Anda di halaman 1dari 13

NOTA SEJARAH 3 : JOM…CEMERLANG SEJARAH SPM 2018

SEJARAH ITU INDAH

Jom…Cemerlang Sejarah

SEJARAH
[1249/3 - KERTAS 3]
SPM 2018
‘Mereka yang melupai Sejarah pasti akan mengulanginya.’
- George Santayana

NAMA
TINGKATAN
SEKOLAH

1
cikgu soleha.wordpress.com
NOTA SEJARAH 3 : JOM…CEMERLANG SEJARAH SPM 2018

Tema Umum:
Pembinaan Negara Dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat

Rangka Jangka Panjang Pertama (RRJP 1), 1971-1990 menggariskan rangka sosio-
ekonomi yang menyeluruh bagi mencapai matlamat utama pertumbuhan ekonomi dan
pengagihan. RRJP1 juga menggariskan dasar, strategi dan program bagi mencapai
matlamat tersebut.

Sumber : Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991-2000 halaman 35

MAKLUMAT DARIPADA BUKU TEKS : TINGKATAN 5 BAB 8


PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK
KESEJAHTERAAN

1. LATAR BELAKANG PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA


 Dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun.
 Dimulakan oleh kerajaan Parti Perikatan sejak sebelum merdeka.
 Pada peringkat awal tumpuan kepada pembangunan kawasan luar bandar.
 Dasar Ekonoomi Baru (DEB) diperkenalkan.
 Tujuannya untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa
mengira kaum.
 DEB dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun.
 Dasar Pembangunan Nasional (DPN) diperkenalkan selepas DEB.
 Pelbagai dasar pembangunan dan agensi kerajaan diwujudklan seara bersepadu
bagi memastikan kejayaan pembangunan ekonomi negara.
 Rancangan Pembangunan Lima Tahun telah dilaksanakan dalan dua tahap iaitu
tahap pertama dan tahap kedua.
 Rancangan Pembangunan Lima Tahun tahap kedua (1971-1990) dikenali juga
sebagai Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 (RRJP 1).
 RRJP 1 ini dilaksanakan di bawah Dasar Ekonomi Baru.

2. RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN TAHAP PERTAMA

(i) Rancangan Malaya Pertama: RM1 (1956-1960)


 Matlamat utama RM1 membangunkan kawasan luar bandar supaya jurang pendapatan
penduduk luar bandar dengan bandar dapat dirapatkan.
 RM 1 juga ingin mengurangkan kadar kemiskinan penduduk luar bandar.
 RM 1 bermatlamat mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan sumber pendapatan negara
supaya tidak terlalu bergantung pada getah dan bijih timah.
 RM 1 merupakan rancangan pembangunan bersepadu yang memberikan perhatian
terhadap sektor ekonomi sosial dan awam.

2
cikgu soleha.wordpress.com
NOTA SEJARAH 3 : JOM…CEMERLANG SEJARAH SPM 2018

 Pembukaan tanah baru untuk pertanian, penanaman semula getah oleh pekebun kecil
dan secara ladang digalakkan, hasil keluaran pertanian dipelbagaikan dan perusahaan
melombong bijih timah diperluas.
 Kemudahan dan perkhidmatan diberikan seperti kesihatan, pendidikan dan
perhubungan.
 Infrastruktur seperti balai polis, kem tentera, pejabat pos, mahkamah dan rumah
kakitangan kerajaan diadakan.
 Dua agensi utama memainkan peranan penting, iaitu Lembaga Pembangunan Industri
Desa atau rural Industrial Development Authority (RIDA) dan Lembaga Kemajuan
Tanah Persekutuan atau Federal Land Devoploment Authority (FELDA).
 Matlamat RIDA membangunkan masyarakat luar bandar.
 Peranan RIDA seperti member pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil dan
membantu pemasaran hasil pertanian mereka, serta menggalakkan orang melayu
dalam perniagaan.
 RIDA juga memajukan ekonomi, sosial dan infrastruktur.
 FELDA ditubuhkan untuk meningkat taraf hidup masyarakat luar Bandar dan
meningkatkan hasil pertanian.
 Tanah baru dibuka besar-besaran untuk pertanian dan sebagai petempatan baru yang
dilengkapi kemudahan asas.
 Penduduk luar bandar yang miskin dipindahkan ke petempatan baru ini dan menjadi
petani moden. Tanaman tumpuan ialah getah dan kelapa sawit.
 Kejayaan FELDA menjadi contoh kepada Negara Dunia Ketiga.
 Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar yang diketuai oleh Dato’ Abdul
Razak bin Dato’ Hussein, Timbalan Perdana Menteri ketika itu berperanan
menyelaras dan menjaya program pembangunan luar bandar.
 Bagi tujuan tersebut kedua-dua agensi iaitu RIDA dan FELDA kemudiannya
diletakkan di bawah kementerian ini.
 RM 1 kurang memberangsangkan kerana ancaman komunis mengalihkan
memperuntukkan perbelanjaan negara kepada keselamatan negara. Ia juga disebabkan
oleh kejatuhan harga getah dan bijih timah di pasaran dunia.

