Anda di halaman 1dari 17

Isu : Selalu datang lewat ke pejabat

Penerangan: Pekerja sering lewat datang ke pejabat. Walaupun telah dimarahi dan diberi
amaran tetapi pekerja tetap mengulangi kesalahan yang sama

Faktor : Hal ini terjadi mungkin disebabkan faktor kesesakan jalan raya, tiada kenderaan dan
bangun lambat ke tempat kerja

Teori : Isu yang berhubung kait dengan datang lewat ke tempat kerja ialah isu keperibadian
mulia. Ia tidak dapat mengikut jadual kerja yang ditetapkan dan lalai serta tidak
beretika. Selain itu, kegagalan mengelak kesesakan jalan raya juga punca seseorang
itu terlewat untuk sampai ke tempat kerja. Di samping itu, tidur yang tidak mengikut
jadual akan menyebabkan seseorang itu bangun lewat untuk pergi ke kerja

Langkah – langkah : Pekerja perlu keluar lebih awal ke tempat kerja untuk mengelakan
kesesakan jalan raya. Jika tiada kenderaan tumpang kawan yang satu tempat kerja
dan bangun awal bagi mengelakan daripada lambat ke tempat kerja
Isu : Tidur di tempat kerja

Penerangan : Waktu lepas kerja tidak digunakan dengan sebaik mungkin untuk merehatkan
badan yang sehari suntuk melakukan kerja di pejabat malah pergi melepak di mana
mana tempat sehingga lewat malam dan terlupa esok hari adalah waktu bekerja

Faktor : Hal ini terjadi mungkin disebabkan faktor melepak hingga lewat malam sehingga
tidak mendapat tidur yang cukup

Teori : Isu yang berhubung kait dengan tidur di tempat kerja ialah isu keperibadian mulia.
Pekerja tidak dapat membahagi masa dengan betul untuk lepak dengan kawan dan
kerjaya. Jika pekerja melebihkan sosial maka pekerja itu akan lupa tentang
kerjayanya. Itu yang terjadi sehingga lepak hingga lewat malam dan menjejaskan
kerjaya seseorang

Langkah – langkah : Tetapkan waktu tidur agar mendapat tidur yang secukupnya dan
kurangkan melepak sehingga lewat malam yang mana mampu menjejaskan kerjaya
Isu : Bergaduh dengan pekerja lain

Penerangan : Sering bergaduh dengan pekerja yang lain disebabkan oleh hal kecil yang
menyebabkan majikan tidak berpuas hati dan boleh menyebabkan majikan hilang
sabar. Majikan boleh memecat sesiapa yang bersalah.

Faktor :bergaduh dengan pekerja lain mungkin dari faktor tekanan kerja dan sering tidak
berpuashati dengan pekerja yang lain dalam skop tugas yang dijalankan

Teori : Isu yang berhubung kait dengan bergaduh dengan pekerja lain ialah isu keperibadian
mulia. Pekerja yang mempunyai tekanan kerja yang melampau tidak mampu
mengawal emosi. Jika ada yang tidak kena pekerja tersebut akan memarahi pekerja
yang lain alaupun perkara itu kecil dan mampu diselesaikan dengan cara baik. Selain
itu, ada pekerja yang bergaduh disebabkan rasa tidak berpuas hati. Ini terjadi apabila
melakukan kerja berkumpulan. Apabila pendapat seseorang itu tidak diterima,
pekerja itu akan bergaduh agar pendapat dia diterima. Tindakkan ini agak tidak
profesional

Langkah – langkah : Bertolak ansur dengan pekerja yang lain semasa melakukan kerja
bersama dan sentiasa mendengar pendapat orang lain.
Isu : Mencuri barang syarikat

Penerangan : Pekerja yang tidak amanah sanggup mencuri barang syarikat untuk
kepentingan diri sendiri mahupun kepentingan orang lain

Faktor : Kekurangan wang untuk menampung diri sendiri atau keluarga dan untuk
menyelesaikan hutang

