Anda di halaman 1dari 3

Fakta: Menjaga Kebersihan

Bina sebuah karangan berdasarkan gambar dan rangkai kata di bawah.

*Menjaga kebersihan -elakkan penyakit

*Mencuci tangan -sabun

*Mencuci sayur-sayuran -tiada kuman -kotoran

*Memastikan kebersihan -belas -air bersih

*Menutup makanan -lalat

*****
Kebersihan diri amat penting untuk kesihatan kita. Orang yang bersih tidak akan
terdedah dengan kekotoran penyebab penyakit seperti demam, selsema, batuk dan
sebagainya.

Sebelum makan, kita mestilah membasuh tangan dengan menggunakan sabun yang
sesuai. Gosok kedua-dua belah tangan kita termasuk di celah-celah jari supaya
tangan kita menjadi benar-benar bersih.

Selain itu, makanan seperti sayur-ayuran, buah-buahan dan sebagainya mestilah


dibasuh terlebih dahulu sebelum dimasak. Ini penting agar kita tidak mengambil
makanan yang tercemar dengan bahan-bahan yang merbahaya kepada kesihatan
kita.

Di samping itu, bekas makanan yang kotor akan mencemarkan makanan kita. Oleh
itu, basuhlah bekas makanan kita selepas digunakan.

Seterusnya, kita perlu menyimpan makanan di tempat yang tertutup. Ini untuk
menghalang serangga atau haiwan seperti lalat dan tikus daripada mencemari
makanan kita.

Hidup kita akan lebih gembira apabila kita sihat. Oleh itu, sentiasalah menjaga
kebersihan agar kita terus sihat dan gembira sepanjang hari.
KARANGAN 2 : Fakta: Senaman Asas Kesihatan

Senaman adalah asas kesihatan kita. Senaman secara teratur dan


berterusan akan memastikan kesihatan kita sentiasa baik. Kita boleh
bersenam dengan pelbagai cara seperti berjoging, berbasikal, berenang
dan lain-lain lagi.

Senaman mempunyai banyak faedahnya. Apabila kita bersenam, badan


kita akan berpeluh, otot menjadi kuat dan melancarkan perjalanan darah
ke seluruh badan. Ini menjadikan badan kita sihat lalu menyukarkan
daripada terkena penyakit seperti demam, batuk, selsema dan lain-lain
lagi.

Senaman juga menjadikan bentuk badan lebih menarik iaitu tidak terlalu
gemuk atau kurus. Penampilan diri akan lebih menarik kerana badan
yang langsing akan memudahkan pergerakan kita. Oleh itu, kita akan
lebih berkeyakinan apabila berhadapan dengan masyarakat.

Selain itu, aktiviti senaman dapat mengisi masa lapang. Ini dapat
mengelakkan kita daripada melakukan perkara-perkara yang tidak
berfaedah atau memudaratkan seperti melepak, merokok dan
sebagainya.

Justeru, kita mestilah mengambil berat tentang senaman kerana


senaman dapat menjamin kesihatan kita. Tambahan lagi, kajian pakar
membuktikan senaman dapat mencerdaskan pemikiran. Oleh itu, jadikan
senaman sebagai amalan hidup kita seharian.
KARANGAN 3 :

Anda mungkin juga menyukai