Anda di halaman 1dari 17

PENGENALAN

Disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk


para pelajar selari dengan kehendak agama,norma-norma masyarakat dan undang-undang
sesebuah negara.namun begitu sesuatu yang mulia tidak mudah diterima oleh golongan
pelajar;apatah lagi banyak unsur lain yang mempengaruhi perkembangan
mental mereka.gejla seperti ponteng sekolah,ponteng kelas,melawan guru,bersikap anti-
sosial,bergaduh,membuli,merokok dan sebagainya adalah masalah yang sering diperkatakan.

Pekerjaan adalah satu keperluan yang teramat penting kepada manusia. Kehidupan
kita bergantung kepada kerja. Ini kerana ia merupakan sumber ekonomi untuk keperluan.
Pekerjaan juga boleh mengangkat status dan pengiktirafan seseorang individu dalam
masyarakatnya. Selainitu, pekerjaan juga meletakkan nilai dan harga diri seseorang.Agama
amat menggalakkan setiap penganutnya bekerja dan tidak meminta-minta. Ia
merupakantuntutan yang perlu dilaksanakan dengan jujur dan amanah. Dengan pekerjaan
inilah kita dapatmemberi nafkah untuk diri dan keluarga di samping membangun ekonomi
bangsa serta negara.kebanyakan mereka yang berjaya adalah orang yang berdisiplin dalam
kerja. Dengan memiliki disiplin membolehkan seseorang itu menjadi pekerja yang
berkreativiti dan berkualiti.Untuk menjadi pekerja yang berkreativiti dan berkualiti ini
memerlukan banyak kemahiran dan pengalaman diperoleh dengan adanya DISIPLIN.

Disiplin atau tatatertib pekerja merujuk pada kepatuhan pekerja kepada dasar-dasar,
peraturan- peraturan dan prosedur-prosedur organisasi bagi tujuan menjaga ketenteraman di
tempat kerjaagar piawai-piawai dan objetif-objektif organisasi dapat dicapai. Tujuan utama
sistem displinadalah untuk memastikan tingkah laku kerja para pekerja tidak bercanggah
dengan matlamat-matlamat organisasi.Tindakan disiplin merupakan hukuman majikan yang
dikenakan terhadap pekerja dengan sebab prestasi yang tidak memuaskan atau kerana salah
laku. Prestasi yang tidak memuaskan dikatakan berlaku apabila seseorang pekerja sentiasa
gagal melakukan tugas-tugasnya dengan cara yang memuaskan, mengikut piawai-piawai
yang ditetapkan oleh organisasi. Dalam keadaan yangdemikian, pihak majikan harus
mengenal pasti dan menentukan sebab-sebab berlakunya prestasiyang tidak memuaskan itu
dan berusaha untuk mengatasi masalah tersebut.
ISU DISIPLIN PEKERJA
Isu disiplin dalam kalangan pekerja boleh berlaku dalam pelbagai cara yang
barangkali tidak dapat kita fikirkan. Tidak kira dimana kita bekerja, isu seperti ini pasti akan
terjadi walaupun dalam peratus yang sedikit. Isu disiplin ini terjadi akibat daripada sikap
individu yang tidak mengendahkan kebajikan syarikat dan orang bekerja dibawahnya.
Sesetengah isu ini melibatkan perkara serius dan mengakibatkan kesan yang teruk kepada
individu, syarikat dan sekumpulan orang yang berkaitan dengan perkara tersebut seperti isu
rasuah. Rasuah merupakan salah laku paling besar didalam sesebuah organisasi walaupun
secara jelasnya ia hanya melibatkan pemberi dan penerima rasuah tetapi kesannya dibawa
kepada keseluruhan organisasi tersebut. Jika isu rasuah yang dilakukan melibatkan pegawai
dari sektor kerajaan, maka kesannya adalah lebih buruk kerana ia mampu menjejaskan nama
Negara dan pemimpin Negara. Hal ini kerana, mereka yang memberi dan menerima rasuah
dalam sektor kerajaan adalah berkaitan dengan segala urusan negeri mahupun Negara dan
organisasi kerajaan adalah organisasi utama yang dijadikan rujukan dalam setiap sektor
pekerjaan dan pelbagai urusan harian dari pelbagai pihak.
Antara isu disiplin yang kerap didengari di kebanyakkan organisasi dan syarikat sama
ada awam mahupun swasta ialah isu berkaitan pekerja mengkhianati organisasi sendiri
dengan melakukan salah laku jenayah seperti mencuri. Jenayah seperti mencuri ini mungkin
berlaku akibat daripada pekerja yang berang kerana gaji mereka tidak dinaikkan pada hal
mereka merasakan bahawa mereka menunjukkan potensi yang baik sewaktu menjalankan
tugas dan berhak menerima kenaikan gaji setimpal dengan usaha mereka. Hakikatnya mereka
tidak menyedari kesilapan yang mereka lakukan sewaktu menjalankan tugas adalah lebih
banyak berbanding usaha mereka dalam menjalankan tugas. Dengan itu berlakunya kecurian
dalam syarikat sewaktu mereka sedang menjalankan tugas. Contohnya, seorang bekas
juruwang memberitahu Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bahawa dia mencuri di tempat
kerjanya kerana tidak berpuas hati terhadap majikan yang tidak menaikkan gaji dan
memberikan komisen kepadanya. Jenayah mencuri seperti ini sama sekali tidak
mendatangkan faedah dan kebaikan kepada si pelaku kerana akhirnya bekas juruwang itu
dikenakan hukuman penjara dan perlu membayar denda.

