Anda di halaman 1dari 21

KOLEJ KEJURUTERAAN

KDKB 113 (KEPIMPINAN DAN KEUSAHAWANAN)

SEMESTER 2 2016/2017

SECTION 01

TAJUK KAJIAN:

WANITA MERUPAKAN TONGGAK UTAMA KEPIMPINAN MASA


DEPAN NEGARA

NAMA: MELISSA JULIANA BINTI MAZUKI

ID PELAJAR: EP 097110

PENSYARAH : EN MOHD ARIFF BIN TARMIZI

TARIKH HANTAR LAPORAN


9 JANUARI 2017
Wanita mempunyai gaya intelek yang sama dengan lelaki. Wanita boleh mencapai

kejayaan dalam bidang akademik yang setara dengan lelaki, malah jika wanita lebih rajin dan

berusaha, mereka boleh menjadi lebih baik daripada lelaki. Sebagai wanita, kepimpinan

mereka terikat dengan sifat semula jadinya, iaitu mempunyai kekuatan emosi. Kekuatan

emosi menjadikan wanita lebih terserlah sebagai pemimpin (dalam diri) akhlak atau rohani.

Pengaruhnya dalam rumah tangga sebagai seorang isteri dan ibu sangat ketara dan jelas

menunjukkan kesan dan signifikan kepada pendidikan anak-anak dan kehidupan dalam

rumah itu sendiri. Fenomena ini tidak boleh dinafikan. Seorang wanita profesional mampu

menjadi seorang pemimpin yang berakhlak, dan mempunyai rohani yang tulen.

Bagi membolehkan wanita profesional berjaya sebagai pemimpin rohani, mereka

terpaksa menghadapi cabaran, iaitu menjadikan sifat emosinya ke arah yang lebih positif,

menggunakan kebijaksanaannya untuk mengawal dan menghalakan kekuatan emosinya

kepada yang lebih baik. Sikap penyayang, prihatin, empati dan penuh kehalusan dalam

pengukuhan perasaannya, seharusnya diarahkan kepada yang lebih baik, murni dan dijalan

yang betul.

Walau setinggi manapun profesionalisme seseorang wanita ketulinan sifat sifat yang

ada pada dirinya tidak akan hilang. Sifat tersebut tetap ada dalam diri setiap wanita sejati

tersimpannya putih bunga yang menanti saat untuk menjadi buah, Sekiranya wanita berjaya

membangunkan sifat-sifat kehalusan emosi itu, pasti keprofesionalismenya akan lebih

terserlah . Sekiranya mereka adalah karyawan, mereka ak:an menjadi karyawan yang prolifik

yang berjaya mempertingkatkan budaya bangsa. Sekiranya mereka adalah usahawan, mereka

akan menjadi usahawan yang prihatin, simpati dan ringan tangan


Namun begitu, kajian tentang wanita profesional agak terpinggir, Keadaan seperti ini

berlaku kerana tumpuan dan penulisan, khususnya dari perspektif sejarah, lebih tertumpu

kepada tokoh lelaki yang lebih memainkan peranan terutamanya dalam bidang politik,

pentadbiran dan perancangan. Menyedari hakikat bahawa wanita adalah golongan yang

penting dalam proses pembangunan negara. Kerajaan telah mensasarkan 30 % penyertaan

mereka dalam pentadbiran pembangunan negara


Sejarah politik wanita di Jepun telah mula berkembang dan bergiat aktif selepas Perang

Dunia kedua pada tahun 1946 selepas pihak bersekutu memberi kebebasan kepada golongan

wanita untuk terlibat dalam proses pemilihan sekaligus melibatkan diri dalam bidang

politik.Namun, posisi dan peranan wanita Jepun telah jauh berubah jika dibandingkan dengan

keadaan sebelum perang. Boleh diklasifikasikan bahawa golongan wanita semasa zaman

feudal, fungsi dan peranan mereka sangat berbeza dimana pada awal pemerintahan sistem

beraja Jepun sekitar awal abad ke-enam wanita pernah menjadi pemimpin sehinggalah ia

dijatuhkan fungsinya pada akhir abad ke-lapan. Kemudian peranan wanita mula dipersoalkan

apabila kaum lelaki diutamakan dalam sistem kekeluargaan mahupun dalam aspek politik dan

pemerintahan.Hal ini mula di pertikaikan hak kesamarataan antara wanita dan lelaki pada

awal abad ke-20.

