Anda di halaman 1dari 17

ARKIB : 29/03/2010

Dewan perniagaan Melayu mahu MEB berteraskan DEB

29/03/2010 5:29pm

KOTA BHARU 29 Mac – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) berharap


Model Ekonomi Baru (MEB) yang akan dibentangkan di Parlimen esok hendaklah
berteraskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal sebelum ini.

Presidennya, Datuk Syed Ali Alattas berkata, melalui dasar yang dilaksanakan
sejak Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein itu, masa
depan ekonomi orang Melayu boleh dijamin untuk mencapai matlamat yang
dirancang.

"Bagi saya ia hendaklah berteraskan DEB sebagai nasional agenda, walau apa pun
hendaklah dilaksanakan mengikut kehendak yang digariskan,” katanya kepada
pemberita sebagai mengulas cadangan kerajaan akan melaksanakan model
ekonomi baru itu.

Beliau berkata, antaranya menghapuskan kemiskinan yang membabitkan semua


kaum di negara ini sebagaimana yang dilaksanakan dalam DEB termasuk
menstrukturkan semula masyarakat dan mengekalkan hak orang Melayu.

Katanya, beberapa program penerangan akan diadakan bagi memperjelaskan


kepada rakyat termasuk mengadakan forum pada 31 Mac yang akan dirasmikan
oleh Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. – Bernama
Dasar Ekonomi Baru – Masih Releven

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Jumaat, 3 Ogos 2007

oleh: Jebat Pembela

Dari bancian penduduk pada tahun 1970, didapati 49.3% dari semua keluarga di
Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin. Dari jumlah
semua keluarga miskin, 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% lagi berada
di kawasan bandar. Kadar kemiskinan mengikut kaum pada tahun 1970 adalah
menunjukkan kaum Melayu adalah berada di atas sekali dengan 64.8% diikuti
dengan kaum India sebanyak 39.2% dan kadar kemiskinan kaum Cina adalah
paling rendah iaitu 26%. Kadar kemiskinan yang tinggi ini telah
dipercayai menjadi penyebab kepada peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang
melibatkan rusuhan kaum dan seterusnya menyebabkan satu dasar bersepadu
diwujudkan bagi memastikan kadar kemiskinan dapat dikurangkan terutama di
kalangan orang-orang Melayu.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) di Malaysia diperkenalkan pada tahun 1970 oleh Tun
Abdul Razak. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara
dan integrasi nasional dan ianya telah digubal dalam konteks strategi serampang
dua mata bagi:

 mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan


pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat
Malaysia tanpa mengira kaum;

 mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk


memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan
seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Peranan dan penyertaan kerajaan dalam kegiatan pembangunan ekonomi negara


melalui DEB amat jelas dimana DEB dijalankan bagi mencapai matlamat
mengimbangi perbezaan kedudukan ekonomi antara kaum DEB dan secara jelas
menetapkan kadar kuantitatif minimum 30 peratus sebagai matlamat pemilikan
ekuiti di sektor korporat dan dalam penyusunan semula gunatenaga supaya
mencerminkan komposisi penduduk. Berbagai usaha yang telah diambil oleh
kerajaan bagi mengatasi masalah sosial ekonomi dan pelan pembangunan telah
dirangka supaya dapat mengatasi beberapa masalah. Antaranya ialah:

 Mewujudkan peluang pekerjaan


 Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
 Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan di antara kaum dan di antara
kawasan bandar dan luar bandar.
 Memodenkan kehidupan di luar bandar
 Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputra.
 Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat.
 Meningkatkan kemudahan infrastruktur

Setelah 50 tahun merdeka, realitinya kaum bumiputera hanya memiliki 18% ekuiti
di dalam ekonomi Malaysia. Pada asalnya, kerajaan berhasrat menjelang tahun
1990 pemilikan saham / ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi
kepentingan kaum di negara ini, di mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30%,
40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri daripada pelabur-pelabur luar negeri.
Tetapi sehingga tahun 2007, kaum bumiputera hanya memiliki sebanyak 18%
ekuiti di dalam ekonomi Malaysia. Terdapat kritikan daripada sesetengah pihak
yang mengatakan DEB hanya menindas kaum bukan bumiputra dan hanya
menguntungkan kaum bumiputera. Perlu diingat, kerajaan hanya menetap hanya
memperuntukkan 30% ekuiti untuk bumiputera. Kaum bukan bumiputera bebas
untuk memiliki lebihan sebanyak 70% ekuiti. DEB adalah salah satu medium
untuk merapatkan jurang ekonomi ini.