Rajah menunjukkan keratan akhbar berkaitan kecurian yang dilakukan dalam sektor
kerajaan.
Selain itu, apabila jenayah seperti mencuri ini dilepas tangan maka ia akan lebih
melarat dan mungkin mampu membawa kepada jenayah rasuah yang melibatkan isu yang
lebih besar dan teruk serta berisiko kepada organisasi yang menghadapinya. Isu rasuah ini
kebiasaan berlaku dalam kalangan orang-orang yang mempunyai pengaruh yang besar seperti
pegawai-pegawai atasan dan mereka yang berpangkat tinggi seperti dato, ketua polis, dan
sebagainya. Jenayah rasuah ini berlaku kerana sifat tamak yang ada dalam diri seseorang
yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan akibatnya kepada orang lain. Jika
rasuah yang dilakukan melibatkan syarikat, maka maruah dan nama baik syarikat itu akan
terjejas dan kemungkinan syarikat itu bakal bankrup dan ditutup yang mana bakal
meninggalkan ramai pekerja-pekerja yang menganggur akibat daripada kehilangan kerja dan
ini yang dikatakan memudaratkan orang lain yang tidak tahu menahu dengan rasuah yang
dilakukan oleh orang atasan. Contohnya, di Kedah seorang anggota polis berpangkat sarjan
direman selama enam hari bermula bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima wang
rasuah RM13,000 untuk menyelesaikan kes dadah. Hal ini merupakan salah satu isu disiplin
yang sangat teruk dilakukan oleh seorang pegawai kerajaan.

Rajah menunjukkan artikel akhbar berkaitan isu rasuah


Seterusnya, isu disiplin yang teruk mampu membawa kepada kemusnahan karier
seseorang akibat daripada sikap yang mementingkan diri dan tidak berwaspada dalam
menjalankan tugas. Isu pecah amanah juga sering diperkatakan dan kerap berlaku di
kebanyakkan sektor awam. Jenayah pecah amanah ini berlaku atas sebab mementingkan diri
sendiri dan kebiasaan jenayah pecah amanah ini sering berkait rapat dengan isu rasuah di
Negara ini. Pecah amanah ini kebiasaannya melibatkan pegawai-pegawai berpangkat seperti
pegawai eksekutif, pegawai akauntan kerani akaun, malahan guru juga terlibat dalam
kesalahan ini. Contohnya, BEKAS kerani akaun didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu,
atas tuduhan pecah amanah wang syarikat kosmetik dan memperdaya pemiliknya. Tertuduh
yang diamanahkan mendepositkan wang hasil jualan didakwa melakukan pecah amanah
berjumlah RM119,459.39 yang dipertanggungjawabkan kepadanya di sebuah syarikat
kosmetik.

