Anda di halaman 1dari 10

Isi Kandungan

Pengenalan .............................................................................................................................................. 2
Pernyataan Masalah ................................................................................................................................ 4
Objektif Kajian........................................................................................................................................ 5
Kajian Literatur ....................................................................................................................................... 6
Metodologi Kajian .................................................................................................................................. 7
Dapatan Kajian & Perbincangan ............................................................................................................. 8
Kesimpulan ............................................................................................................................................. 9
Rujukan ................................................................................................................................................. 10
Pengenalan

Perkembangan penggunaan internet semakin hari semakin meningkat. Ini kerana internet
dapat membantu pengguna komputer serta telefon pintar mengakses pelbagai maklumat yang
diperlukan.

Melalui internet pengguna dapat berhubung dan mengenali antara satu sama lain melalui
media sosial seperti Facebook dan lain-lain. Daripada kajian statistik mendapati Malaysia
mempunyai 34 juta pelanggan mudah alih dan 17.7 juta pengguna internet. Dan pada Julai
2013, sebanyak 13.3 juta pengguna facebook di Malaysia, (Malaysia-Sosial-Media-Statistiks,
2013).

Buli siber adalah satu kejadian yang biasa berlaku dan kian meningkat. Insiden sebenar
kejadian buli siber tidak diketahui kerana ramai mangsa buli siber tidak tampil untuk
mendapatkan bantuan.

Siber-buli dapat menjadi semudah dengan post di ruangan komen dengan kata-kata bebaur
kebencian, tetapi ia mungkin juga termasuk ancaman, ulasan seksual, kelabelan pejoratif
(iaitu ucapan benci), berpakat terhadap mangsa dengan membuat mereka taklukan
penghinaan dalam forum, dan mengirimkan kenyataan palsu dan apabila fakta ditujukan pada
penghinaan.

Siber-buli dapat mendedahkan data peribadi mangsa (contohnya nama sebenar, alamat, atau
tempat kerja/sekolah) di laman web atau forum atau dapat menyamar sebagai pengenalan
mangsa untuk tujuan menerbitkan bahan dalam nama mereka yang menfitnah atau
memalukan mereka. Sesetengah pembuli siber dapat juga mengirim email yang mengancam
dan mengganggu berterusan dan mesej segera pada para mangsa, sementara yang lain
mengirimkan khabar angin atau umpatan dan menghasut lain untuk tidak menyukai dan
berkomplot terhadap sasaran.

walaupun kegunaan ulasan dan ancaman seksual kadang-kadang hadir dalam siber-buli, ia
tidak sama dengan gangguan berterusan seksual dan tidak semestinya melibatkan pemangsa
seksual
Pada era modenisasi dan diliberalisasi ini, internet merupakan medium atau rangkaian untuk
kita berhubung antara satu sama lain dengan dunia luar. Pelbagai maklumat boleh didapati
dengan hanya menggerakkan satu jari sahaja.

Pelbagai medium boleh digunakan seperti Facebook dan sebagainya. Internet boleh
mendatangkan banyak manfaat kepada penggunanya jika digunakan untuk tujuan yang baik.
Namun begitu, internet juga boleh mendatangkan keburukan kepada seseorang jika tidak
digunakan secara beretika.

Mengikut statistik yang telah dikeluarkan oleh Cyber Security Malaysia (CSM), kes jenayah
siber meningkat dari tahun ke tahun. Setiap 10,000 kes dilaporkan berlaku pada setiap tahun
di negara ini dengan nilai kerugian sebanyak RM2.7 juta antaranya melibatkan kes penipuan
dalam talian dan pencerobohan sistem pengkomputeran. Oleh itu, penyalahgunaan internet
bukanlah satu isu yang boleh kita ambil mudah sahaja, semua pihak harus berganding bahu
dalam menangani masalah sebegini.
Pernyataan Masalah
Objektif Kajian
Kajian Literatur
Metodologi Kajian
Dapatan Kajian & Perbincangan
Kesimpulan
Rujukan

Anda mungkin juga menyukai