Penduduk bumiputera adalah dalam jumlah yang tertinggi di Malaysia tetapi hanya


diperuntukan 30% sahaja ekuitinya. Di sini menunjukkan sepatutnya bumiputera
perlu mendapat lebih besar ekuiti di dalam ekonomi Malaysia tetapi kaum
Bumiputera tetap bertolak ansur dan hanya ingin memiliki 30% ekuiti. Kaum
Bumiputera adalah bangsa asal di bumi Tanah Melayu dan seharusnya bumiputera
mendapat sedikit keistimewaan setelah pemimpin Melayu pra kemerdekaan
memberikan taraf kewarganegaraan kepada kaum bukan bumiputera. Melihat
kepada statistik ini, sewajarnya DEB diteruskan supaya kaum bumiputera terus
dapat menikmati nikmat kemewahan ekonomi Malaysia sebagaimana  kaum bukan
bumiputera nikmati.
Pada pandangan saya, DEB perlu dipertahankan oleh kerajaan demi menjamin
kaum bumiputera mendapat pembelaan yang sepatutnya. DEB adalah satu dasar
yang masih releven dan harus dipertahankan, cuma cara pelaksanaannya perlu
diperbaiki agar bersesuaian dengan cabaran semasa. Melalui pegangan ekonomi
yang kukuh, kaum bumiputera dapat bersaing dengan kaum lain. DEB perlu
mensasarkan golongan peringkat bawahan seperti golongan petani dan nelayan
agar turut merasai limpahan ekonomi negara. Bagi golongan atasan kaum
bumiputera, mereka perlu bersaing secara adil bersama kaum bukan bumiputera
bagi mendapat syer di dalam pasaran. DEB masih releven.
DASAR EKONOMI BARU
Pengenalan
Perbincangan mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB) secara tidak
langsung akan melibatkan perkembangan sosio-ekonomi masyarakat majmuk di
Malaysia. Jurang perbezaan sosio-ekonomi antara kaum telah lahir semasa
penjajahan British. Jurang-jurang kedapatan antara:
1. Penduduk Bumiputera dan bukan Bumiputera
2. Kawasan bandar dan desa
3. Pantai Timur dan Pantai Barat
Perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru
Berikutan daripada peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan telah
melancarkan satu formula yang dikenali sebagai ‘Dasar Ekonomi Baru’ pada tahun
1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) sebagai kesinambungan
rancangan-rancangan pembangunan yang lalu. Dasar Ekonomi Baru bertujuan
untuk memperbaiki keadaan sosio-ekonomi negara. Program ini mengambil masa
selama 20 tahun, merangkumi Rancangan Malaysia Kedua hingga Rancangan
Malaysia Kelima (hingga tahun 1990).
Oleh kerana matlamat Dasar Ekonomi Baru untuk mencapai kadar
penglibatan ekonomi seperti Bumiputera yang diharapkan tidak tercapai dalam
tempoh 20 tahun, maka ia telah diteruskan lagi sehingga kini, iaitu menerusi
Rancangan Malaysia Kesembilan.

Matlamat Dasar Ekonomi Baru


Matlamat utama Dasar Ekonomi Baru ialah untuk mencapai perpaduan negara. Ia
dilaksanakan menerusi serampang dua mata:
i. Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan melalui strategi berikut:
a) Mengadakan peluang-peluang pekerjaan pada kadar yang mencukupi bagi
mengurangkan kadar pengangguran dan akhirnya mencapai tingkat guna tenaga
yang penuh.
b) Menambahkan kemudahan bagi meninggikan pendapatan dan produktiviti semua
golongan miskin samada di luar bandar dan kawasan bandar melalui peluang-
peluang kemahiran, tanah, modal dan lain-lain lagi.
c) Meluaskan peluang-peluang golongan miskin bergiat dalam bidang
perindustrian
dengan lebih produktif.
d)Memodenkan penghidupan luar bandar melalui perluasan liputan infrastruktur
asas seperti bekalan air dan elektrik, perumahan, jalan, pelajaran dan kegiatan-
kegiatan masyarakat.1
ii. Penyusunan semula masyarakat.
Masalah-masalah dan Kelemahan-Kelemahan DEB
Beberapa pihak tertentu tidak berpuas hati terhadap DEB. Oleh
kerana pencapaian DEB bergantung kepada tindakan tegas oleh pihak kerajaan
yang begitu berpengaruh dalam menggalakkan usaha-usaha pembangunan
menerusi badan-badan perusahaan awam, maka berbagai-bagai pendapat dan
tafsiran telah ditimbulkan oleh mereka seperti campurtangan kerajaan untuk
kemajuan, “peralihan dari pasaran bebas ke arah sosialisme,” “pembangunan
melalui keamanahan (trusteeship)” dan “diskriminasi positif”. Ada juga yang lebih
radikal menganggap ianya sebagai “satu pengembangan kapitalisme negara” atau
“borjuis birokrat,” “kapitalisme perkauman” dan “borjuis negara Melayu”.2
1Dewan Masyarakat, Julai 1987, m.s 7.
2Ibid. m.s 12

