepercayaan mereka. Hal ini sama seperti yang dinyatakan oleh Abdul Talib Ahmad (2005)
salah satu ajaran penting Shinto ialah memusatkan perhatian dan kepatuhan kepada maharaja
yang dianggap Tuhan di bumi. Mereka menanamkan semangat berkorban segala-galanya untuk
maharaja. Disamping semangat kebangsaan Jepun. Selain itu mereka juga menyembah
maharaja, dan mati untuk maharaja adalah mati suci.

Dalam ciri etika Shinto juga ialah pentingnya untuk bersikap positif dan memfokus kepada
masa kini. Ciri etika Shinto yang seterusnya ialah untuk mempercayai bahawa manusia adalah
secara nalurinya bersikap baik, dilahirkan suci dan berpandangan jelas, manakala sebarang
kejahatan atau keburukan merupakan cabaran sementara dan mesti ditangani. Agama Shinto
tidak pernah membangunkan satu-satu falsafah dan kanun etika, tetapi ia sentiasa berpegang
teguh kepada tabu. Tabu bermaksud senarai dosa yang tidal suci. Dalam apa saja upacara,
penganut Shinto mestilah mengelakkan unsur-unsur yang tidak suci.

Disebabkan ciri-ciri dan asal usul agama Shinto tidak mempunyai pengasas dan kitab asal
menyebabkan kebanyakkan ciri etika mereka dipengaruhi oleh agama lain seperti Buddha dan
Kristian. Jelas seperti yang dibincangkan lebih awal etika Shinto banyak dipengaruhi oleh etika
Confucianisme dalam ajaran Buddha. Contohnya, dalam soalan pengurusan kematian,
penganut Shinto lebih cenderung memilih agama Buddha kerana agama ini mempunyai cara-
cara yang lebih teliti dalam mengurus berkaitan hal keagamaan. Ini dibandingkan dengan
Shinto, mereka tidak berapa menyentuh terhadap hal-hal yang berkaitan kematian.

Selain itu, tiada ritual yang nyata dalam mengadakan hal-hal seperti menyambut kelahiran
anak, perkahwinan dan sebagainya dalam agama Shinto. Oleh itu, penganut agama Shinto
terbuka untuk menerima apa sahaja ritual yang berkaitan asalkan tidak melanggar etika atau
moral kepercayaan mereka. Konsep Tuhan (Kami) itu sendiri menyebabkan penganut Shinto
terbuka kepada apa sahaja sambutan atau ritual agama lain asalkan tidak melanggar adat dan
kepercayaan mereka.

Justeru, tidak hairanlah penganut Shinto dapat menerima ajaran anutan agama yang lain
dengan hati yang terbuka kerana penganut Shinto percaya bahawa agama-agama lain juga
terdapatnya Tuhan-Tuhan yang terdapat dalam ajaran Shinto. Oleh itu, dapat dilihat walaupun
Shinto adalah agama utama, namun dalam etika seharian mereka dipengaruhi oleh agama lain
seperti Confucianisme, Taoisme dan Kristian dalam kehidupan mereka. Masyarakat Jepun
yang beragama Shinto turut menyambut perayaan Krismas yang disambut oleh penganut
ETIKA PERBANDINGAN MPU 3312

Kritstian dan terdapat juga mereka yang berkahwin mengikut ritual Kristian walaupun mereka
bergama Shinto.

Kesimpulannya ialah agama Shinto ialah simbolik semata-mata kerana tidak pernah
menjadi agama eksklusif dan membolehkan ajaran agama lain seperti agama Buddha,
Confucianisme, Taoisme dan Kristian di bawa masuk dalam kehidupan seharian rakyat Jepun.
Kemasukkan agama-agama lain tidak membawa kepada pergeseran agama yang nyata kerana
mereka tidak menekankan aspek keagamaan dalam ritual kehidupan seharian mereka. Mereka
lebih berpegang kepada disiplin diri yang tinggi dan kehidupan kebersamaan dan keharmonian
antara Tuhan, alam sekitar dan manusia dan mengamalkan etika dan moral yang baik dalam
bermasyarakat.

