Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA UNTUK RMC

CUE/ACARA SKRIP PENYAMPAI


UCAPAN TERIMA Burung tempua hinggap merata, Zul
KASIH Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Terima kasih diucapkan kepada pengerusi majlis.

Selamat datang ke Hari Anugerah Bersama


Kecemerlangan dan Majlis Graduasi Raudhah
Montessori Centre 2018!

Bulan purnama cantik berseri,


Bersiar malam guna pelita,
Adik-adik comel menambah seri,
Kalau tak kenal maka tak cinta.

Raudah Montessorri Centre atau lebih dikenali


sebagai RMC merupakan pusat jagaan bagi kanak-
kanak yang berumur seawal usia 4 hingga 6 tahun.

Hari ini merupakan sejarah bagi kita semua kerana


buat pertama kalinya, RMC turut serta bagi
memeriahkan majlis ini.

Untuk pengetahuan semua, RMC ini ditubuhkan


sejak awal tahun ini dengan bermottokan,
“Nurturing Future Leaders”.

Objektif penubuhan RMC ini adalah untuk;


i) Menyediakan pendidikan awal dan
penerapan moral kepada murid.
ii) Memupuk sikap berdikari dalam
pengurusan kendiri.
iii) Menyemai nilai-nilai murni dalam diri
murid berteraskan cara hidup Islam.

Sesungguhnya, penubuhan RMC ini bagi


memenuhi hasrat permintaan yang tinggi daripada
kalangan ibu bapa.

(Harapan untuk RMC)


(Hasil daripada RMC)
PERSEMBAHAN Dari Kota Setia ke negeri Perlis, Asma
LAKONAN Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Dengan itu, pihak majlis mempersilakan adik-adik


Raudhah Montessori Centre untuk membuat
persembahan lakonan, yang bertajuk Pengembala
dan Biri-biri.

Dipersilakan.

SELINGAN 1 Sebuah persembahan pembukaan yang begitu Zul


bertenaga, bukan begitu Cikgu Asma?

Ya betul tu. Memang bertenaga Cikgu Zul. Asma

Untuk makluman semua, persembahan itu tadi


ialah hasil gabungan adik-adik yang berumur dari 4
hingga 6 tahun. Persembahan ini di bawah
bimbingan guru-guru RMC.

PERSEMBAHAN Persembahan diteruskan lagi dengan menjemput Zul


‘STORY TELLING’ adik Tengku Nurameera Safiyyah Bt Tengku Mohd
Izam untuk persembahan ‘story telling’ yang
bertajuk ‘Little Red Riding Hood’.

Dipersilakan.

SELINGAN 2 Kecil-kecil cili padi adik Tengku Nurameera Asma


Safiyyah.

Begitu hebat guru-guru Raudhah Montessori


Centre dalam usaha untuk mencapai objektif
penubuhan yang pertama, iaitu menyediakan
pendidikan awal dan penerapan moral kepada
murid.

Terima kasih diucapkan.

PERSEMBAHAN Baiklah. Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Zul


‘SING & ACTION’ sekali lagi adik-adik dari Raudhah Montessori
Centre untuk persembahan ‘Sing & Action’, yang
bertajuk, ‘Cory Cat’.

SELINGAN 3 Sebelum itu, Cikgu Zul. Asma

Buat pengetahuan semua, persembahan Sing &


Action ini ialah persembahan yang dilakukan dalam
bentuk fonik bagi menarik minat adik-adik
mengenal huruf dan sebutan dengan baik.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Mahzan


(2010), pendekatan fonik ataupun pendekatan
bunyi bahasa ini adalah salah satu kaedah yang
digunakan untuk membantu kanak-kanak
membaca permukaan bercetak dengan
menggunakan pembacaan bunyi-bunyi huruf.

Kaedah ini digunakan bagi mengajar kanak-kanak


membaca pada tahap mendekod perkataan itu
sendiri.

Bagus sekali pendekatan yang digunakan oleh


Raudhah Montessori Centre ini, Cikgu Zul.

SELINGAN 4 Betul tu Cikgu Asma. Baiklah semua. Zul

Tanpa melengahkan masa lagi, dipersilakan adik-


adik Raudhah Montessori Centre untuk naik ke
pentas.

UCAPAN TERIMA Terima kasih diucapkan. Zul


KASIH
ALUNAN BACAAN Seterusnya, majlis berbesar hati untuk menjemput Asma
HAFAZAN adik;
i. Tengku Nurameera Safiyyah Bt Tengku
Mohd Izam,
ii. Muhammad Nur Fa’iq Bin Mohd Nazul
Karnine,
iii. Muhammad Hanif Bin Mohd Faizal.
Bagi mengalunkan surah-surah pilihan dari Juzu’
Amma.

Dipersilakan.