Semasa Perang Dunia Pertama (1914-1918) dan Perang Dunia Kedua (1941-1945) wanita

ketika ini dikerah melakukan pelbagai tugasan antaranya menjadi buruh di kilang dan sawah

padi memandangkan ketika ini Jepun mengalami masalah ekonomi dan perlu memberi

bekalan makanan kepada golongan tentera. Selepas Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua,

pihak bersekutu telah menduduki Jepun.Di bawah pemerintahan Amerika, wanita boleh

membaiki kedudukan mereka. Hal ini ada dinyatakan dalam Artikel 14 dan 15 dimana tiada

diskriminasi dalam politik, sosial, ekonomi terhadap bangsa, jantina, pangkat dan keturunan

serta hak kesamarataan antara lelaki dan perempuan.Buat pertama kalinya pada tahun 1946

wanita mendapat hak untuk terlibat dalam pemilihan pilihan raya dan hak mengundi.

Lewat tahun 1950an, dalam konteks pembangunan negara, wanita masih dianggap sebagai

surirumah, isteri dan ibu sahaja. Hal ini boleh dilihat melalui pendekatan-pendekatan yang

dibuat oleh pihak kerajaan dalam dasar-dasar pembangunannya pada waktu itu. Kebanyakan

program berkaitan dengan perancang keluarga, menjarakkan kehamilan, kesihatan ibu dan

anak-anak. Caroline Moser (1989) melihat pembangunan di atas sebagai pendekatan


kebajikan (welfare approach). Menurut Moser, dalam konteks ini wanita dilihat sebagai

penerima dasar kepada proses pembangunan yang dibuat dan bukannya rakan kepada

pembangunan itu sendiri.

Menurut sejarah kemerdekaan Malaysia, wanita telah bekerja keras dalam usaha

membantu negara mendapatkan kemerdekaan negara daripada kuasa British di Tanah

Melayu. Suara-suara mereka amat kuat sehingga akhirnya British bersedia memberi

kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Dalam dekad 1960an, beribu wanita telah keluar dari

kampung ke bandar untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai pekerja kilang di kawasan

Zon Industri Bebas. Jelas, wanita sememangnya memainkan peranan penting dalam agenda

pembangunan negara.

Setelah mencapai 50 tahun kemerdekaan, wanita di Malaysia semakin maju ke hadapan

seiring dengan matlamat pembangunan negara. Malah terdapat beberapa tokoh wanita yang

amat dikagumi dalam pelbagai sektor, antaranya perbankan, ekonomi, pendidikan, undang-

undang, hiburan dan sebagainya. Kebolehan wanita sebagai pemimpin terbukti dengan

adanya wanita yang berjaya menjawat jawatan penting dalam sektor kerajaan dan swasta.

Pada masa ini, terdapat ramai wanita telah berjaya mengetuai organisasi dalam sektor

awam dan swasta termasuk korporat. Antara tokoh wanita berjaya ialah Dato' Seri Shahrizat

Jalil (Ahli Politik), Dato Seri Wan Azizah Wan Ismail (Ketua Pembangkang), Tan Sri Dr Zeti

Akhtar Aziz (Ketua Gabenor Bank Negara), Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid ( Mantan

Pegawai Tadbir dan Diplomatik), Datuk Zarinah Anwar (Penolong Ketua Eksekutif Securiti

Commission Malaysia), Zainah Anwar (Pengarah 'Sisters In Islam', NGO) dan tidak

terkecuali kejayaan wanita dalam bidang pengarahan filem seperti Yasmin Ahmad yang

menjadi pencetus pembaharuan dalam karya filem dan banyak lagi.


Kajian artikel ini dibangunkan dengan kaedah penyelidikan kualitatif dengan mengkaji

status dan peranan wanita dalam politik, usaha yang dilakukan oleh mereka untuk

memperkasakan politik wanita, mengenalpasti masalah dan halangan yang di hadapi oleh

wanita dalam usaha untuk mengambil bahagian dalam politik dan akhir sekali mencadangkan

langkah-langkah yang mungkin bagi memperkasakan peranan wanita dalam politik di

Malaysia.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Dalam kajian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati senario kepimpinan wanita yang

berjaya di mata dunia telah membuka lembaran baru ke dalam sistem pentadbiran di

Malaysia. Kaum wanita telah diberi peluang dalam memegang beberapa portfolio dalam

kabinet seperti Datin Paduka Rafidah Aziz, Datin Paduka Zaleha Ismail, Datuk Dr. Siti

Zaharah Sulaiman dan Datuk Azalina Othman.

Peranan dan Fungsi Wanita Di Malaysia

Dalam masyarakat traditional, peranan kaum wanita adalahj terhad kepada peranan

pembantu (supporting role) kepada kaum lelaki. Hal ini dapat dilihat daripada jenis-jenis

tugas yang mereka lakukan, seumpamanya peranan mereka dalam pekerjaan sawah adalah

untuk membantu suami. Dalam bidang politik dan pemerintahan status kaum wanita telah

bertambah baik dan sekiranya dilihat dalam perkembangan status mereka sama tinggi dengan

lelaki. Hal ini dapat dilihat apabila kaum wanita diberikan hak mengundi seawal-awal usia

penubuhan Negara Malaysia.


Peranan Wanita Dari Sudut Politik

Di Malaysia khususnya apabila kaum wanita terutama kaum muslimah melibatkan diri di

dalam bidang politik untuk sama-sama membangunkan negara maka akan terdengar pelbagai

pandangan akan penglibatan mereka. Maka timbulah pelbagai persoalan dari penglibatan

mereka dalam politik seperti sejauhmanakah Islam membenarkan kaum muslimah bergerak

cergas dalam arena politik? Bolehkah seseorang muslimah bertanding untuk menjadi wakil

rakyat di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen? Adakah Islam merestui wanita dilantik

menjadi Perdana Menteri sebagaimana yang berlaku di setengahsetengah negara hari ini

seperti Pakistan atau Bangladesh?

Oleh yang demikian jika diteliti akan peranan yang boleh diberikan oleh wanita dalam

membangunkan negara khususnya dari segi politik antaranya ialah wanita itu boleh menjadi

penasihat kepada suami mereka. Ini dapat kita lihat jika seseorang wanita itu bersuamikan

orang politik maka ianya boleh melibatkan dirinya secara tidak langsung dengan memberi

nasihat dari segi keputusan yang telah dibuat atau dilaksanakan oleh suaminya yang mungkin

tidak bersesuaian dengan kaum wanita.

Namun begitu jika dikaji dan diteliti akan penglibatan atau peranan yang kaum wanita

khususnya kaum muslimah di negara ini untuk membangunkan negara adalah amat kecil dan

terhad sekali sumbangan mereka malah tidak kedengaran langsung dari wanita di dalam

dewan Undangan Negeri dan Parlimen. Di antara faktor-faktor yang berkaitan yang

membataskan sumbangan kaum wanita dalam pembangunan negara ialah mereka terlalu

terikat dengan tradisi dan budaya masyarakat timur yang menjadi identiti masyarakat di

negara ini. Ini adalah kerana wanita timur terkenal dengan sifat sopan santun dan berbudi

pekerti baik dan mulia serta lemah lembut. Demikian juga dengan faktor perkahwinan ianya
merupakan salah satu daripada faktor yang membataskan dan menghalang kaum wanita dari

memberi penuh perhatian dan tumpuan dalam usaha untuk membangunkan negara . Ini

adalah kerana apabila seseorang wanita itu menjadi pemimpin maka sudah pasti ianya

terpaksa membahagikan masanya di antara keluarga dan kerjayanya.


Hasil Kaji Selidik (BAHAGIAN A).

Berdasakan kaji selidik yang dijalankan, terdapat 31 orang responden dan majoriti daripada

responden tersebut merupakan perempuan, iaitu seramai 22 orang dan hanya 9 orang

responden lelaki. Majoriti responden berbangsa Melayu dan terdapat seorang sahaja

responden berbangsa Cina. Saya dapati kebanyakan responden sedang melakukan ijazah

dalam bidang kejuruteraan di Uniten.

Hasil Kaji Selidik (BAHAGIAN B).

Majoriti daripada responden setuju sekiranya wanita menjadi pemimpin tetapi sebilangan

daripada responden didapati kurang pasti dengan kebolehan wanita sebagai seorang

pemimpin. Namun, ada juga yang tidak setuju sekiranya wanita menjadi pemimpin.
Dari segi pengaruh antara lelaki dan perempuan, majoriti responden kurang pasti samada

lelaki atau perempuan mempunyai perangaruh yang lebih tinggi. Namun,peratusan yang tidak

setuju bahawa perempuan mempunyai lagi ramai pengaruh lebih tinggi jika dibandingkan

dengan responden yang setuju dengan kenyataan berikut dengan perbezaan sebanyak 3.3%

sahaja.

