Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Bismillahhirrahmanirrahim.
Dengan kombinasi semangat patriotik dan toleransi, Tunku Abdul Rahman berjaya
memerdekakan seluruh Tanah Melayu . Dengan semangat Patriotik yang tidak berbelah bahagi,
Mohandas Karamchand Gandhi berjaya menjadi inspirator kedamaian kepada India. Semangat
Patriotik mengajar anak watan untuk berkorban segalanya bagi menyemai keringat sebagai
bukti cinta akan Negara. Maka benarlah kata Tun Dr. Mahathir bin Mohamad Perdana Menteri
Malaysia, kita boleh mempunyai pendapat yang berbeza, tetapi apabila berhadapan dengan
mereka yang ingin menjajah kita, kita perlu bersatu itulah makna patriotik.
Salam aprisiasi tuan pengerusi, Barisan panel kehakiman yang berintegriti, dif-dif terhormat
Remaja Patriotik Membentuk Negara Bermaruah. Begitulah bunyinya mauduk pidato yang
Justeru, mari kita bermula dengan merungkai dan menghurai idea tersirat mahupun tersurat.
Secara konseptualnya, Remaja Patriotik Membentuk Negara Bermaruah menuntut kita untuk
berbicara tentang peripentingnya golongan remaja disemai dengan roh patriotisme bagi menuai
pemimpin yang berkorban bagi mempertahan martabat Negara pada masa hadapan.
Justeru bagi mengupas dan mengulas isu ini, tiga perspektif utama saya sajikan.
Pertama, remaja suatu perspektif tuntas dan ikhlas. Kedua halangan dan cabaran bagi melahirkan
remaja patriotik dan yang ketiga usaha yang dicanai bagi melahirkan remaja berjiwa patriotik
Muhammad Al-Fateh iaitu waris Raja Murad II seorang remaja yang baru berusia 19 tahun
namun sudah mampu mentadbir sebuah Negara. Tidak dilupakan Usamah bin Zayd diberikan
dada-dada akhbar, kita akan menatap dan menghadap isu dan berita remaja pada hari ini.
Pelbagai isu melibatkan remaja seperti kecurian, rompakan, bersekedudukan, melahirkan dan
pembunuhan manusia. Bukan itu sahaja, kebejatan social dan ketirian nilai moral dalam kalangan
remaja bukan lagi kejutan kepada Negara malah ia mungkin sudah menjadi perkara biasa. Biasa
didengar dan dibaca. Kebobrokan jiwa remaja pada hari ini sudah menjadi polemik yang tidak
berkesudahan. Jiwa yang seharusnya disemai dengan rasa cinta dan sayang kepada Negara sudah
jauh menyimpang. Remaja bukan lagi menjadi tunjang Negara tetapi mungkin menjadi petualang
Kedua, halangan dan cabaran bagi melahirkan remaja patriotik. Malaysia merupakan sebuah
Negara yang unik dan istimewa. Masakan tidak, kaum Melayu, Cina, India, Kadazan, Bidayuh
dan lain-lain hidup dengan aman dan harmoni. Masyarakat pelbagai kaum ini boleh hidup dalam
sebuah Negara kerana mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Walau bagaimanapun, dek
mengabaikan inti dan isi semangat patriotik. Remaja lebih suka duduk di rumah memegang
telefon bimbit dengan berbual kosong, bergelak ketawa bersendirian malah geli apabila bercakap
berkaitan isu kenegaraan dan patriotisme. Buktinya jelas, terdapat remaja hari ini yang tidak
pernah menonton dan mendengar Filem Bukit Kepong, Sarjan Hassan malah lebih menyedihkan
tidak mengenali tokoh pejuang kemerdekaan seperti Mat Kilau, Tok Janggut dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, deretan nama Perdana Menteri Malaysia pun tidak diketahui.
Di rumah, anak-anak remaja perlu
Seterusnya, peranan ibu bapa dalam menyemai semangat patriotik. Ibu bapa mempunyai peranan
besar dalam menyemai roh patriotik dalam diri anak-anak remaja. Pendidikan Bermula dari
rumah begitulah kata-kata yang menjadi kompas pendidikan anak-anak. Penerapan roh patriotik
ini bermula dari program menggantung Jalur Gemilang di rumah hingga membawa anak-anak
menyertai Sambutan Kemerdekaan. Tidak salah jika ibu bapa mengajak anak-anak menonton
televisyen atau mungkin ke panggung wayang filem berunsur patriotik seperti Leftenan Adnan,
Hati Malaya, Tanda Putera dan yang terbaharu Filem PASKAL. Semuanya mengajar anak-anak
Ketiga, usaha yang dicanai bagi melahirkan remaja berjiwa patriotik dan sayangi Negara.