3. Agama Hindu mempercayai bahawa alam sekitar patut disembah bukan untuk
dieksploitasi. Berikan TIGA (3) contoh dan jelaskan bagaimana amalan penganut
agama Hindu ini menunjukkan ketaatan mereka dan kesucian terhadap alam dan
hidupannya? (15 markah)

Menurut Shamsul Kamarudin (2011), Agama Hindu telah terpelihara sejak zaman Veda
lagi dengan idea bahawa Tuhan (Brahman) wujud dan boleh dialami secara mendalam dengan
mencapai keadaan kesedaran. Mereka percaya dengan kitaran kelahiran, kematian dan
kelahiran semula (samsara) di mana sistem ini bergantung dengan amalan-amalan (karma)
seseorang itu yang akan menentukan kehidupan seterusnya di alam yang lain. Yoga
(penyatuan) ialah amalan rohaniah untuk mencapai penyatuan antara Atman (iaitu, roh diri)
denganBrahman (Roh Agung). Brahman, satu realiti yang menyeluruh, menjadi Isvara (Tuhan)
melalui tiga sifatnya iaitu;

i. Brahma: Pencipta
ii. Vishnu: Pemelihara
iii. Shiva: Tuhan Pemusnah dan Kelahiran semula.

Ini pula boleh ditambah dengan pemujaan kuasa feminin alam semesta, iaitu Shakti yang juga
dipanggil Devi. Orang Hindu mempunyai tiga kepercayaan utama:

 Shaivisme
ETIKA PERBANDINGAN MPU 3312

Pemujaan Shiva, dewa paling hebat, iaitu Pemusnah dan Pencipta Semula. Shiva juga
dikenali sebagai Mahadev atau Maha Dewa. Kuasa ciptaannya dirayakan dengan
penyembahanlingam, satu objek pujaan berbentuk huruf r yang lazim terdapat di kuil-kuil dan
juga rumah-rumah orang beragama Hindu.

 Vaishnavisme

Pemujaan dewa Vishnu merupakan amalan paling popular di kalangan orang Hindu sebab
Dewa ini sering mengambil bentuk manusia dari masa kesemasa untuk membantu manusia.
Dewa ini telah melalui sembilan kehidupan semula (avataras) dan ia diramalkan akan kembali
hidup semula dalam bentuk lain. Daripada sembilan kelahiran itu, dua kelahiran yang paling
utama adalah ketika Dewa ini mengambil bentuk manusia sebagai Rama dan Krishna

 Shaktisme

Pemujaan tenaga aktif wanita yang termasuk kuasa pemusnah Kali dan yang lebih lembut,
iaitu Dewa Parvati dan Uma. Dalam agama Hindu juga mereka mempercayai bahawa alam
sekitar perlu dipelihara dan bukannya dipergunakan secara sesuka hati. Terdapat pelbagai
contoh penyembahan terhadap alam sekitar dalam amalan penganut agama Hindu yang
menunjukkan ketaatan dan kecintaan mereka terhadap ajaran tersebut.

Antaranya ialah dapat dilihat dalam sambutan perayaan atau Hari Thaiponggol. Sambutan
Hari Thaiponggol ialah merupakan perayaan yang disambut sempena pesta menuai. Sambutan
pesta menuai ini diadakan untuk memberi persembahan dan hari memuliakan Dewa Matahari
yang penting kepada semua tanaman. Upacara penyembahan juga diadakan di kuil secara
besar-besaran, dan sambutan kecil-kecilan di setiap rumah.

Bagi sambutan Hari Thaiponggal di rumah, seluruh keluarga akan bangun awal dan mandi
dan berpakaian cantik sebelum subuh. Semua ini dilakukan tanpa menggunakan cahaya.
Apabila semua ahli keluarga telah bersedia, mereka berkumpul mengelilingi gubahan buah dan
bunga. Hanya ketika itu lampu akan di gunakan. Gambaran kecantikan alam semulajadi mesti
merupakan gambaran pertama dilihat pada waktu pagi. Pada pagi hari, makanan pagi adalah
berasaskan "vegetarian" iaitu yang berasal dari tumbuhan sepenuhnya akan dihidangkan
kepada semua ahli keluarga. Perayaan ini jelas menunjukkan ketaatan penganut Hindu terhadap
alam sekitar iaitu penyembahan mereka ke atas Dewa Matahari yang dianggap sebagai Tuhan
yang menyumbang kepada kesuburan tanaman mereka.
ETIKA PERBANDINGAN MPU 3312