(ii) Rancangan Malaya Kedua : RM 2 (1961-1965)


 RM 2 adalah kesinambungan RM 1 kerana penekanan masih kepada pembangunan
penduduk luar bandar.
 Tujuannya untuk merapatkan jurang pendapatan penduduk luar bandar dengan
penduduk bandar, mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
 Pembukaan tanah FELDA digiatkan.
 Usaha mempelbagaikan tanaman bagi mengurangkan pergantungan terhadap getah
dan makanan import dibuat.
 Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau Federal Agricultural Marketing
Authority (FAMA) pula ditubuhkan untuk membantu petani mengatasi masalah
pemasaran dan seterusnya meningkatkan pendapatan hasil pertanian mereka.

3
cikgu soleha.wordpress.com
NOTA SEJARAH 3 : JOM…CEMERLANG SEJARAH SPM 2018

 RM 2 juga member tumpuan terhadap infrastruktur sosial seperti pelajaran, kesihatan


dan perumahan. Peluang pekerjaan juga diberi perhatian.
 Kementerian Pembangunan Luar bandar mewujudkan Bilik Gerakan Negara di Kuala
Lumpur bagi menyelaras pembangunan peringkat negeri, daerah dan kampung.
 Buku Merah mengandungi program, perlaksanaan dan kaedah mengesan tahap
pencapaian turut diperkenalkan.

(iii) Rancangan Malaysia Pertama: RM’sia 1 (1966-1970)


 RM’sia 1 merupakan rancangan 5 tahun pertama setelah penubuhan Malaysia.
 Integrasi nasional menjadi tunpuan utama melalui program pembangunan
berfokuskan kesejahteraan rakyat.
 RM’sia 1 bersifat bersepadu merangkumi semua bidang ekonomi dengan
mempelbagaikan ekonomi pertanian dan perindustrian dilaksanakan.
 Pembukaan tanah FELDA bertambah pesat lagi.
 Projek seperti Segi Tiga Jengka dan Johor Tenggara dilaksanakan.
 Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA) dibuat untuk
membantu FELDA menjalankan pembangunan ekonomi luar Bandar.
 RIDA telah digantikan dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Matlamat MARA
membantu bumiputera dalam perdagangan dan perindustrian.
 Strategi MARA seperti membantu usahawan bumiputera, menambah guna tenaga
bumiputera dan meningkatkan ekuiti bumiputera.
 MARA juga menyediakan kemudahan asas kepada bumiputera.
 Bank Bumiputera ditubuhkan untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam
perusahaan dan perdagangan.
 Penubuhan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) pula bertujuan menggiatkan lagi
penyertaan bumiputera dalam bidang tersebut.
 Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) pula bertanggungjawab
menjalankan penyelidikan dan memperkenal teknologi meningkatkan hasil keluaran
pertanian kecuali getah.
 Pembangunan Perindustrian juga dapat dilihat dengan penubuhan agensi seperti
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Lembaga Penasihat Tarif.
 Akta Pelaburan pula berfungsi menggalak kemunculan industri baru.
 Ekonomi yang memberangsangkan semasa RM’sia 1 terbantut apabila berlaku
Peristiwa 13 Mei 1969.

