Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA BENGKEL PANCARAGAM

SJK (C) KHEOW BIN

TAHUN 2018

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan pihak pentadbir
SJK (C) Kheow Bin bagi menjalani bengkel pancaragam.

2.0 PENDAHULUAN

Kokurikulum yang melibatkan muzik contohnya Persatuan Pancaragam mempunyai perkaitan


yang jelas terhadap pembentukan modal insan dan semangat perpaduan antara kaum. Hal ini
telah dijelaskan dengan nyata dalam laporan Jawatankuasa Kabinet (1980), yang mengkaji
dasar pelajaran (1979), yang menyebut bahawa penubuhan kelab atau persatuan beruniform
seperti pasukan pancaragam sekolah adalah penting untuk menanamkan semangat perpaduan
berbilang kaum. Perkara ini turut disokong oleh Noraidah Bt Mohammad Kasran (1988) yang
mendapati aktiviti kokurikulum memupuk nilai murni, bahasa dan pengalaman amali. Oleh yang
demikian, aspirasi dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Negara
dan Wawasan 2020 mampu dicapai melalui aktiviti kokurikulum berbentuk Muzik.

3.0 MATLAMAT

Memantapkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman muzik untuk


meningkatkan keseimbangan jati diri berlandaskan inti- pati falsafah pendidikan negara iaitu
keseimbangan aspek jasmani, emosi, rohani,dan intelek (JERI) seterusnya menjadikan
Persatuan Pancaragam sebagai medium penting untuk menjadi sumber modal insan yang
berupaya mencapai matlamat WAWASAN 2020 yang menjadi impian negara Malaysia.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Objektif bagi persatuan pancaragam terbahagi kepada dua.

4.1.1 Objektif bukan muzikal

i) Meningkatkan keyakinan diri ke tahap yang maksimum

ii) Melatih semangat bekerja secara berkumpulan

iii) Mewujudkan budaya toleransi sesama ahli

iv) Melahirkan pelajar yang mempunyai disiplin yang baik

v) Meningkatkan nama sekolah melalui pertandingan dan persembahan yang disertai


4.1.2 Objektif Muzikal

i) Menguasai kemahiran membaca notasi muzik dengan baik

ii) Dapat mengenal pelbagai alat muzik dengan lebih dekat dan berupaya bermain

sekurang-kurangnya satu alat muzik.

iii) Dapat memainkan lagu dalam pelbagai stail muzik

iv) Dapat mengenali aspek intonasi, adunan dan karektor bagi setiap alat untuk

mewujudkan satu pasukan pancaragam yang cemerlang.

5.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:

Tarikh : 26 November 2018 (Isnin)

Masa : 8:00 a.m. – 4.00 p.m.

6.0 TEMPAT PROGRAM

SJK (C) Kheow Bin

7.0 SASARAN

Murid Persatuan Pancaragam

8.0 TENTATIF PROGRAM

8:00 a.m Lapor diri

8:10 a.m Latihan membaca notasi muzik

9.0 BELANJAWAN

Anggaran Perbelanjaan
Makanan untuk 40 orang ( 40 x RM 5) RM200
*120 orang termasuk jurulatih, guru dan peserta

10.0 PENUTUP

Kesimpulannya, Bengkel Pancaragam dapat meningkatkan prestasi pelajar. Selain itu juga,
kemahiran dan disiplin yang diterapkan dalam persatuan pancaragam mampu melahirkan
kelompok masyarakat yang bersatu padu dan berhemah tinggi. Oleh yang demikian matlamat
negara Malaysia untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan mewujudkan semangat ‘SATU
MALAYSIA’ dalam masyarakat boleh dicapai melalui penubuhan persatuan pancaragam ini.
Justeru, adalah sangat diharapkan kertas kerja ini mendapat pertimbangan sewajarnya
daripada pihak sekolah. Semoga perkara yang baik ini tidak akan disia-siakan oleh kita semua.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………………… …………………………………………………

(Subina Anak Dinies) (Bobby Anak Sebli)

Setiausaha Panitia Pendidikan Muzik Sk Nanga Tiau Penolong Kanan 1 SK Nanga Tiau