Anda di halaman 1dari 8

4.

0 Tasawwur Syumul

Al-Syummul merangkumi maksud sempurna atau melengkapi segalanya. Maksud


tasawwur Syumul dan Rabbani menggambarkan bahawa Islam itu adalah hak Allah, sifatnya
Maha Sempurna. Manusia wajib beriman untuk mencapai kesempurnaan hidup di dunia dan
akhirat. Tasawwur Syumul beranggapan bahawa manusia adalah kehidupan yang amat lemah
yang bergantung pada Allah.

Cara hidup yang menyeluruh dan keseluruhan hidup di sepanjang zaman di mana ruang
litupnya tidak terhad inilah adalah Islam.

Al-Syahid Hassan Al-Banna menggambarkan Islam dalam bukunya iaitu ‘Risalah Islam’,

“Islam merupakan suatu perutusan (risalah) yang jangkauan panjangnya meliputi


setiap zaman. Pengisian lebarkan mencangkupi segala bangsa di serata pelususk
dunia. Tunjangnya meliputi semua urusan dunia dan akhirat.”

Tambahan, di dalam Al-Quran telah disebut oleh Allah tentang Syumul Islam.
FirmanNya:

“Tidak Kami tinggal di dalam kitab itu suatu apa pun” (Al-An’am : 38)

Terdapat juga di dalam ayat yang lain, firmanNya:

“Di hari ini Aku sempurnakan kepada kamu agamamu dan Aku lengkapkan
kepada kamu nikmatku dan Aku redha Islam sebagai agamamu” (Al-Maidah : 3)

Manusia yang gagal mengenali, menghayati dan memahami makna sebenar tasawwur
Rabbani mengakibatkan mereka tidak berasa getar sama sekali akan azab yang menantikan
mereka.
“ Apabila disebutkan Allah kepada mereka, maka akan menggeletarlah seluruh
hati mereka,akan bertambah iman mereka, dan kepada Allah mereka berserah.”
(Al-Anfal : 23)

Apabila perkataan Allah disebut, terdapat pelbagai tanggapan di kalangan manusia.


Misalnya, kita boleh mengambil contoh dari dalam massyarakat Jahiliyah yang terdiri daripada
kaum Arab di mana mereka tidak mengetahui hakikat dan tanggapan sebenar daripada Allah.

“Katakanlah kepada mereka bagi siapakah bumi ini dengan segala isinya, jika
kamu mengetahui; nescaya mereka akan menjawab Allah lah yang memilikinya.
Katakan kepada mereka, adakah kamu tidak dapat peringatan, siapakah Tuhan
segala langit dan Tuhan arasy yang agong, nescaya mereka akan berkata Allah lah
segalanya. Katakan kepada mereka, apakah kamu tidak bertakwa. Katakan kepada
mereka,siapakah di tangannya memiliki segala kekuasaan diatas segala sesuatu,
sedangkan Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat melindungi diri dari
azabnya, jika kamu mengetahui. Semuanya itu mereka akan menjawab,
kepunyaan Allah lah segalanya. Kalau demikian; maka dari jalan manakah kamu
disihirkan (ditipu).” ( Al-Mu’minun 23 : 84-89)

Ayat tersebut membuktikan bahawa mereka tidak beriman walaupun telah menjawab
soalan-soalan dengan tepat dan nyata bahawa Allah itu Maha Kuasa, memiliki segala kebesaran
dan yang memberi rezeki, menghidupkan dan mematikan manusia dan mengakui kewujudan
Allah. Pada hakikatnya, mereka mengenali Allah hanya pada namaNya sahaja namun tidak di
dalam hati. Mereka tetap setia mempercayai berhala-berhala, kuasa yang lain seperti menyembah
matahari, tidak meyakini kebesaranNya, tidak mempercayai Nabi Muhammad S.A.W adalah
rasul walaupun menyebut dan tuturkan nama Allah pada lidah.

Umpamanya mengucap kalimah syahadah tanpa kepercayaan di dada. Golongan yang


mengaku kepercayaan kepada Allah dengan lidah namun sebenarnya adalah pendusta di mana
hati meletakkan kepercayaan yang lebih tinggi daripada Allah. Allah tidak akan memimpin
orang-orang yang mendusta lagi kufur,”
4.1 Syumul Dalam Kefahaman Dan Amalam

Segalanya yang diperlukan oleh manusia telah diberi panduan yang jelas tentang perkara-
perkara yang kecil sehinggalah perkara-perkara yang besar seperti makan minum, pakaian dan
lain-lain.