4
cikgu soleha.wordpress.com
NOTA SEJARAH 3 : JOM…CEMERLANG SEJARAH SPM 2018

3. RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN TAHAP KEDUA

(i) Rancangan Malaysia Kedua: RM’sia 2 (1971-1975)


 RM’sia 2 adalah rancangan lima tahun pertama di bawah DEB.
 Matlamat RM’sia 2 untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial antara kaum,
kawasan dan wilayah.
 Tumpuannya ialah membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dengan menambah
pendapatan dan menyediakan peluang pekerjaan bagi merapatkan jurang ekonomi.
 RM’sia 2 juga menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi.
 Program pembangunan kawasan luar bandar diteruskan.
 Agensi di bawah Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah ditubuhkan untuk
melaksanakan program pembangunan wilayah.
 Agensi lain juga ditubuhkan khususnya untuk membantu golongan petani,
menggalakkan perusahaan dan perdagangan serta memajukan bandar.
 Contoh agensi kerajaan tersebut ;
 Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN berfungsi menstabil harga padi
 Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berperanan membangunkan dan
memodenkan industri perikanan serta meningkatkan taraf hidup nelayan.
 Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) berfungsi membangunkan bandar.
 Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berfungsi
membantu pekebun kecil dari segi penyelididkan dan tanaman semula.
 Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bertujuan membantu petani melibatkan diri
dalam kegiatan koperasi.
 Petroleum Malaysia Berhad (PETRONAS) berperanan memajukan sektor
perindustrian dan perniagaan yang berkaitan dengan petroleum.
 Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri pula menggalakkan perindustrian dan
perdagangan dengan menyediakan tapak perindustrian, perumahan, ruang pejabat
dan kedai.

(ii) Rancangan Malaysia Ketiga: RM’sia 3 (1976-1980)


 RM’sia 3 lanjutan RM’sia 2 yang terus mendorong aspirasi DEB.
 Usaha membasmi kemiskinan dan menyusun masyarakat diteruskan.
 Program Pembanguna Pertanian dan Perindustrian bertujuan untuk meningkatkan
produktiviti.
 Ia juga membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
 Pembukaan tanah besar-besaran seperti ;
 KEJORA - Lembaga Keajuan Johor Tenggara
 KETENGAH - Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah
 DARA - Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara
 KESEDAR - Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan
 Tertumpu kepada penanaman getah dan kelapa sawit kerana keperluan eksport.
 Peranan agensi diperluas dalam sektor pembangunan industri dan pembangunan
bandar baru.

5
cikgu soleha.wordpress.com
NOTA SEJARAH 3 : JOM…CEMERLANG SEJARAH SPM 2018

(iii) Rancangan Malaysia Keempat: RM’sia 4 (1981-1985)


 RM’sia 4 seperti RM’sia 3 mendukung aspirasi DEB tetapi dalam keadaan
kelembapan ekonomi.
 RM’sia 4 mula menumpukan perusahaan berat yang berasaskan modal, teknologi
tinggi serta tenaga kerja mahir.
 Penubuhan HICOM adalah untuk mengenalpasti, memulakan dan menguruskan
projek industri berat dengan cekap seperti yang dikendalikan oleh sektor swasta.
 Pelaburan modal asing digalakkan.
 Perusahaan baru dibuka seperti di Skudai (Johor), Senawang (Negeri Sembilan), di
Bintulu (Sarawak) serta di Menggatal dan Likas (Sabah).
 Zon perdagangan bebas diperkenalkan di Bayan Lepas (Pulau Pinang) dan di Sungai
Way (Selangor).
 Kelemahan dalam struktur perindustrian negara dikenal pasti oleh Kajian Dasar
Perindustrian Malaysia.
 Pelan Induk Perindustrian pula menyediakan hala tujua pembangunan industri dan
strategi pelaksanaannya.
 Dasar Penswastaan dan Dasar Pensyarikatan Malaysia dilaksanakan unruk melibatkan
sektor swasta.
 Penglibatan swasta mengurangkan beban kewangan kerajaan.
 Projek kereta Proton di Shah Alam untuk pasaran tempatan dan eksport.
 Bagi mengimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian bumiputera dengan kaum
bukan bumiputera, Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah ditubuhkan dan Skim
Amanah Saham Nasional (ASN) dilancarkan.
 Dasar Pertanian Negara pula bermatlamat memoden dan menggiatkan semula sektor
pertanian secara bersepadu dengan menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan
sokongan.
 RM’sia 4 mencatat perkembangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 5.8
peratus setahun.
 Pendapatan per kapita pula meningkat 4.4 peratus setahun menjadi RM4000 juta pada
tahun 1985.

