Anda di halaman 1dari 1

Selamat pagi saya ucapkan kepada Guru Besar, para hakim

yang bijaksana lagi adil , guru-guru dan rakan sekalian. Saya


akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Semut
dengan Burung Merpati.
Pada suatu hari, seekor semut minum di tepi sungai.
Tiba-tiba, dia tergelincir lalu jatuh ke dalam sungai. Dia
hampir lemas.
Burung merpati yang berehat di dahan ternampak
semut yang hampir lemas itu. Dia menjatuhkan sehelai daun
ke arah semut.
Semut terus memanjat daun itu dan berterima kasih
kepada burung merpati kerana menyelamatkannya.
Sebaik sahaja sampai ke tebing sungai, dia ternampak
seorang pemburu. Semut sangat risau kerana pemburu itu
hendak menembak burung merpati.
Tanpa membuang masa semut terus memanjat kaki
pemburu itu dan menggigitnya. Pemburu itu menjerit
kesakitan, “Aduh!”
Jeritan pemburu itu telah menyedarkan burung
merpati. Burung merpati terus terbang apabila melihat
pemburu di situ.
Sambil terbang, burung merpati memandang ke arah
semut dan mengucapkan terima kasih kerana
menyelamatkannya.

Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini ialah budi


baik akan dibalas dengan kebaikan juga.
Sekian, terima kasih.