Anda di halaman 1dari 23

FASHAR EVENT & ENTERTAINMENT

FIESTA MUZIKAL BELIA 2008

PENGENALAN

FIESTA MUZIKAL BELIA 2008


FIESTA MUZIKAL BELIA ini diusahakan sebagai titik-tolak kerjasama daripada pihak
Kementerian Pelancongan Malaysia, Majlis Belia Negeri, Rakan Muda, Pihak Penaja Swasta,
Pihak Sekolah Kerajaan, Kolej Swasta dan Persatuan Belia yang lain. Ianya dianjurkan
bertujuan mempromosikan industri hiburan selaras menjadikan ianya satu produk acara
tahunan bagi merapatkan hubungan masyakat yang berbilang bangsa, keturunan, dan agama.

Aktiviti saranan ini memberi peluang memperluaskan kesinambungan kalendar aktiviti kerajaan ditekankan khas untuk
membantu memperkenalkan Negeri Sembilan yang sedang membangun menjadi sebuah ikon transit antara kepesatan
kemajuan di Kuala Lumpur dan kebudayaan bersejarah di Melaka. Pertandingan ini ditampilkan kepada masyarakat umum
bersempena dengan program kegiatan “ International Youth Conference, Cultural Exchange & Camps (IYCCC)”
selenggaraan Majlis Belia Negeri (NS). Kegiatan yang diadakan di Padang, Indonesia itu telah berjaya mendapat sambutan
dari pelajar-pelajar dari 10 buah negara yang mana menjadi pendorong kepada kami untuk menganjurkan Fiesta Muzikal
Belia ini di Negeri Sembilan pula.

Program-program yang disediakan agar dapat mewujudkan bakat dan kebolehan para penuntut yang mana akan
menghasilkan mereka menjadi ejen tranformasi hiburan kepada masyarakat khasnya. Pertandingan ini mewakili pameran-
pameran dari pihak penaja, pertandingan antara sekolah, kolej swasta, persatuan belia dan penglibatan kerajaan yang pasti
menjurus kepada rancaknya acara untuk meraih peningkatan aksi ekonomi semasa. Sebagai kesimpulannya, Fiesta
Muzikal Belia ini boleh mendedahkan Negeri Sembilan Darul Khusus sebagai sebuah negeri yang berkemampuan untuk
6
membangun setanding dengan bandar-bandar lain di Malaysia. Pendekatan ini adalah berkaitan terus untuk menaikkan
imej Negeri Sembilan sebagai peransang panca indera negara luar.
Fashar Event & Entertainment 2008
FIESTA MUZIKAL BELIA 2008

OBJEKTIF PELAN CADANGAN

Mengajak sektor kerajaan, swasta dan orangramai berintegrasi menikmati keseluruhan


program yang terdapat di dalam fiesta ini. Fiesta Muzikal Belia adalah salah sebuah pakej
hiburan yang dapat menarik minat masyarakat sekitar Negeri Sembilan berhibur sambil
berbelanja disamping kesibukan aktiviti harian mereka.

Konsep “ Hari Keluarga” yang dijalankan ini bukan sahaja memberi faedah kepada para
pelajar dan belia tetapi ia juga memberi kelebihan dari segi ruang dan peluang kepada
pihak penaja secara langsung mempromosikan perniagaan mereka.

Secara tidak langsung pula pihak kerajaan dapat mencapai matlamat apabila belia dan para remaja mengambil bahagian di
dalam aktiviti yang dapat membina sahsiah diri dan menghindarkan mereka terlibat dengan pengaruh negatif.

Kunjungan pelbagai bangsa dapat merapatkan jurang perhubungan dan kelas sosial antara pihak kerajaan dan swasta.
Adalah jelas sekali bahawa acara pertandingan yang diadakan adalah pelengkap kepada kemahuan dari semua pihak.
Sasaran pengunjung dan masyarakat orang ramai dijangkakan seramai 5,000 orang termasuk 2,000 orang daripadanya
usahawan yang berkaitan dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan yang dilaksanakan.

