Anda di halaman 1dari 20
KEDUDUKAN ANJING DALAM ISLAM SERTA HUKUM BERKAITANNYA. Oleh: Bahagian Pengurusan Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ABSTRAK ‘Sejak kebelakangan ini, perbuatan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak didapati semakin tegar menghina kesucian dan keluhuran agama Islam. Apa yang amat dikesali ialah pelakunya bergelar Muslim. Tidak cukup dengan memelihara anjing tanpa sebab yang diizinkan syarak, perbuatan biadap melakonkan perbuatan mengambil wudhu' untuk anjing dilihat sebagai satu penghinaan yang cukup besar. Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak berkaitan bahawa memelihara anjing adalah satu amalan terpyji yang digalakkan Islam sambil memetik riwayat yang mengisahkan seorang pelacur Yahudi Bani Israel memberi minum seekor anjing yang hampir mati kerana kehausan adalah tidak berdasarkan hujah yang tepat. Menukilkan hadith secara semberono tanpa melihat kepada sebab wurud, konteks dan keadaan semasa sehingga menimbulkan kekeliruan dan keresahan kepada orang ramai adalah satu jenayah ilmu yang termasuk dalam kategori tahrif atau mengubah makna sebenar nas-nas syarak. Mereka yang kerap melakukan perbuatan ini sewajarnya diambil tindakan oleh kerajaan demi menjaga kemaslahatan masyarakat. Ini kerana ia melibatkan perbuatan yang boleh mencemar salah satu maqasid syariah iaitu “Hifzu Al-Din” (memelihara agama). Demi menjernihkan kekeruhan yang timbul, artikel ringkas ini membincangkan kedudukan anjing dan Khinzir dalam Islam serta hukum berkaitannya untuk menjelaskan kecelaruan yang ditimbulkan oleh isu seorang pelatih anjing (dog- trainer) beragama Islam dan kenyataan sokongan terhadap beliau yang dilontarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Turut dibahaskan ialah sejauh mana kebenaran dakwaan tentang pendapat yang kononnya dinisbahkan kepada Imam Malik bahawa hukum memakan daging anjing adalah halal. Perincian dibuat berdasarkan hujah Al-Quran dan metodologi imu yang benar agar tiada lagi helah untuk merosakkan kemurnian agama Islam melalui pendapat-pendapat pelik yang tidak pemah diterima-pakai mahupun diiktiraf sebagai pendapat yang muktaber. KENAJISAN ANJING DAN KHINZIR ‘Agama Islam sangat menitik-beratkan kebersihan dalam kehidupan seharian. Sehubungan itu, setiap Muslim diwajibkan membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada najis. Bersih dan suci daripada najis merupakan salah satu syarat sah dalam menunaikan sesetengah ibadah yang utama seperti solat dan tawaf. Najis menurut pengertian syarak ialah segala kekotoran yang menghalang sahnya solat seperti tahi, nanah, darah dan sebagainya. Walaubagaimanapun, terdapat benda yang dipandang kotor tetapi pada syariat tidak menghalang sahnya solat, seperti kahak dan hingus yang tidak dikira sebagai najis walaupun ianya sesuatu yang Antara yang termasuk dalam kategori najis ialah anjing dan khinzir. Adapun khinzir, sebahagian ulama menukilkan ijmak tentang kenajisannya seperti Ibn al- Munzir dalam kitab al-limak.’ Manaka anjing pula, jumhur ulama berpandangan bahawa seluruh badan dan anggotanya adalah najis. Pada dasamya, ketetapan najis bagi anjing ini dipandang daripada dimensi yang bersifat ritual, bukan rasional, sehingga tidak harus ada alasan logik. Dimensi akal masih jauh daripada kesempuraan untuk menganalisa secara teliti tentang najisnya anjing. Ada yang berpendapat apa salahnya memelihara anjing kerana ia juga makhluk ciptaan Allah. Lagi pula, ia sangat taat pada tuannya. Namun sesungguhnya segala hukum-hakam dalam agama Islam tidak boleh dikias sesuka hati mengikut tuntunan akal dan perasaan. la mestilah berpandukan kepada nas al- Quran, Sunah, limak dan Qiyas yang sahih. Setiap yang digariskan oleh Islam dalam syariatnya adalah membawa kepada kemaslahatan untuk semua. Antara dalil yang paling kuat digunakan sebagai hujah kenajisan anjing ialah sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: Be CAD hreyaoa Ly of si * ALNawawi \|-Majmu’ Syarh al-MNuhazzab, 2/568, Maksudnyé anjing jalah dengan membasuhnya sebanyak tujuh kali, salah satunya dengan tanah’?, ‘Cara penyucian bekas salah seorang daripada kamu, apabila ia dijilat Hadith ini menujukkan bahawa anjing adalah najis. Ini kerana perkatan fohur di awal hadith berkenaan yang bermaksud ‘cara menyucikan atau sucikan’ menunjukkan sifatnya yang bernajis, kerana penyucian hanya diperlukan untuk zat yang bemajis sahaja. Kenajisan anjing dikategorikan oleh fugaha sebagai mughalazah (najis berat) kerana cara penyuciannya yang memerlukan proses samak atau sertu. Walaupun nas hadis di atas menyebut tentang cara penyucian bekas jilatan anjing sahaja, namun sebahagian fuqaha menggunakan kaedah qiyas untuk menyamakan hukum dan cara basuhan tersebut untuk seluruh tubuh anjing. Perintah Rasulullah S.A.W untuk menyucikan bekas yang diminum oleh anjing adalah dalil utama bagi menunjukkan najisnya lidah, air fiur dan mulut anjing. Memandangkan lidah dan mulut adalah anggota utama dimana tanpa lidah dan mulut, haiwan tersebut akan mati kerana tidak boleh mandapatkan makanan dan minuman. Jika lidah dan mulut dikategorikan sebagai najis, maka sudah tentu lain- lain anggotanya — yakni seluruh badannya — adalah najis juga. Lebih dari itu air liur anjing terhasil daripada peluhnya sendiri, maka jika peluh yang keluar dari mulut (yakni air liur) adalah najis, maka sudah tentu peluh yang keluar daripada seluruh badannya adalah najis juga. Maka dengan itu seluruh badan anjing adalah najis. Terdapat juga sepotong hadith yang menjadi petunjuk jelas berkenaan kenajisan anjing: aa 258 19 cl} od alany date abl lie atl oa ai Maksudnya: “Bahawasanya Rasulullah S.A.W. diundang ke rumah satu kaum lalu cad A SI hy eta Bogsl Sy Quah Soa oh 1s AY) 9 Dds Ue oS J BY) baginda memenuhi undangan tersebut, kemudian baginda diundang ke rumah satu * Riwayat Muslim, 1/234, hadith no: 273.

Anda mungkin juga menyukai