Rajah menunjukkan keratan akhbar berkaitan isu pecah amanah yang melibatkan orang
berpengaruh.
Demikian itu, jenayah lain yang terlibat dengan isu disiplin di tempat kerja ialah
gangguan sosial atau seksual yang bermaksud perbuatan berbaur seksual yang bukan
berlandaskan sukarela mangsa kepada golongan yang dominan di tempat kerja. Perkara ini
termasuklah segala pertuturan, tingkahlaku, sentuhan fizikal, isyarat secara berulang-ulang
yang berunsur seksual di tempat kerja. Perlakuan-perlakuan ini termasuklah sentuhan tubuh
badan yang tidak diingini, dan pujuk rayu supaya melakukan hubungan seks di tempat kerja.
Contohnya, pengganggu seksual sering memuji mangsa dengan menyatakan mangsa
mempunyai tubuh badan yang cantik dan pengganggu tersebut mengaku bahawa dia tergoda.

Rajah menunjukkan artikel akhbar berkaitan gangguan seksual yang berlaku terhadap
seorang guru
Sehubungan dengan itu, isu disiplin di tempat kerja juga melibatkan jenayah seperti
jenayah korporat atau jenayah kolar putih yang juga berkait rapat dengan jenayah
ekonomi dan jenayah perdagangan. Maksud jenayah korporat ini ialah jenayah tersebut
sebagai aktiviti perniagaan dan perdagangan yang membabitkan individu, pertubuhan atau
orang awam dan merangkumi jenayah yang boleh menjejaskan ekonomi negara secara terus.
Jenayah korporat ini memberi impak yang jauh lebih besar jika dibandingkan dengan jenayah
konvensional seperti merompak, mencuri, peras ugut dan penipuan. Jenayah ini dianggap
sebagai jenayah kelas atasan boleh menjejaskan prestasi kewangan organisasi komersial di
negara ini. Jenayah ini juga dikenali sebagai jenayah profesional yang dilakukan oleh
individu yang terlibat sepenuh masa dengan jenayah kerjaya dan selalunya mempunyai
kemahiran dan kecekapan tertentu. Contohnya, pemalsuan mata wang, penipuan, pemalsuan
kira-kira dan sebagainya.

Rajah menunjukkan keratin akhbar berkaitan jenayah korporat yang berkaitan dengan
penyelewangan wang syarikat.
FAKTOR BERLAKUNYA ISU DISIPLIN PEKERJA

Masalah disiplin pekerja semakin meningkat disebabkan oleh beberapa faktor


persekitaran yang berlaku di tempat kerja. Isu disiplin yang berlaku dalam kalangan pekerja
berpunca dengan pelbagai faktor. Berikut merupakan faktor yang mempengaruhi masalah
disiplin.

Antara faktor berlakunya isu disiplin yang mendorong kepada masalah disiplin
pekerja ialah pekerja telah bosan yang mana purata tempoh maksimum bagi seseorang
pekerja berada di sesuatu unit dengan melakukan kerja yang sama adalah 2 tahun. Pekerja
muda (gen-Y terutamanya) cenderung untuk mencuba sesuatu yang baharu selepas tempoh
tersebut. Majikan harus memastikan pekerja tidak bosan dan mencari cabaran baharu di
organisasi lain.

Selain itu, isu disiplin ini didorong oleh pekerja yang hilang kepercayaan terhadap
majikan. Tanda-tanda pekerja yang telah hilang kepercayaan terhadap majikan adalah tidak
mengikut peraturan, tidak menepati masa, dan mempersoalkan arahan majikan. Ini
disebabkan oleh maklumbalas negatif majikan terhadap pekerja. Bagi mengatasi masalah ini,
majikan perlu melibatkan pekerja dalam pembuatan keputusan, memberi lebih maklumbalas
yang positif, memberi ganjaran kepada hasil kerja yang baik, dan menjadi contoh teladan.

Seterusnya, faktor yang mendorong kepada isu disiplin juga ialah masalah
komunikasi antara majikan dan pekerja yang mengakibatkan pekerja hilang fokus terhadap
matlamat organisasi dan perubahan-perubahan yang hendak dilakukan oleh pihak pengurusan
tertinggi. Antara punca masalah komunikasi adalah kerana pekerja tidak digalakkan untuk
meluahkan pandangan atau idea mereka.