Adalah tidak ketinggalan juga di sini dinyatakan bahawa kami dari Fashar Event & Entertainment berinisiatif untuk
melakukan yang terbaik dalam menjayakan promosi Fiesta Muzikal Belia ini dengan cemerlang melalui pelbagai kaedah
dan strategi pemasaran seperti yang akan dinyatakan kemudian nanti.
6

Fashar Event & Entertainment 2008


FIESTA MUZIKAL BELIA 2008

VISI MENCAPAI MATLAMAT

Kaedah pertama digunakan adalah dengan penyertaan dari pihak sekolah, kolej dan persatuan belia. Penyertaan terakhir
adalah terdiri daripada 5-10 kumpulan terbaik di Negeri Sembilan selepas saringan dari semua
sekolah, kolej, dan persatuan belia.

Seterusnya, penglibatan dari pihak penaja kerajaan atau swasta menawarkan agenda di
“booth” pameran berkongsi maklumat kepada semua lapisan masyarakat. Sektor kerajaan
terlibat seperti Majlis Belia Negeri, Rakan Muda, dan Kementerian Pelancongan Malaysia.
Sektor lain pula terdiri daripada perkhidmatan perbankkan dan komunikasi teknologi yang
dapat memberi pengetahuan bermanfaat kepada kunjungan dari pihak usahawan. Tambahan
lagi, tapak-tapak gerai untuk orangramai menjamu selera, “booth” pameran produk pemakanan
dan minuman, produk sukan serta beberapa “booth” pameran dari syarikat penaja swasta yang
lain akan memeriahkan lagi suasana pertandingan pada hari tersebut.

Taman Permainan Mini disediakan agar memberi keselesaan untuk ibu bapa mengunjungi
fiesta di mana kanak-kanak bersukaria dengan ibu bapa bersama-sama pergi membeli-belah
dan menyaksikan pameran. Di sini juga terdapat satu “booth” yang mengendalikan Peraduan Mewarna untuk kanak-kanak
bawah 10 tahun dengan temanya iaitu “Menyambut Tahun Baru 2009”. Kawalan keselamatan diuruskan oleh pihak polis
tempatan jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini bagi menjamin suasana pertandingan dalam karnival fiesta
berjalan lancar. Jika berlaku kecemasan, “booth” kesihatan dari Hospital Swasta berkhidmat menyediakan perlindungan
6 kesihatan dan orang ramai juga boleh menderma darah di sini.

Fashar Event & Entertainment 2008


FIESTA MUZIKAL BELIA 2008

Maklumat-maklumat yang lebih terperinci boleh diperolehi dari “booth” pusat maklumat yang mengagihkan risalah/fliers
sebagai sinopsis ringkas untuk pengunjung mendapat pengetahuan yang lebih mendalam tentang program acara yang
terdapat dalam fiesta pertandingan yang diadakan.

Untuk menarik perhatian lebih ramai pengunjung menghadiri acara ini, pameran kereta-kereta dari Naza Motors juga
disediakan. Secara amnya, segala aktiviti-aktiviti pameran yang dinyatakan terdahulu adalah penyumbang kepada
pencapaian matlamat visi kertas kerja projek ini.

TAKLIMAT RINGKAS ACARA PERTANDINGAN


Tajuk Acara : FIESTA MUZIKAL BELIA
Tema : Peluang Perniagaan kepada Para Usahawan dan
Penggiat Ekonomi – Karnival “Hari Keluarga”
Tarikh Dicadangkan : Hari Sabtu, 26 Disember 200
Lokasi : Padang Sekolah Menengah King George Kelima,
Seremban
Masa Operasi : 10:000a.m-10:00p.m
6

Fashar Event & Entertainment 2008


FIESTA MUZIKAL BELIA 2008

Sokongan Penaja : Kementerian Pelancongan Malaysia , Majlis Belia Negeri, Rakan Muda
: BSN, Bank, SME Bank, Bank Mu’amalat
: Maxis, Celcom, Digi
: Nestle, F&N Coca-cola, Munchy’s, Silver Bird
: Naza Motors
: Kamdar, Pusat Pakaian Hari-hari, Adidas Sport Centre, “Warehouse
Apparel’s Sale”
6
: Karangkraft/Kartunis, Pereka Inovasi

Fashar Event & Entertainment 2008


FIESTA MUZIKAL BELIA 2008

: Peraduan Mewarna untuk kanak-kanak “ Menjelang Tahun Baru 2008 ”

Adalah perlu dinyatakan di sini bahawa Fiesta Muzikal Belia yang akan diadakan ini adalah berkonsepkan “Hari Keluarga”
yang mana badan kerajaan seperti Kementerian Pelancongan, Majlis Belia Negeri, dan Rakan Muda bekerjasama sekaligus
mengeratkan perpaduan sesama belia di Negeri Sembilan.