Teori : Isu yang berhubung kait dengan mencuri barang syarikat ialah isu keperibadian
mulia. Pekerja tidak boleh mengambil sebarang harta syarikat untuk kepentingan diri
sendiri ataupun untuk membantu ahli keluarga yang dalam kesusahan. Ini boleh
menyebabkan majikan hilang kepercayaan dan boleh dibuang kerja. Selain itu,
pekerja perlu bezakan soal peribadi dalam kerja. Jika pekerja mempunyai hutang
jangan sesekali mencuri harta syarikat tapi bekerja dengan bersungguh sungguh bagi
menyelesaikan hutang tersebut

Langkah – langkah : Berjumpa dengan majikan dan beritahu tentang masalah yang dihadapi.
Meminta bantuan dan pendapat daripada majikan atau orang yang lebih pakar cara
untuk selesaikan masalah yang dihadapi dengan cara yang betul
Isu : Penampilan yang selekeh

Penerangan : Pekerja datang ke pejabat dengan penampilan yang selekeh dan tidak disukai
oleh rakan sekerja serta majikan. Tidak menunjukkan ciri ciri pekerja yang
mengutamakan kebersihan. Sambil lewa dengan perwatakkan sebagai seorang
pekerja seperti rambut tidak terurus dan baju tang berkedut ketik sedang bekerja

Faktor : tidak menitikberatkan soal kekemasan dalam kerjaya dan mempunyai sifat sambil
lewa dalam diri

Teori : isu yang berhubung kait dengan penampilan yang selekeh ialah isu keperibadian
mulia. Setiap pekerja tidak boleh membiarkan dirinya dalam tidak terurus ketika
bekerja. Selain itu, sifat sambil lewa dalam diri tentang penampilan diri perlu
dibuang kerana penampilan diri menunjukkan keperibadian seseorang

Langkah – langkah : bangun lebih awal untuk menyiapkan diri dan pastikan diri dalam
keadaan yang kemas sebelum pergi ke kerja
PENGENALAN
Etika bermaksud ilmu tentang apa yang baik dan apa yang buruk tentang hak dan kewajipan
moral. Contohnya, nilai dan norma moral yang menjadi pegangan seseorang atau sesuatu
kelompok dalam mengatur tingkah lakunya. Etika juga merupakan kumpulan asas atau nilai
yang berkenaan dengan akhlak. Contohnya ialah kod etika seperti “Etika Hospital”

Nilai adalah ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang atau institusi untuk
bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai nilai utama masyarakat. Manakala
moral pula bermaksud sebagai ajaran atau pegangan berkaitan buruk baik sesuatu
perbuatan ,sikap atau cara berkelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari segi
ketentuan baik buruk sesuatu akhlak

Hubungan antara etika dan moral dapat dilihat melalui perbezaan dalam konsep etika dan
moral. Etika menerangkan tentang suatu ilmu yang membahas tentang bagaimana dan
mengapa seseorang mengikut suatu ajaran moral tertentu atau bagaimana seseorang
mengambil sikap bertanggungjawab dengan pelbagai ajaran moral. Manakala etika dan
agama mempunyai kaitan yang positif. Agama diturunkan untuk mendorong kehidupan
manusia menjadi lebih sempurna dan mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah
kejahatan. Agama tidak diciptakan atau memaksa satu sistem etika yang baru dan berbeza
daripada yang telah sedia diamalkan oleh manusia. Fungsinya adalah untuk mengukuhkan
dan memantapkan lagi sistem etika dan nilai yang telah sedia wujud

Terdapat sebilangan kecil pekerja dalam sesebuah organisasi yang boleh dianggap sebagai
pekerja bermasalah. Isu mereka perlu ditangani dengan berhati hati. Antara masalah disiplin
yang sering terjadi ialah datang lewat,bergaduh dengan rakan sekerja, berpakaian
selekeh,tidur ditempat kerja dan yang paling besar ialah mencuri barang syarikatdengan
PENGENALAN
Profesion adalah pekerjaan yang menjadi profesional dalam sesuatu profesion bermaksud
seseorang itu menganggap profesionnya sebagai aktiviti yang menjadi sumber pendapatan
tetap.