Sehubungan dengan itu, isu disiplin yang berlaku adalah berkaitan dengan isu yang
mana majikan tidak memberi pengiktirafan yang sewajarnya iaitu majikan sering menegur
kesilapan pekerja tetapi jarang untuk memuji pekerja yang berprestasi tinggi. Bahkan rakan-
rakan sekerja juga perlu diberitahu mengapa seorang pekerja yang baik diberi pengiktirafan.
Ini membolehkan pekerja yang baik itu mendapat penghormatan dari rakan-rakan sekerjanya
yang lain.
Demikian itu, masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pekerja ialah kurangnya
maklumbalas daripada majikan yang bermaksud majikan seringkali gagal berbincang
tentang prestasi kerja bersama pekerjanya. Justeru, pekerja tidak tahu sama ada hasil kerjanya
menepati kehendak dan sasaran majikan. Majikan sewajarnya berjumpa secara berkala
dengan pekerja untuk memberi maklumbalas.

HUBUNGKAIT ANTARA ISU DISIPLIN DAN TEORI ETIKA

RASUAH - Menurut teori keperibadian mulia, etika adalah berkaitan dengan keperibadian,
sifat serta ciri dan watak yang mulia. Teori ini telah dikemukakan oleh Aristotle. Virtue
(keperibadian mulia) ialah sekumpulan konsep yang merangkumi keadilan, kemurahan hati,
keberanian, kejujuran, kesabaran dan kebijaksanaan. Ia juga didefinisikan sebagai kualiti
terbaik atau istimewa dan mengutamakan sifat peribadi terhadap suatu kehidupan yang
bermoral. Keperibadian mulia dianggap tidak dihasilkan oleh alam semulajadi. Sebaliknya
cara untuk memperoleh keperibadian mulia adalah menerusi latihan dan pengamalan
sehingga menjadi satu kebiasaan yang menyenangkan dan menyeronokan. Keperibadian
mulia diperincikan sebagai suatu sifat positif yang perlu ada dalam diri setiap manusia dalam
menjalani kehidupan seharian. Ini bermakna teori ini tidak sama sekali menyangkal
kemampuan seseorang dalam sesuatu kebolehan dan kepakaran mereka dengan hanya
berpandukan pandangan sebelah mata. Teori ini juga membuktikan bahawa, seseorang itu
tidak boleh dipuji atau dikeji dan dikatakan jahat hanya disebabkan oleh perasaan atau rasa
dari sebelah pihak yang lain.

Pada pandangan saya, teori ini bersesuaian dengan pelbagai isu moral seperti isu
rasuah yang semakin berleluasa. Apabila seseorang terlalu taksub akan kemewahan dan
kepentingan diri sendiri, serta merta mereka menjadi berani untuk melakukan sesuatu diluar
bidang kuasa tanpa menghiraukan sebarang kesan buruk yang mendatang dalam kehidupan,
pekerjaan dan moral mereka. Teori keperibadian mulia ini begitu perlu di dalam diri
seseorang dan juga sepatutnya dijadikan prinsip kehidupan disamping mengamalkan sikap
dan nilai murni yang berterusan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, setiap orang
terutamanya mereka yang berada dalam bidang professional perlu mengamalkan perkara
positif yang mampu menjamin kehidupan mendatang.
MENCURI – Menurut teori wajiban yang diasaskan oleh Immanuel Kent. Teori ini juga
dikenali juga sebagai deontologist yang membawa maksud bukan akibat. Asas pemikiran
teori ini lebih menekankan prinsip tanggungjawab dan tidak terikat dengan akibat sesuatu
tindakan iaitu dengan melakukan tidakan yang betul. Menurut pengasas teori ini, melakukan
tindakan baik seperti berlaku adil, jujur, simpati, dan sebagainya tanggungjawab yang perlu
dilakukan oleh individu. Teori juga membincangkan tentang nilai moral atau tindakan yang
tidak boleh dinilai kesudahannya (hasil/kebaikan yang akan diperolehi) kerana kesudahannya
tidak jelas dan tidak dapat ditentukan hasilnya semasa tindakan atau keputusan tersebut
dibuat. Nilai bermoral sesuatu tindakan sebaliknya harus bergantung pada niat seseorang itu
dalam membuat keputusan dan melakukan tindakan. Dalam kata lain bagi memilih tindakan
moral yang betul, kita perlu memahami obligasi atau kewajipan moral kita dan apakah
peraturan yang betul yang sedia ada untuk kita melakukan kewajipan tersebut. Andaian
dalam teori ini apabila melakukan sesuatu kewajipan menunjukan kita bermoral manakala
jika gagal mengikut kewajipan maka kita berkelakuan tidak bermoral.

