Anda di halaman 1dari 23

School of Education and Cognitive Science

Tugasan EMM 413 Pengajaran Kemahiran Menulis dalam Bahasa Melayu

Mukadimah
Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya
dapatlah saya menyiapkan tugasan ini. Kesibukan dengan tugas seharian sebagai pendidik tidak
menganggu saya bagi menyelesaikan amanah yang diberikan . Inilah satu cabaran yang amat
getir dalam melakukan dua kerja dalam satu masa. Namun semangat dan kecekalan telah
menghilangkan semuanya itu. Demi menyahut cabaran dan mengimarahkan dunia pendidikan
dengan ilmu yang bakal memertabatkan anak didik ,saya menyahut cabaran ini.Sejunjung kasih
dan penghormatan kepada!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!selaku tutor bagi kursus EMM413
Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu ini. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar
serta komen beliau yang bernas lagi jitu tidak mungkin dapat saya melaksanakan satu tugasan
yang begitu berat untuk dilakukan. Kata-kata semangat beliau telah membuatkan saya begitu
terangsang untuk melakukan yang terbaik daripada yang terbaik. Tidak lupa juga bantuan
daripada keluarga dan sahabat yang sentiasa berada di samping untuk membantu saya.
Semoga jasa-jasa kalian ini mendapat rahmah dan kurniaan daripada Illahi.

Terima kasih untuk semua. Ilmu adalah sesuatu yang bersifat rohani dan mempunyai kekuatan.
Aliran kekuatan tersebut bertali arus dan mengalir ke dalam jiwa penerima seterusnya, apabila
punca aliran (Guru) memiliki kekuatan ilmu. Inilah yang disebut oleh sesetengah pihak sebagai
Guru Mursyid.
EMM 413 Pengajaran Kemahiran Menulis dalam Bahasa Melayu

NAMA : AB.ARIF BIN AB.RAHMAN

MATRIK KAD : 690101086925002

PENSYARAH :

PUSAT PEMBELAJARAN

Kenyataan Pengakuan
Saya,AB.ARIF BIN AB.RAHMAN,Nombor Kad Pengenalan 690101-08-6925,
pelajar!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!membuat pengakuan bahawa segala tugasan untuk subjek
EMM413 PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU adalah
hasil kerja saya dan tiada perbuatan plagiat melainkan penyediaan asli hasil air tangan saya
sendiri.

Adalah dimaklumkan bahawa saya telah membuat rujukan dan bacaan luas tantang topik yang
diambil daripada modul, bahan bercetak dan eletronik. Tidak memplagiat atau meniru daripada
mana-mana sumber atau pelajar lain. Tidak membenarkan pelajar lain meniru tugasan ini
melainkan hanya menerangkan dan membantu kefahaman rakan-rakan berkaitan tugasan.
Mengikut prosedur tugasan dan mengahantar tugasan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Dengan yang demikian, saya faham bahawa jika terdapat apa-apa perkara di atas didapati tidak
benar, maka pihak pengurusan AEU berhak untuk mengambil apa-apa sahaja tindakan disiplin
terhadapan salah laku tersebut.
Bahagian A:
Baca artikel bertajuk “Penggunaan Pasir Dalam Meningkatkan Memori Murid Pemulihan
Dalam Penulisan Huruf” oleh Cassandra Warnes anak Tueng, Seminar Penyelidikan
Tindakan IPG KBL

Berdasarkan artikel di atas:


 Bincangkan isu dalam artikel ini
 Perancangan dan pelaksanaan tindakan
 Hasil dapatan dalam artikel ini
ABSTRAK.
Kemahiran menulis merupakan kemahiran kognitif yang kompleks dan merupakan tugas
mencabar bagi guru dan murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran menulis
merupakan kemahiran asas dan hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih
cemerlang pada masa hadapan. Oleh hal yang demikian kajian ini dilakukan untuk
mengenalpasti permasalahan tentang kemahiran menulis di kalangan murid-murid berkeperluan
khas di Program Pendidikan Khas Integrasi sekolah rendah. Responden kajian terdiri daripada 8
orang murid berkeperluan khas dari kelas K3 Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah
Kebangsaan Bandar Baru Rawang, Selangor Darul Ehsan. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif
dengan menggunakan borang soal selidik yang merangkumi maklumat latar belakang serta
masalah yang dialami oleh murid-murid dalam kemahiran menulis. Sehubungan dengan itu,
dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat masalah dalam diri murid untuk menguasai
kemahiran menulis antaranya ialah teknik memegang pensel, pengetahuan asas menulis,
persekitaran dan kaedah pengajaran guru.