Contoh amalan kedua penganut agama Hindu yang menunjukkan ketaatan dan kecintaan
mereka kepada alam sekitar ialah walaupun sesetengah hindu makan daging, namun hampir
semua mengelakkan makan daging lembu kerana menghormati lembu kerana haiwan tersebut
merupakan jelmaan dewa mereka. Justeru, penganut agama Hindu telah membangunkan
masakan vegetarian iaitu masakan yang berasaskan daripada tumbuh-tumbuhan. Ini jelas
menunjukkan bahawa penganut Hindu menunjukkan ketaatan beragama mereka di dalam
amalan pemakanan dengan tidak mengamalkan amalan memakan daging yang membawa
kepada perbuatan mengorbankan nyawa sesuatu kehidupan seperti lembu yang dianggap
haiwan suci oleh mereka.

Contoh ketiga amalan penganut Hindu yang menunjukkan kecintaan dan ketaatan mereka
kepada alam ialah dengan penggunaan api dalam setiap ritual mereka. Api di dalam Veda
disebut sebagai Agni. Penguasa api adalah Dewa Agni. Api disebut sebagai saksi (Purohita)
yang wajib ada dalam setiap pemujaan agama Hindu, walaupun dalam bentuk yang pelbagai.
Api digunakan dalam ritual seperti perkahwinan di mana pasangan pengantin akan berjalan
mengelilingi api sebagai salah satu acara dalam perkahwinan penganut Hindu. Selain itu, api
juga digunakan di dalam ritual pengebumian, iaitu mayat akan dibakar dan kemudian abu
mayat akan dialirkan ke sungai atau lautan.

Kesimpulannya, berdasarkan ketiga-tiga contoh yang diberikan jelas bahawa kepercayaan


penganut agam Hindu adalah berkisarkan alam sekitar dan hidupan. hal ini dapat dilihat dalam
amalan harian mereka seperti menyembah kepada Dewa Matahari serta percaya bahawa Tuhan
mereka boleh menyerupai apa-apa sahaja bentuk alam seperti pokok dan juga binatang seperti
lembu.
ETIKA PERBANDINGAN MPU 3312

Bahagian B

‘Konsep Hak Asasi Manusia berbeza mengikut kefahaman sesuatu agama dan budaya’

Jelaskan pernyataan tersebut mengikut kepelbagaian agama.

Menurut Harlida Abdul Wahab dan Asiah Bidin (2001), hak asasi atau kebebasan asasi
merupakan hak yang dimiliki oleh seseorang individu di sisi undang-undang. Hak asasi kadang
kala dianggap sebagai maruah diri seseorang. Dalam konteks manusia sejagat, hak asasi
bermaksud semua manusia adalah bebas dan mempunyai hak yang sama tanpa mengira agama,
bangsa, keturunan, warna kulit, bahasa dan lain-lain.

Haji Mahamad Naser Bin Disa (2012), dalam konteks manusia sejagat, hak asasi
bermaksud semua manusia adalah bebas dan mempunyai hak yang sama tanpa mengira bangsa,
warna kulit, agama, keturunan, bahasa dan lain-lain dimata undang-undang. Berdasarkan
maksud tersebut maka hak asasi menjadi satu tuntutan agar setiap manusia diberikan haknya
secara sama rata dan adil.

Atas dasar itu maka hak asasi seringkali menjadi satu tuntutan supaya setiap manusia
diperlakukan secara sama rata dan adil. Namun jika diteliti, tuntutan hak asasi adalah berbeza
dari satu tempat ke satu tempat yang lain bergantung kepada kehendak inasyarakat. Hak asasi
manusia juga dilihat berbeza mengikut kefahaman sesuatu agama dan budaya.

Agama pula adalah sebuah koleksi tersusun dari sudut kepercayaan, sistem budaya dan
pandangan dunia yang menghubungkan manusia dengan pemerintah dalam kehidupan
manusia. Kebanyakan agama mempunyai simbol atau sejarah suci yang bermakna bagi
menjelaskan asal-usul kehidupan atau alam semesta. Secara tidak langsung, agama membentuk
moral, etika, hukum agama dan hidup manusia.

