Anda di halaman 1dari 11

Tajuk : Imagirealiti Robot

_____________________________________________________
Bunyi loceng menandakan telah habisnya waktu pembelajaran,

tepat jam 1 petang, Asyraf dengan segera mencapai beg merah

yang terletak di atas meja rakannya, dia juga berasa amat tidak

sabar pulang ke rumah untuk berkongsi khabar gembira bersama

abangnya kerana mendapat keputusan peperiksaan semester akhir

subjek Matematik Grafik dan Fizik dengan markah yang cemerlang

dan memberansangkan. Di dalam fikirannya asyik memikirkan

tentang wajah gembira abangnya, Ahmad apabila mendengar berita

gembira tersebut.

“ Hurmmm.. mesti abang akan bangga dengan kejayaan yang

kuperoleh ini”, gumam Asyraf sendirian.

Sejak pemergian ibu bapanya, Asyraf hanya tinggal berdua

bersama abangnya Ahmad, demi menyara kehidupan yang serba

kekurangan. Hidup Asyraf ibarat “kais pagi makan pagi kais petang

makan petang” setelah ketiadaan kedua-dua ibu bapanya yang

telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya semasa dia

berusia 3 tahun. Meskipun begitu, Asyraf dan Ahmad tidak pernah

berputus asa dalam hidupnya dan tabah menghadapi ujian kerana

dia beranggapan bahawa seseorang itu hanya akan diuji

sekiranya dia mampu menghadapinya.


Tajuk : Imagirealiti Robot
_____________________________________________________
Ahmad bekerja sebagai pekerja kilang di Syarikat Kilang

Makanan Segera Mamee yang terletak di Ayer Keroh, Melaka.Dia

sedar bahawa gaji dan kerjayanya hanya sekadar mencukupi dan

tidak mampu memberikan kesenangan yang melimpah ruah untuk

kehidupan dirinya dan Asyraf. Maka dia tekad untuk menghantar

adiknya, belajar sehingga ke menara gading agar masa hadapan

mereka terpelihara. Dia tidak mahu adiknya berasa kesal di

kemudian hari seperti dirinya yang tidak mengambil berat tentang

pembelajarannya pada suatu ketika dulu. Meskipun hidup serba

kekurangan Asyraf tidak pernah merungut dan sebaliknya berusaha

untuk membantu abangnya demi mendapatkan kehidupan yang

lebih selesa dengan belajar bersungguh-sungguh.

Setelah Asyraf mencapai begnya, dia bergegas membonceng

motosikal miliknya yang di parkir di kawasan tempat letak

kenderaan yang disediakan oleh pihak universiti nya. Sebaik

sahaja dia ingin melintas jalan, sebuah kereta yang datang dari arah

bertentangan telah merempuh motosikal miliknya sehingga dia

tercampak ke seberang jalan dan pengsan tidak sedarkan diri.

Orang ramai datang berkerumun di tempat kejadian. Mujur terdapat

salah seorang yang menghulurkan bantuan kecemasan kepada

Asyraf. Tidak berapa lama kemudian, kereta ambulans datang dan


Tajuk : Imagirealiti Robot
_____________________________________________________
membawa Asyraf ke Hospital untuk rawatan selanjutnya. Sesampai

di hospital Asyraf segera dikejarkan ke Unit Rawatan Kecemasan.

Tidak dapat disangkal lagi, benarlah kata pepatah bahawa “malang

tidak berbau”.

Pada masa yang sama Ahmad di tempat kerja pula sedang

mengendalikan mesin makanan dan mendengar tunjuk ajar dari

pengurus syarikatnya.

“Nano teknologi dapat digunakan pada pembungkus "cerdas"

yang dapat memonitor keadaan makanan ketika ia disimpan atau

didistribusikan. Jika makanan itu terkontaminasi atau mulai basi,

maka sensor pada pembungkus akan memproduksi bakteri dan

mengubah warna makanan sebagai peringatan,” kata ketua Ahmad

iaitu Encik Ah Chong kepada semua pekerjanya.

Dari kejauhan Aniq ralit memerhati tingkah laku Ahmad yang

sedang mengelamun seolah-olah sedang memikirkan sesuatu

masalah tanpa menghiraukan apa yang diberitahu oleh ketuanya.

“Hei Ahmad, apakah yang sedang kau fikirkan? Nampak seperti

ada masalah sahaja. Jika tidak keberatan, luahkanlah kepada aku”,

ujar Aniq sambil menghampiri Ahmad yang sedang termenung.


Tajuk : Imagirealiti Robot
_____________________________________________________
“Aku rasa tidak sedap hatilah Aniq, seperti ada sesuatu yang

tidak kena, apakah petanda yang ingin disampaikan ini?” ujar

Ahmad.