PENGENALAN
Kajian tindakan bertujuan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan amalan menerusi
perkembangan peribadi dan professional seseorang guru dengan bertanggungjawab ke atas
tindakan mereka dalam mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif
dan dinamis. Oleh itu, kajian tindakan dan guru berkembang dalam aktiviti-aktiviti
perkembangan kurikulum berasaskan sekolah dan perkembangan professional guru. Dalam
konteks guru dan kajian tindakan, guru yang terlibat dalam kajian tindakan selalunya ingin
mengkaji konteks di mana mereka berada dan bekerja sebab mereka ingin kajian yang dijalankan
memberi satu perubahan dan perbezaan dalam persekitaran kerja mereka
Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran bahasa yang turut ditekankan dalam
Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah iaitu kurikulum lama yang disemak
semula pada tahun 2002 dan dilaksanakan bermula 2003. Tulisan adalah alat bahasa dan
pemikiran yang dihasilkan melalui proses jangka masa panjang, misalnya A,B,C yang kita lihat
sekarang adalah hasil rekaan manusia yang bermula daripada tamadun yang berkurun lamanya.

Menurut Noorazman Mamat (2009), murid perlu mahir menulis kerana hampir semua
kertas peperiksaan di Negara ini memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan. Oleh itu
murid yang tidak dapat menulis dengan baik sering menghadapi masalah untuk menjawab
soalan. Namun begitu bagi murid-murid berkeperluan khas kemahiran menulis adalah bertujuan
untuk membolehkan mereka menulis perkara-perkara asas seperti nama dan butir diri supaya
dapat berinteraksi dengan masyarakat sekeliling. Ini adalah kerana berdasarkan Buku Panduan
Am kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KPM 2003), bahawa setiap murid adalah berbeza
antara satu sama lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, bakat dan kebolehan.
Oleh yang demikian guru perlu memahami keperluan murid berkeperluan khas di dalam program
pendidikan khas integrasi bagi mengatasi permasalahan menguasai kemahiran menulis.

OBJEKTIF KAJIAN
Dalam kajian ini, objektif umum kajian adalah untuk mengenalpasti masalah dalam kemahiran
menulis bagi murid-murid di kelas pendidikan khas sekolah rendah. Manakal objketif khusus
kajian adalah:
• Mengenalpasti masalah menguasai kemahiran menulis bagi murd-murid K3 di kelas
pendidikan khas
• Sejauh mana persepsi murid terhadap pengajaran guru dalam pengajaran menulis.
• Mengenalpasti aplikasi strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis oleh
guru pendidikan khas.
MENGENAL PASTI MASALAH KAJIAN
Saya merupakan seorang guru yang telah berkhidmat selama hampir 18 tahun. Namun begitu
saya mula berkhidmat sebagai guru pendidikan khas bermula dari tahun 2007 hingga sekarang.
Terdapat banyak perbezaan pendekatan pengajaran di antara mengajar di aliran perdana dan di
kelas pendidikan khas. Masalah menguasai kemahiran menulis bagi murid di aliran perdana
mungkin dialami semasa murid berada di tahun 1 sahaja, namun bagi murid di kelas pendidikan
khas masalah ini merupakan masalah yang besar. Ada di kalangan murid yang langsung tidak
dapat menulis sehingga tamat persekolahan di sekolah rendah bagi kelas pendidikan khas. Ini
amat mendukacitakan saya dan saya mengambil langkah ini untuk menyelesaikan masalah
tersebut.
Berdasarkan pemerhatian di dalam kelas, saya dapati kebanyakan murid saya mengalami
kesukaran untuk menulis. Ini terbukti apabila saya meminta murid untuk menulis di papan putih
di hadapan kelas. Murid hanya ke hadapan kelas memegang alat tulis dan tersengih-sengih tanpa
menulis apa-apa di papan putih. Apabila saya menyuruh untuk menulis murid akan mengatakan
’tidak tahu’. Oleh itu murid yang tidak dapat menulis akan berasa bosan apabila ada aktiviti yang
melibatkan menulis di dalam kelas malah ada yang mengganggu rakan lain menyebabkan secara
tidak langsung menggangu proses pengajaran saya di dalam kelas.