Justeru, perbincangan hak asasi manusia berbeza mengikut kefahaman sesuatu agama
dan budaya akan tertumpu kepada agama Islam dan juga agama Buddha. Ini kerana ianya
merupakan agama-agama utama yang diamalkan di Malaysia. Hak asasi manusia dalam agama
Islam seperti yang dinyatakan oleh C.C Weeramantry, seorang bekas hakim Mahkamah Agung
Sri Lanka dan Professor Undang-Undang di Universiti Monash, Australia serta pernah menjadi
Timbalan Presiden Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague, dalam bukunya ”Islamic
ETIKA PERBANDINGAN MPU 3312

Jurisprudence : An International Perspective” telah mengakui bahawa Islam telah mengiktiraf

hak asasi manusia 1,000 tahun lebih awal daripada Barat.

Tambah beliau lagi, langkah-langkah awal untuk menginstitusikan hak kemanusiaan


insan boleh dilihat daripada Perlembagaan (Piagam) Madinah yang dibentuk oleh Nabi
Muhammad S.A.W. pada awal abad ke-7 bagi umat Islam dan bukan Islam setelah tertubuhnya
negara Islam yang pertama itu di Madinah. Perlembagaan Madinah mengandungi 47 Fasal
yang antaranya mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan hak asasi manusia. Hak
untuk bebas beragama misalnya diberi dan diamalkan oleh penduduk Madinah ketika itu
khususnya melalui Fasal 25. Walaupun Rasulullah S.A.W. menerbitkan konsep “ummah”
namun konsep itu tidak mengetepikan identiti dan agama kaum lain.

Khutbah wada’ atau khutbah terakhir yang disampaikan oleh Nabi S.A.W. pada
penghujung hayat Baginda, iaitu pada tahun 10 Hijrah. dirakam oleh sejarah sebagai deklarasi
ulung perlindungan hak insan. Pada masa yang sama, khutbah berkenaan membentuk garis
panduan penting dalam pengurusan aspek-aspek utama dalam kehidupan seperti perundangan,
ekonomi, siasah, kekeluargaan dan kemasyarakatan.

Selain itu, keadilan yang ditekankan dalam gagasan hak asasi manusia moden tidak
bertentangan dengan al-Quran sebagai rujukan umat Islam. Menurut Abu Bakar Hamzah
(1960), seluruh aspek hak asasi manusia moden dapat digali dan ditemukan dalam kitab suci
al-Quran yang menjadi panduan penganut Islam. Malahan al-Quran di banyak tempat telah
menegaskan persoalan keadilan, salah satunya adalah firman Allah pada surah An-Nisaa’ ayat
135 (Tafsir Pimpinan ar-Rahman 1). Saari Sungib (2011) pula menyatakan bahawa sumber hak
asasi manusia di dalam Islam adalah Piagam Madinah, kedua ; Khutbah al-Wada’ atau khutbah
terakhir Rasulullah SAW dan seterusnya Maqasid asy-Syariah yang bersumber daripada al-
Quran dan as Sunah.

Menurut cara pandang Islam, gagasan hak asasi manusia terserlah pada doktrin ‘al-
dhoruriyat alkhomsah’ atau boleh dirujuk juga sebagai ‘al-huquq al-insaniyah fi al-Islam’
(hak-hak asasi manusia dalam Islam). Konsep ini mengandung lima pokok yang harus dijaga
oleh setiap individu iaitu pertama : Hifdzu al-nafs wa al-ird atau Hak Untuk Hidup (surah al-
An’am ayat 151), kedua, Hifdzu al-‘aql atau Hak Persamaan Darjat (surah al-Hujurat ayat 13),
ketiga, Hifdzu al-nasl atau Hak Memperoleh keadilan (surah al-Maidah ayat 2), keempat,
Hifdzu al mal atau Hak Perlindungan harta atau pemilikan (surah al-Baqarah ayat 188); dan
ETIKA PERBANDINGAN MPU 3312

kelima, Hifdzu al-din atau Hak Kebebasan Beragama (surah al- Baqarah ayat 256, dan surah
Yunus ayat 99) dalam

Kesejajaran matlamat antara hak asasi manusia moden dan maqashid as-syari’ah ini
membolehkan satu kesepaduan digerakkan untuk membolehkan kedua-duanya saling
beroperasi. Penekanan kepada tujuan syariah, atau maqashid as-syari’ah ini penting
memandangkan syariah itu sendiri sebagai satu set undang-undang boleh ketinggalan zaman
kerana syariah yang tersedia dalam sejarah perkembangan undang-undang Islam adalah
berasaskan kefahaman dan amalan setiap generasi khususnya generasi sebelum.