Dari segi halangan bagi wanita untuk menjadi seorang pemimpin, majoriti responden setuju

bahawa faktor perkahwinan merupakan satu halangan yang besar bagi seorang pemimpin

wanita. Walaubagaimanapun, sebanyak 30% daripada responden kurang pasti dengan faktor

perkahwinan boleh menjadi halangan buat kaum wanita untuk menjadi seorang pemimpin

yang berjaya. Masih ada juga yang tidak setuju dengan faktor perkwinan sebagai penghalang

iaitu seramai 19% daripada jumlah responden.


50% daripada responden setuju sekiranya wanita menjadi pemimpin, negara kita mampu

mencapai perubahan. Pada masa yang sama, lebih kurang 30% responden kurang pasti

dengan keupayaan wanita untuk membawa perubahan kepada negara dan 16% responden

tidak setuju dengan kenyataan tersebut.

Berdasarkan kaji selidik, majoriti daripada responden setuju bahawa ramai wanita pada masa

kini aktif melibatkan diri mereka dalam bidang politik. Dilihat seramai 70% responden yang

setuju dengan kenyataan tersebut. Peratusan bagi yang tidak setuju hanyalah sebanyak 6.5%.

Namun begitu, ada juga yang kurang pasti tentang penglibatan kaum wanita dalam dunia

politik pada masa kini.


60% daripada responden kaji selidik setuju bahawa wanita lebih dewasa dalam

menyelesaikan masalah berbanding kaum lelaki. Namun, 22% daripada responden kurang

pasti dengan kenyataan tersebut dan lebih kurang 17% tidak setuju sekiranya kepimpinan

wanita itu dilihat dari cara mereka menyelesaikan masalah.

Wanita dilihat lebih tegas dan tepat dalam mencapai sesuatu keputusan sekaligus menjadikan

mereka pemimpin yang baik. 65% responden setuju dengan kenyataan tersebut. Seramai 19%

tidak setuju dan masih terdapat beberapa responden yang kurang pasti sekiranya seoran

pemimpin yang baik dilihat dari segi beliau menyelesaikan masalah.


Jika dilihat dari sudut negatif, majoriti responden juga setuju bahawa wanita lebih banyak

menghadapi masalah berbanding kaum lelaki. Lebih daripada 50% yang setuju dengan

kenyataan tersebut. Sebanyak 29% daripada responden kurang pasti dengan masalah yang

dihadapi oleh kaum wanita berpunca daripada karier dan rumah tangga. Sebanyak 13%

responden yang tidak setuju dan masalah yang dihadapi tidak semestinya berpunca dripada

posisi karier dan rumah tangga sahaja.

Dari segi melakukan tugas, seramai 35.5% tidak pasti dan tidak setuju sekiranya kaum wanita

mampu untuk melakukan tugas tugas berat. Hanya segelintir responden yang masih yakin

bahawa seorang wanita itu mampu untuk melakukan tugas tugas berat iaitu seramai 29%.
Daripada hasil kaji selidik, tidak dapat dinafikan corak kepimpinan kaum lelaki lebih

sistematik. Seramai 45% responden tidak pasti namun peratusan yang setuju dengan

kenyataan tersebut masih kurang jika dibandingkan dengan responden yang tidak setuju.

Hasil Kaji Selidik (BAHAGIAN C).


KESIMPULAN

Secara rumusannya, perjuangan wanita untuk membela nasib kaum sejenis dan

memainkan peranan mereka dalam pembangunan negara masing-masing menampakkan

kesan yang nyata, meskipun masih belum begitu cemerlang memandangkan halangan-

halangan yang menjadi cabaran untuk wanita terus maju. Tidak harus meletak wanita sebagai

golongan lemah kerana mereka juga berkemampuan dan berkredibiliti. Peranan wanita

sebagai isteri, ibu dan tidak kurang juga sebagai pemimpin perlu dititiberatkan. Usaha-usaha

yang konsisten ke arah meningkatkan tahap penglibatan wanita dalam pasaran buruh,

perniagaan dan politik perlu diperhalusi lebih mendalam oleh pihak kerajaan dan pengkaji

masa kini. Mencapai kesaksamaan gender dan memperkasa wanita adalah perlu untuk

mencapai pembangunan sosial, ekonomi, dan politik. Kini, anak-anak gadis dan wanita masih

terus menerima manfaat daripada perkhidmatan kesihatan dan pendidikan di mana wanita

melepasi lelaki dari segi kemasukan dan juga pencapaian akademik di dalam pelbagai situasi.

Wanita-wanita dunia kini semakin aktif melibatkan diri dalam politik dan lain-lain inisiatif

seperti pertubuhan dan badan-badan yang memberi kepentingan dan bantuan kepada wanita

khususnya terutama dalam menjaga kebajikan wanita di seluruh dunia.