Peringkat saringan “roadshow” yang berlangsung di “Terminal One Shopping


Centre” dan “Seremban Parade” akan diadili oleh pengadil yang serupa pada
hari pertandingan nanti. Surat-surat jemputan beserta dengan borang
penyertaan akan diedarkan 2 bulan sebelum tarikh pertandingan.

KEUNTUNGAN PIHAK PENAJA SWASTA

Pihak penaja boleh menyalurkan dan menawarkan pakej, produk, serta


perkhidmatan terbaru syarikat mereka dengan lebih produktif melalui fiesta
ini untuk memperluaskan peluang perniagaan mereka. Semua jalinan aktiviti
yang terlibat boleh memenuhi kehendak dan keperluan pihak penaja dan
mempamerkan bahawa syarikat-syarikat mereka adalah kukuh dan stabil. Memberi tanggapan bahawa pihak penaja
swasta boleh menjadi tunjang kepada kemajuan negeri khasnya dan negara pada amnya dalam pelbagai bidang seperti
telekomunikasi dan perbankkan serta hiburan khususnya.

Ianya juga menunjukkan bahawa pihak swasta terlibat sedang mengejar peluang untuk menyampaikan mesej kepada
6
masyarakat tentang betapa pentingnya perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan tanpa mengira bangsa dan agama.

Fashar Event & Entertainment 2008


FIESTA MUZIKAL BELIA 2008

Dalam mencapai Wawasan 2020, pihak swasta adalah peneraju utama untuk Malaysia
dijadikan sebuah negara maju, cemerlang, gemilang, dan terbilang sejajar dengan negara
maju yang lain di dunia.

KEUNTUNGAN KEPADA PIHAK SEKOLAH, KOLEJ DAN PERSATUAN BELIA

Para peserta yang terlibat dapat menyumbang dengan menyebarkan dan menyampaikan pesanan kepada masyarakat
tentang nilai-nilai murni adat dan kebudayaan yang semakin pupus dari ingatan mereka. Setiap perserta akan
dianugerahkan sijil penyertaan diiktiraf oleh kerajaan untuk meningkatkan kredibiliti pelajar dan belia. Sebagai ganjaran,
mereka boleh menyakinkan diri menceburi dunia kerjaya mereka kelak.

Dengan mengambil bahagian dalam pertandingan itu, pihak pelajar dapat mempelajari bahawa industri hiburan juga
adalah satu cabang untuk mereka menimba ilmu yang bermanfaat lagi sihat. Ini dapat membantu mereka terlepas dari
melakukan kegiatan-kegiatan negatif dan gejala sosial yang tidak bermoral. Fiesta Muzikal Belia yang dijalankan antara
sekolah,kolej, dan persatuan belia ini adalah menjadi rujukan kepada masyarakat yang mana dapat mempromosikan pusat
pendidikan dan badan bukan kerajaan terlibat di masa hadapan. Pertandingan ini membolehkan persatuan belia
mengenali semula tentang adat kebudayaan tradisi setiap bangsa di Malaysia ini.

Salah satu lagi acara yang di pertandingkan iaitu aktiviti bebas/kontemporari (tarian & nyanyian) dapat membuka minda
penuntut dan belia untuk memperkenalkan tarian baru yang dicipta dengan hasil kreativiti dan innovasi mereka.
6

Fashar Event & Entertainment 2008


FIESTA MUZIKAL BELIA 2008

KEUNTUNGAN KEPADA PIHAK KERAJAAN

Pihak kerajaan dapat mengambil kesempatan mendedahkan dan menawarkan konsep ketimuran adat tradisional dan
budaya Malaysia yang kian di telan zaman. Ini adalah kerana; di Fiesta Muzikal Belia itu, kumpulan yang membuat
persembahan diwajibkan mengambil bahagian dalam sebuah acara tarian tradisional.

Majlis Belia Negeri berkesempatan memperkenalkan permainan, alat-alat muzik, dan adat tradisional
kebudayaan dari setiap bangsa di negara ini terutamanya India, Cina , dan Melayu. Oleh itu, fiesta ini dapat
menyerikan kembali pakaian-pakaian tradisi setiap bangsa iaitu Sari, Cheongsam, dan Kebaya. Semoga
dengan terlaksananya program seperti ini, kerajaan mendapat faedah memperkenalkan ciri-ciri kebudayaan
Malaysia di mata dunia.

Rakan Muda adalah satu badan kerajaan yang akan mengendalikan aktiviti-aktiviti ketahanan diri yang
membina kecergasan fizikal dan minda belia. Hasilnya, kerajaan dapat menerapkan cara-cara budaya hidup
sihat kepada kepada para belia.
“Booth-booth” pameran yang menyertai dalam fiesta ini akan menjadi penggerak ekonomi kerajaan negeri
dari pembayaran cukai. Oleh yang demikian, maka cita-cita dan harapan badan kerajaan dan bukan kerajaan dapat
disematkan ke dalam hati sanubari setiap modal insan.
Sebagai kesimpulannya, kerajaan memperolehi sesuatu yang amat berharga dengan terlaksananya aktiviti fiesta seperti ini
iaitu kerajaan dapat merapatkan perpaduan rakyat yang terdiri dari pelbagai bangsa. Pendekatan ini juga membolehkan
masyarakat majmuk di Malaysia hidup sihat, aman, dan gembira.
6

Fashar Event & Entertainment 2008


FIESTA MUZIKAL BELIA 2008

KEUNTUNGAN KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT

Orangramai atau pengunjung kepada fiesta ini adalah menjadi tonggak utama acara ini disediakan. Tiada pembayaran
dikenakan kepada pengunjung membolehkan sasaran kami seramai 5,000 orang bakal dicapai. Masyarakat juga pasti
terhibur dengan adanya Taman Permainan Mini disediakan untuk mereka sekeluarga bersama-sama beriadah selain dari
pertunjukkan dan pameran yang dianjurkan.

Terdapat persembahan tarian lain, seni pertahankan diri, permainan tradisi, dan lain-lain aktiviti diadakan bersebelahan
dari Taman Permainan Mini itu. Orangramai juga tidak perlu risau kerana terdapat tapak-tapak gerai yang menjual pelbagai
jenis makanan dan minuman pada hari fiesta dijalankan.

Mereka bukan sahaja dapat menikmati pertunjukkan dari acara pertandingan malah mereka juga dapat menambah ilmu
pengetahuan daripada pameran-pameran yang turut terlibat menjayakan program ini. Persembahan tarian dan nyanyian
itu pula dapat membangkitkan semula keghairahan tarian kebudayaan dari pelbagai bangsa yang kini semakin pudar dari
kehidupan zaman moden ini.

Selain daripada berhibur dalam acara pertandingan tarian nyanyian, masyarakat juga boleh mengambil kesempatan untuk
menceburi bidang perniagaan apabila terdapat maklumat yang berinformasi dari “booth” pameran dari penaja swasta dan
“booth” pameran dari badan kerajaan yang lain.

Fashar Event & Entertainment 2008


FIESTA MUZIKAL BELIA 2008

AGENDA PROGRAM
10:00a.m-11:00a.m : Perasmian Pembukaan Acara dan Kata-Kata Aluan
Dari Y.A.B Seri Utama Dato’ Mohamad Bin Haji
Hassan (MB Negeri Sembilan),
dan Kata-Kata Penghargaan kepada Pihak Penaja,
kemudian diteruskan pula dengan persembahan:
i) Permainan peralatan muzik seperti gong, gendang, tabla dan lain-lain peralatan
muzik seperti seruling, caklempong, kompang, dan bunyian-bunyian asli
ii) Nyanyian dari Artis Tanahair seperti Datuk Siti NurHaliza
iii) Taklimat motivasi dari angkasawan negara Dato’ Sheikh Muzaffar
11:00a.m-12:00p.m : Persembahan Tarian & Nyanyian dari Grand Finalist

Fashar Event & Entertainment 2008


FIESTA MUZIKAL BELIA 2008

Talenta ( Budaya Indonesia )


12:00p.m-01:00p.m : Pertandingan Bermula untuk Peserta Finalist
01:00p.m-02:00p.m : Makan Tengahari
02:00p.m-03:00p.m : Pertandingan Bersambung Lagi
03:00p.m-04:00p.m : Nyanyian dari Artis Jemputan – Nadia
04:00p.m-0:500p.m : Pertandingan Diteruskan Lagi
05:00p.m-06:00p.m : Artis Komedi – Nabil Raja Lawak

06:00p.m-07:00p.m : Persembahan Pertandingan Bersambung Lagi Hingga Tamat


07:00p.m-08:00p.m : Nyanyian dari Artis Jemputan – Amylea
08:00p.m-09:00p.m : Persembahan Silap Mata
09:00p.m-10:00p.m : Pengumuman Keputusan, Kata-kata Penutup dan
Penyampaian
Hadiah dan Sijil Perhargaan Penyertaan :

 Keputusan dari Pihak Juri


(Persembahan dari Artis Tarian Profesional sambil
menunggu keputusan)
6  Cabutan Bertuah untuk para hadirin

Fashar Event & Entertainment 2008


FIESTA MUZIKAL BELIA 2008

Makanan tengahari disediakan oleh pihak penganjur pertandingan hanya untuk peserta yang mengambil bahagian sahaja.
Artis-artis profesional tarian, persembahan silap mata, persembahan artis komedi, nyanyian dari artis dijemput khas
dijadikan sebagai acara selingan untuk penonton-penonton yang menyaksikan pertandingan tersebut.
Dalam agenda program tersebut juga diselitkan acara motivasi bersama personaliti yang mana penonton-penonton dapat
beramah mesra bersama dengan personaliti-personaliti terkenal.

SYARAT – SYARAT PENYERTAAN PESERTA


Pertandingan ini terbuka kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah dan Kolej dan serta dari anggota Persatuan Belia dari
berusia lingkungan dari 13 tahun sehingga 25 tahun. Peserta dalam kumpulan adalah terdiri daripada had lingkungan 7-
10 orang termasuk lelaki dan perempuan. Pertandingan terdiri daripada 2 kategori i) Antara Sekolah – Sekolah Menengah:
a) Pelajar dari Tingkatan 1-3 (13-15 tahun), b)Pelajar dari Tingkatan 5-6 Atas (17-19 tahun) ii) Antara Kolej dan Persatuan
Belia (18-25 tahun).

Persembahan dimulakan oleh pertunjukkan dari pihak sekolah kerajaan yang mana salah satu darinya adalah tarian
tradisional kemudian diikuti oleh para peserta kolej dan persatuan belia. Persembahan dari peserta-peserta hendaklah
berselang-seli antara tarian nyanyian tradisional diikuti dengan tarian nyanyian masakini.
Masa yang dibenarkan bagi setiap pertunjukkan adalah dari 5-10 minit. Berkemungkinan finalist peserta adalah terdiri
daripada 5-10 kumpulan selepas saringan. Kumpulan-kumpulan peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan
hendaklah menggunakan lagu muzik dari cakera padat. Pakaian hendaklah disediakan oleh peserta sendiri.

6 SKEMA PIHAK JURI

Fashar Event & Entertainment 2008


FIESTA MUZIKAL BELIA 2008

Keputusan pengadil adalah muktamad. Para pengadil akan membahagikan markah keputusan kepada tiga bahagian iaitu
50% dari persembahan (Teknik dan Ekspressi) dan 25% setiap daripada kreativiti, dan keterampilan pakaian (kostum).
Pengadil-pengadil akan memberi komen dari setiap persembahan yang telah tamat yang mana dapat memberi panduan
dan teguran yang membina yang dapat menaikkan semangat kumpulan peserta lain. Secara lagi dinyatakan bahawa
keputusan pengadilan adalah 100% dari pihak juri yang dijemput khas iaitu terdiri daripada i) Dato’ Jalalludin Hassan, ii)
Linda Jasmine, dan iii) Corey

ACARA-ACARA LAIN FIESTA (Bersebelahan Taman Permainan Mini)