Dalam konteks masyarakat majmuk, budaya persaingan membawa kepada


konflik perkauman. Ini kerana mereka mudah terseret ke arah situasi “zero sum”,
yakni kemenangan satu pihak akan ditafsirkan sebagai kekalahan pada pihak yang
lain.3
“Sindrom pergantungan” di kalangan Bumiputera begitu ketara sama ada di
kalangan golongan menengah atau bawahan. Ini adalah ekoran daripada bantuan
pihak kerajaan yang begitu banyak hingga menimbulkan kesan buruk. Sehubungan
dengan itu juga wujud ketidakpuasan hati di kalangan bukan Bumiputera kerana
mereka merasakan seolah-olah tertindas.4 Perhatian yang serius wajar diberikan
untuk menangani “sindrom pergantungan” ini. Oleh itu semua pihak patut
memainkan peranan membuat reformasi ke arah kemantapan fizikal dan mental
dengan meniup dan melahirkan satu keazaman untuk berdikari dan tidak
mengharapkan bantuan dari kerajaan semata-mata. Sikap malas dan lain-lain sifat
yang negatif patut dihapuskan. Setiap rakyat perlu berusaha dengan lebih
bersungguh-sungguh untuk memperolehi kejayaan.
ARKIB : 13/08/2004

Matlamat DEB mesti diingati

SETIAP kali timbul soal kelemahan dan kegagalan orang Melayu dalam mencapai
matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB), ketika itu jugalah ingatan umum kepada
tujuan pelan nasional yang diperkenalkan lebih 30 tahun lalu; membasmi
kemiskinan dan menyusun semula masyarakat itu menjadi segar bugar dalam
kepala kita.

Apa lagi mereka yang arif atau pakar mengenai statistik - memahami serta
mengetahui akan kelemahan dan kegagalannya tentu terkejut dan tidak akan diam
sebalik turut sama berkongsi pendapat memberi idea dan pandangan serta komen
secara umum.

Tindakan secara tidak langsung ini menggambarkan masalah dan situasi ini begitu
sensitif dan intim bagi orang Melayu. Ia juga sentiasa membingkai pemikiran kita
semua bagaimana untuk menyelesaikannya bagi menggapai matlamat yang
disasarkan.

Demikian apabila Datuk Dr. Norresah Mohamad menimbulkan isu serta


mengingatkan kelemahan dan kegagalan orang Melayu, ada di antara kita menjadi
celek mata dan tersedar dengan tiba-tiba. Kesan dari itu terus memberi respons
segera, walaupun perkara ini bukan sesuatu yang baru ataupun isu yang baru
ditemui.

Melalui tulisannya ada dua mesej yang ditimbulkan oleh Dr. Norresah. Selain
daripada beliau ikhlas mendedahkan untuk menyedarkan orang Melayu mengenai
peranan dan kelemahan DEB, ia mengandungi harapan agar isu kelemahan dan
kegagalan Melayu itu harus senantiasa digali dan dicari.

Beliau meminta kita peka dan prihatin terhadapnya. Insaf kepada realiti sebenar
yang berlegar di kalangan Melayu serta tidak beretorik mengenainya. Realiti
pencapaian Melayu dalam semua bidang (profesional) masih jauh ketinggalan
hendaklah diterima dengan penuh rasional.

Mesej kedua beliau ialah agar ia dibahaskan serta mencari resolusi dan
membincang bagaimana mencari jalan mengubah stigma terhadapnya demi melihat
matlamat itu tercapai.
Dalam konteks saat ini pada saya mesej kedua itu lebih penting diberi perhatian.
Beliau dengan rasa penuh tanggungjawab melontarkan perkara itu agar mendapat
perhatian dan dibahaskan dengan lebih telus dan bertanggungjawab. Apa yang
beliau harapkan isu itu akan dibincangkan di dalam Perhimpunan Agung UMNO
September depan.