“Tiada apa yang perlu dirisaukan, mungkin kau terlalu letih. Balik

nanti kamu berehatlah secukupnya” balas Aniq kepada Ahmad.

“Ahmad, sila jumpa saya di pejabat, ada perkara yang ingin saya

sampaikan,” ujar Encik Ah Chong secara tiba-tiba mencelah

perbualan antara Aniq dan Ahmad.

Dia mulai merasa gementar, bergumam sendirian memikirkan

kesalahan yang dibuatnya sambil kaki melangkah ke pintu pejabat

En Ah Chong

“ Saya telah mendapat panggilan daripada pihak Hospital

Besar Melaka, mereka memberitahu saya bahawa adik kamu telah

terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan kini berada di Unit

Rawatan Rapi. Saya amat bersimpati di atas khabar ini, saya

berharap awak dapat bersabar dan semoga tetap tabah

menghadapi dugaan”, kata Encik Ah Chong kepada Ahmad.

Sejurus mendengar berita tersebut, Ahmad segera bergegas

ke Hospital Besar Melaka. Dia berasa amat sedih dan berduka cita

kerana Asyraf merupakan adik kesayangannya dan juga tempat dia


Tajuk : Imagirealiti Robot
_____________________________________________________
berkongsi serta meluah perasaan. Asyraf seorang yang

berperwatakan penyayang dan mendengar nasihat. Selain itu, dia

juga rajin dan menghormati orang tua. Keadaan Asyraf di dalam

Unit Rawatan Rapi di Hospital Besar Melaka amat parah dan dia

memerlukan mesin bantuan pernafasan yang bernama ventilator.

Ventilator adalah suatu alat penunjang/bantuan untuk bernafas.

Maksudnya adalah jika ventilator berhenti bekerja maka pesakit

akan meninggal.

“Ya tuhanku, kau selamatkanlah adikku ini, aku tidak mahu dia

pergi meninggalkanku”, Ahmad bermonolog sendirian.

Tidak lama kemudian, seorang doktor keluar daripada bilik

rawatan.

“ Saya ingin meminta maaf kerana adik kamu tidak dapat

diselamatkan, pihak kami telah berusaha sedaya upaya”, kata

doktor dangan nada sayu kepada Ahmad.

Alangkah sedih dan retaknya hati Ahmad sebaik sahaja

mendengar khabar tersebut yang datang daripada mulut doktor

yang merawat Asyraf sendiri, tetapi apakan daya, tiada manusia

yang dapat melawan takdir tuhan. Maka dengan itu, Ahmad perlu

bersabar dan redha akan pemergian adiknya. Ahmad teringat


Tajuk : Imagirealiti Robot
_____________________________________________________
semula tragedi kemalangan jalan raya yang telah meragut nyawa

kedua ibu bapanya 15 tahun yang lalu.

“Adakah memang takdir aku untuk menghadapi semua ini? Aku

tidak kuat”, kata Ahmad dan air matanya jatuh berguguran

membasahi pipinya.

Seminggu kemudian, Ahmad mulai menjalani kehidupannya

seperti biasa dan sentiasa mendoakan bahawa adiknya tenang di

sana meskipun hatinya masih terluka dalam kesedihan. Namun,

ada satu perkara yang menghantui fikiran Ahmad. Sejak

kebelakangan ini, dia sering ternampak kelibat dan bayang-bayang

Asyraf di dalam rumah. Risau dengan keadaannya itu, dia segera

beristighfar dan berehat di dalam biliknya. Keesokan paginya, dia

bangun bersiap untuk ke tempat kerja, secara tiba-tiba, lelaki yang

menyerupai adiknya iaitu Asyraf menyapanya dan menanyakan

khabar. Dia menjerit ketakutan kerana bimbang jika dia telah hilang

akal kerana terlalu merindui adiknya. Walau bagaimanapun, hal

tersebut rupa-rupanya adalah realiti kerana seorang lelaki yang

menyapanya itu adalah sebuah robot yang telah direka cipta oleh

adiknya sewaktu dia masih hidup memandangkan Asyraf

merupakan pelajar cemerlang di universitinya iaitu Universiti

Teknologi Malaysia (UTM). Robot itu merupakan satu inovasi yang


Tajuk : Imagirealiti Robot
_____________________________________________________
menyerupai diri Asyraf dan mampu melakukan tugasan seperti

manusia.

Pencipataan robot ini menggunakan aplikasi nanoteknologi yang

merupakan cabang sains yang menumpukan kepada jirim-jirim

pada saiz antara 1 hingga 100 nanometer (1 nm = 10−9 meter).

Selain itu, ia juga merupakan teknologi abad ke-21 yang

dijangkakan akan memberi impak yang ketara dalam kehidupan

manusia. Selepas kejuruteraan genetik, jelas nanoteknologi

merupakan satu lagi bidang yang akan berkembang pesat di abad

ini. Dengan berasaskan ilmu sains fundamental, fizik, kimia, biologi

dan matemaik serta bantuan kemajuan peralatan seperti mikroskop

yang sensitif, Asyraf berjaya mencipta robot yang menakjubkan dan

tidak pernah dipamerkan sebelum ini.

Rupa fizikal robot tersebut pula adalah serupa dengan Asyraf.

Hal ini membuatkan Ahmad terkenang akan adik kesayangan dia

yang telah pergi meninggalkannya. Robot ciptaannya juga

mempunyai perasaan yang sama dengan seorang manusia normal

seperti rasa takut, gembira, sedih, gementar, terkejut dan

sebagainya.
Tajuk : Imagirealiti Robot
_____________________________________________________
Semenjak kehadiran robot itu, kehidupan Ahmad lebih ceria

berbanding sebelumnya. Sifat ceria dan rajin menolong daripada

robot itu serba sedikit dapat mengubati rindu Ahmad terhadap

Asyraf. Robot itu sering membantu meringankan tugasan kerja

Ahmad dan sentiasa berada di samping Ahmad seperti mana Asyraf

pernah lakukan semasa dia masih hidup. Asyraf yang kerap

membantunya melakukan kerja-kerja seperti menyapu sampah di

rumah mereka yang terletak di Kampung Paya Rumput, Melaka.

Sememangnya dia amat merindui adiknya. Semasa di tempat

kerjanya, rakan sekerja Ahmad pernah ternampak kelibat robot itu

menghantar Ahmad ke tempat kerja, tetapi mereka merasakan ia

adalah sekadar bayangan. Demi memenuhi rasa ingin tahu yang

berlegar di fikirannya, mereka menceritakan hal tersebut kepada

Ahmad tentang kelibat yang mereka telah nampak itu. Hal ini amat

memeranjatkan mereka apabila Ahmad tidak membantah

sebaliknya mengatakan bahawa hal tersebut adalah benar dan

bukanlah bayangan semata-mata.

Rakan-rakan sekerjanya mula menganggap bahawa Ahmad

kurang siuman setelah mempersetujui perkara yang mustahil untuk

berlaku kerana setiap yang mati tidak akan boleh hidup semula. Hal

ini makin berlarutan apabila mereka mulai menasihati Ahmad tetapi


Tajuk : Imagirealiti Robot
_____________________________________________________
dia membantah kerana hanya dia sahaja yang tahu perkara yang

sebenar. Ahmad dalam dilema kerana sekiranya mereka

mengetahui perkara yang sebenar, pasti mereka akan menuduhnya

seorang yang gila dan taksub akan adiknya sendiri tetapi jika

Ahmad tidak memberitahu perkara yang sebenar pasti dia akan

dicemuh dan dipandang rendah oleh orang sekeliling. Dia memilh

untuk memberitahu perkara yang sebenar tetapi perkara tersebut

semakin berlarutan sehingga dia dibuang kerja kerana dianggap

sebagai seorang pesakit mental. Dia berusaha sedaya upaya untuk

mencari jawatan kosong. Namun, berkat kesabaran dan hidup

berdikari, akhirnya nasib menyebelahi dirinya. Dia mampu

membuka gerai menjual makanan sarapan pagi yang terletak

berhadapan kawasan rumahnya.

Kesabaran dan ketabahannya telah melangkaui batasan

sehingga membuatkan dia berjaya dan membuka restoran dengan

hasil titik peluhnya sendiri. Tidak lupa juga kepada robot Asyraf

yang tidak putus asa memberi semangat dan menolong Ahmad

dalam memajukan perniagaannya. Benarlah bahawa kesabaran itu

menolong setiap pekerjaan, siapa yang sabar dia beruntung dan

juga kesabaran mampu melupakan kisah tragis yang pernah

dialami seseorang. Jika bukan disebabkan robot ciptaan Asyraf itu,


Tajuk : Imagirealiti Robot
_____________________________________________________
Ahmad mungkin telah berputus asa untuk terus hidup dalam dunia

yang penuh cabaran ini.

(1488 patah perkataan)

BIBLIOGRAFI

- Kaedah internet

1) https://ms.wikipedia.org/wiki/Nanoteknologi

(mengetahui maksud/definisi serta contoh nanoteknologi dengan

lebih mendalam)
Tajuk : Imagirealiti Robot
_____________________________________________________
2) http://tutorialgratis.net/tutorial-membuat-robot-cerdas/

(cara-cara pembuatan robot dengan lebih saintifik)

3) https://www.majalahsains.com/nanoteknologi-ilmu-yang-

mengubah-kualiti-kehidupan-manusia/

(kesan nanoteknologi dalam kehidupan)

Anda mungkin juga menyukai