Manusia adalah jasad bernyawa yang memiliki ruh dianugerahkan oleh Allah, oleh itu,
hubungan antara manusia dan hubungan manusia dengan Allah perlu dijaga dan dipelihara. Cara
menguatkan, membahagikan dan menjaga roh telah diberi oanduan keutamaan dalam
melaksanakan tugas dalam hidup disebut di dalam ayat Al-Quran berikut :

“ Dan berusahalah bersungguh-sungguh, untuk mencapai apa yang Allah telah


sediakan kepadamu di akhirat (syurga) dan janganlah kamu melupakan habuanmu di
dunia dan berbuat baik lah sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan
janganlah sekali-kali membuat kerosakan di bumi (dengan melanggar perintah Allah).
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.”
(Al-Qasas : 77)

Ayat di atas menegaskan kepentingan akhirat harus didahulukan kemudian barulah


kepentingan dunia yang perlu ditekankan. Oleh itu, apa-apa perbuatan di dalam kehidupan
mestilah difikirkan terlebih dahulu, adakah perbuatan tersebut dibenarkan oleh Islam? Adakah
perbuatan tersebut akan membawa keberkatan oleh Allah? Adakah perbuatan tersebut membawa
kebaikan atau keburukan? Adakah perbuatan tersebut akan membawa kita kepada cinta syurga?

Namun begitu, urusan dunia tidak boleh diketepikan dan diabaikan semata-mata mahu
mengejar kenikmatan akhirat. Ini adalah kerana, seseorang insan tidak boleh mencapai habuan
akhirat melainkan melalui dunia. Bagaimana? Dunia ini perlu ditadbir dengan baik agar tidak
jatuh ke tangan orang kafir. Mengambil ikhtibar daripada Rasulullah S.A.W dimana hubungan
dengan Allah dikukuhkan untuk dijadikan contoh kepada golongan muslimin. Tanpa Islam,
tidak akan berlaku pembentukan negara Islam di mana membantu rakyatnya membantu
melakukan ibadah seperti haji.

Intregrasi sosial yang menyeluruh juga diperlukan. Dasar Islam yang syumul,
memerlukan negara yang wujudnya kepatuhan dan takwa kepadaNya, undang-undang,
penguasaan kekuatan, dengan sistem pemerintahan yang kukuh. Maka, keseluruhan tanggapan
terhadapnya tidak boleh berpisah daripada masalh kehidupan dunia.
Perkataan iman banyak disebut di dalam Al-Quran kemudian diikuti dengan perkataan
amal yang tidak terpisah daripada ungkapan iman. Terjelaslah amal tidak berguna tanpa iman,
keimanan dalam amalan adalah tuntutan syumul Islam.
4.3 Syumul Dalam Akidah

Akidah Islam adalah akidah berteraskan kepercayaan terhadap Allah iaitu Maha Pencipta
yang menjadikan segala-galanya, Maha Kuasa lagi Sempurna. Akidah umpama benih di dalam
jiwa manusia, tanpa benihnya,maka tiada lah buahnya. Allah telah menurunkan wahyu kepada
Nabi Muhammad S.A.W tentang akidah yang sempurna sejak ayat yang pertama. Ayat-ayat yang
memperkatakan tentang syariah menunjukkan untuk mendahulukan akidah sebagai asas dalam
diri seseorang.

Manusia sentiasa akan mencari pengetahuan tentang alam ini namun masih terdapat
banyak yang tidak diketahui.

Allah diimani oleh Nabi Muhammad S.A.W dan para rasul, juga umat Islam sekalian
pada detik ini sebagai tuhan.

“Dan tidak Kami utuskan sebelum daripada kamu (wahai Muhammad) dari Rasul
melainkan Kami wahyukan bahawa tidak ada Tuhan yang sebenar untuk
disembah melainkan Aku (Allah) maka sembahlah Aku” (Al-Anbiya : 31-35)

Kesucian akidah dalam perspektif Islam adalah sesuatu yang mudah untuk dipraktikkan
di kalangan masyarakat tidak kira tua atau muda. Al-Quran dan al-Sunnah telah menjelaskan
tentangnya. Kefahaman tentang hakikat al-Wahyu oleh manusia membawa kepada kefahaman
hakikat kewujudan dan hakikat alam semesta, hakikat kehidupan di dalam dunia, hakikat
manusia dan hakikat kehidpan di dalam akhirat.
4.3 Syumul Dalam Syariah

Setelah akidah tersemai baik dalam diri, aturkan diri hubungan dengan Allah,
masyararakat, keluarga, negara dan seluruh umat manusia di dalam dunia. Al-Quran Al-Karim
merupakan sumber utama dalam Islam kemudian lahir lah peraturan dan undang-undang
berasaskan agama Islam bagi memimpin kehidupan muslim.

Al-Sunnah diambil daripada Al-Quran yang merupakan tafsir sebenar. Firman Allah:

“ Dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran, agar kamu menerangkan kepada


manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka.” (Al-Nahl : 44)

Manusia adalah makhluk yang dicipta oleh Allah dengan sebaik-baik dan secantik-cantik
kejadiannya yang mempunyai akal fikiran yang tinggi, lidah yang hebat berprosa serta berkata-
kata, anggota tubuh badan, dan juga beraksi.

