Anda di halaman 1dari 1

KISAH KEBIJAKSANAAN LUQMAN HAKIM

Assalammualaikum Warohmatullah hi Wabarokatuh


Pergi ke kedai membeli bunga
Bunga dibeli di kedai Nyonya
Berdiri saya,bukan saja-saja
Kebijaksanaan Luqman Hakim tajuk cerita

Pada zaman dahulu,di Negara Sudan Afrika,hidup seorang hamba Allah yang bernama
Luqman. Beliau dikurniakan satu anugerah yang sangat berharga iaitu Al Hikmah,
sebagaimana Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 12 yang bermaksud
‘Sesungguhnya kami kurniakan kepada Luqman itu Al Hikmah”
Kawan-kawan,
Al hikmah bermaksud,ketajaman akal,kecerdasan otak,kefasihan lidah,kuat ingatan serta
kukuh agamanya. Segala kata-katanya sangat indah,bagaikan mutiara….

Suatu hari Luqman bekerja sebagai khadam di rumah orang kaya.Tuannya berkata”hari ini
masakkan aku 2 jenis daging yang paling baik dan berkhasiat’’ lalu Luqman pun memasak
hati dan lidah seekor kambing yang terbaik.kemudian,Luqman hidangkan kepada
Tuannya”bagus!sungguh sedap masakan kamu’’kata tuan Luqman
Rakan-rakan sekelian…
Hari berlalu,pantas sekali..
Masakan Luqman menjilat jari
Orang kaya,kepingin lagi..
Daging yang kotor ingin dirasai

Lalu Luqman pun menghidangkan masakannya

Tuannya marah tidak terperi


Katanya daging,tiada beza
Luqman terangkan berhati-hati
Mudah-mudahan mendengar kata

Akhirnya,Tuannya mengakui kebijaksanaan Luqman dalam menerangak perbezaan daging


yang terbaik dan terkotor,’’alangkah tajamnya pemikiran mu wahai Luqman,betapa besarnya
hikmah yang ada dalam jiwamu’’ ujar tuannya. Sangat bijak kan Luqman hakim kawan-
kawan…

Berakhir sudah cerita saya


Mana yang baik jadikan iktibar
Mana yang buruk,jadikan pengajaran
Semoga hidup diberkati Allah