Memang masalah ini amat sesuai dan kena pada tempatnya kalau ia menjadi
agenda utama dan mendapat perhatian perwakilan semua pada persidangan agung
UMNO nanti.

Selain itu selaku ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, beliau dapat merasakan
betapa kalutnya pemilihan di dalam UMNO dewasa ini yang tidak banyak
memberi manfaat kepada masa depan negara; khususnya dalam usaha mencapai
matlamat DEB. Tentunya pemilihan itu melibatkan tenaga, masa dan wang.
Alangkah baiknya kalau segala material itu digunakan untuk membincangkan
masalah kegagalan dan kelemahan Melayu mencapai sasaran DEB itu.

Tidak syak perhimpunan UMNO menjadi perhimpunan tahunan orang Melayu


terbesar pada setiap tahun di negara ini. Ia bukan sahaja sebuah forum tetapi satu
persidangan perdana yang mengumpulkan semua pemimpin dan pembesar Melayu
(UMNO) seharusnya menetaskan berbagai resolusi ke arah menyelesaikan masalah
orang Melayu seperti kegagalan menguasai ekuiti 30 peratus dalam DEB itu dan
sebagainya.

Dalam pada itu perbahasan dalam aspek ekonomi, pendidikan, agama dan
sebagainya perlulah dihindarkan dari berbentuk menghentam secara membuta tuli
ataupun rayuan dan rintihan, bermanja dengan kerajaan, sebaliknya perlulah ia
bersifat dinamik dan konstruktif.

Dalam hal ini ahli UMNO perlu menyiapkan diri. Bersedia untuk ke persidangan
dengan persiapan lengkap bukan untuk melawat ibu negara dan menjadikan
perhimpunan masa senggang untuk berehat, tetapi membawa isu dan masalah
untuk dibahas dan dirumus sebaik mungkin.

Menerusi Perhimpunan Agung UMNO segala masalah, pandangan dan sebagainya


yang dilontarkan lebih berkesan dan tersaran kepada pihak sepatutnya kerana di
situlah berhimpun para pemimpin Melayu dari semua peringkat.

Tidak sepatutnya persidangan itu diambil kesempatan setakat untuk membincang


soal pengurusan dalaman parti atau melahirkan rasa kecewa kepada pemimpin
tertentu kerana agenda peribadi tidak tercapai.
Paling penting harus disemakkan di sanubari, DEB adalah agenda nombor satu
UMNO selepas merdeka. Kejayaan DEB adalah bukti keampuhan UMNO. -
MOHD. SAYUTI OMAR, Kuala Lumpur.
Kongres Ekonomi Nasional: DEB gagal kerana kelemahan sistem penyaluran
Saturday, April 08, 2006
KUALA LUMPUR, 8 April (Hrkh) - Para pembentang dan pembahas Kongres
Ekonomi Nasional 2006 (NEC 2006) sependapat, Dasar Ekonomi Baru (DEB)
telah gagal dan kelemahan terbesar terletak kepada dilivery siystem (sistem
penyaluran) dasar itu.

Kegagalan ini pula banyak disebabkan oleh kelemahan manusia yang puncanya
adalah rasuah di kalangan pelaksana dan penyalahgunaan kuasa di kalangan
pemimpin.

Bekas Pengerusi Eksekutif Guthrie, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam


pembentangannya berkata, penyebab utama kegagalan DEB adalah sistem
penyaluran pembangunan dan perbelanjaan kewangan negara yang gagal.

Semuanya diletakkan kepada kegagalan manusia.

Sehubungan itu, Khalid melihat faktor penting berhubung manusia ini iaitu
pemimpin yang bukan bermuka-muka dan ketulusan dalam pentadbiran.

"Sehingga kini, saya tidak henti-henti mencari kepimpinan yang terbaik untuk
negara ini iaitu yang tulus dalam menjalankan tanggungjawabnya," kata Tan Sri
Khalid dalam pembentangannya.

