Anda di halaman 1dari 3

Kertas Kerja Cadangan Membina dan Mengubahsuai Kelas Serta Persekitaran

Pusat Pembelajaran Tingkatan Enam/ Kampus PraUniversiti CBEST


2018

1. LATAR BELAKANG PROJEK

Sejarah pembukaan kelas tingkatan enam di SMK Ceneh Baru bermula pada
tahun 2003.Sebanyak 4 buah kelas tingkatan enam dibuka kepada pelajar pada tahun
tersebut. Mata pelajaran yang ditawarkan antaranya ialah Pengajian Am, Bahasa Melayu,
Kesusasteraan Melayu, Ekonomi, Sejarah dan Geografi. Kini, pada tahun 2018, terdapat
6 buah kelas tingkatan enam dengan bilangan pelajar seramai 68 orang. Sekolah ini
pernah menempa kejayaan dengan melahirkan pelajar STPM yang cemerlang, iaitu pada
tahun 2011, 2 orang pelajar memdapat 4 Flat dan pada tahun 2017, seorang pelajar
mendapat 4 Flat. Pembangunan insfrastruktur yang baik dan kondusif dirasakan dapat
membantu pelajar untuk memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Sehubungan dengan itu dengan cadangan tuan pengetua, Encik Abdul wahab bin Awang,
Kampus PraUniversiti akan direalisasikan bagi penambahbaikan sistem pembelajaran di
tingkatan enam.
Bagi merealisasikan hasrat dan cadangan ini beberapa pengubahsuaian akan
dilakukan dan projek ini memerlukan kos yang tinggi. Demi kemudahan dan keselesaan
pelajar dan strategi untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif, pihak
pengurusan tingkatan enam amat mengharapkan bantuan demi merealisasikan projek ini.

BIODATA TINGKATAN ENAM

Nama Sekolah : SMK CENEH BARU


Kod Sekolah : TEA2021
Daerah : Kemaman
Status : Sekolah Kerajaan
Bil. Guru Akademik Tg. 6 : 13 orang
Bil. Enrolmen Pelajar Tg. 6 : 68 orang
Bil. Kelas sedia ada : 6
Bil. Bilik Seminar : 1
Kawasan : Luar Bandar
2. OBJEKTIF PROJEK

Cadangan pelaksanaan projek membina dan mengubahsuai Kelas Serta Persekitaran


Pusat Pembelajaran Tingkatan Enam/ Kampus PraUniversiti CBEST ini adalah penting
berdasarkan pertimbangan berikut:

2.1 Keadaan bangunan dan kelas yang sedia ada merupakan bangunan kilat yang lama
dan kelihatan usang.
2.2 Suasana kelas yang panas kerana kedudukan bangunan yang rendah dan terhalang
oleh bangunan lain.
2.3 Mewujudkan kawasan persekitaran yang terkawal dengan membina pagar
2.4 Mewujudkan kawasan yang indah dengan taman-taman yang sesuai
2.5 Menarik minat pelajar lepasan SPM untuk belajar di Tingkatan Enam.

3. NAMA PROGRAM

Kampus PraUniversiti CBEST

4. HURAIAN PROJEK

BIL. PERKARA CADANGAN ANGGARAN


1. Membina pagar kawat hijau Panjang keseluruhan pagar ialah 277 kaki
dengan tiang besi dan tapak Kos pembinaan pagar RM28 sekaki RM 7756.00
simen
RM 28.00 X 277 KAKI = RM 7756
2. Memasang Kipas Dinding 1. Bilik Seminar
RM 170 X 8 BUAH = RM 1360.00 RM 5780.00

2. Kelas
RM 170.00 x 6 kelas x 4 buah kipas =
RM 4080.00

3. Bilik Kerja Kursus


RM 170.00 X 2 BUAH KIPAS = RM
340.00
3. Kerusi Taman
RM 300.00 X 4 BUAH = RM 1200.00 RM 1200.00

4. Menyediakan tapak simen Membina 4 tapak


untuk meletak kerusi taman. RM 1,000.00
5 Membaik pulih dan 1. Terdapat beberapa suis dan plug yang
menyelenggara suis dan plug tidak dapat berfungsi dengan baik. RM 500.00
5. ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA JUMLAH

1 Pagar kawat RM 7756.00

2 Kipas Dinding RM 5780.00

3 Kerusi Taman RM 1200.00

4 Tapak simen RM 1,000.00

5 Penyelenggaraan suis dan plug RM 500.00

JUMLAH RM 16236.00

6. SUMBER PENDAPATAN

Memohon sumbangan derma daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta

7. PENUTUP

Akhir kalam, dengan sumbangan yang akan disalurkan dapat merealisasikan projek
Kampus PraUniversiti CBEST dengan menyediakan suasana yang kondusif dan
memberangsangkan demi melahirkan pelajar yang cemerlang.

Sekian.

Disediakan oleh , Disahkan oleh :

….................................... …..............................
( ) ( )
Pengetua

Anda mungkin juga menyukai