Al-Quran telah memberi gambaran terhadap kejadian manusia iaitu :

“Sesungguhnya Kami (Allah) telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik


kejadian.” (at-Tin : 4)

Manusia berasal daripada Nabi Adam A.S asal usulnya dari pelbagai unsur kejadian yang
terdapat di dalam dunia ini yang terdiri daripada unsur tanah, air, api dan angin (udara). Di dalam
Al-Quran telah digunakan istilah-istilah yang merujuk kepada Adam iaitu al-Turab (tanah), al-
Ma’ (air), Hama’ (tanah yang dikeringkan), Salsal-kal-fakhkhar (tanah yang dibakar oleh api,
seolah-olahnya tembikar). Kejadian Adam A.S fizikalnya cantik, sempurna dan unik, ditunduk
hormat oleh malaikat oleh jin kecuali iblis.

Kewajipan manusia adalah untuk mematuhi segala perintah Allah demi kesejahteraan
dunia dan akhirat. Manusia diangkat sebagai khalifah Allah di bumi yang menjadi makhluk
pilihan. Khalifah adalah tugas yang perlu dipikul oleh manusia sebagai menyambung amanah
untuk melaksanakan perintahNya di muka bumi ini, perlaksanaan perintahNya terkandung di
dalam Al-Quran.

Tanggungjawab sebagai khalifah adalah satu amanah daripada Allah sesuai dengan
kemuliaan mereka. Tugas untuk memakmurkan dunia ini menjadi kewajipan asasi manusia, di
mana sekiranya tidak dilaksanakan dan disempurnakan akan dipersoalkan oleh Allah S.W.T di
akhirat nanti.

Tasawwur Islam memperlihatkan dua aspek asasi dalam kejadian insani iaitu kerohanian
dan kebendaan yang merupakan dua saudara kembar, dua untaian rantai yang saling melengkapi
antara satu sama lain. Salah satu antara kedua-dua tersebut diabaikan dan dipisahkan akan
meyebabkan kepincangan.

Roh manusia yang terpisah daripada jasad disebut dan diistilahkan sebagai mayat, ada
juga dinamakan sebagai bangkai oleh sesetengahnya. Dua unsur tersebut perlu diberi perhatian
dan tidak boleh dipisahkan.

Islam sebagai agama yang diredhaiNya. Allah telah menggariskan panduan I’tiqad
(aqidah) supaya benar-benar mantap dan bersih, percaya dengan sepenuh jiwa dan raga yang
Allah Maha Esa tidak beranak dan peranakkan, tiada sekutu bagiNya dan tiada perbandingan
denganNya.

Islam mengaturkan berbagai system. Ibadat merupakan satu sistem yang memperlihatkan
keutuhan perhubuhan antara hamba dan tuhannya iaitu Allah. Ibadat yang berbentuk khusus pula
telah ditentukan jenis-jenisnya dan menetap cara-cara perlaksanaannya tersendiri dan tersusun
rapi demi mencapai matlamat kesempurnaan dalam beragama. Kesempurnaan Islam
menggambarkan sebagai ‘deen’ (Way of Life) terkandung segala keperluan dihajati.
4.4 Apa Dia Al-Quran?

Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W di mana
menjadi mukjizat terbesar dan kekal abadi selama-lamanya. Al-Quran diturunkan dari satu
generasi ke satu generasi yang seterusnya tanpa keraguan tentang pengumpulan penulisannya
untuk dibaca sebagai ibadat sunat dan diamalkan segala kandungan sebagai kewajipan seorang
muslim. Dari segi bahasa Arab, Al-Quran bererti bacaan, sama dengan perkataan Al-Qiraah.

“Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (Al-Quran) dan


(memudahkan kamu) membacanya. Apabila telah Kami bacakan maka ikutikah
bacaan itu.” (Al-Qiyamah : 17-18)

Al-Quran adalah untuk dibaca, wahyu sulung kepada Nabi Muhammad S.A.W iaitu Iqra
juga diperintahkan untuk dibaca, disampaikan oleh malaikat Jibril. Terdapat lima jenis iaitu:

1. Al-Quran : Bacaan (kitab terakhir)


2. Al-Kitab : Buku atau kitab untuk dibaca
3. Al-Mashaf : Kitab untuk dibaca
4. Al-Furqan : Perbezaan antara baik dan buruk, perlu dibaca untuk ketahuinya
5. Al-Zikr : Peringatan daripada membaca dan memahami

Keseluruhan istilah-istilah Al-Quran memberi maksud membaca seperti pengajian


membaca, meneliti, mengetahui isi kandungan dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai