Anda di halaman 1dari 2

nb

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)


SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAU
PETI SURAT 210
89158 KOTA BELUD

Tel :088-966962 Fax:088-966962

Ruj. Kami : SKT/KB/PIBG/700-04 ( )


Tarikh : 6 Jun 2017
YB. Datuk Seri Haji Abdul Rahman Datuk Hj. Dahlan,
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,
Merangkap Ahli Parlimen P169 Kota Belud,
SABAH.

YB. Datuk,

MEMOHON PERUNTUKAN RM149,835.00 BAGI MEMBINA PARIT KONKRIT BERUKURAN 1023 KAKI
PANJANG X 2 KAKI LEBAR X 2 KAKI TINGGI DIKAWASAN SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAU, KOTA
BELUD.

Merujuk kepada ucapan YB. Datuk Seri semasa perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK.Tamau pada
2hb. April, 2017 dimana YB. Datuk Seri telah mengumumkan dan meminta pihak PIBG memilih samada
peruntukan membina parit atau pondok menunggu. Jawatankuasa telah bersetuju untuk memilih
peruntukan membina parit seperti perkara di atas.

02. Untuk makluman YB. Datuk Seri bahawa, longkang dan parit disekitar bangunan sekolah ini tidak
mempunyai sistem pembuangan air yang sempurna, air longkang dan parit kecil sentiasa bertakung
dan berbau serta menjadi tempat pembiakan nyamuk. Apabila musim hujan air sentiasa bertakung dan
melimpah dikawasan pejalan kaki dan kawasan ruang legar sekolah. Masalah ini berlarutan sejak mula
bangunan ini diduduki lagi dan memberi impak yang kurang selesa kepada warga sekolah iaitu pelajar
khasnya.

03. PIBG bersama sekolah sudah berusaha membina saluran sementara bagi mengalirkan air
berkenaan, namun usaha ini tidak mampu menyelesaikan masalah tersebut memandangkan
kedudukan parit saliran terlalu rendah dan jauh dari parit besar iaitu sungai berdekatan. Sehubungan
dengan itu, pihak kami amat mengharapkan agar dapat kiranya YB. Datuk Seri melulus dan
mempertimbangkan permohonan ini , Pertimbangan serta kelulusan YB. Datuk Seri terlebih dahulu
diucapkan berbanyak terima kasih.

05. Bersama-sama ini dikepilkan Surat Anggaran Kos untuk kerja-kerja membina Parit Konkrit
berkenaan Ruj: JKR.KBD:600-1/07 JLD.3(154) bertarikh 25hb. Mei 2017.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”.

Yang Berusaha,

( RAZAK BIN RAKUNMAN )


Pengerusi YDP. PIBG,
SK. Tamau,
KOTA BELUD.

Sk. Fail Sekolah.


nb
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAU
PETI SURAT 210
89158 KOTA BELUD
Tel :088-966962 Fax:088-966962

Ruj. Kami : SKT/KB/PIBG/700-04 ( )


Tarikh : 8 Jun 2017
YB. Datuk Haji Musbah Bin Haji Jamli,
Pembantu Menteri Pertanian Dan Industeri Makanan Negeri Sabah,
Merangkap ADUN N6 Tampasuk, Kota Belud,
SABAH.

YB. Datuk,

MEMOHON SUMBANGAN MEMBIAYAI PERLAKSANAAN PROGRAM TUISYEN AKADEMIK


PELAJAR TAHAP 2 SEJUMLAH RM10,000.00 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAU, KOTA BELUD. 2017.

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perbincangan YB. Datuk / Razak Rakunman semasa majlis
perkhawinan anak Encik Akim Hj. Salleh di Kampung Rampayan Ulu pada 6hb. Mei 2017 bersamaan
hari sabtu, mengenai perkara di atas.

02. Untuk makluman YB. Datuk Unit Kecemerlangan Akademik sekolah ini telah merancang dan
mengadakan Program Tuisyen Akademik khas untuk pelajar Tahap 2 melibatkan murid tahun 4, 5 dan
6. Program ini mensasarkan peningkatan prestasi kecemerlangan UPSR seawal pelajar di tahun 4 setiap
tahun.

04. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat mengharapkan agar dapat kiranya YB. Datuk melulus
dan mempertimbangkan permohonan ini. Pertimbangan serta kelulusan YB. Datuk terlebih dahulu
diucapkan berbanyak terima kasih.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”.

Yang Berusaha,

( RAZAK BIN RAKUNMAN )


Pengerusi YDP. PIBG,
SK. Tamau,
KOTA BELUD.

Sk. Fail Sekolah.