Khalid berkata demikian ketika membentangkan kertas kerjanya bertajuk "Prestasi


Dasar Ekonomi Baru Dalam Memartabatkan Status Ekonomi Kaum Bumiputera:
Satu Penilaian Objektif dan Langkah ke Hadapan".
Bagi Dato' Mustafa Ali yang mengulas kertas itu, konsep Pembangunan Insan
telah dibentangkan oleh pasukan PAS yang diketuai beliau dalam Majlis
Perunding Ekonomi Negara (Mapen) pada tahun 1989 lalu.

"Modal insan baru sahaja ditekankan kebelakangan ini oleh kerajaan," kata beliau.

Bagi Mustafa, inilah punca kegagalan DEB iaitu kelemahan dilivery siystemyang
dihasilkan dari kelemahan insan yang merangka, melaksana dan menerima DEB
itu.

Bagi beliau, prinsip pembangunan insan telah dinukilkan oleh Imam Al Ghazali
lagi iaitu gabungan dari pemimpin yang adil, ulama yang benar (cakap dan
amalannya), peniaga yang jujur dan golongan miskin yang sentiasa berdoa agar
negara makmur.

"Bagaimana golongan rakyat termiskin ini mahu mendoakan negara makmur kalau
mereka tidak menerima apa-apa dari negara," kata Mustafa.

Bagi Abdul Rahman Othman pula, modal insan yang terbaik kini berada pada parti
pembangkang ekoran keluarnya mereka dari kerajaan akibat dari ketidakpuasan
hati mereka dengan kerajaan.

"Kita ada modal, kamu (kerajaan) ada wang dan kuasa. Kita kena bincanglah
bagaimana hendak menggabungkan kedua-dua ini untuk kepentingan agama,
negara dan bangsa," kata beliau.

Pengulas ketiga, Dato' Paduka Ibrahim Ali pula berkata, persoalan yang perlu
ditangani sekarang adalah pemimpin yang bersih dan amanah adalah dari kalangan
ulama
"Tetapi persepsi di dalam masyarakat pula, golongan ustaz ini tidak boleh
mentadbir...ini dilema kita," kata beliau.

Beliau setuju benar, rasuah dan penyalahgunaan kuasa di kalangan pemimpin


adalah faktor utama kegagalan DEB.

"Umno memang jelas korup. Timbul persoalan sekarang bagaimana boleh kita
menjadikan PAS sebagai parti alternatif kepada Umno ini?" kata Ibrahim.
posted by jasindaily online @ 6:13 PM
Artikel 153, DEB dan membela nasib rakyat 10 September 2008
Filed under: Government,Politics,Racial issues — Syahredzan Johan @ 5:23 pm
Tags: DAP, PKR, UMNO, Melayu, racism, Anwar Ibrahim, bumiputera, Ahmad
Ismail, pendatang, Article 153, Federal Constitution, New Economic Policy, Dasar
Ekonomi Baru, Malaysian Economic Agenda

Politik itu adalah suatu seni retorik. Seni cakap-cakap, di mana ahli-ahli politik
akan bercakap semua dan segala apa bagi meyakinkan rakyat jelata untuk memberi
kepercayaan padanya. Orang politik cakap macam-macam. Lebih-lebih lagi jika
apa yang diperkatakan itu dapat memastikan bahawa beliau mendapat sokongan.

Salah satu perkara yang sering dicakap-cakapkan akhir-akhir ini adalah tentang
hak orang Melayu. Mengikut teorinya, selepas pilihanraya umum 8 Mac yang
lepas, hak-hak orang Melayu kian terhakis. Orang bukan Melayu semakin berani
meminta kesamarataan. Jika ini berterusan, adalah dikatakan bahawa suatu hari
nanti orang Melayu akan kehilangan hak mereka.

Hairan sekiranya kita melihat bahawa hanya selepas 8 Mac sahaja isu ini
dibangkitkan. Tsunami 8 Mac telah menyaksikan parti Barisan Nasional
mengalami kekalahan yang teruk. Kebangkitan pihak pembangkang, yang kini
dikenali sebagai Pakatan Rakyat, dikatakan menjadi penyumbang utama
terhakisnya hak orang Melayu. Yang seringkali menjadi sasaran adalah parti DAP
yang dikatakan dipenuhi dengan chauvanist Cina dan unsur-unsur liberal di dalam
parti pelbagai kaum, PKR.

