Anda di halaman 1dari 2

Karangan 2 : Kemukakan langkah-langkah berkesan yang patut anda ambil untuk memastikan

persekitaran sekolah anda sentiasa bersih.

Dalam era globalisasi dan modenisasi yang serba mencabar akal dan minda ini, sering meniti dari
bibir ke bibir masyarakat tempatan tentang isu tempat kita memperoleh pendidikan formal, iaitu
sekolah kini diancam pelbagai masalah berhubung kait dengan kebersihan. Masalah yang
membelenggu kita ini semakin hari semakin parah ibarat retak menanti belah. Pelbagai usaha telah
dilakukan 被执行 untuk membendung masalah ini, namun usaha-usaha ini masih belum mampu
membuahkan hasil yang memberangsangkan. Aforisme di mana cendawan tumbuh, di situ tembilang
terentak mengungkapkan betapa pentingnya peranan kita selaku pelajar untuk mengenal pasti
punca-punca 原因 yang menyebabkan persekitaran sekolah semakin kotor dan seterusnya
menjalankan amanah 责任 kita selaku pelajar untuk menangani masalah ini sehingga ke akar umbinya
他的根源.

Sehubungan dengan itu, selaku seorang pelajar, kita wajar mengambil inisiatif 采取主动 untuk
mengubah cara pemikiran ataupun persepsi kita khususnya berkaitan dengan kebersihan. Nilai-nilai
murni yang disampaikan oleh pihak sekolah dan ibu bapa mesti kita sematkan dalam ingatan dan
seterusnya perlu kita praktikkan dengan rajin. Secara umumnya, segala perubahan yang kita ingini
seharusnya bermula daripada diri kita sendiri. Dalam konteks ini, kita seharusnya mula mengubah
sikap kita dan mula membenci kekotoran. Sikap membuang sampah merata-rata yang mementingkan
diri-sendiri bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing mesti dikikis. Seterusnya, kita
seharusnya bertindak lebih proaktif iaitu bertindak mengutip sampah yang bertaburan di sekitar
kawasan sekolah. Berpandukan perubahan ini, sekolah pasti akan menjadi lebih bersih.

Jika dilihat dari sudut yang berlainan, kita harus mengambil langkah sederap 一起 untuk menjadi
teladan yang baik kepada rakan sebaya kita dan seterusnya mempengaruhi mereka untuk
bersama-sama berusaha menjadikan sekolah sebuah tempat yang bersih. Lazimnya, masih terdapat
banyak pelajar yang jahil tentang kepentingan peranan mereka dalam menjaga kebersihan sekolah
dan menganggap bahawa tugas menjaga kebersihan itu terletak pada bahu pekerja yang diupah oleh
pihak sekolah. Sebagai rakan sebaya yang positif, kita perlu bertindak sebagai ubat dan penawar, iaitu
menjadi wadah yang menyedarkan rakan sebaya kita tentang kepentingan kebersihan serta
menjelaskan bahawa tugas menjaga kebersihan sekolah itu penting memandangkan kebersihan itu
sebahagian daripada iman. Kerjasama yang padu ini pasti akan memastikan kebersihan sekolah lebih
terjamin.

Jika dikaji secara mendalam, pelajar juga wajib mengorak langkah 开起脚步 untuk melibatkan
pihak sekolah dan masyarakat setempat dalam proses memastikan kebersihan sekolah terjamin. Kita
boleh berbincang dengan pihak sekolah serta masyarakat setempat khususnya ibu bapa para pelajar
untuk menganjurkan gotong-royong bagi membersihkan dan seterusnya mencantikkan semula
sekolah kita. Alumni ataupun bekas pelajar juga mesti kita jemput untuk bersama-sama
mengindahkan semula sekolah tercinta mereka. Hubungan bagai aur dengan tebing ini boleh
dikatakan sebagai tindakan serampang dua mata yang bukan sahaja mampu membersihkan sekolah
bebas daripada ancaman sebarang vektor pembawa penyakit malah dapat mengeratkan silaturahim
antara pihak sekolah dengan masyarakat setempat. Dalam konteks ini, kita selaku pelajar mestilah
menjadi medium yang menjayakan gotong-royong ini.

Satu lagi hakikat yang tidak boleh diketepikan ialah kebolehan yang dikurniakan kepada
anak-anak muda era modenisasi ini, iaitu kebolehan menggunakan teknologi seperti telefon pintar
dan media sosial dengan efektif sekali. Dalam konteks ini, kita selaku pelajar yang celik teknologi
maklumat harus menggunakan kebolehan ini untuk menjalankan kempen menerusi media sosial
secara intensif dan menyeluruh. Media sosial boleh kita jadikan wahana untuk menyebarkan
kepentingan kebersihan sekolah dijaga dan kesan negatif yang akan wujud sekiranya kebersihan
sekolah diabaikan. Tindakan ini yang bijak bagai menghela rambut dalam tepung pasti akan membuka
mata para pelajar tentang kepentingan kebersihan dan mula mengambil bahagian secara aktif dalam
inisiatif untuk menjamin kebersihan sekolah.

Jika skop perbincangan kita ditumpukan, para pelajar juga boleh menggembleng 合 tenaga dan
sumber 资源 untuk mengadakan muafakat bagi menjaga kebersihan sekolah. Lazimnya, bulat air
kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Melalui muafakat yang diwujudkan, para pelajar
boleh bersama-sama memberi input dan cadangan yang bernas kepada pihak sekolah agar masalah
ini dapat ditangani dengan lebih memberangsangkan. Kita selaku pelajar boleh menyuarakan
kekangan yang kita hadapi khususnya berkaitan dengan kebersihan sekolah. Contohnya, tong sampah
yang terlalu kecil dan sering kali sarat dengan sampah sehingga menjadi tempat pembiakan lalat
ataupun kuantiti tong sampah yang terlalu sedikit sehingga ada segelintir pelajar yang mengambil
jalan pintas untuk membuang sampah ke dalam longkang. Dengan adanya muafakat ini, pihak sekolah
pasti akan mengetahui kesulitan yang dihadapi oleh pelajar dan seterusnya mencetuskan langkah
yang bersesuaian memastikan kebersihan sekolah.

Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu untuk memastikan sekolah, tempat
anak-anak muda generasi ini memperoleh pendidikan formal kekal bersih. Para pelajar selaku hati
kepada sesebuah sekolah pula mesti mengambil langkah yang lebih proaktif seperti yang terkandung
dalam peribahasa sediakan payung sebelum hujan bagi menjaga kebersihan sekolah. Umumnya,
anak-anak muda merupakan bakal pemimpin dan barisan 一群 pelapis 接班人 yang menakhodai 带领
一个船 bahtera 船 pemerintahan dan pentadbiran 管理 negara kita di samudera yang tak
bersempadan pada masa depan. Oleh itu, kita mestilah mengutamakan kebersihan sekolah kita.