5.MERANCANG TINDAKAN
Saya merancang tindakan ini bertujuan untuk membolehkan murid K3 sekurang-kurang dapat
menulis huruf dengan cara meniru tulisan yang diberikan. Saya yakin jika kajian tindakan ini
dilakukan dengan bersunggug-sungguh dengan secara istiqamah, murid K3 dapat menulis
sekurang-kurangnya nama sendiri sebelum meninggalkan sekolah rendah.
• Kaedah Soal Selidik (Lampiran 1)
Dalam pelaksanaan kajian ini, saya telah menjalankan soal selidik tahap penguasaan
menulis terhadap kelapan-lapan murid kelas K3 pendidikan khas dengan menggunakan
Kad Senarai Semak Menulis. Analisa dapatan menunjukkan 100% murid tidak dapat
menulis sendiri atau tanpa tidak dapat menulis tanpa bantuan guru.
• Kaedah Temu Bual (Lampiran 2)
Saya juga menjalankan temu bual bagi mendapatkan kesahihan tanggapan saya
bahawa murid ini tidak minat menulis. Saya telah mengadakan temubual berstruktur
untuk mengetahui punca masalah dan sikap mereka terhadap aktiviti menulis. Kesemua
mereka mengaku tidak boleh menulis sendiri tanpa bantuan guru.

• Ujian Pra (Lampiran 3)


Ujian pra diberikan kepada murid untuk mengesan sejauh mana murid ini boleh
menulis tanpa bimbingan guru. Hasil daripada ujian tersebut semua murid tidak dapat
menulis huruf tetapi boleh melakar atau menconteng

6. MENJALANKAN TINDAKAN
Peringkat pengajaran pratulisan adalah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti
menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh
masa ini latihan otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberi kepada murid-
murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk
lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan haruslah
sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pratulisan yang berbentuk bebas.

Latihan-latihan pratulisan menitikberatkan beberapa perkara seperti melakukan latihan-


latihan pergerakan tangan terebih dahulu seperti mengerakkan jari diatas garisan atau corak yang
dilakarkan di atas kertas supaya murid-murid dapat menguasai gerak tangan yang bebas supaya
boleh menulis dengan selesa dan sempurna. Latihan seperti membentuk bulatan di udara, di
meja, di lantai, di atas pasir, di atas rumput tanpa mengunakan alat tulis seperti melukis bulatan
besar dan kecil juga boleh dilakukan. Di samping itu murid-murid boleh melakukan latihan
pergerakan jari dengan memainkan jari, menekan jari, mengoyangkan tangan, meramas-ramas
jari dan sebagainya.
6.1 KRONOLOGI KAJIAN TINDAKAN

Bil Aktiviti
1 Mengenalpasti masalah dan mengumpul data
2 Merancang Tindakan
3 Melaksanakan tindakan Aktiviti1
4 Bincang masalah dalam aktiviti 1 dalam panitia
5 Melaksanakan tindakan Aktiviti 2
6 Bincang masalah dalam aktiviti 2 dalam panitia
7 Melaksanakan tindakan Aktiviti 3
8 Bincang masalah dalam aktiviti 3 dalam panitia
9 Melaksanakan tindakan Aktiviti 4
10 Bincang masalah dalam aktiviti 4 dalam panitia
11 Melaksanakan tindakan Aktiviti 5
12 Bincang masalah dalam aktiviti 5 dalam panitia
13 Melaksanakan tindakan Aktiviti 6
14 Bincang masalah dalam aktiviti 6 dalam panitia
15 Melaksanakan Peperiksaan Akhir Tahun
16 Refleksi Kajian
17 Menulis Laporan Kajian
6.2 LATIHAN PRATULISAN

6.2.1 Latihan-latihan Pergerakan Tangan


Dalam latihan pergerakan tangan,aktiviti seperti menggenggam dan membuka tangan
beberapa kali secara berulang-ulang, menggenggam dan menghancurkan atau meronyok
sehelai daun atau kertas, mengenggam dan merasa beg yang berisi kekacang dan
memegang benda-benda seperti pensel dengan cara guru menunjukkan cara memegang
benda-benda dengan cara yang betul. Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-
mainkan jari, menekan-nekan jari, menggoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan
sebagainya.
Aktiviti seperti memasang butang baju dan sebagainya serta latihan membuka dan
mengikat semula tali kasut juga merupakan latihan pergerakan tangan . Latihan
menggerakkan jari ini supaya murid-murid bersedia untuk menggunakan jari bagi
memegang pensel disamping sebagai latihan penggunaan otot-otot tapak tangan dengan
aktiviti membuat bentuk daripada plastisin, tanah liat atau tepung yang dibancuh dengan
air.

6.2.2 Latihan Pergerakan Tangan Yang Bebas Untuk Menulis Dengan Sempurna
Aktiviti gerakan tangan secara bebas yang dilakukan oleh murid ini bertujuan supaya
murid dapat menulis dengan selesa dan sempurna. Selain itu latihan membentuk garisan
lurus, latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garis lurus boleh dilakukan
secara bebas. Latihan melukis gambar- gambar mengandungi garisan lurus dan bulat juga
termasuk dalam aspek gerakan tangan secara bebas supaya akhirnya murid dapat menulis
dengan lebih sempurna. Aktiviti bagi tangan juga boleh dilakukan melalui aktiviti
melukis bentuk bebas menggunakan jari di udara, di meja, di lantai, di rumput tanpa
menggunakan alat tulis seperti membentuk bulatan, menulis bentuk-bentuk di atas pasir
atau tanah. Aktiviti merasa huruf sebenar dalam bentuk 3D, Huruf kertas pasir. Membuat
rantai secara bebas turut membantu murid membentuk huruf akhirnya.
6.2.3 Latihan Pergerakan Mata
Latihan bagi mata seperti menutup kedua-dua mata murid dengan tangan, membuka mata
dan menyebut benda-benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. Aktiviti seperti
menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk oleh guru dan dibawa
dari kiri ke kanan dan sebaliknya. Aktiviti lain seperti menyebut benda-benda pelbagai
saiz yang dipegang oleh guru. Seterusnya guru boleh menyuruh murid menyebut warna
benda atau menyebut bentuk asas objek. Latihan Kordinasi Mata dan Tangan Aktiviti
mengelas benda mengikut golongan atau kumpulan merupakan latihan bagi kordinasi
mata dan tangan. Aktiviti –aktiviti lain yang boleh dilaksanakan seperti menyusun ,
mencantum dan mewarna gambar yang diselaras mengikut urutan.
Aktiviti lain dalam aktiviti kordinasi mata dan tangan ialah mencantum titik atau
sempang untuk membentuk huruf, memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa,
mencari sejumlah benda yang tersembunyi dalam sebuah lukisan dan juga aktiviti
membuat garisan lurus dari atas ke bawah dan sebaliknya. Latihan mewarna dari kiri ke
kanan dan sebaliknya juga dapat melatih murid bagi kordinasi mata dan tangan. Setelah
murid-murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu memegang pensel serta
boleh duduk dengan cara betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang
tulisan. Bermula di kertas kosong tanpa garisan, diikuti latihan membentuk huruf pada
garisan, di mana peringkat ini ialah peringkat menulis mekanis.

• Kegiatan pra tulisan yang telah dijalankan

• Mari Menabung (Aktiviti 1)

Alat yang diperlukan:

- Kotak kasut yang salah satu sisinya mempunyai lubang, pstikan lubang
berada tidak sejajar/searah satu dengan lainnya, hal ini agar permainan
lebih bervariasi dan bertentangan.

- Duit syiling/butang baju (lebih baik jika dengan pelbagai ukuran)

• Permainan melatih pola pegang alat tulis (3 jari), koordinasi mata tangan, serta
melatih kecekapan dan kelembutan jari tangan serta pergelangan tangan (bila anak
mencuba memasukkan duit syiling /butang baju dengan pelbagai posisi lubang.
• Membantu menjemur (Aktiviti 2)

Alat yang diperlukan:

• Penyepit kain

• Gambar kanak-kanak/ saputangan/stokin

• Tali diikat diantara dua kerusi

• Permainan melatih pola pegang alat tulis (3 jari), melatih kekuatan


jari-jari dan koordinasi dua tangan serta koordinasi mata-tangan.

• Memasukkan kacang hijau ke dalam penyedut air plastik (straw)-Aktiviti 3

Alat yang diperlukan:

- Penyedut air plastic(straw) dan kacang hijau

• Permainan melatih pola pegang alat tulis, koordinasi dua tangan,


koordinasi mata-tangan, melatih kecekapan dan kelembutan jari tangan
serta melatih konsentrasi dan kesabaran

• Menguli dan membuat rekaan menggunakan doh(Aktiviti4)


Alat yang diperlukan:
• Tepung gandum,garam,pewarna dan sedikit minyak
• Permainan melatih koordinasi mata-tangan, melatih mengawal
kekuatan dan gerakan jari tangan.
• Melakar bentuk (objek/ huruf/ nombor) menggunakan jari telunjuk di atas
permukaan berlainan seperti di udara dan di pasir. (Aktiviti 5)
Alat yang diperlukan:
• Pasir,besen atau bekas yang besar.
• Permainan melatih koordinasi mata-tangan, melatih mengawal
kekuatan dan gerakan jari tangan si kecil.

• Menyambung Titik (Aktiviti 6)

Alat yang diperlukan :

• Pensil,pensil warna, kertas putih.*Permainan melatih koordinasi


mata-tangan, melatih mengawal kekuatan dan gerakan jari tangan.
Refleksi
Pada awal kajian ini, saya dapati murid kurang memberi kerjasama dan perhatian semasa aktiviti
menulis dijalankan. Apabila saya menyuruh murid menulis, mereka tidak berbuat apa-apa dan
menyatakan tidak tahu menulis. Mereka termenung dan ada yang mengganggu rakan lain jika
guru mengadakan aktiviti menulis. Saya telah membuat teguran dan memaksa mereka menulis.
Malangnya ada di kalangan mereka tidak dapat memegang pensel dengan betul. Saya dekati
mereka disamping melakukan aktivit-aktiviti pratulisan. Selepas beberapa siri pengajaran dan
pembelajaran menggunakan kaedah aktiviti pratulisan, mereka telah menunjukkan respon yang
positif. Mereka mula minat untuk menulis walaupun tidak berapa sempurna.
Aktiviti sensori motor yang saya jalankan banyak membantu murid untuk memegang
pensel dengan betul. Setelah beberapa sesi yang melibatkan sensori motor saya jalankan, murid
di dapati dapat memegang pensel dan dapat menulis dengan bebas seperti membuat bulatan,
garisan lurus dan bengkang bengkok. Malah murid lebih berminat menulis apabila saya gunakan
kaedah menyambung titik bagi huruf-huruf yang telah saya ajar.

Penutup/Rumusan

Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan terdapat perubahan positif di kalangan murid dan
saya rasa cara ini amat sesuai bagi murid berkeperluan khas untuk menulis dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Saya juga berhasrat untuk mempertingkatkan lagi
aktiviti agar boleh meransang murid untuk menulis tanpa ada rasa paksaan dan sekurang-
kurangnya murid boleh menulis nama sendiri sebelum meninggalkan alam sekolah rendah.

Semoga hasil kajian ini dapat dimanfaatkan dan menjadi proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan. Sesungguhnya guru yang
kreatif akan dapat melahirkan murid yang bersemangat untuk belajar seperti pendapat yang
mengatakan “jika guru mengajar tanpa alat, murid belajar dengan ralat”
LAMPIRAN 1

BORANG SOAL SELIDIK

MENINGKATKAN MINAT UNTUK MENULIS DI KALANGAN MURID


BERKEPERLUAN KHAS SEKOLAH RENDAH
TEMANGAN

SOAL SELIDIK MURID


(Soalan dibacakan kepada murid kerana murid berkeperluan khas ini tidak dapat membaca)
Bahagian A : Maklumat Peribadi
Sila tandakan (√) pada ruang yang berkenaan

• Jantina : Lelaki ( ) Perempuan ( )

• Etnik :

Melayu ( )
Cina ( )
India ( )
Lain-lain
(Sila nyatakan :.......................................)

• Kedudukan anak yang ke berapa dalam keluarga

Sulung ( )

Bongsu ( )

Nombor dalam keluarga ( )

(Nyatakan:.......................)
• Agama

Islam ( )
Kristian ( )
Budha ( )
Hindu ( )
Lain-lain ( )

• Pekerjaan bapa

Kakitangan kerajaan ( )
Peniag ( )
Buruh ( )
Pekerja Kilang ( )
Lain-lain ( )

• Pekerjaan ibu

Kakitangan kerajaan ( )
Peniaga ( )
Pekerja Kilang ( )
Surirumah ( )
Lain-lain ( )

• Apakah yang dilakukan pada masa lapang

Membaca ( )
Menulis ( )
Bermain ( )
Menonton televisyen ( )
• Matapelajaran yang diminati

Bahasa Melayu ( )
Bahasa Inggeris ( )
Pengurusan Diri ( )
Kemahiran Hidup ( )

• Adakah anda suka pergi ke sekolah

Ya ( )
Tidak ( )

Kenapa ?

....................................................................................................................
LAMPIRAN 2

SOALAN TEMUBUAL

• Bagaimana anda datang ke sekolah?

.............................................................................................................................................

• Siapakah kawan baik anda ?

.............................................................................................................................................

• Siapakah guru yang paling anda suka ?

.............................................................................................................................................

• Adakah anda suka menulis?

.............................................................................................................................................

Kenapa?

.............................................................................................................................................

• Di antara ahli keluarga anda siapakah yang anda paling rapat?

.............................................................................................................................................

• Jika anda tidak hadir ke sekolah apakah yang anda lakukan?

.............................................................................................................................................

• Keadaan pembelajaran yang macam mana yang dapat menarik anda untuk belajar?

.............................................................................................................................................
LAMPIRAN 3

Padankan gambar yang sama

Anda mungkin juga menyukai