Maka retorik ‘Melayu hilang hak’ ini dipermainkan dan diulangi oleh ahli-ahli
politik UMNO, dan dibantu oleh media massa yang dikawal oleh parti tersebut.
Mulanya dengan tertubuhnya ‘badan bertindak Melayu’ yang kononnya dianggotai
oleh sekian banyak NGO dan pertubuhan Melayu, untuk menyatupadukan orang
Melayu bagi menghadapai ‘ancaman’. Kemudian timbul isu-isu seperti projek
khinzir di Selangor, pemberian tanah di Perak, muzakarah UMNO-PAS dan
pelbagai isu-isu lain yang kononnya membuktikan bahawa hak orang Melayu
semakin parah dan terancam.

‘Hak’ orang Melayu, atau lebih tepat lagi kedudukan istimewa orang Melayu dan
bumiputera Sabah dan Sarawak termaktub di dalam Artikel 153 Perlembagaan
Persekutuan. Mengikut artikel ini, adalah menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan
Agong untuk merisabkan kuota bagi orang Melayu dan bumiputera Sabah dan
Sarawak di dalam penjawatan awam, pemberian biasiswa dan tempat-tempat di
universiti awam.
Antara perkara yang sering diungkitkan adalah berkenaan dengan komitmen
saudara Anwar Ibrahim untuk melenyapkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan
menggantikannya dengan Ajenda Ekonomi Malaysia (MEA). Bagi pendokong
teori ‘Melayu hilang hak’, ini adalah ‘bukti paling kukuh’ buat mereka bahawa hak
Melayu akan lenyap dengan saudara Anwar Ibrahim.

Retorik ini adalah pembohongan nombor wahid di dalam negara pada ketika ini.

DEB tidak sama dengan hak istimewa orang Melayu yang termaktub di dalam
Artikel 153. DEB hanyalah dasar penstrukturan sosial oleh kerajaan yang
dipraktikkan sejak peristiwa 13 Mei. Malahan, DEB kini telah digantikan dengan
Dasar Wawasan Negara (DWN) yang mengambil ‘semangat’ DEB.

Oleh itu, sekiranya DEB tidak lagi digunapakai, ia tidak bermakna bahawa hak
Melayu telah hilang. Hak istimewa orang Melayu, seperti saya nyatakan di atas,
telah termaktub di dalam Perlembagaan Perksekutuan. Malahan, mengikut Artikel
159(5) Perlembagaan Persekutuan, Artikel 153 tidak boleh dipinda tanpa
persetujuan Majlis Raja-Raja.

Maknanya, walaupun kiranya satu hari nanti Artikel 153 dipinda atau dilupuskan
oleh Parlimen, Dewan Rakyat tidak boleh berbuat demikian melainkan dengan
persetujuan Majlis Raja-Raja, yang seperti kita ketahui, dianggotai oleh raja-raja
Melayu. Dan sudah tentu raja-raja Melayu tidak akan meluluskan pindaan tersebut
dengan sewenang-wenangnya.

Berbalik kepada DEB, ianya hanyalah merupakan dasar kerajaan. Ia tidak ada
kena-mengana dengan ‘hak’ orang Melayu, dan tidak akan terhakis atau lenyap
hak tersebut sekiranya DEB tidak lagi digunapakai. Ketika dasar ini digubal,
situasi pada masa tersebut amatlah memerlukannya. Orang Melayu pada ketika itu
ketinggalan dari segi ekonomi dan ini adalah antara punca berlaku rusuhan kaum
13 Mei 1969. DEB telah berjaya mewujudkan golongan kelas pertengahan Melayu
yang besar dan juga professional Melayu. Ia telah sedikit sebanyak mengangkat
status sosial orang Melayu.

Akan tetapi, kelemahan perlakasaan DEB semakin ketara. Ini terbukti apabila
kerajaan sendiri mengakui bahawa sasaran 30% pegangan ekuiti orang Melayu
tidak kesampaian, walaupun setelah lebih kurang 30 tahun ianya dilaksanakan.
DEB semakin lama semakin disalahgunakan untuk hanya menolong sesetengah
orang Melayu yang ‘mempunyai cable‘.
Penyalahgunaan DEB ini paling ketara dalam pemberian kontrak, di mana kontrak-
kontrak diberikan kepada kroni-kroni pemerintah yang kadangkala hanyalah proksi
kepada orang lain. Ianya juga ketara dalam aspek-aspek seperti pemberian biasiswa
kepada mereka yang tidak memerlukannya, pemberian rumah kos rendah kepada
mereka dari golongan pemerintah walaupun mereka tidak memerlukannya, opsyen
pembelian saham Bursa Malaysia, pemberian AP dan macam-macam lagi.
Sekiranya DEB dibiarkan, maka dijangkakan bahawa sasaran 30% itu tidak akan
dicapai langsung.