Pengunjung yang datang melawat Fiesta Muzikal Belia ini juga disajikan dengan 6 acara/aktiviti lain selain daripada
pertandingan tarian nyanyian yang pasti menarik minat mereka. Pertama, persembahan seni mempertahankan diri seperti
Silat, Silambam, Judo, Karate-Do, dan Taekwando. Seterusnya adalah permainan tradisi rakyat Malaysia seperti Gasing,
Tarik Upih, Congkak, Sepak Raga, Galah Panjang, Keting-ting, Catur Cina, Kabaddi, Wau, dan Layang-layang.
Kemudian diikuti pula dengan persembahan permainan alatan muzik tradisional seperti caklempong, seruling, kompang,
table, gong, gendang, harp cina dan sebagainya. Aktiviti persembahan tarian dari pelbagai budaya juga adalah salah satu
6
acara alternatif untuk keseronokan para pengunjung. Contohnya adalah seperti tarian sewang, tarian naga, tarian orang
asli (kadazan), dan tarian dari Yemen/Arab.
Fashar Event & Entertainment 2008
FIESTA MUZIKAL BELIA 2008

Pertunjukkan silap mata juga diadakan di sini selain dari agenda silap mata di atas pentas. Perkhidmatan badut juga
disediakan sebagai tanda penghormatan kepada kanak-kanak yang bermain di Taman Permainan Mini itu nanti dengan
menyebarkan belon-belon binatang kepada mereka.

Fashar Event & Entertainment 2008


FIESTA MUZIKAL BELIA 2008

Fashar Event & Entertainment 2008


FIESTA MUZIKAL BELIA 2008

Fashar Event & Entertainment 2008


FIESTA MUZIKAL BELIA 2008

STRATEGI PEMASARAN

1. Fliers/Risalah * 3,000 helai (A4 saiz) yang akan diagihkan di serata sekolah dan
kolej di Negeri Sembilan. 1,000 helai fliers akan mula
diedarkan di kawasan Seperti di Seremban, Mantin, Port
Dickson, dan Nilai.

2. Kain Rentangan *(i) “Banners” berukuran 5’ x 18’ dipamerkan di kawasan utama


“Banners” atau seperti Seremban, Mantin, Nilai, dan Port Dickson.
“Bunting” (ii) “Bunting” berukuran 2’ x 6’ akan dipamerkan pasaraya terkemuka
seperti Jusco, Tesco, Giant dan juga di perpustakaan sekitar Negeri Sembilan.

3. Radio 3 * Promosi mengenai pertandingan akan ke udara pada waktu utama penyiaran seperti
Seremban pada jam 7.00-8.00 pagi dan 5.00-6.00 petang. Penyiaran promosi akan dijalankan 2
minggu sebelum tarikh pertandingan.

4. Kain Rentangan * Setiap syarikat penaja akan dipromosikan pada kain rentangan di belakang pentas.
“Band Logo” “Banner’’ berukuran 5’x18’ juga akan diiklankan berhampiran dengan pentas.

5. Elektronik Media * RTM,TV3,NTV7 akan mengumumkan tentang berita penyiaran pada hari pertandingan
sahaja.

6. “Internet Website” * Akan diiklankan di dalam “internet website” untuk penyebaran yang lebih luas.

7. Akhbar-akhbar * Akan disiarkan di dada akhbar-akhbar utama tempatan 2 minggu sebelum tarikh
Tempatan pertandingan.

8. “Roadshow Event” * Acara saringan diadakan di “Terminal One Shopping Centre” Seremban, 2 bulan

sebelum tarikh pertandingan diadakan.


6

Fashar Event & Entertainment 2008


FIESTA MUZIKAL BELIA 2008

HADIAH UTAMA PERTANDINGAN

1. HADIAH PERTANDINGAN
i) Hadiah Utama : RM 3,000.00, Piala & Sijil Penghargaan Penyertaan
ii) Hadiah Kedua : RM 2,000.00, Piala & Sijil Penghargaan Penyertaan
iii) Hadiah Ketiga : RM 1,000.00, Piala & Sijil Penghargaan
Penyertaan
iv) Hadiah Saguhati berupa Hamper Barangan dan Sijil
Penghargaan Penyertaan
v) Hadiah penyertaan : RM 250.00 dari no. ke-4 hingga ke-10

2. CABUTAN BERTUAH KEPADA PARA HADIRIN


i) Hadiah Saguhati – Berupa cenderahati penghargaan kepada
pengunjung bertuah
ii) “Hamper”barangan makanan & minuman
iii) Kemeja-T, Topi, dan lain-lain produk Fashar Event &
Entertainment

Hadiah-hadiah akan disampaikan oleh Menteri Besar, NS dan Datin selepas


pengumuman keputusan pertandingan yang berlangsung. Hadiah cabutan bertuah
pula akan disampaikan oleh pengerusi yang mengaturkan pertandingan ini.