(iv)Rancangan Malaysia Kelima: RM’sia 5 (1986-1990)


 RM’sia 5 ialah rancangan 5 tahun terakhir untuk merealisasikan DEB.
 RM’sia 5 meningkatkan perindustrian dengan melonggarkan peraturan mengawal
hak milik syarikat dan perlesenan dalam sektor swasta.
 Syarat pelaburan modal asing dilonggarkan untuk meningkatkan pelaburan sektor
perindustrian.
 Kerajaan berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan agensinya agar dapat
bekerjsama dengan sektor swasta dengan lebih berkesan.
 Pembangunan luar bandar diberikan perhatian dengan penggunaan tanah lebih cekap
dan industri desa seperti kraf tangan digalakkan. Kredit dan insentif pula diperluas,
misalnya, melalui Bank Pertanian Malaysia, Skim Pinjaman Khas Pertanian dan
Amanah Ikhtiar Malaysia.

6
cikgu soleha.wordpress.com
NOTA SEJARAH 3 : JOM…CEMERLANG SEJARAH SPM 2018

 Penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia merancakkan industri pelancongan


terutama dengan pelancaran Tahun Melawat Malaysia.
 Satu lagi penekanan RMS5 adalah penyelidikan dan pembangunan untuk
meningkatkan keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan.
 Selepas RM’sia 5 hak milik modal saham bumiputera hanya setakat 20.3%
sedangkan sasaran 30%. Sebaliknya hak milik modal saham bukan bumiputera 46.2%
melebihi sasaran 40%.
 Ini bermakna DEB memberikan manfaat kepada semua kaum. Hak milik modal
saham orang asing hanya tinggal 33.5%

4. DASAR PEMBANGUNAN EKONOMI.

(i) Dasar Pertanian Negara (DPN)

 DPN bermatlamat meningkatkan pendapatan sektor pertanian ke tahap maksimum


menerusi pengurusan sumber ekonomi negara yang cekap.
 DPN juga ingin memaksimumkan pendapatan pekebun kecil di samping memajukan
komoditi utama yang berpotensi untuk dieksport.
 Antara strateginya menggalakkan pembukaan tanah baru oleh FELDA, agensi
pembangunan wilayah dan kerajaan negeri.
 Program pembangunan in-situ diperkenalkan untuk memulihkan kawasan yang
berproduktiviti rendah.
 Program ini merupakan strategi untuk meningkatkan produktiviti kawasan pertanian
sedia ada.
 Ia turut dilaksanakan melalui projek bersepadu contohnya, KEMUBU, BESUT,
JOHOR BARAT, KELANTAN UTARA dan SELANGOR BARAT.
 Program ini menyediakan khidmat sokongan pertanian dan pemasaran, kredit, subsidi
dan penyelidikan.
 Penglibatan swasta dalam projek penswastaan pertanian Kementerian Pertanian juga
diperkenalkan.