Profesional adalah merujuk kepada profesion individu sebagai suatu pekerjaan yang tetap
dan menghasilkan pendapatan utama.

Profesionalisme pula adalah tahap kecekapan, akauntabiliti dan tanggungjawab yang


seharusnya didukung oleh seseorang profesional tersebut.

Norma profesional adalah sama dengan norma biasa maka boleh dinyatakan tidak wujud
unsur yang berbeza. Oleh itu, boleh dikatakan profeson bukan merupakan bidang yang
berasingan. Manakala jika dinyatakan norma profesional itu adalah spesifikasi kepada
norma norma biasa. Ini membawa maksud norma yang sama digunakan tetapi diaplikasikan
dalam situasi tanggungjawab yang berbeza

Misalnya, seseorang itu tidak berbohong kepada seorang hakim. Menunjukkan situasi
seseorang tidak sepatutnya berbohong. Keadaan sama juga boleh diaplikasikan kepada
peguam dan bukan peguam
ETIKA KERJA
Etika kerja adalah satu kumpulan nilai nilai berdasarkan kemuliaan akhlak termasuklah
kerajinan bekerja dan ketekunan. Adalah dipercayai bahawa kerja boleh memberi kebaikan
kepada moral seseorang, dan boleh meningkatkan keperibadian diri. Etika kerja termasuklah
boleh dipercayai, mempunyai inisiatif dan berkemahiran dalam pergaulan.

A) KEHADIRAN

Hadir ke tempat kerja dan balik pada masa yang ditetapkan, memaklumkan dahulu kepada
majikan sekiranya tidak dapat hadir, dan melaksanakan tugasan tepat pada masanya.
Contohnya seorang jururawat perlu datang ke hospital tepat pada waktu bagi mengelakkan
kesukaran apabila bertukar shif

B) KEPERIBADIAN

Menunjukkan kesetiaan, kejujuran, amanah, kebolehpercayaan, boleh diharap, berinisiatif,


disiplin diri dan bertanggungjawab. Contohnya seorang jururawat perlu menunjukkan
bahawa dirinya boleh dipercayai oleh pesakit agar pesakit lebih selesa berada di hospital

C)KERJA BERPASUKAN

Merupakan seorang yang boleh bekerja dalam pasukan, bekerjasama, tegas, menunjukkan
sikap membantu pelanggan, sentiasa mencari peluang untuk melanjutkan pelajaran dan
bersikap berbudi bahasa. Contohnya seorang jururawat perlu sentiasa membantu pesakit
yang berada didalam wad.

D) PENAMPILAN DIRI

Berpakaian sesuai, kemas, mengamalkan kebersihan dan beretika. Contohnya jururawat


perlu menjaga penampilan diri setiap masa agar kelihatan bersih dihadapan pesakit
E) SIKAP

Mempamerkan sikap positif, tampil berkeyakinan dan mempunyai jangkaan yang realistik
terhadap dirinya. Contohnya jururawat perlu mempamerkan sikap yang positif dihadapan
pesakit walaupun dirinya mempunyai masalah

F)PRODUKTIVITI

Mematuhi amalan keselamatan, menjaga bahan dan sumber, mengekalkan persekitaran


kerja yang kemas dan bersih, mematuhi arahan dan prosedur. Contohnya seorang jururawat
sentiasa perlu mematuhi keselamatan agar dirinya dan pesakit sentiasa selamat

G)KEMAHIRAN ORGANISASI

Mempamerkan kemahiran dalam pengurusan diri, pengurusan masa, memilih keutamaan,


pengurusan stres,menangani perubahan serta fleksibel. Seorang jururawat perlu mengurus
dirinya dan masa dengan betul agar jadual kerja sentiasa berjalan dengan lancar

H)KOMUNIKASI

Mempamerkan kemahiran lisan dan bukan lisan yang bersesuaian. Seorang jururawat perlu
mempamerkan kemahiran komunikasi yang jelas agar kemahuan pesakit dapat didengari

I)KERJASAMA

Mempamerkan ciri-ciri kepimpinan, berkebolehan menangani kritikan dan aduan dengan


sewajarnya, menunjukkan kebolehan menyelesaikan masalah, mengekalkan hubungan baik
dengan penyelia dan rakan sebaya, serta mematuhi arahan

J)HORMAT

Menghormati hak orang lain, menangani sebaiknya kepelbagaian budaya dan kaum dan
tidak sesekali melibatkan diri dalam sebarang bentuk kacau ganggu. Contohnya seorang
jururawat perlu sentiasa hormat pesakit yang berada di hospital walaupun perangai pesakit
itu menyakitkan hati
KEBAIKKAN MEMATUHI ETIKA KERJA
Etika kerja akan dapat mencapai matlamat -matlamat berikut :

-Membantu pelajar memasuki alam pekerjaan dengan kemahiran etika kerja yang positif,
menjadikan mereka lebih bernilai dan mudah mendapat pekerjaan

-Membantu majikan memperolehi pekerja yang mempunyai tabiat kerja yang baik

-Pekerja yang mempunyai kemahiran etika yang positif

-Majikan berpuas hati dengan pekerja

-Majikan mendapat pekerja yang baik dan dipercayai

Perniagaan dan industri yang mengambil graduan yang beretika kerja akan lebih produktif
dan mampu bersaing di peringkat global kesan dari persediaan kemahiran teknikal yang
berkualiti
KESIMPULAN
Kesimpulannya setiap pekerja perlu mematuhi kod etika yang disediakan. Ini kerana kod
etika menjadi panduan kepada pekerja tentang peraturan dan tingkah laku yang perlu
dipatuhi. Selain itu kod etika juga merupakan sumber insprasi dan rangsangan positif
kepada obligasi terhadap norma – norma profesional. Di samping itu, kod etika juga
berperanan sebagai inspirasi dan tunjuk ajar. Ia menyediakan satu rangsangan positif
terhadap tingkah laku yang beretika. Kod etika juga berperanan sebagai sokongan positif
kepada mereka yang ingin berkelakuan secara beretika. Kod etika berperanan sebagai
pendidikan dan kefahaman yang digunakan dalam perbincangan isu-isu etika
KESIMPULAN
Kesimpulannya setiap pekerja perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh
majikan. Pekerja tidak boleh melanggar atau membuat peraturan sendiri kerana ini akan
menyusahkan kedua kedua belah pihak. Pekerja yang bagus sentiasa mengutamakan disiplin
terutamanya kedatangan kerana kedatangan merupakan suatu yang sangat penting dalam
alam pekerjaan. Jika pekerja tidak menjaga kehadiran pekerja bleh dibuang kerja dengan
mudah dan susah untuk mendapat kerja lain kerana mempunyai rekod yang buruk. Oleh itu
pekerja mesti mematuhi segala peraturan apabila berada ditempat kerja dan sentiasa
melakukan kerja dengan tertib agar dipercayai oleh majikan dan disukai oleh rakan kerja
yang lan.
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/S

1 PENGENALAN

2 10 CIRI CIRI ETIKA

3 5 KEBAIKAN ETIKA

4 refleksi

5 lampiran

6 rujukan
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/S

1 PENGENALAN

2 5 ISU DISIPLIN

3 5 FAKTOR

4 HUBUNGKAIT TEORI DENGAN ISU DISIPLIN

5 PENYELESAIAN MASALAH

6 REFKEKSI

7 RUJUKAN
LAMPIRAN
RUJUKAN
http://siakapkelinews.blogspot.com/2017/11/bergelar-
jururawat-lelaki-tak-kisah-pun.html
http://h.usm.my/v3/index.php/berita/186-jururawat-
beraya-dengan-pesakit-demi-tugas-dan-
tanggungjawab
http://www.hasrulhassan.com/2016/03/rujukan-
kerjaya-jururawat-lepasan-spm-diploma.html
RUJUKAN
https://www.pakarhr.com/senarai-masalah-disiplin-
pekerja/
http://repo.uum.edu.my/363/1/Zakaria_Ismail.pdf
http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=200
8&dt=0617&pub=Kosmo&sec=Akademi&pg=ak_05.ht
m