Jelas sekali berdasarkan perbincangan di atas hak asasi manusia dalam pandangan
agama Islam adalah hak yang asas dan dasar, serta dimiliki oleh setiap individu sejak ia
dilahirkan. Hak ini merupakan pemberian Tuhan Yang Maha Esa. Oleh kerana sifatnya yang
demikian ia tidak boleh dinafikan atau direbut oleh sesiapa pun. Pemahaman norma-norma
sosial semasa menerusi diskusi kritis di atas membolehkan norma sosial yang baharu dicipta
dan boleh pula dikongsi oleh individu dengan cara yang sejagat.

Hak asasi manusia dalam agama Buddha pula menurut Firmansyah (2016), Hak Asai
Manusia tidak hanya berkaitan tentang interaksi antara manusia, tetapi juga berhubungan
dengan alam sekitarnya (Hadieiyono, 1989: 212). Apabila alam sekitarnya rosak maka manusia
akan menghadapi malapetaka. Tidakkah alam juga memasuki hak asasi sendiri, Agama Buddha
sangat mengambil berat terhadap hak asasi setiap bentuk kehidupan hingga makhluk sekecil
apapun. Agar persoalan Hak Asasi Manusia dapat didudukan pada tempatnya secara benar,
manusia harus memiliki kebebasan internal yang bersifat spiritual, bebas dari keserakahan,
kebencian, kebodohan atau pandangan yang keliru. Mereka yang berjuang untuk menegakkan
Hak Asasi Manusia pun tidak boleh dipengaruhi oleh perasaan benci dan permusuhan.

Menurut agama Buddha juga, semua manusia adalah sama dalam bahwa mereka semua
tunduk pada hukum alam yang sama. Semua tergantung dari kelahiran, usia tua dan kematian.
Hukum Karma adalah mengikat semua orang. Semua orang menuai apa yang dilakukan dan
dunia terus terjadi setelah kegiatan Karma akan dialami oleh semua orang. Menurut hukum
karma, jika anda melakukan perbuatan baik, anda akan mendapat balasan yang baik, dan jika
anda melakukan perbuatan buruk, anda akan mendapat balasan yang buruk. Namun demikian,
balasan-blasan tersebut tidak diberikan oleh siapapun dan tidak diberikan sebagai upah atau
ETIKA PERBANDINGAN MPU 3312

hukuman. Karma merupakan hukum moral yang tidak memerlukan orang untuk menjatuhkan
hukuman, tetapi karma merupakan hukum yang berlaku secara semulajadi (Silanda, 22003: 2).

Kesimpulannya, setiap agama mempunyai konsep hak asasi manusia yang berbeza.
Sebagai contoh, dalam agama Islam hak asasi manusia ialah berpandukan seperti yang telah
dinyatakan dalam Al-Quran dan Sunnah manakala dalam agama Buddha pula hak asasi
manusia ialah hak yang sama dengan alam dan juga sekecil-kecil makhluk yang lainnya.
Justeru, adalah penting untuk kita memahami dan mempelejari budaya dan agama-agama lain
agar dapat hidup secara harmoni dan saling menghormati agama dan budaya masyarkat yang
berbilang bangsa di negara ini.

(1083 perkataan)
ETIKA PERBANDINGAN MPU 3312

Bahagian C (300 words)

Pembelajaran Refleksi.

Rajah 1: Masjid Raya Ranau

Rajah 2: Gereja Katolik St Peter Claver Ranau


ETIKA PERBANDINGAN MPU 3312

Berikut merupakan antara rumah-rumah agama atau tempat ibadat yang terdapat di
tempat saya, iaitu sebuah masjid dan juga sebuah gereja. Masjid tersebut merupakan tempat
ibadah untuk masyarakat beragama Islam di Ranau. Berdasarkan pemerhatian saya terhadap
seni bina masjid ini ialah ianya sama seperti masjid-masjid lain yang mempunyai beberapa
bahagian tersendiri. Antaranya ialah mempunyai menara, kubah, mihrab, mimbar dan juga
tempat untuk mengambil Wudhu’ atau air sembahyang. Masjid Raya Ranau ini mempunyai 10
menara dan Menara pada setiap penjuru masjid dipasangkan pembesar suara. Ianya bertepatan
dengan fungsi Menara pada zaman dahulu digunakan oleh Muazin untuk melaungkan azan.
Selain itu, semua masjid mempunyai kubah, binaan kubah inilah kebiasaannya menjadi
petunjuk atau lambang bahawa bangunan tersebut adalah masjid.