Juri-juri adalah terdiri daripada : Dato’ Jalalludin Hasan, Linda Jasmin, dan Corey

Fashar Event & Entertainment 2008


FIESTA MUZIKAL BELIA 2008

PENUTUP
Maka dengan ini adalah dengan sukacitanya kami dari pihak penganjur Fiesta Muzikal Belia iaitu Fashar Event &
Entertainment mengalu-alukan penerimaan Kertas Kerja Projek ini dari semua pihak yang terlibat.

Kertas Kerja Projek ini berperanan menarik pelaburan pihak kerajaan atau swasta menjalinkan kerjasama efektif agar
dapat membina kemajuan tanpa mengira bangsa, keturunan, dan agama.

Sekali lagi dinyatakan bahawa acara pertandingan ini disyorkan adalah untuk menjamu masyarakat majmuk dengan aktiviti
hiburan disamping dapat mengeratkan perhubungan daripada pengunjung yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan
peringkat usia.

Ianya juga dapat merapatkan jurang pengkelasan strata dengan pendekatan dari penglibatan pihak kerajaan dan swasta
sebagai penaja rasmi acara tersebut. Adalah menjadi harapan kami agar program aktiviti ini mendapat maklumbalas yang
positif dan mencapai matlamat asal dengan jayanya.

Segala kelancaran menjayakan Fiesta Muzikal Belia ini terletak pada kesungguhan dari semua pihak yang terlibat. Justeru
itu, diucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak kementerian dan pihak penaja yang sanggup melaburkan dana
ihsan kepada usaha kami yamg murni ini.

Sekian sahaja, ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak yang berkenaan kerana memberi peluang serta menyokong
agenda kami ini. Segala jasa dan bakti dari semua pihak adalah amat dihargai.

Fashar Event & Entertainment 2008


FIESTA MUZIKAL BELIA 2008

RUJUKAN

1. Persidangan Belia Antarabangsa 2008 – “Think Tourism Through Youth Tourism”

2. Apex Creations – “Event Management Proposal: Expo Usahawan Negeri Sembilan 2005”

3. Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus – “Grand Final Sumbar Talenta”

4. International Youth Conference Exchange & Camps (IYCCC) - Sumatra Barat – “Think Tourism Through Youth
Tourism”

5. Visit Malaysia “ feb-mac, 2008 Travel Guide”

6. El-Nita Event Management – “Design-Anugerah Ikon Negeri Sembilan”

7. Kalendar Visit Malaysia 2007 – “Tourism Malaysia: Celebrating 50 Years of Nationhood”

Fashar Event & Entertainment 2008


FIESTA MUZIKAL BELIA 2008

PENGHARGAAN

i) Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia
ii) Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan
iii) Yang Berhormat Dato’ Azalina Binti Othman, Menteri Pelancongan Malaysia
iv) Yang Berbahagia Dato’ Razali Bin Mohd. Daud, Pengarah-Ketua Promosi Lembaga Penggalakkan
Pelancongan
v) Tuan Wan Mohd. Fazamy Azwany Bin Mohd. Razali, Pengarah Urusan Fashar Event & Entertainment
vi) Puan Sharifah Sharmilah Binti Haji Abdul Rahim, Pengarah Projek Fashar Event & Entertainment
vii) Tuan Mohd. Khaidir Bin Jamal, Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan
viii) Yang Mulia Tengku Munira Binti Badlishah, Pengurus Hal Ehwal Korporat Nestle (M) Berhad
ix) Encik Ahmad Noh Bin Jeni, Pengurus Cawangan Bank Simpanan Nasional, Seremban
x) Encik Abdul Halim Bin Abdullah, Pengurus Cawangan Small Medium Enterprise Bank
xi) Encik Jamizi Rizzan Bin Mohd. Rasid, Pengurus Cawangan Naza Motors Trading, Seremban
xii) Encik Razak Bin Abdul Halim, Penolong Pengurus Bank Mu’amalat, Seremban
xiii) Encik Nor Hisham Bin Ismail, Pegawai Khas bahagian Kementerian Pelancongan Malaysia

Fashar Event & Entertainment 2008


FIESTA MUZIKAL BELIA 2008

Fashar Event & Entertainment 2008

Anda mungkin juga menyukai