Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK BEREMBANG

78100 LUBOK CHINA , MELAKA


Towards Educating Holistic Generations, #sktbno1
Tel/ Faks: 066967602
Email:sktelokberembang@gmail.com
Rujukan Kami: SKTB.HEM.BK.600-14/2/4( )
Tarikh : 23 November 2019

Kepada,
………………………………………….
………………………………………....
Tuan,
PELANTIKAN SEBAGAI PENGAWAS SEKOLAH SESI 2019
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman pihak tuan, anak tuan ……..…………………………………………………. telah dilantik
sebagai Pengawas Sekolah SK Telok Berembang bagi sesi 2019.
3. Sehubungan itu, mulai sesi persekolahan 2019, tuan diminta menyediakan pakaian seragam anak
tuan seperti berikut :

i. Kemeja berwarna biru beserta lencana (Lelaki)


ii. Seluar panjang biru tua
iii. Tali leher (dibeli melalui pihak sekolah berharga RM12)
iv. Baju kurung dan tudung berwarna biru beserta lencana (Perempuan)
v. Kain sekolah berwarna biru tua
vi. Kasut kanvas berwarna hitam
vii. Vest berwarna biru (dibeli melalui pihak sekolah berharga RM40)

4. Adalah diingatkan bahawa semua PRS yang dilantik dikehendaki menjaga prestasi akademik, disiplin
tatatertib dan sentiasa bekerjasama dalam menjalankan tugas bagi meningkatkan sahsiah dan disiplin murid-
murid. Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan dalam perkara di atas.
Sekian. Terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

……………………
(EN. KHAHAR BIN HJ. JAAFAR)
Guru Besar,
SK Telok Berembang.