Pada pandangan saya, teori wajiban ini sesuai diselitkan bersama isu tidak
bertanggungjawab seperti mencuri di tempat kerja. Hal ini kerana di dalam teori wajiban ini
menekankan pada kewajipan dan tanggungjawab seseorang. Bagi seseorang pekerja, mereka
hendaklah jujur dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas dan mematuhi peraturan
serta menirma arahan dari majikan dengan ikhlas dan bersifat wajar. Jika kesalahan seperti
mencuri ini dilakukan maka ia sama sekali melanggar etika dan teori wajiban yang
menyatakan tanggungjawab dan nilai seseorang pekerja berkualiti. Perkara seperti mencuri di
tempat kerja ini membawa kepada pandangan buruk orang lain kepada orang yang melakukan
kesalahan dan menyebabkan mereka yang melanggar teori ini tidak lagi dipercayai dalam
menjalankan tugas.
PECAH AMANAH – Umum mengetahui isu pecah amanah ini sememangnya tidak asing
dalam dunia keusahawanan dan perniagaan terutamanya tertumpu dalam kalangan korporat
yang boleh dikatakan telah lama menetap dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Isu
ini sewajarnya dititikberatkan oleh semua orang dan perlu diberi perhatian yang penuh oleh
pihak-pihak berwajib dan sekiranya isu ini diperlekehkan maka ia akan meninggalkan kesan
negatif dalam kalangan orang ramai yang mungkin menganggap perkara ini adalah biasa dan
tidak salah. Dengan itu ia mengakibatkan profesion seseorang itu terjejas dan memburukkan
nama syarikat dan institusi terlibat. Isu ini sesuai dikaitkan dengan teori keperibadian mulia
yang mengetengahkan sifat mulia sebagai suatu keperluan dalam diri setiap manusia untuk
membolehkan seseorang melaksanakan perkara rasional secara berkesan.