Oleh itu, banyak pihak mencadangkan supaya dasar ini dipinda atau ditukar untuk
menjadi lebih adil dan lebih efektif. Cadangan yang diberikan adalah dengan
menggunakan means based test, di mana bantuan diberikan bukan bergantung
kepada etnik tetapi kepada keperluan. Ini terkandung di dalam MEA yang
dipelopori oleh saudara Anwar Ibrahim.

Pendekatan means based adalah lebih adil jika dibandingkan dengan DEB. Dengan
menggunakan pendekatan ini, bantuan akan diberikan kepada mereka yang benar-
benar memerlukannya. Harta negara akan dapat dibahagikan dengan lebih luas dan
bukannya tertumpu kepada sesetengah golongan sahaja. Maka diskaun pembelian
rumah tidak perlu diberikan kepada seorang Tan Sri berketurunan Melayu yang
tidak memerlukannya. Atau biasiswa kerjaan tidak diberikan kepada anak Menteri
yang mempunyai wang yang cukup untuk membiayai anaknya.

Pendekatan ini juga lebih equitable dan lebih adil kepada semua rakyat, tidak kira
bangsa mahupun agama. Oleh itu, bukan bumiputera tidak akan merasakan bahawa
mereka dianaktirikan oleh negara mereka sendiri, seperti yang berlaku ketika ini.

Bagaimana pula dengan orang Melayu? Orang Melayu merupakan golongan


terbesar yang memerlukan bantuan di negara ini. Oleh itu, sekiranya pendekatan
means based digunakan, maka orang Melayu yang miskin dan memerlukan akan
tetap diberikan bantuan, sama seperti orang Cina, India, Iban dan Kadazan yang
miskin dan memerlukan. Di samping itu, perizaban kuota yang telah termaktub di
dalam Artikel 153 juga memastikan bahawa orang Melayu dan bumiputera tidak
akan terpinggir.

Oleh itu, jika kita kaji retorik ‘Melayu hilang hak’ dan bandingkannya dengan
realiti sebenar, kita dapat lihat bahawa sebenarnya ‘momok’ yang sering
diungkitkan oleh pendokong retorik tersebut adalah tidak berasas. Hak orang
Melayu telah terjamin di dalam Persekutuan, dan tidak ada siapa, walau Anwar
Ibrahim, walau UMNO, walau DAP, walau Tun Mahathir sekalipun dapat
melupuskannya tanpa persetujuan raja-raja Melayu. DEB pula bukanlah ‘hak’
orang Melayu, tetapi dasar tindakan affirmative untuk pengstrukturan sosial. Jika
Melayu masih terpinggir pada waktu ini, ia adalah disebabkan kelemahan
perlaksanaan dasar kerajaan yang tidak serata. Mengapa harus diteruskan suatu
dasar yang tidak lagi efektif? Mengapa tidak kita tukar dasar tersebut kepada dasar
yang lebih adil dan lebih efektif?

Orang Melayu harus sedar bahawa walau apapun hak atau dasar atau keistimewaan
yang diberikan, ianya adalah untuk memastikan orang Melayu tidak terpinggir dan
ketinggalan. Hak atau keistimewaan yang diberikan ini bukanlah sesuatu hak yang
mutlak yang boleh ‘dipertahankan’ untuk selamanya. Orang Melayu harus sentiasa
berusaha untuk tidak bergantung kepada keistimewaan atau dasar dan berdiri di
atas kaki kita sendiri. Benar, mungkin ketika ini orang Melayu secara
keseluruhannya masih sedikit sebanyak memerlukan bantuan. Tetapi dalam kita
memberikan bantuan, kita juga harus terapkan ke dalam jati diri orang Melayu
supaya apabila mereka tidak lagi memerlukan ‘tongkat’, mereka akan
memberikannya kepada orang Melayu lain yang masih memerlukannya.

Mari kita angkat martabat dan darjat masyarakat. Mari kita muliakan agama Islam
sebagai agama rasmi. Mari kita bela nasib orang Melayu dan bumiputera dan pada
yang sama kita juga bela hak dan kepentingan orang bukan Melayu. Mari kita
buktikan bahawa Malaysia ini adalah suatu negara yang benar-benar hebat.

Anda mungkin juga menyukai