Anda di halaman 1dari 2

NAMA : SITI NORFATIN BT ABDULLAH

NO. PELAJAR : P96499

APAKAH CHOICE THEORY (TEORI PILIHAN) ?

Choice theory dipelopor oleh William Glasser yang mengatakan bahawa


tingkah laku, perasaan dan pemikiran kita dikawal oleh diri kita sendiri. Manusia
mempunyai kebebasan dalam membuat pilihan dan bertanggungjawab terhadap
pilihan yang dibuat.

Glasser berpendapat, seseorang individu akan bertingkah laku dalam usaha


mencapai 5 keperluan asas. Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi, individu tersebut
berkemungkinan akan menghadapi masalah. Antara keperluan yang ingin dicapai
oleh manusia adalah kehidupan, kebebasan, kegembiraan, kuasa dan menyayangi
serta disayangi oleh orang lain.

Seseorang akan berusaha untuk mencapai semua yang diinginkan dan


bertanggungjawab dalam memenuhi sesuatu keperluan. Individu tersebut akan
sentiasa bersedia menempuhi cabaran dalam mendapatkan keperluan yang
dikehendaki. Sekiranya keperluan ini tidak dapat dipenuhi, seseorang individu akan
menghadapi masalah di mana akan mempengaruhi tingkah laku, pemikiran,
perasaan dan perkembangan diri individu tersebut. Kesannya, personaliti seseorang
akan gagal terbentuk dan sentiasa menjadi seorang yang negatif.

Seterusnya, Glasser telah memperkenalkan model terapi realiti berdasarkan


konsep teori pilihan. Model ini merupakan suatu teknik kaunseling yang membantu
seseorang meneroka kehendak diri, membuat refksi terhadap apa yang sedang
dilakukan seterusnya merancang tentang kemahuan yang sebenar pada masa akan
datang secara tepat dan sesuai. Fokus utama model ini adalah individu
bertanggungjawab terhadap perlakuan mereka sendiri. Model ini diaplikasikan dalam
pengurusan bilik darjah dan juga ketika sesi kaunseling bersama murid yang
mempunyai masalah tingkah laku.

Bagi membantu murid yang mempunyai masalah tingkah laku, murid diberi
peluang dan berhak memilih tingkah laku yang boleh memenuhi keperluan asas.
Contohnya, murid dibantu oleh guru untuk mengenal pasti akibat yang akan berlaku
daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Murid sendiri akan memilih akibat secara
realistik. Seterusnya, murid akan menyenaraikan tindakan yang boleh diambil bagi
memodifikasikan tingkah laku yang dilakukannya. Peranan guru pula adalah sebagai
pembimbing kepada murid tersebut untuk melaksanakan pilihan yang telah dibuat.

Menurut Glasser, guru merupakan pembimbing dan perlu menyediakan


persekitaran pembelajaran yang kondusif agar murid sentiasa positif dalam semua
aspek. Guru perlu mengutamakan komunikasi yang berkesan agar dapat membina
hubungan yang baik dengan pelajar.

Model terapi realiti ini juga boleh diguna dalam bidang pengurusan sekolah.
Seseorang pentadbir perlu memberi peluang kepada stafnya untuk meningkatkan
atau membaiki amalan dalam tugasan di sekolah sama ada dari segi pengajaran
mahupun pengurusan lain. Kesimpulannya, bagi mewujudkan suasana yang
kondusif, komunikasi dan kolaborasi sangat penting. Suasana ini dapat
meningkatkan kemenjadian murid seterusnya mencapai visi dan misi sekolah.

Anda mungkin juga menyukai