Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bersyukur saya kepada

Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, penyelidikan dan penulisan tesis ini dapat

disempurnakan. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada penyelia saya iaitu

Prof. Dr. Lokman Shamsudin yang telah banyak membimbing, memberi tunjuk ajar,

nasihat dan masa yang telah diluangkan di sepanjang penyelidikan ini dijalankan.

Penghargaan juga kepada geran UPPU, UNISEL (VOT NO. 3090103019) sebagai sumber

kewangan dalam memastikan kelancaran perjalanan projek. Skim bantuan melanjutkan

pelajaran oleh pihak UNISEL adalah amat dihargai.

Tidak lupa kepada semua kakitangan Fakulti Bioteknologi dan Sains Hayat (SBSH); Pn.

Hatiah dan Cik Norazah (memberi tunjuk ajar dalam bidang molekul), Pn. Rozila

(memberi tunjuk ajar bagaimana menganalisis data), Dr. Tan Do Yew (memberi

pandangan dan komen bagi memperbaiki kajian ini), Mr. Lai Long Wee, Cik Farrah

Nazuha dan En. Wan Azman (membantu dalam pengkulturan Spirulina) dan lain-lain

yang telah banyak membantu bagi menjayakan penyelidikan ini serta individu yang

terlibat secara langsung atau tidak langsung. Penghargaan ditujukan juga buat keluarga

tercinta dan rakan serumah yang tidak jemu memberi dorongan dan semangat untuk terus

berusaha bagi menjayakan penyelidikan ini. Akhir kata semoga Allah memberkati ilmu

yang diperolehi sepanjang penyelidikan ini dan terima kasih di atas segala-galanya.

Hanya ALLAH yang membalas segala jasa dan budi kalian.

Anda mungkin juga menyukai