Selain itu, teori keperibadian mulia ini menitikberatkan perbuatan atau perlakuan
manusia dari segi falsafah dan ideology mulia. Etika keperibadian mulia menitikberatkan
tentang budi pekerti manusia yang berasaskan keunggulan dan keunikan sifat seseorang
dalam setiap perkara. Oleh yang demikian, setiap pekerja hendaklah mempunyai sifat yang
mulia dalam setiap aspek sama ada kehidupan seharian mahupun sewaktu menjalankan
tanggungjawab sebagai pekerja untuk memastikan diri seseorang itu tidak terjejas dengan isu
keji seperti pecah amanah ini agar diberikan kepercayaan sepenuhnya oleh orang ramai.
GANGGUAN SEKSUAL – Belakangan ini isu jenaya gangguan seksual di Negara ini
semakin membimbangkan dan beratap ditahap kronik kerana ia melibatkan pelbagai
peringkat usia di kebanyakkan profesion dan pekerjaan. Pada pandangan saya, isu jenayah
sebegini bersesuaian dengan teori hak asasi kerana teori ini mencirikan bahawa hak asasi ini
adalah konsep hak kebajikan terhadap seseorang yang dicabul maruahnya. Konsep kebajikan
ini akan membentuk satu masyarakat yang menjadi lebih bertanggungjawab dan
menghormati pihak lain di samping dapat dapat menunjukkan sifat keperihatinan terhadap
masyarakat disekeliling demi mendapat kehidupan yang lebih selesa dan sejahtera.
Kebanyakkan isu ini tertumpu pada golongan perempuan yang berumur 40-an ke bawah dan
menurut kajian, di Malaysia gangguan seksual yang berlaku adalah akibat daripada cara
seseorang perempuan berpakaian, berkomunikasi dan keadaan tempat kerja mereka. Namun
demikian, sebab lain yang membolehkan perkara ini terjadi adalah sifat seseorang yang
kurang moral dan kesedaran prinsip kemanusiaan. Ia menunjukkan sikap seseorang yang
biadab dan tidak menghormati orang dengan melakukan gangguan seksual. Oleh itu, setiap
pekerja tidak kira lelaki atau perempuan perlu menjaga gerak geri, tutur kata, pemikiran dan
cara mereka berpakaian bagi mengelakkan perkara seperti gangguan seksual ini berlaku.
JENAYAH KORPORAT – Deontologi adalah dari istilah bahasa Greek yang merujuk
kepada tanggungjawab atau kewajipan seorang individu. Mengikut teori etika ini, ia
menyatakan nilai moral suatu tindakan tidak boleh dinilai ke atas kesudahannya
(hasil/kebaikan yang akan didapati) kerana kesudahannya tidak jelas dan tidak dapat
ditentukan hasilnya semasa tindakan/keputusan tersebut dibuat. Nilai prinsip bermoral
sesuatu tindakan sebaliknya harus bergantung pada niat seseorang itu yang membuat
keputusan atau melakukan tindakan. Selain itu, Deontologi berasal dari perkataan Yunani
"deon" yang bermaksud "yang diharuskan atau diwajibkan". Teori ini menegaskan bahawa
betul atau salahnya sesuatu tindakan itu tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat
tindakan tersebut. Jika seseorang pekerja mengetahui tanggungjawab dan kewajiban mereka
terhadap pekerjaan, pekerja tidak akan melanggar disiplin kerja yang ditetapkan untuk
memastikan pekerja bekerja dalam keadaan yang selamat dan selesa.

Pada pemerhatian saya, teori deontologi ini sesuai dengan isu jenayah korporat,
jenayah kolar putih, jenayah dangangan dan jenayah ekonomi yang masing-masing berkait
rapat dengan jenayah-jenayah besar dalam bidan perniagaan di kebanyakkan institusi dan
organisasi berpengaruh yang juga dilakukan oleh orang-orang berpengaruh dan berpangkat
tinggi dan disegani. Jika seseorang pengurus atau pekerja tidak amanah dan betanggungjawab
dalam menjalankan tugas serta memntingkan diri dan berasa mereka berkuasa atas urusan
yang mereka lakukan maka jenaya seperti ini bakal wujud. Umum mengetahui bahawa isu ini
akan memberikan impak yang negatif kepada diri, masyarakat, keluarga dan Negara kerana ia
mampu menganggu dan melumpuhkan sistem ekonomi sesebuah institusi. Sekiranya isu ini
kekal berterusan tanpa kesedaran dan tanpa kawalan, maka industri di sesebuah Negara itu
bakal terjejas. Oleh itu, kesemua pihak berperanan dalam mengurus dan mengawal apa sahaja
urusan yang berlaku dan semua pihak bertanggungjawab dalam menjalankan amanah dan
kepentingan pengurusan yang sewajarnya tanpa sebarang unsur jenayah.
LANGKAH MENYELESAIKAN ISU DISIPLIN PEKERJA

Masalah pekerja dalam syarikat adalah satu perkara biasa. Bukan sahaja syarikat kecil
tetapi syarikat besar juga menghadapi masalah yang sama. Bagi usahawan yang baru sahaja
bermula, tentunya perkara ini menjadi ketakutan buat mereka untuk mengambil pekerja
sehingga ada yang membuat keputusan untuk menjalankan semua perkara dengan sendirinya.
Tetapi, dalam tempoh tertentu jika syarikat mula berkembang atau bertambah cawangan,
tidak ada cara lain melainkan dengan pertambahan pekerja untuk membangunkan syarikat
tersebut. Setiap usahawan wajib tahu semua perkara tetapi tidak perlu untuk melakukan
kesemua perkara. Mahu atau tidak, mereka perlu berhadapan dengan realiti pekerja yang
bermasalah. Usaha dalam membuahkan hasil jika pelbagai langkah yang efektif dan drastik
dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di Negara ini ialah
dengan berbincang dan bersemuka dengan pekerja. Bemaksud membuat perbincangan secara
bersemuka dengan individu tersebut, dan cari punca perkara yang menyebabkan individu
tersebut tidak mencapai KPI atau terlibat dengan masalah disiplin. Ia dikategorikan kepada
tiga elemen untuk mencari punca kepada masalah yang dihadapi oleh pekerja iaitu
kemahiran, tingkah laku dan ilmu. Kebiasaannya pekerja akan mempunyai masalah antara
tiga faktor tersebut.

Selain itu, sistem ganjaran pekerja juga wajar dilakukan oleh pengurus bagi
mengelakkan isu disiplin dari terjadi. Perkara ini boleh dilakukan dengan memberikan
ganjaran untuk pekerja yang berkhidmat dengan cemerlang seperti memberi bonus, anugerah
atau pakej percutian mengikut kategori seperti kedatangan pekerja cemerlang, perkhidmatan
pekerja cemerlang dan sebagainya. Sistem ganjaran ini secara tidak langsung akan
memberikan semangat kepada setiap pekerja untuk memberikan hasil kerja yang terbaik dan
secara tidak langsung membentuk disiplin mereka.

Seterusnya, membuat pemantauan terhadap pekerja juga mampu membantu


menangani isu disiplin dan secara tidak langsung pengurus dapat mengetahui aktiviti pekerja
mereka. Ia bermaksud walau sesibuk mana tugas sebagai ketua, mereka perlu meluangkan
sedikit masa untuk berjumpa pekerja, berkomunikasi dengan mereka, ambil tahu apa yang
berlaku & tunjukkan yang keprihatinan. Secara tidak langsung pekerja akan berasa selesa
untuk berkongsi permasalahan mereka. Keadaan ini akan mewujudkan suasana yang sihat
dalam sesebuah organisasi tersebut.
Di samping itu, setiap pengurus perlu mengambil langkah pembetulan jika pekerja
bermasalah dan enggan memperbaiki diri dan kerja mereka selepas sesi kaunseling, maka
pengurus hendaklah mengambil tindakan disiplin secara berperingkat seperti potongan gaji,
potongan elaun, mengehadkan cuti dan sebagainya. Pembuangan pekerja adalah tindakan
terakhir yang tidak boleh dielakkan lagi sekiranya isu disiplin semakin melarat.

Berikutan itu, amalan toleransi juga boleh diamalkan oleh semua pihak sama ada
pengurus mahupun pekerja perlu mengamalkan sikap ini. Masalah kerja mungkin timbul
akibat sikap yang berbeza dan tak sependapat. Oleh yang demikian, toleransi perlu dijaga
supaya tiada perbalahan antara pekerja dengan pekerja atau pekerja dengan pengurus di
tempat kerja.Intijahnya, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam membentuk
sikap yang positif supaya perbalahan tidak berlaku dan sentiasa sependapat.

Lantaran itu, pengurus juga boleh ambil langkah pembetulan dengan memberikan
notis berhenti kerja kepada pekerja yang bermasalah. Jika pekerja bermasalah enggan
memperbaiki diri dan kerja mereka, ambillah tindakan disiplin secara berperingkat seperti
pembuangan pekerja untuk tindakan terakhir yang tidak boleh dielakkan. Jika pekerja tetap
tidak berubah kearah kebaikan, maka pengurus boleh membuang pekerja yang bermasalah
tersebut supaya syarikat tidak menanggung risiko yang lebih berat lagi. Oleh yang demikian,
pekerja perlu memberikan ruang kepada diri sendiri untuk berubah supaya prestasi dan hasil
kerja lebih berkualiti serta mendapat kepercayaan kepada pengurus.