Bak kata pepatah ‘Melentur Buluh Biarlah pada rebungnya’. Usaha penerapan nilai patriotik
Berdirinya saya di pentas perdana ini dengan penuh iltizam, ingin menyebarkan sedikit dogma
berpandukan tinta dan wacana para sarjana menerusi mauduk pidato saya, ‘Pembentukan Remaja
Remaja merujuk kepada individu yang berumur lingkungan 16 hingga 21 tahun manakala frasa
patriotik berasal daripada perkataan Greek, patris yangbermaksud perasaan dan semangat cinta
akan negara dan bersedia berkorban untuk mempertahankan tanah air. Tanggungjawab bersama
pula saya takrifkan sebagai peranan yang perlu dilaksanakan oleh semua pihak di Malaysia
secara bersinergi. Ijmalnya, saya ingin membawa anda semua untuk sama-sama kita fahami akan
langkah – langkah yang dapat kita laksanakan bagi membentuk generasi muda yang cinta akan
tanah air.
Mantan Presiden Indonesia, Sukarno pernah berkata ‘Berikan aku sepuluh orang tua, dan aku
cuma akan mampu menggoncangkan perahu yang terlangkup namun berikan aku sepuluh orang
pemuda, dan aku akan mampu menakluk dunia’. Lantas, ayuhlah bersama-sama saya kita
rungkai satu persatu prakarsa ke arah melahirkan golongan patriot muda yang berwibawa
Pertama – peranan ibu bapa dalam mendidik anak – anak mencintai negara. Mungkin kini
sudah begitu lama untuk kita bangkitkan, untuk kita ungkitkan betapa untuk kita bangun
meratapi muram durja, meratapi keagungan bumi Parameswara gugur rebah dimamah penjajah
durjana. Namun, hakikatnya manusia yang tidak mengetahui, tidak mungkin akan memahami
dan menghayati seterusnya mengaplikasi. Lantas, perlu bagi ibu bapa tonggak keluarga untuk
mendedahkan anak – anak dengan pelbagai bahan bacaan sejarah negara. Alangkah manisnya
apabila anak-anak kita menjadikan Dato’ Onn Jaafar sebagai idola dan bukannya Abraham
Lincoln, alangkah indahnya apabila kanak – kanak kecil yang baru berdikit mengatur kata namun
sudah petah bercerita tentang Rombongan Merdeka dan alangkah seronoknya andai anak – anak
muda kita lebih senang membincangkan tentang strategi perjuangan Tunku Abdul Rahman
Kedua – ayuh hadirin, kita maju selangkah untuk menilai juga merungkai peranan para seniman
dan karyawan dalam industri seni negara. Masihkah hadirin semua ingat bait-bait lagu Warisan
nyanyian Belasungkawa Sudirman Haji Arshad? Masihkah terbayang di mata anda, saat
Leftenan Adnan Saidi lakonan Hairie Othman ditikam berkali-kali dengan bayonet oleh tentera
Jepun. Semuanya cukup untuk membakar api di dada, menyemarakkan semangat yang
membara, cuma satu suara yang bergema di dalam diri kita, ‘Aku Bangga Menjadi Anak
Malaysia’. Kalaulah dengan kemudahan yang serba kurang pada tahun 90-an pun kita mampu
menghasilkan filem Leftenan Adnan, Bukit Kepong, Anak Satria dan sebagainya. Kenapa tidak
pada hari ini, kita giatkan lagi penerbitan pelbagai filem nasionalisme serta lagu – lagu patriotik?
Hakikatnya, inilah langkah paling proaktif untuk mendekati serta menyelami hati budi Generasi
Ketiga – Penggubalan undang – undang yang lebih ketat untuk memelihara maruah negara.
Menjelang sambutan jubli perak kemerdekaan negara iaitu pada tahun 2007 lalu, seorang pelajar
Malaysia yang sedang menuntut di Taiwan seolah-olah merentap keharmonian yang kita kecapi
selama ini apabila memuat naik video yang menghina lagu Negaraku, lagu kebangsaan kita.
Ayuh kita renung bersama saudara dan saudari, andainya Allahyarham Tunku Abdul Rahman
masih berada bersama kita, apa kata beliau? Mungkinkah akan menitis air mata Bapa
Kemerdekaan Negara? Di sinilah perlunya untuk kita merangka pelan tindakan terhadap
segelintir golongan muda yang cuba mencemarkan keamanan serta kedamaian yang kita kecapi
selama ini. Mereka ini sewajarnya dihantar ke pusat – pusat pemulihan akhlak dan menjalani sesi
kaunseling bagi menyedarkan mereka bahawa ini negara kita, buruk,baik,cantik atau jelik, ini
tanah tumpah darah kita. Tempat kita dilahirkan dan besar kemungkinan tempat kita akan
disemadikan.
Hadirin,
Pada penghujung bicara,jelas tertera, tatkala kita jadikan patriotisme sebagai budaya dan
pegangan, maka impaknya bangsa yang dulu tertiarap dimamah, kini kembali tegak
bermaruah. 502 tahun lalu kita dijajah selama 446 tahun. Seandainya saat ini, kemerdekaan yang
ada tidak kita hargai dengan patriotisme, ingatlah, bahawa taktala ayam direban disambar helang,