(ii) Dasar Pensyarikatan Malaysia (DPM)


 Dasar ini bermatlamat merangsang penglibatan swasta secara aktif dan berkesan
dalam pembangunan negara.
 Dasar ini menganggap Malaysia sebuah syarikat yang dimiliki bersama oleh kerajaan
dan swasta.
 Semua kakitangan kerajaan dan swasta adalah pemilik saham dan pekerja
dipertanggungjawabkan memajukan syarikat ini, iaitu Malaysia.
 Sebuah panel perunding antara pihak kerajaan dengan swasta ditubuhkan.
 Pegawai kerajaan ditempatkan di syarikat swasta untuk menjalinkan hubungan dan
berkongsi kepakaran.
 Sektor swasta pula perlu memahami dasar kerajaan dan mengutamakan kepentingan
nasional dalam aktiviti ekonomi di samping mendapatkan keuntungan maksimum.

7
cikgu soleha.wordpress.com
NOTA SEJARAH 3 : JOM…CEMERLANG SEJARAH SPM 2018

 Pihak kerajaan pula bertindak member perkhidmatan sokongan bagi memudahkan


operasi sektor swasta.

(iii) Dasar Penswastaan (DP)


 DP dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Mac 1983.
 Menerusi dasar ini, kerajaan memindahkan perkhidmatan, perusahaan, pelaburan dan
kuasa tertentu kepada sektor swasta.
 Dasar ini bermatlamat mengurangkan beban kewangan kerajaan, kesannya kerajaan
boleh mengalihkan tumpuan terhadap pembangunan sektor lain .
 Ia juga bertujuan meningkatkan produktiviti serta kualiti perkhidmatan atau barangan.
 Ini adalah kerana swasta dianggap lebih cekap daripada sektor kerajaan.
 Dasar ini diyakini dapat mempercepat pembangunan ekonomi negara melalui
pelaburan modal swasta.
 Unit Perancang Ekonomi (UPE) bertindak sebagai jawatankuasa penswastaan yang
memberi garis panduan kepada sesebuah kementerian atau jabatan yang ingin
menjalankan penswastaan.
 Penswastaan boleh dilaksanakan secara sepenuhnya ataupun secara sebahagian.
Antara syarikat yang terlibat dalam penswastaan seperti Syarikat Airod Sdn. Bhd.
dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

(iv) Dasar Hala Tuju Cara Baru


 Dasar ini merupakan pendekatan baharu membangunkan kawasan luar bandar.
 Matlamat utamanya meningkatkan pendapatn petani dan pekerja desa melalui
penglibatan mereka dalam pelaburan. Dasar ini dilaksanakan melalui tiga strategi.
 Strategi pertama adalah dengan mengelompokkan kampung-kampung menjadi
penempatan yang lebih besar supaya segala kemudahan dapat disediakan dengan lebih
ekonomik.
 Strategi kedua, meningkatkan pendapatan petani dan pekerja desa melalui program
usahawan desa yang terlibat dengan industri pembuatan barangan.
 Strategi ketiga ialah perlaksanaan projek pembangunan oleh agensi kerajaan untuk
meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar.

(v) Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara (DPDPN)


 DPDPN bermatlamat mencapai kadar tahap pertumbuhan ekonomi berterusan
walaupun negara menghadapi pelbagai cabaran
 Peningkatan hasil pendapatan negara penting untuk meningkatkan kadar pertumbuhan
ekonomi.
 DPDPN juga memastikan penggunaan sumber negara pada tahap maksimum bagi
mengelakkan sebarang pembaziran, disamping memastikan sektor perindustrian dapat
bersaing pada peringkat antarabangsa.
 Antara strategi DPDPN- membaiki sistem pengurusan operasi, struktur organisasi,
penggunaan teknologi terkini serta penerapan nilai dan etika kerja yang murni.

8
cikgu soleha.wordpress.com
NOTA SEJARAH 3 : JOM…CEMERLANG SEJARAH SPM 2018

(vi) Dasar Kependudukan


 Matlamat Dasar ini adalah untuk mencapai sasaran 70 juta penduduk menjelang tahun
2100.
 Pertumbuhan penduduk dalam jangka masa panjang akan member kesan positif.
Antaranya bekalan tenaga kerja, peningkatan produktiviti dan perluasan pasaran,
kekuatan politik dan keselamatan negara.
 Dasar ini menitikberatkan kadar pertumbuhan penduduk dengan pembangunan sosio
ekonomi negara khususnya yang berkaitan dengan kemudahan pendidikan,
perumahan, kesihatan dan peluang pekerjaan.
 Program pembangunan negara di dasarkan pada unjuran jumlah penduduk untuk
memastikan pertambahan jumlah penduduk tidak mendatangkan masalah kepada
negara.

9
cikgu soleha.wordpress.com
NOTA SEJARAH 3 : JOM…CEMERLANG SEJARAH SPM 2018

PANDUAN / PILIHAN UNTUK TAJUK@SOALAN KBAT :

KBAT 1
 Bukti / kesan / kepentingan / kejayaan / faedah/ manafaat / kebaikan yang dicapai
oleh Malaysia hasil Rancangan Pembangunan Lima Tahun@Rangka Jangka
Panjang Pertama (RRJP 1).
 Bukti / kesan / kepentingan / kejayaan / faedah/ manafaat / kebaikan Dasar
Ekonomi Baru.
 Bukti / kesan / kepentingan / kejayaan / faedah/ manafaat / kebaikan Dasar-dasar
Pembangunan Ekonomi.
 Anda bersetuju DEB telah meningkatkan kemajuan ekonomi negara? Berikan
alasan anda.
 Bukti / kesan / kepentingan / kejayaan / faedah/ manafaat / kebaikan yang
diperoleh Malaysia setelah memanafaatkan Rancangan Pembangunan Lima
Tahun @ Dasar Pembangunan Ekonomi.
 Bukti ekonomi Malaysia telah berjaya / meningkat.

i. Mengurangkan/membasmi kadar kemiskinan rakyat


ii. Pembangunan pertanian di kawasan luar bandar
iii. Pertambahan pendapatan dalam kalangan penduduk miskin
iv. Peningkatan pendapatan purata kaum Melayu
v. Hak milik modal saham bumiputera meningkat
vi. Pembentukan masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam kalangan
bumiputera
vii. Kemajuan dalam agihan guna tenaga
viii. Jurang ekonomi bandar dan luar bandar kian mengecil
ix. Meningkatkan taraf hidup penduduk terutama di kawasan luar bandar
x. Mengurangkan perbezaan jurang ekonomi antara kaum
xi. Perkembangan bidang perindustrian negara
xii. Melahirkan usahawan yang berjaya
xiii. Melahirkan tenaga buruh mahir
xiv. Memajukan sektor perkilangan berteknologi tinggi
xv. Pegangan ekuiti korporat bumiputera meningkat
xvi. Peningkatan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
xvii. Peningkatan taraf pendidikan
xviii. Peningkatan taraf kesihatan
xix. Negara menjadi tumpuan buruh asing
xx. Kuasa beli rakyat semakin tinggi
xxi. Pelabuhan berkembang pesat

10
cikgu soleha.wordpress.com
NOTA SEJARAH 3 : JOM…CEMERLANG SEJARAH SPM 2018

KBAT 2
 Kelemahan / kekurangan / kegagalan/ kekangan DEB.
 DEB gagal mencapai matlamat? Berikan ulasan anda.

i. Sindrom kebergantungan bumiputera kepada kerajaan


ii. Pencapaian ekuiti korporat tidak berasaskan daya saing
iii. Golongan Bumiputera ketinggalan dalam pekerjaan iktisas yang berpendapatan
tinggi
iv. Rasa tidak puas hati kaum bukan Bumiputera

KBAT 3
 Kesan / akibat jika ekonomi Malaysia mundur.
 Kesan negatif jika ekonomi Malaysia tidak kukuh.

i. Eksport negara berkurangan


ii. Tiada/kurang pelaburan asing
iii. Peluang pekerjaan terhad@kurang
iv. Peningkatan kadar pengangguran
v. Penghijrahan rakyat ke luar negara / tukar taraf kewarganegaraan
vi. Politik negara tidak stabil
vii. Polemik dari segi politik ekonomi dan sosial
viii. Negara akan dikuasai /diceroboh oleh negara maju

KBAT 4
 Cabaran / masalah / rintangan / ancaman bagi Malaysia untuk mengukuhkan /
memajukan ekonomi negara.

