Anda di halaman 1dari 2

KECEMERLANGAN TAMADUN ISLAM PADA ZAMAN UMAIYYAH

Pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah dalam tamadun Islam terbahagi kepada dua tahap.
Pemerintahan tahap pertama berpusat di Damsyik manakala pusat pemerintahan tahap kedua
pula berpusat di kota Andalusia yang terletak di Sepanyol. Kecemerlangan besar dalam
tamadun Islam semasa pemerintahan Bani Umayyah ialah dalam bidang sosial iaitu
perkembangan ilmu. Walaupun zaman Umayyah bukanlah zaman perkembangan ilmu yang
pesat tetapi, perkembangan ilmu pada zaman inilah merupakan faktor permulaan
perkembangan ilmu pada zaman kerajaan Abbasiyyah. Penyebaran ilmu semasa
pemerintahan kerajaan Bani Umayyah bukan sahaja terbatas pada ilmu agama sebaliknya
turut meliputi ilmu perubatan, kimia, astronomi, ilmu mantiq, falak, ketenteraan dan banyak
lagi.

Kebanyakan khalifah ini amat menitikberatkan dan menggalakkan perkembangan


ilmu dalam kalangan rakyatnya. Mereka menekankan agar setiap rakyatnya perlulah
menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan menjadikan ilmu itu sebati dengan
kehidupan mereka. Semasa pemerintahan kerajaan Bani Umayyah di Damsyik, kota Basrah
sangat dikenali sebagai pusat pengajaran dan penyebaran ilmu. Ketika zaman ini juga,
bahasa Arab telah mencapai kemuncaknya apabila bahasa Arab diangkat sebagai bahasa
rasmi negara tersebut. Kecemerlangan kerajaan Umayyah ini dibuktikan dengan sumbangan
Sibawayhi, Abu Al-Aswad Al-Du’ali. Beliau telah mencipta dan memperkenalkan tanda
bunyi atau garis dan nahu bagi mempermudah bacaan Al-Quran bahkan membantu orang
Islam bukan Arab yang dapat membaca Al-Quran dengan mudah. Perkembangan ilmu
keagamaan terutamanya pada era pemerintahan Umar ibn Abdul Aziz telah melahirkan ramai
tokoh terkenal seperti Urwah bin al-Zubayr dan Ibn Zihat al-Zuhri dalam bidang hadis, Ibn
Jarih dalam bidang tafsir al-Quran dan Hassan al-Basri dan Wasil ibn Ata dalam bidang
Usuluddin bahkan pemerintah seperti Khalifah Abdul Malik bin Marwan dan Umar bin
Abdul Azizi juga merupakan tokoh ulama dalam bidang al-Quran, tafsir, Hadis dan nahu.
Selain itu, hasil perkembangan kegiatan pendidikan juga telah melahirkan ilmuwan seperti
Khalil ibn Ahmad yang pakar dalam bidang bahasa dan filologi arab dan Sibawayhi iaitu
pakar dalam bidang nahu Arab serta sasterawan terkenal seperti al-Farazdaq, Umar ibn Abi
Rabia’h dan Jamil al-Uzri. Para sasterawan ini juga mendapat tempat di istana, dihormati dan
disegani bukan sahaja daripada golongan diperintah malahan daripada golongan pemerintah.
Pada masa yang sama, pemerintahan Khalifah Al-Walid bin Abd Malik yang telah
menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi mempengaruhi penterjemahan buku-buku
keilmuan daripada bahasa latin kepada bahasa Arab telah memperkembang lagi ilmu
pendidikan. Pada zaman ini terlahirlah tokoh ilmuan Islam terkenal dalam bidang
pembedahan iaitu Ibn al-Nafis, pakar bedah termasyhur di Damsyik. Beliau telah
menghasilkan buku al-Shamil fis Sina’ah al-Tabibiyah ( Kajian Umum Profesion
Kedoktoran) mengenai teknik pembedahan dan rawatan selepas pembedahan (NIK
H.SHUHAIMI B.N.A.R, 2007). Perkembangan ilmu sains dan teknologi juga tidak terkecuali
semasa era pemerintahan bani Umayyah ini seperti teknik pembuatan kapal untuk angkatan
tentera laut, peralatan perang dan teknik pertanian iaitu saliran air.

Setelah kerajaan Bani Abbasiyyah mengambil alih tampuk pemerintah yang berpusat
di Damsyik,kerajaan Bani Umayyah beralih kepada pemerintahan baru yang berpusat di
Andalusia. Pemerintah Islam berjaya untuk mengawal masyarakat Andalusia walaupun
mereka terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang seperti Arab, Yahudi, Barbar,
Islam, Kristian dan lain-lain. Kecemerlangan kerajaan Bani Umayyah dalam perkembangan
ilmu pengetahuan jelas dilihat pada tahap kedua ini. Pada zaman pemerintahan Abdul
Rahman al-Dakhil, Masjid Cordova telah dibina dan sekolah-sekolah telah didirikan di kota-
kota Andalusia. Pusat pengajian tinggi telah di Cordova yang diasaskan oleh Abdul Rahman
III telah berkembang sehingga menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah dan sehingga kini
Universiti Cardova antara pusat kecemerlangan ilmu dunia. Al-Hakam II telah mengasaskan
pembinaan perpustakaan dan hampir 600 000 naskhah buku dan manuskrip yang berjaya
dikumpulkan. Terdapat 700 buah masjid, 60 buah istana, 17 buah pusat pengajian khusus dan
70 buah perpustakaan yang dijadikan sebagai pusat pengajian.

Kecemerlangan dalam bidang ilmu dan pendidikan semasa pemerintahan Bani


Umayyah juga disebabkan oleh aktiviti penterjemahan karya-karya tokoh Yunani kepada
bahasa Arab. Sebuah pusat penterjemahan telah dibina di Toledo telah memberikan peluang
kepada masyarakat ketika itu untuk mempelajari pelbagai ilmu daripada buku yang telah
diterjemahkan. Toledo dianggap sebagai pusat gerakan penterjemahan telah melahirkan ramai
sarjana Islam yang terkenal di Andalusia sehingga hari ini seperti Ibn Khaldun, Ibn Bajjah
dan Ibn Zuhr. Antara buku yang diterjemahkan seperti buku ‘al-Jadual al-Falaki’ karangan
Al-Khawarizmi diterjemahkan oleh Adelard of bath. Selain itu, penulisan al-Kindi mengenai
kaji cuaca telah terjemahkan dan dikaji oleh Roger Bacon secara terperinci,

Anda mungkin juga menyukai