Anda di halaman 1dari 1

Hartina bt Abd Khan

Guru Kanan Sains dan Matematik


Sekolah Menengah Kebangsaan Selama

YB
Ahli Parlimen P216 Bintulu. 11 Februari 2018

Yang Berhormat,

MEMOHON SUMBANGAN PEMBELIAN SET KOMPUTER DAN MESIN PENCETAK.


Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah kami memohon jasa baik yang berhormat
agar dapat menyumbang bagi pembelian set komputer dan mesin pencetak.

i)

3. Sebagai makluman pihak tuan , set komputer dan mesin pencetak tersebut akan
diletakkan di makmal Sains sekolah bagi tujuan menaiktaraf prasarana dan fasiliti di
makmal sains sekolah kami. Set komputer dan mesin pencetak tersebut amatlah diperlukan
bagi menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

4. Sehubungan dengan itu, saya mewakili pihak sekolah memohon jasa baik yang
berhormat sekiranya dapat menghulurkan sumbangan bagi menjayakan aktiviti sekolah
seperti yang dinyatakan di atas.

5. Kerjasama dan keperihatinan dari pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,harap Maklum.

" SOKONGAN ANDA KEJAYAAN BERSAMA"

Yang Benar,

………………………………………….
( HARTINA BT ABDUL KHAN )
Guru Kanan Sains dan Matematik
SMK Selama.