Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum w.b.k. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis.

Yang berusaha
Tuan Guru Besar, Encik Mohd Nizam Bin Abu Bakar, barisan penolong kanan, guru-guru dan rakan-
rakan yang dikasihi.

Hadirin sekalian,

Pertama kali,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kepercayaan mewakili
rakan-rakan dalam menyampaikan ucapan wakil pelajar tahun enam dalam majlis Jamuan Akhir
Tahun anjuran murid Tahun Enam, Pengawas dan Pengawas Perpustakaan Sekolah Kebangsaan Seri
Pasir 2012 ini.

Seterusnya, saya bagi pihak pelajar Tahun Enam ingin merakamkan ucapan terima kasih tidak
terhingga kepada semua guru yang telah mendidik kami. Sebahagiannya bermula dari peringkat Pra
Sekolah, dan sebahagian besarnya bermula dari Tahun Satu sehinggalah ke Tahun Enam, daripada
kami tidak mengenal huruf dan angka, sehinggalah kami dapat menguasai semua kemahiran yang
dikehendaki.

Pada kesempatan ini juga, kami menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf, seandainya
ada antara kami ada yang melakukan kesalahan dan kekhilafan dari segi tutur kata dan perbuatan.
Selain itu, sebagai wakil bagi semua pengawas dan pengawas perpustakaan 2012, kami juga
memohon maaf, sekiranya kami tidak dapat menjalankan tugas dengan cemerlang sebagaimana
yang diharapkan.

Akhir kata, sampaikanlah salam kami kepada guru-guru yang sudah tidak bersama-sama kita lagi,
sama ada telah berpindah atau bersara, katakanlah bahawa jasa dan bakti mereka, dan guru-guru
yang ada di sini, akan kami sanjungi dan kami ingati sepanjang hayat kami. Hanya Allah sahajalah
yang membalas segala pengorbanan guru-guru itu.

Sekian, wasalamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh.

CONTOH UCAPAN 2
Berikut ialah ucapan yang dipetik daripada AHBAR DIDIK

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.

Yang beruasaha Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, SK Seri Pasir, En……….,
yang dihormati dan dikasihi guru-guru dan seterusnya, rakan-rakan sekalian.

Sidang hadirin yang dihormati,


Tanpa kita sedari, masa berlalu dengan begitu pantas. Tempoh enam tahun dirasakan umpama
semalam sahaja. Kini, kita sudah berada pada penghujung tahun terakhir di sekolah rendah, iaitu
tahun enam. Maka, minggu ini merupakan minggu terakhir kita menuntut ilmu di SK……… yang hebat
ini. Begitu berat rasanya untuk meninggalkan sekolah yang tercinta ini.

Begitu hiba rasanya untuk kita berpisah dengan guru-guru yang amat dedikasi dan prihatin untuk
mendidik serta mengasuh kita. Namun demikian, apalaah daya kita untuk menghalang waktu untuk
terus berlalu, lantaran setiap pertemuan pastinya akan berakhir dengan perpisahan. Justeru itu,
walaupun berat hati untuk berpisah, kenyataannya perpisahan itu pasti akan hadir.

Guru-guru yang dikasihi dan dihormati,

Jasa dan bakti guru-guru terlalu besar buat kami semua. Tidak akan terbalas dengan wang ringgit
dan harta benda untuk segala bakti yang kalian curahkan kepada kami. Pastinya akan kami kenang
selama-lamanya selagi jantung dan nadi ini masih berdengup dan berdenyut. Pada kesempatan ini,
saya mewakili rakan-rakan ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon kemaafan dari hujung
rambut sampai ke hujung kaki kepada guru-guru yang dikasihi. Hanya Allah sahaja yang dapat
membalas segala jasa dan bakti yang telah guru-guru abadikan kepada kami.

Maka dengan ini sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan
terima kasih kepada semua guru yang telah mendidik dan membimbing kami selama ini dan
maafkanlah segala kesilapan dan kesalahan kami. Kepada rakan-rakan pula, selamat menempuh
alam sekolah menengah yang tentu jauh bezanya dengan budaya di sekolah rendah.

Semoga kita akan terus membina kecemerlangan dan terus berbakti kepada ibu bapa kita serta
masyarakat dan negara. Gunakanlah segala ilmu yang telah guru-guru kita curahkan untuk melayari
alam remaja dan seterusnya dewasa dengan penuh ketabahan, keimanan dan ketakwaan.

Pulau pandan jauh ke tengah

Gunung Daik bercabang tiga

Hancur badan dikandung tanah

Budi yang baik dikenang juga.


Sekian, terima kasih.