Masjid Raya Ranau mempunyai sebuah kubah besar ditengah-tengah bangunan dan
seterusnya berfungsi sebagai bumbung keseluruhan masjid. Terdapat juga dua kubah yang
lebih kecil saiz berbanding kubah utama dan kubah kecil juga terdapat pada setiap Menara
masjid. Sesebuah binaan masjid juga perlu mempunyai mihrab da mihrab merupakan struktur
terpenting dalam pembinaan masjid. Hal ini kerana, ia lazimnya didirikan menghadap ke arah
Mekah yang juga bertujuan untuk menunjukkan arah kiblat orang Islam. Di dalam masjid juga
terdapat binaan yang disebut sebagai Mimbar. Mimbar ialah tempat Khatib membaca khutbah
atau syarahan. Ianya biasa dibina di sebelah kanan bahagian mihrab.

Bahagian lain yang penting dan perlu ada dalam binaan sesebuah masjid ialah ruangan
atau tempat untuk mengambil air sembahyang atau Wudhu’. Bagi masjid Ranau, terdapat
sebuah tempat untuk mengambil air sembahnyang berbentuk kolam khas untuk Jemaah lelaki
manakala tempat tertutup dibina untuk Jemaah perempuan.

Rajah yang kedua pula menunjukkan sebuah bangunan gereja iaitu rumah ibadat untuk
masyarakat Ranau yang beragama Kristian. Binaan gereja ini ialah moden dan sederhana
rekaannya dan juga terdapat Menara Salib yang dibina berasingan dengan bangunan utama
gereja. Menara Salib ini adalah kebiasaanya melambangkan gereja. Pada Menara Salib juga
dipasangkan loceng besar untuk dibunyikan jika terdapat upacara sembahyang yang
berlangsung di dalam gereja. Selain itu, jika diperhatikan kebanyakkan binaan gereja adalah
berbentuk segi empat tepat. Ini bertujuan untuk memaksimakan jumlah ruang untuk
penganutnya bersembahyang. Antara ciri lain binaan gereja ialah terdapatnya binaan ruangan
cermin yang cukup besar untuk memudahkan cahaya memasuki ke dalam ruangan gereja.
ETIKA PERBANDINGAN MPU 3312

Kesimpulannya, kedua-dua rumah ibadat ini mempunyai ciri-ciri rekaannya tersendiri


yang menggambarkan agama tersebut. Walaupun berbeza, namun setiap struktur dan bahagian
yang dibina pada rumah-rumah ibadat mempunyai fungsinya yang tersendiri seperti yang telah
dibincangkan. Pembinaan rumah-rumah ibadat bukan hanya untuk berbangga dengan seni bina
agama masing-masing tetapi juga merupakan satu tempat untuk menyatupadukan manusia
melalui kegamaan dan kepatuhan kepada sang Pencipta.

(419 perkataan)
ETIKA PERBANDINGAN MPU 3312

Rujukan

Abdul Halim. (2005). Tamadun Asia, Kuala Lumpur : pusat Penerbitan Universiti (UPENA),
UiTM.

Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun Jepun, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Firmansyah. (2015). Hak Asasi Manusia dalam Perspektif Agama Hindu. Palembang: Fakulti
Usuluddin dan Pemikiran Islam: Universiti Islam Raden Fatah.

Ghazali Darusalam. (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Kuala Lumpur : Perpustakaan
Negara Malaysia.

Haji Mahamad Naser Bin Isa. (2012). Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara’ Dan
Humanisme : Satu Analisis Perbandingan, Jabatan Agama Islam Selangor.

Kamus Dewan (Edisi Keempat). (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Faizal Musa. (2016). Pengantar Hak Asasi Manusia Moden Dan Hujah Sangkalan
Ia Bertentangan Dengan Islam, Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shamsul Kamarudin. (2011). Kepentingan Pendekatan Kepercayaan Dan Keyakinan Kepada


Tuhan Melalui PTV: Journal of Eduphres, Volume 1, pages 249-257.

Zern, D.S (1989). Some connections between increasing religiousness and academic
accomplishment in a college population. Adolescence, 24, 141-154