RUMUSAN

Dengan adanya kajian ini, didapati ada beberapa pengajaran yang boleh dijadiakn
teladan oleh pekerja, pengurus dan masyarakat. Antaranya ialah setiap pekerja mestilah
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka. Hal ini kerana setiap tugas yang
dijalankan dengan tanggungjawab mampu memberikan kepuasan kepada diri sendiri dan juga
orang lain selain mampu mengangkat kebolehan diri dalam melaksanakan tugas dan
dipercayai oleh orang lain. Jika pekerja melakukan perkara sebaliknya, maka pekerja bakal
hilang kepercayaan dari pengurus dan orang yang berurusan dengan mereka akibat daripada
sikap mereka yang tidak bertanggungjawab. Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap
tugas memerlukan masa dan waktu yang sesuai untuk menyempurnakan sesuatu tugas,
namun sebagai seorang pekerja yang bertanggungjawab pekerja perlu memastikan setiap
tugasan yang diberikan dapat disiapkan dalam tempoh waktu yang ditetapkan dan pekerja
harus bijak dalam menguruskan masa untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
Selain itu, seseorang pekerja hendaklah jujur dalam melaksanakan tugas seperti
memberikan maklumat yang tepat dan jujur dalam setiap tugas yang dilaksanakan. Hal ini
perlu dalam menjalankan tugas kerana ia tidak akan menimbulkan rasa syak wasangka oleh
mana-mana pihak kepada pekerja sekiranya berlaku ketirisan dalam sesebuah urusan. Jika
seseorang pekerja didapati menipu dalam tugas, tindakan tratatertib akan diambil seperti
diberhentikan kerja atau diturunkan pangkat dan sebagainya. Perkara ini sangat penting buat
pengetahuan pekerja supaya isu yang dinyatakan tidak berlaku dan dapat ditangani dengan
bijak dan berkesan.

Seterusnya, sebagai seorang pengurus mereka perlulah adil dan saksama dalam
menilai pekerja mereka. Hal ini bermaksud setiap pengurus perlu adil dalam menilai pekerja
dari segi pencapaian, ketekunan dan ketelusan mereka dalam menjalankan tugas serta
semangat dan motivasi mereka sewaktu bertugas. Oleh itu, pengurus perlu berlaku adil
dengan memberi ganjaran sewajarnya seperti menaikkan pangkat, menaikkan gaji,
menambah bonus dan sebagainya. Hal ini kerana, sekiranya pengurus mengamalkan sikap
adil dan saksama dalam menilai pekerja mereka maka pekerja mereka akan berasa dihargai
dan dihormati serta mereka akan lebih rasional dalam menjalankan tugas dan lebih bersaing
bagi menjadi yang terbaik di dalam syarikat.

Walaubagaimana pun, isu disiplin pekerja ini perlu dipantau oleh pihak pengurusan
supaya prestasi dan potensi pekerja tidak terjejas, namun jika hal ini tidak dipantau, maka
kemahiran dan kualiti kerja pekerja semakin menurun serta tidak akan dapat membantu
syarikat lebih maju. Seterusnya, pekerja juga akan bertindak secara rasional ketika membuat
sesuatu keputusan dan pekerja juga akan lebih mahir dalam bidang kuasanya. Oleh yang
demikian, tidak hairanlah jika sesebuah syarikat tidak dapat mencapai matlamat dan objektif
yang ditetapkan kerana tiada pemantauan daripada pihak atasan sehingga menyebabkan isu
disiplin pekerja semakin bertambah. Pengurus harus memainkan peranan dalam memajukan
dan meningkatkan prestasi pekerja dan pekerja juga perlu berkerjasama dalam meningkatkan
prestasi dan kualiti kerja supaya dapat membantu pengurus dalam menguruskan hal-hal yang
berkaitan dengan syarikat.
RUJUKAN

1. PakarHRCOM, 19 Sept 2017, masalah disiplin pekerja


https://www.pakarhr.com/senarai-masalah-disiplin-pekerja/

2. Al Farabi Shariff, 3 Apr 2018, cara mengatasi pekerja bermasalah


https://alfarabishariff.com/4-cara-mengatasi-pekerja-yang-bermasalah/

3. Abdul Rahman Sulaiman. 10 Oktober 2018. ISU RASUAH DI MALAYSIA.


http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/16-
isu-nasional/2390-isu-rasuah-di-malaysia.html)

4. Atie Awang, 20 Julai 2010, laporan masalah disiplin pekerja


https://www.scribd.com/doc/34765924/Laporan-Masalah-Disiplin-Pekerja