Anda di halaman 1dari 4

AKTIVITI e-PEMBELAJARAN (ATAS TALIAN)

Aktiviti-aktiviti berikut (3 aktiviti) adalah sebahagian daripada assessment for learning


(pentaksiran untuk pembelajaran - pembelajaran kendiri) kepada kursus ini. Anda diberi
pilihan sama ada ingin menjawab atau tidak. Jika anda menjawab, skor anda akan
dimasukkan ke dalam skor bagi bahagian e-learning. Jika anda tidak menjawab, anda
tidak didenda. Cuma, tiada markah akan dicampurkan ke dalam bahagian e-learning.
Dengan kata lain, bahagian ini merupakan 'bonus' bagi siapa yang rajin dan berminat
untuk mendalami submodul Penilaian Pembelajaran. Soalan yang dikemukakan adalah
soalan-soalan yang mudah sahaja. Anda boleh melihat markah yang anda peroleh.
Selamat mencuba!

AKTIVITI 1: ANALISIS ITEM

Arahan: Sila muat turun dan baca fail PDF berikut (Analisis Item oleh Dr.
Kamaruzaman Moidunny) dan jawab lima (5) soalan Uji Minda yang
disediakan. Setiap soalan yang betul akan membawa skor khusus kepada
anda. Selamat mencuba.

 "Analisis Item" oleh Dr. Kamaruzaman Moidunny (2012)


 Uji Minda 1 Analisis Item Quiz

AKTIVITI 2: TAKSONOMI BLOOM

Arahan: Sila muat turun dan baca fail PDF berikut (Taksonomi Bloom: Perubahan Yang
Diperlukan? oleh Dr. Kamaruzaman Moidunny) dan jawab lima (5) soalan Uji
Minda yang disediakan. Setiap soalan yang betul akan membawa skor
(markah) khusus kepada anda. Selamat mencuba.

 "Taksonomi Bloom: Perubahan Yang Diperlukan?" oleh Dr. Kamaruzaman


Moidunny (2012)
 Uji Minda 2 Taksonomi Bloom

34
AKTIVITI 3: PERBINCANGAN TOPIKAL (TAKSONOMI BLOOM)

Berdasarkan artikel yang diberikan, "Taksonomi Bloom: Perubahan yang diperlukan?"

1. Bincangkan kekuatan dan kelemahan taksonomi Bloom versi baru ini.

2. Bandingkan Taksonomi Bloom ini dengan Taksonomi SOLO berdasarkan kesesuaian


penggunaannya semasa membina item. [Anda boleh merujuk nota "Penyoalan Berkualiti
Menggunakan Taksonomi SOLO" dalam ruangan Bahan-bahan Bacaan Tambahan untuk
mengetahui lebih lanjut tentang Taksonomi SOLO].

Anda diwajibkan untuk memberikan sekurang-kurangnya satu pandangan anda sendiri dan
sekurang-kurangnya membalas pandangan yang diberikan oleh rakan anda yang lain. Catatan
yang berkualiti akan diberikan skor 'bonus'.

Bahan-bahan Bacaan Tambahan

Berikut adalah bahan-bahan tambahan yang dicadangkan untuk bacaan anda.

 Penyoalan Berkualiti Menggunakan Taksonomi SOLO


 Nota "Penyoalan Berkualiti Menggunakan Taksonomi SOLO" oleh Dr. Jamil
Adimin ini terdiri daripada 26 slaid power-point. Nota ini memaparkan konsep
dan aplikasi Taksonomi SOLO dalam pembinaan item di bilik darjah.

 Alternative Assessment
 Artikel "Alternative Assessment" ini terdiri daripada 3 muka surat yang
membincangkan definisi Pentaksiran Alternatif, Pentaksiran Berasaskan
Prestasi, Pentaksiran Portfolio, Perbezaan dengan Pentaksiran Tradisional dan
keperluan penggunaannya.

 Assessment for Learning


 Artikel "Assessment for Learning" ini terdiri daripada 2 muka surat yang
meringkaskan tentang 10 ciri Pentaksiran Untuk Pembelajaran seperti (1)

35
Memfokuskan kepada bagaimana murid belajar, (2) Sebahagian daripada
perancangan berkesan dan (3) Menggalakkan motivasi.

 Bloom's Taxonomy
 Artikel "Bloom's Taxanomy - From Emerging Perspective on Learning, Teaching
and Technology" ini terdiri daripada 9 mukasurat yang ditulis oleh Mary
Forehand. Artikel ini membincangkan perubahan Taksonomi Bloom daripada
versi lama ke versi baru. Kebaikan dan galakan untuk menggunakan Taksonomi
Bloom yang baru disyorkan oleh penulisnya.

 Ciri-ciri Ujian Yang Baik


 Artikel "Ciri-ciri Ujian Yang Baik" ini terdiri daripada 3 muka surat. Artikel ini
membincangkan ciri-ciri ujian, konsep kesahan, kebolehpercayaan dan faktor-
faktor yang mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan.

 Garis Panduan untuk Menggubal Soalan Objektif


 Artikel "Garis Panduan Untuk Menggubal Soalan-soalan Objektif" ini terdiri
daripada 4 muka surat yang memfokuskan perbincangan tentang penggubalan
soalan aneka pilihan, lengkapkan tempat kosong dan soalan betul/salah serta
cara mengenal pasti soalan-soalan yang lemah.

 Jenis-jenis Pengujian
 Artikel "Jenis-jenis Pengujian" ini terdiri daripada 4 muka surat yang
memfokuskan perbincangan kepada ujian penempatan, ujian formatif, ujian
diagnostik dan ujian sumatif.

 Kajian Semula Soalan Objektif


 Artikel "Kajian Semula Soalan Objektif" ini terdiri daripada 3 muka surat.
Perbincangan menumpukan kepada garis panduan untuk mengkaji semula
soalan objektif, meningkatkan kualiti dan isu penubuhan Jawatankuasa Kajian
Semula Soalan di sekolah.

 Perbezaan antara URN dan URK

36
 Artikel "Perbezaan Antara Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria" ini
terdiri daripada 3 muka surat. Perbincangan difokuskan kepada fungsi,
interpretasi skor dan cara membina ujian bagi Ujian Rujukan Norma (URN) dan
Ujian Rujukan Kriteria (URK)

 40 soalan Ujian Pencapaian untuk e-Learning


 Artikel "40 Soalan Ujian Pencapaian Untuk e-Learning" ini terdiri daripada 17
muka surat yang memaparkan nilai-nilai Indeks Kesukaran (F) dan Indeks
Pembezaan (D) bagi semua 40 item. Semua item telah dijawab oleh sekumpulan
pengetua yang hadir ke IAB pada tahun 2010. Artikel ini mempunyai kaitan
dengan analisis item.

37

Anda mungkin juga menyukai