i. Persaingan ekonomi dunia


ii. Tekanan negara maju
iii. Teknologi masih rendah
iv. Kurang tenaga mahir
v. Masalah menarik pelabur asing
vi. Pencemaran alam
vii. Kenaikan harga barang
viii. Kekurangan bahan mentah
ix. Memantapkan perpaduan kaum
x. Masalah kemiskinan penduduk
xi. Gejala sosial
xii. Nilai mata wang turun naik/spekulasi kewangan
xiii. Kekurangan modal / hutang negara yng tinggi

11
cikgu soleha.wordpress.com
NOTA SEJARAH 3 : JOM…CEMERLANG SEJARAH SPM 2018

KBAT 5
 Cadangan / usaha / langkah untuk memperkukuh ekonomi Malaysia.

i. Peningkatan skala ekonomi Malaysia di peringkat global


ii. Meningkatkan daya saing produk Malaysia
iii. Kebolehpasaran produk Malaysia
iv. Pengeluaran produk berteraskan teknologi kreatif
v. Meningkatkan kualiti produk Malaysia
vi. Meningkatkan kadar pelaburan asing
vii. Mewujudkan syarikat multinasional
viii. Mewujudkan syarikat berteknologi tinggi
ix. Perkongsian bestari melalui penyelidikan dan pembangunan / R&D
x. Kerjasama / perkongsian kepakaran / kemahiran
xi. Perdagangan bebas
xii. Penghapusan tarif / pengecualian cukai perdagangan
xiii. Zon Perdagangan Bebas / penghapusan kuota eksport
xiv. Persamaan undang-undang harta intelek memudahkan aktiviti perdagangan /
melindungi paten produk tempatan
xv. Malaysia menjalin hubungan ekonomi serantau/dunia
xvi. Meningkatkan bidang pertanian
xvii. Pelaksanaan k-ekonomi
xviii. Mengamalkan e-dagang

IKTIBAR / PENGAJARAN :
i. Mewujudkan masyaratakat yang berdikari
ii. Memanafaatkan kurniaan alam
iii. Sikap tidak putus asa dalam memajukan diri / masayarakat / negara
iv. Sikap rajin berusaha meningkatkan potensi diri / masyarakat negara
v. Sikap berani menghadapi cabaran risiko
vi. Semangat berani meneroka
vii. Bercita-cita tinggi
viii. Bersifat inovatif dan kreatif
ix. Mengekalkan perpaduan antara kaum
x. Melahirkan k-masyarakat @ kepentingan ilmu
xi. Sikap sedia menerima perubahan
xii. Mengamalkan sifat proaktif
xiii. Mengekalkan keamanan
xiv. Mengamalkan budaya berdaya saing

12
cikgu soleha.wordpress.com
NOTA SEJARAH 3 : JOM…CEMERLANG SEJARAH SPM 2018

KESIMPULAN / RUMUSAN :

Pengetahuan yang diperoleh ;


P1 Matlamat utama DEB ialah mewujudkan perpaduan kaum dengan mengurangkan
jurang perbezaan ekonomi antara kaum sama ada di kawasan bandar atau luar bandar.
P2 DEB juga bertujuan menyusun semula masyarakat supaya tidak wujud pengenalan
kaum berdasarkan ekonomi.

Nilai-nilai murni ;
N1 Mengamalkan sikap toleransi antara kaum demi mengekalkan perpaduan.
N2 Mengamalkan sikap berani meneroka bidang-bidang baharu untuk menjana ekonomi
negara

Unsur patriotisme ;
UP1 Pemimpin dan rakyat perlu saling berganding bahu demi memajukan negara.
UP2 Rakyat wajar menyokong dasar-dasar kerajaan demi pembangunan negara.

Harapan kepada masyarakat dan negara ;


H1 Rakyat Malaysia perlu celik ekonomi untuk memenuhi hasrat dan aspirasi negara
mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.
H2 Rakyat Malaysia terus bersaing di persada antarabangsa demi menaikkan imej negara.

TAMAT

13
cikgu soleha.wordpress.com

Anda mungkin juga menyukai