SELINGAN 5 Alhamdulillah. Alunan ayat-ayat Al-Quran yang Zul


menyejukkan hati. Sedikit sebanyak diharapkan
agar bacaan ayat-ayat Al-Quran ini dapat
mengurangkan rasa gemuruh di hati untuk para
penerima anugerah yang hari ini.

PENYAMPAIAN Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian Asma


HADIAH sijil dan hadiah kepada adik-adik Raudhah
(GRADUASI 6 Montessori Centre. Terdapat dua kategori
TAHUN) anugerah bagi adik-adik ini iaitu Anugerah Nilam
dan juga Anugerah Cemerlang bagi adik-adik yang
berumur 4 hingga 6 tahun.

Majlis dengan berbesar hati, menjemput Guru


Besar Raudhah Islamic School, _______ dan juga
Guru Penolong Kanan Raudhah Islamic School,
_______ bagi menyampaikan sijil dan hadiah.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.


PENYAMPAIAN Bagi kategori pertama, Anugerah NILAM. Zul
HADIAH
(ANUGERAH Program NILAM merupakan salah satu hasrat
NILAM) Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melahirkan
warga yang dikenali sebagai warga yang berilmu
serta menjadikan membaca adalah satu amalan
yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat
usia.

NILAM ialah akronim daripada Nadi Ilmu Amalan


Membaca dan antara ciri-ciri bagi penerima
anugerah ini adalah;
i. Tamat bacaan 8 siri Buku Bacalah
Anakku dan Buku Read Easy.
ii. Khatam membaca Buku Iqra’ Jilid 3 dan
ke atas.
iii. Menghafal sekurang-kurangnya 10
surah terawal dari juzu’ ama.
iv. Serta, boleh membaca dengan baik dan
lancar.

Oleh itu, penerima bagi anugerah NILAM ini ialah


dipersilakan:

1) adik Tengku Nurameera Safiyyah Bt Tengku


Mohd Izam
2) adik Muhammad Nur Fa’iq Bin Mohd Nazul
Karnine
3) adik Muhammad Hanif Bin Mohd Faizal.

PENYAMPAIAN Kategori anugerah yang seterusnya adalah untuk Asma


HADIAH adik-adik yang cemerlang dalam akademik
(HADIAH mereka, iaitu Anugerah Murid Cemerlang.
CEMERLANG;
4, 5 DAN 6 TAHUN) Bagi Anugerah Murid Cemerlang 4 tahun tempat
pertama, dijemput
i. adik Muhammad Fahrin Haziq Bin
Muhamad Jefri.

Bagi Anugerah Pelajar Cemerlang 5 tahun,


i. tempat pertama, dijemput adik
Muhammad Hanif bin Mohd Faizal,
ii. tempat kedua, dijemput adik Hana
Anzalna Bt Marzuki,
iii. dan tempat ketiga, dijemput adik Md
Rayhan Irfan Bin Rasheedul Haque.

Bagi Anugerah Pelajar Cemerlang 6 tahun,


i. tempat pertama, dijemput adik Tengku
Nurameera Safiyyah Bt Tengku
Mohamad Izam,
ii. tempat kedua, dijemput adik
Muhammad Nurfa’iq Bin Mohd Nazul
Karnine,
iii. dan tempat ketiga, dijemput Afiq Danish
Bin Adrin Azrul.

UCAPAN TERIMA Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar Zul


KASIH KEPADA Raudhah Islamic School, _______ dan Guru
PENYAMPAI Penolong Kanan Raudhah Islamic School, Puan
HADIAH Ilyana binti Mohd Yuso diatas kesudian untuk
menyampaikan sijil dan hadiah kepada adik-adik
kita.

TAYANGAN VIDEO Majlis dirancakkan lagi dengan persembahan Asma


tayangan video sebentar lagi.

Buat pengetahuan umum, walaupun usia Raudhah


Montessori Centre ini baru mencecah 11 bulan,
pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan.

Antaranya adalah;

(Kena rujuk video)

Untuk itu, dijemput para ibu bapa dan jemputan


untuk menyaksikan tayangan video sepanjang
penglibatan mereka di Raudhah Montessori
Centre.

Mari kita saksikan.

UCAPAN Sekian sahaja Hari Anugerah Kecemerlangan dan Zul


PERPISAHAN Majlis Graduasi bagi Raudhah Montessori Centre
2018 pada hari ini.

Dari Kedah ke pekan sari,


Beli suasa di Kota Tinggi,
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa kita berjumpa lagi.

PASS KE RIS Tanpa melengahkan masa, majlis dengan Asma


sukacitanya menjemput pengacara bagi Hari
Anugerah Kecemerlangan dan Majlis Graduasi
Raudhah Islamic School 2018.

Tuan puteri pergi ke Rasah,


Pulang semula di sebelah pagi,
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Panjang umur kita bersua lagi.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai