Anda di halaman 1dari 25

Hukuman Rotan Pelajar Bakal Dilaksanakan Mulai Tahun 2017?

Menurut laporan Utusan Online, Pengetua atau guru akan diberi kuasa penuh untuk melaksanakan
hukuman rotan terhadap pelajar yang melakukan kesalahan displin di sekolah mulai tahun 2017.
Walau bagaimanapun hukuman rotan tersebut hanya boleh dilakukan secara tertutup dan tidak
dibenarkan dilakukan di khalayak ramai seperti semasa perhimpunan.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon, draf penambahbaikkan peraturan displin
tersebut akan dibawa ke Jabatan Peguam Negara untuk diperhalusi selepas kajian terhadap
Peraturan-Peraturan Displin Pelajar 1959/ Ordinan Pendidikan 1957 dibuat.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof - Pengetua/Guru besar hanya
dibenarkan merotan murid-murid tertakluk kepada syarat tertentu untuk kesalahan serius
berdasarkan SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2003 : KUASA GURU MEROTAN MURID.

Dr. Khair menjelaskan bahawa hukuman rotan sentiasa dibenarkan kerana berasaskan peruntukan
yang disediakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 namun hanya
dinyatakan jenis hukuman yang boleh dikenakan mengikut keseriusan sesuatu kesalahan.

Hukuman rotan di sekolah masih relevan?

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Komander (Kehormat)


Hashim Adnan berpendapat bahawa hukuman rotan di sekolah masih relevan bagi tujuan
mendidik dan mendisplinkan pelajar walaupun banyak negara khususnya di barat sudah
memansuhkan hukuman rotan di sekolah, namun dalam konteks negara-negara di timur
termasuk Malaysia, hukuman rotan di sekolah masih diperlukan.
Kita berharap, kalau dapat, kita teruskan juga hukuman rotan ini tetapi secara berhemahlah,
bukan sesuka hati...merotan itu bukan sewenang-wenangnya. Ia perlu dijalankan secara
profesional dan setelah berkali-kali amaran dikeluarkan. Kalau bimbingan dan pendekatan
psikologi masih tak jalan barulah rotan - Presiden NUTP (Kesatuan Guru Kebangsaan)

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Abdul Hamid Othman berpendapat
adalah wajar memukul sebagai satu hukuman terhadap salah laku kanak-kanak dan ini
dibenarkan sendiri dalam Islam kerana ia adalah kaedah pengajaran yang berkesan. Beliau
juga berpendapat ibu bapa sepatutnya memberi sedikit kelonggaran kepada guru untuk
memukul anak mereka yang melakukan kesalahan bagi membentuk displin dan keperibadian
mereka.

Hal ini kerana apabila seseorang pelajar menerima hukuman seperti rotan, pelajar tersebut
akan merasa sakit dan serik untuk melanggar peraturan sekolah lagi. Manakala pelajar-pelajar
lain yang melihat hukuman ini dijalankan juga akan merasa ngeri untuk melakukan kesalahan
tersebut. Oleh itu masalah pelanggaran displin dapat diatasi.

Hukuman merotan dari sudut pandangan Islam?


Hukuman Rotan Lebih Banyak Mendatangkan Kebaikan Daripada Keburukan.
Bincangkan.

Menurut laporan jawatankuasa kabinet yang mengkaji perlaksanaan dasar


pelajaran, hukuman rotan boleh didefinisikan sebagai perihal menghukum dengan
menggunakan sebuah rotan bagi kesalahan serius. Mutakhir ini masalah juvenil dan
kenakalan remaja semakin bermaharajalela. Kemelut ini sering dipaparkan di dada-
dada akhbar ibarat barah yang menular di dalam badan. Hal ini tentu
membimbangkan para ibu bapa yang prihatin akan perkembangan moral dan mental
anak-anak mereka. Oleh itu, untuk mengatasi masalah disiplin di sekolah-sekolah,
lampu hijau telah diberikan kepada pihak sekolah untuk melaksanakan hukuma
rotan ke atas murid-murid yang telah melakukan kesalahan berat. Persoalannya,
hukuman rotankan mendatangkan lebih banyak keburukan?

Saya akur dengan pernyataan di atas tetapi tidak sepenuh-penuhnya. Memang tidak
dinafikan bahawa hukuman rotan mendatangkan kebaikan. Alasan pertama ialah
hukuman rotan merupakan cara yang efektif untuk menanamkan sikap disiplin di
dalam diri murid-murid, lebih-lebih lagi terhadap murid yang degil dan melakukan
kesalahan berulang-ulang kali dan juga mereka yang melakukan kesalahan serius
seperti membuli, menghisap rokok, mencuri dan sebagainya. Oleh itu, dengan
mengenakan hukuman rotan, murid-murid ini akan dipupuk dengan sikap disiplin di
dalam diri mereka dan mereka tidak akan melakukan perbuatan yang melanggar
peraturan sekolah.

Alasan yang kedua adalah hukuman rotan adalah langkah pencegahan 'deterrent'
yang efektif untuk murid-murid lain. Hal ini kerana apabila murid itu dirotan sambil
disaksikan oleh murid-murid yang lain, mereka yang melihat juga akan juga
merenung dan melakukan muhasabah diri. Oleh itu, dengan adanya keinsafan
dalam diri murid-murid, mereka tidak akan melanggar peraturan sekolah dan ini
dapat mengurangkan kes disiplin di sekolah bak kata pepatah' pencegahan itu lebih
baik dari rawatan'.

Akhir sekali, hukuman rotan dijalankan dengan bertujuan untuk memberikan


pengajaran kepada murid-murid yang degil. Saya berkata demikian kerana dengan
mengadakan hukuman rotan, murid-murid akan berfikir dahulu sebelum melakukan
sebarang kesalahan disiplin kerana risiko yang akan mereka tanggung amat berat.
Selain dari kesakitan, mereka juga akan mendapat aib di depan khalayak sekolah
dan menconteng arang di muka ibu bapa mereka. Ringkasnya, hukuman rotan juga
akan mengajar murid-murid supaya lebih berdisiplin dan bertindak dengan fikiran
yang rasional supaya tindakan mereka itu tidak akan merugikan diri mereka sendiri.

Walaubagaimanapun, hukuman rotan juga mendatangkan kuburukan. Keburukan


pertama adalah, ia akan menyebabkan murid-murid yang disebat atau dirotan
berasa trauma dan fobia. Hal ini kerana, sebelum mereka dirotan, mereka akan
berasa takut. Oleh yang demikian, keseimbangan emosi mereka akan tergugat dan
mereka akan mengalami gangguan emosi yang dahsyat apabila mereka disebat.
Mereka juga mungkin akan kehilangan keyakinan diri dan berasa malu dan segan
untuk berinteraksi dengan rakan-rakan mereka selepas mereka disebat di khalayak
ramai. Bak kata pepatah' mencontengkan arang di muka sendiri'.

Yang kedua, hukuman rotan boleh dianggap hukuman yang tidak


berperikemanusiaan. Hal ini kerana hukuman rotan akan menyebabkan kecederaan
fizikal kepada murid yang dirotan. Kecederaan yang dialami mereka adalah luka
pada bahagian yang dirotan malah mungkin juga pada tulang belakang jikalau
hukuman itu tidak dijalankan dengan sempurna dan berhati-hati. Bukan itu sahaja,
malah murid-murid yang disebat akan dipinggirkan atau dipulaukan oleh rakan-rakan
mereka kerana takut jikalau diapa-apakan.

Terakhir sekali, ia mendatangkan keburukan kerana hukuman rotan adalah


hukuman yang mengaibkan pelajar tersebut dan tiada siapa yang ingin berkawan
dengan mereka. kaibatnya mereka akan berhenti dan tercicir dari sekolah. Dengan
ramainya kadar murid-murid yang berhenti sekolah, maka meningkatlah kadar
keciciran pelajar di sekolah. Ini menyebabkan masalah kedua-dua pihak iaitu pihak
sekolah dan murid tersebut. Akhirnya, dalam keghairahan sekolah memupuk disiplin
dalam kalangan pelajar, kadar keciciran meningkat dengan drastik. Inikah yang
diinginkan oleh pihak sekolah?

Berdasarkan perbincangan di atas jelaslah bahawa hukuman rotan mendatangkan


kebaikan dan juga keburukan. Hukuman rotan wajar dilaksanakan sekiranya ia
melibatkan kesalahan-kesalahan yang serius dan menuntut tindakan tegas daripada
pihak sekolah. Namun begitu ia tidak harus dilakukan dengan sewenang-
wenangnya.Tujuan hukuman rotan adalah untuk memupuk disiplin bukan untuk
mengaibkan pelajar apatah lagi sehingga menyebabkan keciciran pelajar. Hukuman
rotan merupakan alternatif yang terakhir sekiranya semua usaha lain seperti
kaunseling dan mendapatlan kerjasama ibu bapa menemui kegagalan.Sekiranya
semua pihak bekerjasama insya Allah masalah yang telah lama menjadi duri dalam
daging ini akan dapat diselesaikan dengan saksama dan impian sekolah untuk
melahirkan 'Sekolah Berdaya Fikir dan Negara Pencinta Ilmu akan dapat
direalisasikan.

Luqman Baihaqim
Menengah 5 Ruby
Sekolah Menengah Dunearn

http://perbayudss.blogspot.com/2008/11/hukuman-rotan-lebih-banyak-mendatangkan.html
HUKUMAN ROTAN PELAJAR: TAMBAH BAIK
HUKUMAN DISIPLIN BERMULA 2017
25 Mei 2016 | FOUZIAH AMIR & MOHAMAD FAZRUL ABDUL MAJID

Masalah disiplin dalam kalangan pelajar dilihat semakin membimbangkan dewasa kini. Banyak
kes telah direkodkan menunjukkan budaya samseng mereka semakin menjadi-jadi dan berada di
paras yang membimbangkan.

Masalah seperti buli, gengsterisme, vandalisme dan ponteng sekolah menjadi antara barah yang
semakin menular dalam kalangan pelajar sekolah masa kini.

Jika ia tidak dibendung mulai sekarang, berkemungkinan ia mampu memberikan impak negatif
kepada sistem pendidikan negara pada masa akan datang kelak.

Susulan itu, demi menambah baik peraturan disiplin sedia ada, Kementerian Pendidikan mula
mengambil inisiatif untuk menggubal Peraturan disiplin Ordinan Pendidikan 1957 bagi Peraturan-
Peraturan
Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 bagi memberi kuasa yang jelas kepada pihak sekolah
melaksanakan tindakan disiplin kepada pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin.

Cadangan ini bagaimanapun masih berada di fasa draf terakhir sebelum dibawa ke Jabatan
Peguam Negara untuk diperhalusi dan dijangka mula dilaksanakan pada 2017.

Antara penambahbaikan yang akan dilaksanakan ialah memberi kuasa penuh kepada pengetua
dan guru untuk melaksanakan hukuman rotan kepada pelajar yang terlibat dengan masalah
disiplin di sekolah.

Namun, hukuman rotan ini hanya dibenarkan dilakukan di bilik sahaja dan tidak boleh dilakukan
di khalayak ramai sewaktu perhimpunan.

Selain itu, antara penambahbaikan lain yang sedang dirangka ialah cadangan untuk
mewujudkan jawatankuasa disiplin di peringkat sekolah dan mewajibkan sesi kaunseling kepada
pelajar yang terbabit
dengan masalah disiplin.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon, usaha penambahbaikan hukuman
disiplin ini bertujuan menjadikan peraturan disiplin lebih teratur dan menyeluruh supaya pihak
sekolah dapat mengawal tingkah laku pelajar dengan lebih berkesan.

Merujuk pula kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 yang bertarikh 29 Oktober 2003, di
bawah tajuk Kuasa Guru Merotan Murid, kuasa merotan murid sebenarnya telah dilaksanakan
oleh Kementerian Pendidikan sejak sekian lama.

Kuasa merotan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan berasaskan peruntukan yang
disediakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 di bawah Ordinan
Pelajaran 1957 dalam Peraturan 6 ada dinyatakan dengan jelas bahawa: Guru Besar sesebuah
sekolah boleh dari semasa ke semasa, tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkan
patut, mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukum kepada guru-guru lain
di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu, tetapi kecuali
yang disebut di atas tidak seorang pun guru atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan
dengan arahan tertentu.
MENGIMBAS zaman belajar dahulu, rasa seram sejuk bila melihat rotan di atas meja guru
disiplin. Hujung rotan dah pecah seribu. Entah berapa ramai pelajar yang sudah menjadi mangsa
rotan.

Di tapak tangan atau punggung? Mungkin sahaja hanya gertakan dengan memukul rotan di atas
muka meja...

Hukuman rotan ini sebenarnya tidak asing dalam masyarakat sejak zaman dahulu. Ibu bapa dan
guru menjadikan rotan sebagai peringatan dan hukuman kepada anak untuk menjadi insan
berguna bila besar nanti. Tambahan pula perbuatan merotan bukanlah dilakukan berkali-kali
dalam satu masa seperti pesalah dijatuhi hukuman di penjara. Kebiasaannya pelajar hanya
dirotan sekali dua bagi kesalahan dilakukan dengan harapan sebagai pengajaran agar ia tidak
berulang lagi.

Namun perkembangan dari masa ke masa, hukuman merotan semakin kurang berbisa apabila
ramai ibu bapa dan guru tidak mempraktikkan dalam mendidik anak mahupun pelajar. Akibat
kelonggaran hukuman tersebut, apakah ini menyebabkan ramai kalangan remaja hari ini terjebak
dalam gejala sosial, yang menimbulkan masalah kepada diri, keluarga, sekolah, masyarakat
mahupun negara? Apakah hukuman rotan menjadi jalan penyelesai mutlak bagi mengatasi
pelajar bermasalah?

Pada 11 Mei lalu, Sinar Harian melaporkan, bekas Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
Kelantan, Datuk Ismail Md Noor telah menyatakan sokongan terhadap penambahbaikan
hukuman disiplin dan memberi kuasa kepada cadangan pengetua atau guru untuk merotan
pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah.

Beliau yang diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woo,
berpendapat, guru-guru sedia ada sudah terlatih dalam pelbagai skop termasuk psikologi, akhlak
dan disiplin. Mereka lebih maklum dengan masalah pelajar. Bagaimanapun beliau tidak mahu
pelajar sebagai mangsa guru di sekolah. Ini boleh merosakkan nama baik kerjaya pendidik.

Melihat lebih lanjut terhadap pelaksanaan hukuman disiplin terbaru ini, GPS Bestari mengupas
reaksi daripada pelbagai pihak termasuklah bekas Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
Kelantan, guru, ibu bapa dan pelajar sendiri untuk mengetahui penerimaan dan sejauh mana
mereka bersedia untuk menghadapi penambahbaikan peraturan disiplin di sekolah ini.

Disiplinkan pelajar

Guru dari Sekolah Kebangsaan Demang Taha, Masjid Tanah, Melaka, Mohd Najib Mazelan,
berkata, warga guru menyambut baik hukuman rotan dilaksanakan semula.

“Hukuman rotan merupakan satu daripada cara untuk mendisiplinkan pelajar, dan bukannya
mendera seperti yang diperkatakan oleh ibu bapa masa kini. Hairan juga kenapa ada
sesetengah ibu bapa yang tidak boleh menerima hukuman rotan dilakukan kepada pelajar yang
bermasalah disiplin sedangkan sewaktu mereka belajar dulu juga hukuman ini telah
dilaksanakan, malah lebih teruk lagi.”

“Kita boleh lihat, bila hukuman rotan tidak dijalankan, kalangan murid semakin 'naik lemak' dan
jalan mendada seolah-olah tidak menghormati guru yang mengajar mereka. Bila ada guru yang
mengenakan hukuman, mulalah ibu bapa datang serang sekolah dan mencaci guru.

"Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana kami sebagai guru tahu tugas dan tanggungjawab
kami,” katanya yang berharap agar penambahbaikan hukuman disiplin ini diterima baik oleh
semua pihak terutamanya ibu bapa dan murid.
Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Jasin, Melaka, Nur Syafiqah Mohd Roslan yang
merupakan bekas guru berkata, usaha tambah baik hukuman disiplin ini amat disambut baik oleh
warga pendidik.

Beliau berpendapat, hukuman disiplin seperti rotan ini merupakan satu cara untuk
mendisiplinkan pelajar sekolah. Ini kerana jika pelajar yang melakukan kesalahan tidak dihukum,
mereka akan menganggap perbuatan dan kesalahan yang mereka lakukan itu bukan perkara
besar. Jika berterusan, kesalahan tersebut sedikit sebanyak boleh menjejaskan pelajaran
mereka dan juga nama baik sekolah.

“Apabila adanya hukuman sebegini, ia memberi kesedaran terhadap salah laku pelajar tersebut.
Insya-Allah bila dikenakan hukuman, mereka akan tahu kesalahan dan akan ingat hukuman
yang dikenakan. Ia mengelakkan mereka melakukan kesalahan yang sama berulang kali.”

“Apa yang boleh saya katakan, guru mempunyai peranan sangat kecil di sekolah. Ibu bapa juga
harus memainkan peranan mereka di rumah.

"Jangan terlalu manjakan anak dan didiklah mereka supaya sentiasa berdisiplin dan menjauhkan
diri daripada gejala sosial demi masa hadapan cemerlang,” katanya.

http://www.gpsbestari.com/artikel/rencana/hukuman-rotan-pelajar-tambah-baik-hukuman-disiplin-
bermula-2017-1.525162
Wajarkah hukuman rotan ke atas pelajar?
RELEVENKAH HUKUMAN ROTAN BAGI MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPADA
MASA KINI ? Oleh : Maria Binti Tationo

Malaysia kini sedang mengecapi arus pemodenan. Pembangunan yang dikecapi bukan hanya dalam
sektor ekonomi, malah sektor pendidikan juga sering mengalami perubahan penamabahbaikan
selaras dengan arus pembangunan negara. Sistem pendidikan sering berubah dan berlaku
penambahbaikan bertujuan mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan
insan yang seimbang bukan hanya dari segi intelek tetapi jasmani, emosi, rohani dan sosial. Ini
bermakna, sektor pendidikan di Malaysia memainkan peranan penting dalam melahirkan modal
insan yang berkualiti. Jika kita lihat ketika ini, sektor pendidikan mampu meningkatkan
kecemerlangan akademik pelajar. Namun begitu, tanpa kita sedar nilai moral di kalangan generasi
muda ketika ini semakin rendah. Tahap disiplin pelajar pada masa kini semakin membimbangkan.
Banyak kes-kes berkaitan disiplin pelajar seringkali diperkatakan di dada akhbar. Adakah disebabkan
kurang penguasaan disiplin pelajar? Apakah tindakan yang diambil oleh pihak sekolah bagi
mengatasi masalah ini? Justeru itu, penulisan ini akan menjelaskan tentang perkara yang sering
menjadi isu di kalangan ibu bapa dan masyarakat iaitu isu rotan. Persoalannya, mampukah hukuman
rotan memperbaiki disiplin pelajar di sekolah? Apakah inisiatif lain yang wajar dilaksanakan
bagi mengatasi masalah ini. Isu ini masih lagi diperkatakan di kalangan masyarakat. Terdapat
segelintir ibu bapa dan masyarakat mempertikaikan tindakan ini. Mengapa pertikain ini berlaku?
Segalanya akan dibicarakan di ruangan ini.

Generasi kini berbeza dengan generasi kita sebelum ini. Perbezaannya sudah jelas kita lihat di mana
semakin banyak berlaku keruntuhan moral di kalangan pelajar sekolah. Misalnya, kes pelajar
samseng, kes pukul guru, budaya lepak, hubungan seks bebas, pergaulan bebas, terlibat dengan
sendiket pengedaran dadah dan penyalahgunaan dadah. Kes-kes seperti ini semakin banyak
dilaporkan. Apakah tindakan yang dilakukan oleh pihak sekolah untuk mengatasi masalah ini. Semua
pihak harus memandang serius masalah ini kerana ianya semakin menular di kalangan pelajar
sekolah. Pihak sekolah harus lebih tegas dalam menangani isu ini. Tindakan merotan pelajar sering
dipertikaikan oleh segelintir ibu bapa dan masyarakat. Berbeza dengan masyarakat pada zaman
dahulu. Masyarakat dahulu lebih bersifat terbuka yang mana mereka boleh menerima hukuman
rotan sebagai tindakan untuk mendidik anak mereka. Kesannya, generasi pada masa itu lebih
memiliki nilai moral yang tinggi berbanding generasi pada masa kini. Penerimaan ibu bapa kini
terhadap tindakan rotan berbeza, ada segelintir mereka menyifatkan hukuman rotan sebagai suatu
tindakan kejam ke atas pelajar sekolah. Adakah hukuman rotan mampu mendidik generasi muda
pada masa kini? Generasi pada masa kini banyak terdedah dengan perkembangan teknologi.
Mentaliti mereka telah dikuasai oleh budaya yang dibawa oleh arus perkembangan teknologi yang
tidak mampu dikawal lagi. Keperluan pembangunan teknologi ini penting sebagai jentera penggerak
pembangunan negara. Namun begitu, akibat tiada kawalan yang menyeluruh, kesannya adalah
kepada generasi muda pada masa kini yang lebih bersifat berdaya saing dalam arus pemodenan
teknologi.

Oleh yang demikian, peranan guru pada masa kini kian mencabar dalam memenuhi harapan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan modal insan yang berkualiti dalam semua aspek. Guru
bukan hanya bertanggungjawab mendidik anak-anak bangsa, tetapi yang lebih penting adalah
mendidik modal insan yang berkualiti dari semua aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial. Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi meningkatkan kualiti kecemerlangan
pelajar. Akan tetapi, masalah disiplin juga semakin berada pada tahap yang membimbangkan semua
pihak.

Penulisan ini akan memfokuskan tentang isu tindakan rotan yang sering menjadi buah bicara
masyarakat kita pada masa kini. Sebelum mengupas lebih lanjut tentang isu ini, terlebih dahulu kita
perlu tahu apa itu ‘hukuman berat’? Menurut Mohd Rashid Mohd Saad (2006), ia dapat didefinisikan
sebagai sesuatu hukuman yang menyebabkan kesan ke atas tubuh badan seseorang. Sebagai
contoh, di rumah apabila ibu ataupun ayah menangani anak ataupun dengan menggunakan rotan ke
atas tubuh badan mereka dan di dalam institusi penjara pula, seorang penjenayah yang melakukan
jenayah berat seperti membunuh dan sebagainya. Walaupun kedua-dua contoh di atas
menimbulkan kesan tragis ke atas orang yang dihukum, namun ia dibolehkan. Ini kerana, jika sesuatu
hukuman itu didasari oleh keadilan, maka ia tidak menjadi isu yang hendak diperdebatkan.

Namun, bagaimana pula jika merotan dijalankan mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia di institusi sekolah ? Ramai yang tidak setuju dengan tindakan ini.
Oleh itu, bagaimana kita boleh membentuk modal insan yang memiliki nilai moral yang tinggi selain
daripada hukuman ini. Tujuan merotan yang menimbulkan kesan yang tidak memcacatkan anggota
tubuh pelajar difokuskan dalam penulisan ini. Daripada segi logiknya, perbuatan merotan yang tidak
menimbulkan kesan kecacatan fizikal selalu menjadi isu di kebanyakkan sekolah di Malaysia
mahupun di seluruh dunia. Mengapa isu ini menjadi satu perbalahan besar antara pihak yang
menyokong dan pihak yang menentang?

Merotan ; jika dibenarkan oleh KPM dilakukan secara adil ke atas seseorang murid yang melanggar
peraturan yang ditetapkan oleh sekolah, dikenakan hukuman sedemikian atas dasar setelah nasihat,
amaran dan denda yang dikenakan masih tidak mengubah tingkah laku negatif murid tersebut.
Selain itu, merotan dilakukan oleh orang yang dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah, tidak
menimbulkan kecacatan fizikal, dengan penuh rasa menjaga kepentingan menjaga keseimbangan
sistem sekolah demi keselamatan murid lain dan juga dilakukan oleh guru bukan mengikut emosi
atau perasaan membalas dendam adalah dibolehkan.

Adakah dengan menghapuskan hukuman merotan di sekolah-sekolah di negara-negara maju ada


menunjukkan penurunan kes-kes disiplin di sekolah? Kajian-kajian yang dijalankan di negara maju
walaupun dapat membuktikan yang penderaan kanak-kanak adalah berleluasa tetapi mereka tidak
dapat membuktikan yang merotan dengan teknik yang betul dan tidak mencacatkan anggota badan
pelajar dapat memberi tekanan mental dan fizikal ke atas pelajar-pelajar sekolah. Di samping itu,
tidak ada satu pun kajian yang menunjukkan, merotan dengan teknik yang betul dan dengan tujuan
mendisiplinkan pelajar adalah tidak berkesan. Kebanyakkan kajian yang dijalankan oleh ahli psikologi
tidak menggunakan kaedah penyelidikan yang betul. Ini menyebabkan kita dapat menolak dapatan
kajian yang dilihat sebagai berat sebelah dengan tujuan membuktikan pendapat mereka dan bukan
dapatan kajian mereka. Banyak kajian yang dilakukan cenderung hendak membuktikan kes
penderaan kanak-kanak yang dilakukan oleh ibu bapa yang tidak bertangungjawab dan bukannya
penggunaan rotan oleh guru selepas nasihat, amaran dan denda yang digunakan tidak mengubah
tingkah laku pelajar.

Terdapat beberapa pemikir barat memberi pandangan tentang hukuman rotan ini. Antaranya,
Friedman dan Schonberg (1994), mentakifkan perbuatan memukul sebagai tujuan mendisiplinkan
anak-anak bagi membentuk sahsiah diri yang sempurna. Ini termasuklah kesempurnaan moral dan
etika. Memukul anak mereka dengan tujuan hendak mengubah perangai mereka menjadi baik
berlainan daripada penderaan kanak-kanak bagi tujuan mendisiplinkan mereka.
Manakala, Larzelere (2001) mengatakan dalam keadaan tertentu, menggunakan hukuman berat
seperti merotan membuatkan anak itu lebih berdisiplin berbanding anak-anak yang tidak dikenakan
hukuman dan hanya menggunakan nasihat, amaran ataupun denda. Jika hukuman berat ini kerap
dan tidak memalukan pelajar, ia adalah hukuman paling baik bagi mendisiplinkan anak-anak.

Oleh yang demikian, dapat disimpulkan di sini bahawa, merotan sebenarnya tidak terlalu teruk dan
tidak mencederakan anggota pelajar walaupun kanak-kanak akan berasa pedih dan sakit. Ia Cuma
bertujuan bagi menyatakan hukuman yang diberikan adalah kerana kesalahan yang sudah beberapa
kali dinasihati dan diberi amaran. Hukuman ini perlu dijalankan selepas merancang dengan teliti
teknik-teknik terbaik supaya tidak mencederakan pelajar dan bukan kerana marah atau dendam.
Biasanya guru perlu merasionalkan kenapa pelajar dirotan dan menyatakan kebaikan supaya pelajar
terus menjaga disiplin. Walau bagaimanapun, hukuman tersebut hendaklah dijalankan di tempat
tersembunyi seperti di dalam bilik pengetua dan elakkan di tempat terbuka. Guru juga harus ada
belas kasihan pada pelajar dan tidak mencederakan pelajar dengan kesan luka. Jika hukuman rotan
masih tidak berkesan, pelajar tersebut dinasihatkan dihantar ke pakar-pakar psikiatri atau kaunseling
untuk memperbaiki tingkahlakunya.

Berdasarkan pendapat tersebut, jelaslah di sini bahawa hukuman rotan ke atas pelajar yang
melakukan kesalahan disiplin dengan cara yang betul adalah satu tindakan yang wajar. Semua pihak
harus membuka minda terhadap hukuman ini dan menerimanya sebagai membentuk diri pelajar ke
arah yang baik dengan berkesan. Ini kerana, pelajar sekarang semakin berani mencuba sesuatu yang
boleh merosakan diri mereka seolah-olah pihak sekolah tiada hukuman yang tegas dalam
pengawalan disiplin pelajar. Diharap, melalui tindakan ini akan dapat membantu membentuk jiwa
dan diri pelajar dengan berkesan. Walau bagaimanapun semua pendidik tidak harus mengambil
kesempatan ini dengan memberi hukuman rotan sesuka hati tanpa alasan yang sewajarnya.
Misalnya, guru harus mematuhi etika memberi hukuman rotan kepada murid. Guru perlu diberi
pelbagai kursus berkaitan hal ini bagi membolehkan guru mengawal emosi dan memberi hukuman
tersebut dengan cara yang betul supaya hukuman yang dikenakan tidak menyebabkan kecacatan
kepada pelajar.
Turut dikongsikan di sini, bentuk-bentuk hukuman yang di larang berdasarkan maklumat Unit
Disiplin KPM iaitu :

Hukuman terhadap fizikal Hukuman terhadap mental dan emosi


· Berdiri lama di tengah panas · Gunting rambut
· Lari keliling padang · Berdiri membuat latihan
· Berdiri lama dalam/luar bilik · Berleter
darjah · Gantung tulisan dibadan
· Memukul diri sendiri/sesama · Memalukan di khalayak ramai
sendiri · Kelas tahanan pada waktu rehat
· Berdiri di atas kerusi / meja · Memaki hamun
· Menarik rambut / tarik telinga · Conteng muka dengan kapur
· Belasah dengan alat seperti · Koyak buku latihan
tali pinggang atau pembaris. · Mengugut atau menggertak murid
· Junjung kerusi atau buku · Tidak menanda buku latihan
· Cubit · Tidak menghiraukan murid
· Enjut/ketuk ketampi
· Ketuk/ sekel kepala

http://dpliipgkbm.blogspot.com/2012/08/wajarkah-hukuman-rotan-ke-atas-pelajar.html
Hukuman rotan di sekolah masih relevan

KOTA KINABALU - Hukuman rotan di sekolah masih relevan bagi tujuan mendidik dan
mendisiplinkan pelajar, kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
(NUTP), Komander (Kehormat) Hashim Adnan.

Katanya, walaupun banyak negara khususnya di barat sudah memansuhkan hukuman rotan
di sekolah, dalam konteks negara-negara di timur termasuk Malaysia, hukuman rotan di
sekolah masih diperlukan.

"Kita berharap, kalau dapat, kita teruskan juga hukuman rotan ini tetapi secara berhemahlah,
bukan sesuka hati...merotan itu bukan sewenang-wenangnya. Ia perlu dijalankan secara
profesional dan setelah berkali-kali amaran dikeluarkan. Kalau bimbingan dan pendekatan
psikologi masih tak jalan barulah rotan.

"Itu pun bukan kita sesuka hati guna rotan. Bukan sampai cedera. Kalau boleh bahagian yang
perlu dirotan ialah di bahagian punggung sahaja," katanya kepada Bernama selepas menjadi
panelis Dialog Polisi dan Libat Urus Awam: Hukuman Rotan Terhadap Murid Zon Sabah dan
Wilayah Persekutuan di Universiti Malaysia Sabah, hari ini.

Menurut Hashim menangani masalah disiplin di kalangan pelajar seperti ponteng dan
melepak pada masa persekolahan memerlukan ketegasan pihak sekolah termasuk
menggunakan hukuman rotan bagi memastikan pelajar tidak sewenang-wenang melanggar
peraturan sekolah.

Katanya, sekiranya masalah disiplin tidak ditangani secara bijaksana dikhuatiri ia akan
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah sekali gus boleh menjejaskan
prestasi pendidikan anak bangsa yang merupakan pewaris generasi masa depan Malaysia.

Hashim berkata, untuk melahirkan generasi yang baik dan berguna kepada negara, didikan
perlu bermula sejak di bangku sekolah lagi, kerana kegagalan pendidikan generasi baharu di
sekolah boleh menimbulkan masalah sosial dalam masyarakat di kemudian hari.

"Hari ini 75 peratus daripada guru di Malaysia adalah wanita. Guru lelaki sedikit sahaja. Kalau
guru lelaki sikit bagaimana nak tangani pelajar-pelajar lelaki (bermasalah). Pelajar
perempuan tidak seteruk pelajar lelaki (dari segi disiplin)," katanya. – Bernama

http://www.sinarharian.com.my/nasional/hukuman-rotan-di-sekolah-masih-relevan-1.377202

7 APRIL 2015
NUTP setuju guru rotan pelajar

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia


(NUTP) menyambut baik usaha Kementerian Pendidikan meneliti memberi semula
kuasa merotan kepada guru.

Setiausaha Agungnya, Harry Tan Huat Hock, berkata cadangan itu baik dalam
usaha mengurangkan masalah disiplin, salah laku dan jenayah dalam kalangan
pelajar.

"NUTP juga ingin mencadangkan kementerian menyediakan prosedur operasi


standard (SOP) mendenda pelajar untuk dijadikan sebagai pengajaran supaya tidak
mengulangi kesalahan seperti gagal menyiapkan tugasan yang diberikan.

"Antara tindakan yang boleh diambil seperti berdiri di hadapan kelas, berlari satu
pusingan di padang atau gelanggang sukan, memegang telinga secara silang
tangan dan menulis perkataan baik berulang kali," katanya dalam satu kenyataan
hari ini.

Kelmarin, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dilaporkan berkata,


kementeriannya sedang meneliti untuk memberi semula kuasa merotan kepada guru
dalam usaha menangani masalah sosial pelajar.

Katanya, perbincangan lanjut perlu dilakukan kerana terdapat beberapa pertubuhan


bukan kerajaan (NGO) dan segelintir masyarakat yang mahu guru menggunakan
kaedah selain rotan bagi tujuan mendidik.

https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2017/09/330825/nutp-setuju-guru-
rotan-pelajar

Rabu, 27 September 2017 | 3:52pm


Hukuman rotan beri pengajaran

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) menyambut baik
pelaksanaan semula hukuman merotan di sekolah, sekiranya tindakan itu berupaya
memberi pengajaran dan menginsafkan pelajar daripada mengulangi kesalahan disiplin
sama.

Pengerusinya, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, hukuman merotan perlu dilaksanakan
kembali sekiranya tindakan tersebut mampu menginsafkan pelajar seterusnya menghalang
mereka daripada berterusan melakukan perkara melanggar peraturan sekolah.

Beliau berkata, tindakan merotan pelajar bukan sebagai hukuman,

sebaliknya pendekatan itu menjadi sebahagian dari proses pendidikan bagi memberi
kesedaran seterusnya mengembalikan semula sekolah sebagai institusi bertanggungjawab
mempersiapkan generasi masa depan negara.

“Hukuman rotan seharusnya tidak dilihat dari sudut negatif semata-mata kerana kuasa untuk
merotan dibenarkan atas sebab munasabah.

“Tindakan merotan biasanya dibuat setelah pelbagai langkah lain diambil seperti nasihat
kepada pelajar dan kaunseling, namun sekiranya masih gagal mengubah keadaan, maka
hukuman merotan adalah langkah terakhir perlu dilaksanakan,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyatakan
pengetua mempunyai kuasa untuk merotan dan boleh melantik mana-mana guru
bersesuaian melaksanakannya terhadap pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di
sekolah.

Menurut Mahdzir, berdasarkan pekeliling sebelum ini sudah menjelaskan kuasa merotan
terletak di bawah kuasa pengetua dan guru besar sekolah bagi menghukum pelajar atau
murid yang melakukan kesalahan disiplin.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Tan Sri Dr.
Noor Azlan Ghazali berkata, hukuman rotan dilaksana harus bermatlamat untuk mendidik
pelajar dan bukan sebagai menghukum bagi mengelakkannya di salah guna.

Selain itu, katanya, pendekatan tersebut juga bukanlah satu-satunya kaedah boleh diambil
bagi mengelak tindakan itu dibuat berdasarkan amarah emosi sehingga memangsakan
pelajar.

“Sebelum tindakan rotan, pihak guru dan pengurusan sekolah perlu juga mengambil kira
faktor sekeliling dan mengenal pasti punca pendorong kepada kesalahan yang dilakukan
pelajar.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/hukuman-rotan-beri-pengajaran-


1.532364#ixzz5HK4YGSpI
© Utusan Melayu (M) Bhd
Kewajaran rotan dalam mendidik anak dan tatacara pelaksanaannya

Dr. Noornajihan Jaafar


Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
USIM

Islam sebuah agama yang syumul menyentuh setiap aspek kehidupan manusia seperti politik,
ekonomi dan sosial. Turut tidak ketinggalan aspek pendidikan. Aspek pendidikan penting dalam
membangunkan unsur kemanusiaan yang terdiri daripada aqal, jasad, hati, nafsu dan roh.
Unsur-unsur kemanusiaan ini kemudiannya berupaya diposisikan sesuai dengan tujuan
penciptaanya sebagai `abid (hamba) dan khalifah di muka bumi ini dengan sistem pendidikan
yang dilalui oleh seseorang individu itu.

Matlamat pendidikan dalam Islam adalah untuk mencapai perwujudan diri (kesempurnaan
kendiri) yang meletakkan kesempurnaan roh bukannya jasad (Ibn Khaldun1993; al-Ghazali t.th.).
Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. dalam surah al-Fajr, 89: 27-30 yang berbunyi:

Maksudnya: Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan
kepercayaan dan bawaan baiknya (27) Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau
berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) (28) Serta
masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia (29) Dan masuklah ke
dalam SyurgaKu (30).

Walaupun kesempurnaan kendiri itu dilihat pada sudut kesempurnaan jiwa, namun pendidikan
dalam Islam tidak mengabaikan keperluan manusia di dunia seperti makan, pakai dan tempat
tinggal. Segala keperluan ini harus dilengkapkan bagi memperoleh jiwa yang mutmainnah (al-
Ghazali t.th.; Ibn Khaldun 1993; Muhammad Qutub 1982). Ini bertepatan dengan firman Allah
s.w.t. dalam surah al-Qasas, 28: 77 yang berbunyi:

Maksudnya: Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah s.w.t. kepadamu
akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu
(keperluan dan bekalan mu) dari dunia.

Ibn Khaldun (1993) menyatakan bahawa kehebatan tamadun Islam 1432 tahun yang lepas
dalam menangani kejahilan di kalangan masyarakat Arab jahiliyyah, telah menyaksikan
kehebatan Nabi Muhammad s.a.w. membentuk umat Islam dari kalangan para sahabat r.a.
Ketika itu, Nabi s.a.w. telah berupaya dengan izin Allah s.w.t. mengeluarkan manusia
daripada kegelapan kepada cahaya sehingga melahirkan satu generasi yang berilmu, beriman,
beramal dan bertakwa sehingga mendapat pengiktirafan dari Allah s.w.t. sebagai khair al-
ummah. Hal ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. dalam surah Ali Imran, 3:110 yang
berbunyi:

Maksudnya: Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia. Suruhlah
kepada kebaikan dan cegahlah kemungkaran dan beriman kepada Allah s.w.t.

Nabi Muhammad s.a.w. antara guru terhebat dalam lembaran sejarah Islam. Kesan
pengajaran dan dakwah baginda terbukti telah dapat membentuk generasi yang bertakwa.
Dengan itu, sejak awal Islam hingga ke hari kiamat, Rasu1ullah s.a.w. menjadi model utama
di dalam dunia pendidikan (Abd al-Fattah ‘Abd Ghuddah 2001; Razali Saaran 2010; dan Said
Hawa 1990).
Dalam kaedah mendidik anak-anak, salah satu cara yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w.
ialah kaedah rotan (AAbdullah Nasih Alwan 1974). Kaedah ini diekstrak daripada Hadis
Nabi s.a.w. tentang kewajipan ibu-bapa mengajar anak-anak akan ibadat solat. Nabi s.a.w.
bersabda:

‫ وفرقوا بينهم في المضاجع‬،‫ واضربوهم عليها وهم أبناء عشر سنين‬،‫مروا أوالدكم بالصالة وهم أبناء سبع سنين‬

Maksudnya: Suruhlah anak-anakmu bersolat ketika mana mereka berumur tujuh tahun, dan
pukullah mereka (sekiranya mereka tidak mengerjakan solat) ketika mana mereka berumur
10 tahun dan pisahkan tempat tidur antara mereka (iaitu anak lelaki dan perempuan).

(HR Abu Daud: 495)

Hadis ini menunjukkan bahawa ibadat solat merupakan ibadat yang asas dalam kehidupan
manusia sebagai seorang muslim. Ibadat solat diumpamakan sebagai tiang agama, yang mana
sekiranya ibadat ini gagal dilaksanakan dengan sempurna, maka seolah-olah ia telah
meruntuhkan agamanya (Al- Azim Abadi 1995).

Selain itu, hadis ini juga menunjukkan bahawa dalam aspek pendidikan, kaedah rotan adalah
dibenarkan. Hukuman rotan boleh dilaksanakan atas dasar untuk mendidik dan merupakan
pilihan terakhir. Hukuman dengan cara merotan ini tidak boleh dilaksanakan pada kali
pertama kesalahan anak atau murid. Setiap kesalahan itu haruslah terlebih dahulu dijelaskan
kedudukannya. Kemudian, penekanan kepada tindakan atau tingkah laku yang betul perlu
diberikan. Peluang untuk memperbaiki kesalahan juga perlu diberi. Pendekatan untuk
menggunakan rotan ini dapat diambil daripada hadis Nabi s.a.w. yang disebut di atas tadi.
Tempoh tiga tahun ditetapkan dalam hadis tadi sebagai tempoh tarbiyyah atau tempoh
mendidik bagi ibadat solat (Abdullah Nasih Alwan 1974).

Selain itu, konsep tadarruj iaitu mendidik secara berperingkat-peringkat juga dapat diekstrak
daripada pemahaman hadis ini. Anak-anak perlulah diajari dan disuruh untuk mengerjakan
solat bermula umur tujuh tahun. Perkataan ‫ مروا‬yang menunjukkanfi`il amr lil istimrar iaitu
perkataan suruhan yang berterusan menunjukkan bermula umur anak tujuh tahun, ibu bapa
perlulah mengajari dan menyuruh anak untuk bersolat secara istiqamah. Ibu-bapa perlu
mengambil berat hal ini sehinggalah anak tersebut berumur 10 tahun. Sekiranya, sehingga
umur tersebut anak tidak mengerjakan solat secara sengaja, maka hukuman rotan boleh
dikenakan (Abdullah Nasih Alwan 1974).

Peringkat umur tujuh tahun pula menunjukkan peringkat umur mumayyiz secara umum, iaitu
seseorang anak itu telah tahu membezakan antara baik dan buruk. Maka, hadis ini juga
menunjukkan bahawa pada peringkat umur mumaiyiz inilah, anak mula diajar tentang hukum
hakam dan kewajipan mereka sebagai muslim. Ini sebagai persediaan bagi anak tersebut
menjelang peringkat baligh mereka nanti. Peringkat baligh merupakan peringkat di mana
seseorang itu telah masuk dalam kalangan golongan yang mukalaf iaitu golongan yang
dipertanggungjawabkan atas sesuatu kewajipan agama (Hidayatullah Ahmad 1987).

Dalam pada melaksanakan hukuman rotan, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil
perhatian oleh ibu-bapa atau para guru. Antaranya ialah, meletakkan niat sebelum merotan
itu, untuk mendidik jiwa anak tersebut dan bukannya untuk menghukum fizikal yang
melakukan kesalahan. Dengan ini ia dapat mengelakkan ibu-bapa atau guru daripada merotan
mengikut hawa nafsu sehingga cedera (Noornajihan Jaafar 2005).

Selain itu, hukuman ini perlulah dilakukan secara berperingkat-peringkat. Pada peringkat
awal hukuman dari aspek emosi boleh dilakukan, seperti mengasingkan anak atau murid
tersebut daripada rakan-rakannya. Sekiranya cara ini tidak berkesan, barulah ibu-bapa atau
guru menggunakan hukuman fizikal. Namun, Abdullah Nasih Alwan (1974)menegaskan
bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sekiranya ingin
melaksanakan hukuman fizikal, seperti:

1. Hukuman rotan tersebut hendaklah merupakan alternatif terakhir, setelah cara-cara didikan
lain digunakan.
2. Elakkan merotan ketika sedang marah. Hendaklah ibu-bapa atau para guru menenangkan
diri seketika sebelum mengambil tindakan untuk merotan.
3. Elakkan merotan pada anggota badan yang sensitif seperti kepala, wajah dan dada.
4. Hendaklah rotan pada kali pertama itu perlahan, dan meningkat kekuatannya pada bilangan
yang berikutnya.
5. Sekiranya rotan pada kali pertama tidak memberikan kesan kepada tingkah laku anak atau
murid, bolehlah ditambah bilangannya
6. Hendaklah ibu-bapa atau guru itu sendiri yang merotan dan tidak mewakilkan hukuman
tersebut kepada anak atau murid yang lain.
7. Elakkan merotan lebih daripada 10 kali, bertepatan dengan hadis Nabi s.a.w.

‫ال يجلد فوق عشر جلدات إال في حد من حدود هللا‬

Maksudnya: Jangan merotan lebih daripada 10 kali sebatan kecuali pada hukum hudud.

https://www.usim.edu.my/ms/berita/in-our-words-ms/kewajaran-rotan-dalam-mendidik-anak-
dan-tatacara-pelaksanaannya/

Masih relevankah hukuman rotan pada masa kini?


Kebaikan
i.Ianya dapat memberi pengajaran supaya pelajar berkenaan insaf dan tidak
mengulangi kesalahan tersebut.
ii.Ianya juga dapat mendisiplinkan para pelajar dan bertujuan mendidik agar pelajar
tahu bahawa kesalahan yang dilakukan itu menyalahi peraturan sekolah.
iii.Ianya dapat mencegah dan menghalang para pelajar daripada melakukan kesalahan
kerana pelajar takut dirotan.
iv.Pelajar akan lebih mudah dikawal dan mengikut peraturan sekolah yang telah
ditetapkan.
v.Sesetengah pelajar lebih mudah menerima hukuman rotan untuk memperbaiki diri.
Contohnya seorang pelajar memberi tindak balas kepada cara lemah lembut
manakala seorang lagi mungkin memerlukan cara yang keras untuk mambaiki
kesalahan.
Kelemahan

i.Dari segi psikologi, pelajar akan menanggung perasaan malu akibat dirotan di
khalayak ramai dan akan bertindak lebig agresif.
ii.Guru disiplin akan menghadapi kemungkinan pelajar akan membalas dendam
terhadapnya. Ini terbukti apabila pernah terpampang di dada akhbar, guru dipukul
oleh pelajar yang tidak berpuas hati dengannya akibat dirotan.
iii.Guru juga mengadapi kemungkinan implikasi undang-undang jika ada ibu bapa
pelajar yang tida berpuas hati anaknya dirotan akibat kesalahan kecil.
iv.Kuasa merotan pelajar hanya diberikan kepada guru disiplin dan pengetua. Ini
membuatkan guru lain yang tidak diberikan kuasa merasa bimbang dan enggan
menanggung sebarang permasalahan yang timbul jika merotan para pelajar dengan
sewenang-wenangnya.

Kesimpulan

Rotan hanya jalan yang terakhir bagi pelajar yang melakukan kesalahan disiplin. Ini kerana
tujuan hukuman hanyalah untuk memperbaiki tingkah laku yang tidak diingini. Seseorang
guru perlulah menggunakan kebijaksanaannya dan menggunakan pendekatan seperti
kaunseling, terapi tingkah laku, nasihat dan bimbingan. Hal ini kerana pelajar yang
dihasilkan oleh sekolah haruslah selari dengan apa yang digariskan dengan rukun Negara
dan falsafah pendidikan kebangsaan selain mempunyai ciri-ciri akhlak, disiplin, agama,
budaya, akademik dan sukan yang baik.
C0NTOH KARANGAN PERBAHASAN

TAJUK : Hukuman Merotan Patut Dilaksanakan Semula Di Sekolah


FORMAT : Perbahasan/ pembangkang

Salam sejahtera Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi
bijaksana, saudara saudari pencadang yang saya hormati, serta para hadirin
sekalian.

Saya, sebagai pemidato pertama ingin mengemukakan hujah-hujah saya bagi


membangkang tajuk perbahasan pada pagi ini. Kami pihak pembangkang
tetap tidak bersetuju dengan pernyataan “Hukuman Merotan Perlu
Dilaksanakan semula bagi Mendisiplinkan Pelajar-pelajar.”

Panel hakim yang arif serta rakan-rakan seperjuangan sekalian,


Sebelum saya melanjutkan hujah-hujah saya, terlebih dahulu izinkan saya
menjelaskan tajuk perdebatan kita pada hari ini. “Hukuman merotan” merujuk
denda yang dilaksanakan di sekolah-sekolah, iaitu menyebat pelajar-pelajar
yang melanggar peraturan sekolah. Antara salah laku yang dianggap
melanggar peraturan sekolah ialah merokok, ponteng, bergaduh, merosakkan
harta benda sekolah, dan pelbagai kesalahan yang lain. Lazimnya hukuman
ini dijalankan secara terbuka iaitu di hadapan pelajar-pelajar yang lain ketika
perhimpunan sekolah. Di samping itu terdapat juga hukuman merotan yang
dijalankan secara tertutup. Pada hemat saya, hukuman ini agak keterlaluan
dan ketinggalan zaman. Merotan pelajar-pelajar tidak mungkin dapat
menyelesaikan masalah disiplin pelajar-pelajar. Pelajar yang di rotan pasti
akan memberontak atau berdendam. Seharusnya kita mengambil kira usia
pelajar-pelajar tersebut. Dalam usia yang begitu muda, mereka perlukan
bimbingan bukannya hukuman. Kami barisan pembangkang menganggap
hukuman ini penuh dengan unsur kekejaman dan keganasan. Mahukah
saudara saudari dan rakan pencadang dirotan kerana kesalahan-kesalahan
seperti yang saya katakan tadi?

Barisan hakim yang bijaksana dan saudara saudari sekalian,


Hukuman merotan ini bukan sahaja menyakitkan malah memalukan dan
menakutkan para pelajar. Pelajar-pelajar yang dirotan pasti akan berasa malu
kepada rakan-rakan dan saudara-mara mereka. Mereka akan mengalami
tekanan perasaan yang kuat. Adakah mampu bagi seorang pelajar
menanggung beban perasaan seperti itu ? Saya pasti walaupun barisan
pencadang tidak menganggukkan kepala tetapi jauh di lubuk hati, mereka
tetap bersetuju dengan hujah saya ini. Ini kerana, peristiwa kena rotan pasti
akan menghantui jiwa mereka dalam jangka masa yang lama. Mereka yang
tidak dapat menanggung perasaan mungkin akan bertindak diluar dugaan
kita. Akhbar tempatan pernah menyiarkan berita tentang seorang pelajar di
Melaka yang membunuh diri kerana pihak sekolah memberitahu keluarganya
yang dia dirotan. Mahukah kita mendengar tragedi seperti ini berulang lagi?
Janganlah saudara saudari menghalalkan hukuman ini di sekolah-sekolah.
Ingat saudara saudari, sekolah bukan tempat untuk menjatuhkan hukuman.
Sekolah ialah tempat pelajar-pelajar dididik dan dibimbing untuk menjadi
anggota masyarakat yang berguna. Oleh itu saya ingin menyanggah dengan
sekeras-kerasnya pandangan negatif pencadang yang pertama tadi.

Para hakim yang saya muliakan serta para hadirin sekalian,


Saya berpendapat bahawa hukuman merotan ini akan menimbulkan masalah
yang lebih serius. Kata pihak pencadang sebentar tadi, para pelajar yang
dirotan pasti akan insaf akan perbuatan mereka dan oleh itu akan
berkelakuan baik sepanjang masa. Namun, tidakkah saudara pencadang
sedar bahawa terdapat juga kemungkinanpara pelajar yang dirotan mungkin
akan bertindak balas? Mereka akan melakukan perkara-perkara yang lebih
buruk.

Kereta guru akan menjadi sasaran. Ada kereta yang akan dicalarkan dan ada
tayar yang akan dibocorkan oleh mereka. Apabila keadaan ini berlaku,
keharmonian hubungan guru dengan murid akan menjadi tegang.

Lebih buruk lagi mereka akan bertindak liar merosakkan harta benda sekolah,
umpamanya membakar harta benda sekolah atau lebih buruk lagi, membakar
sekolah. Mahukah kita melihat pelajar-pelajar kita bertindak liar seperti ini?
Apa yang pasti, hubungan guru-guru dengan para pelajar akan menjadi
renggang. Perasaan hormat mereka terhadap para guru akan hilang. Guru-
guru pula akan membenci pelajar-pelajar yang berkenaan. Sesungguhnya
tiada manusia yang suka dirinya dizalimi walaupun dia bersalah. Hubungan
renggang antara guru-guru dengan pelajar-pelajar pasti akan menjejaskan
aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Pelajar-pelajar yang terbabit pasti akan
hilang minat untuk belajar. Akibatnya prestasi mereka dalam pelajaran pasti
akan merosot. Inilah harga yang perlu dibayar oleh sistem pendidikan kita
sekiranya hukuman merotan dilaksanakan di sekolah-sekolah.. Menyedari
hakikat ini, saya dan rakan-rakan pembangkang tetap menyelar pandangan
pihak yang saya anggap ‘selangkah ke belakang’.

Tuan-tuan hakim yang saya hormati serta rakan-rakan sekalian,


Dalam zaman yang serba canggih ini saya berpendapat hukuman ini sudah
ketinggalan zaman. Di negara-negara maju yang lain, hukuman ini sudah
lama dilenyapkan. Saya tidak mahu menyalahkan pihak pencadang yang
mungkin terlalu asyik belajar sambil mentelaah buku teks sehingga lupa
membaca akhbar dan majalah. Kita harus mempraktikkan kaedah yang lebih
saintifik dan berperikemanusiaan. Beberapa sesi kaunseling yang berkesan
pasti akan dapat menyedarkan para pelajar yang bersalah akan kesalahan
yang dilakukan oleh mereka. Sebelum kita mengenakan hukuman, kita perlu
membuat penyiasatan yang terperinci. Latar belakang para pelajar yang
berkenaan perlu diambil kira. Menghukum dengan sewenang-wenangnya
akan meninggalkan implikasi buruk yang sukar dilupakan. Anak-anak zaman
sekarang tidak sepatutnya didedahkan dengan unsur-unsur keganasan. Para
guru perlu mengkaji punca-punca berlakunya perbuatan-perbuatan yang
melanggar disiplin sekolah. Menangani masalah disiplin secara bersopan dan
berhemah pasti akan membuahkan hasil yang positif. Pelajar-pelajar perlu
dinasihati dan dibimbing dengan sebaik mungkin. Kita harus menerima
hakikat bahawa fikiran mereka masih belum matang dan mereka memerlukan
tunjuk ajar. Merotan mereka hanya akan melenyapkan keyakinan mereka
terhadap guru-guru. Oleh yang demikian saya sekali lagi menegaskan
bahawa hukuman merotan hanya akan mencederakan pelajar-pelajar dari
segi fizikal dan emosional. Hakikatnya, hukuman ini tidak harus dilaksanakan
di sekolah-sekolah pada masa kini.

Hadirin sekalian,
Oleh sebab masa tidak mengizinkan saya untuk berhujah lebih lanjut maka
saya mohon untuk berundur diri seketika namun rakan seperjuangan saya
pasti akan menyambung hujah-hujah kami. Walau bagaimanapun, saya tetap
menegaskan, hukuman merotan tidak patut dilaksanakan di sekolah-sekolah
bagi mendisiplinkan pelajar-pelajar.

Sekian, terima kasih.


Masih Relevankah Hukuman Rotan
Husein Rider year ago

Ditulis oleh: Nor Sholiha Bt Mohd Amin

No Matrik: 14021128

No Siri: 006

Mengimbas kembali zaman belajar dahulu, rasa seram sejuk bila melihat rotan di atas meja guru.
Hujung rotan dah pecah seribu, entah berapa ramai pelajar yang sudah menjadi mangsa rotan. Di tapak
tangan atau betis? Mungkin ianya hanya gertakan sahaja dengan memukul diatas meja.

Hukuman rotan ini sebenarnya tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita sejak zaman
dahulu lagi. Ibu bapa dan guru menjadikan rotan sebagai peringatan dan hukuman kepada anak atau pelajar
untuk menjadikan mereka insan yang berguna bila sudah besar nanti. Tambahan pula, perbuatan merotan
bukanlah dilakukan berkali-kali dalam satu masa. Kebiasaannya pelajar hanya dirotan sekali dua bagi
kesalahan yang dilakukannya dengan harapan sebagai pengajaran untuk dirinya agar ia tidak berulang lagi.
Masalah disiplin dalam kalangan pelajar semakin mencemaskan semua pihak. Hampir setiap hari,
media massa atau elektronik seperti televisyen dan akhbar melaporkan kes salah laku yang melibatkan
pelajar sekolah. Antaranya ialah gejala buli, vandalisme, ponteng sekolah, pergaduhan, melawan atau
memukul guru dan pelbagai kesalahan lain. Dalam usaha hendak membendung gejala yang tidak sihat ini,
pihak kementerian pelajaran telah mengambil langkah untuk melaksanakan semula hukuman rotan di
sekolah.

Pelaksanaan hukuman rotan dilihat berkesan untuk menangani masalah pelanggaran disiplin
dalam kalangan pelajar. Sehingga kini, banyak pelajar yang berani melakukan kesalahan kerana mereka
sedar bahawa guru tidak mempunyai kuasa untuk menghukum mereka dengan cara merotan. Ada diantara
mereka yang berani mencabar guru dan melanggar peraturan sekolah. Dengan ini, hukuman rotan dapat
mendatangkan ketakutan kepada pelajar lebih-lebih lagi jika dilaksanakan di khalayak ramai seperti
semasa perhimpunan mingguan. Pelajar akan berasa takut dan sedar bahawa pihak sekolah serius
menangani masalah disiplin yang berlaku di sekolah. Perasaan gerun dan sikap waspada ini akan
menyebabkan pelajar lebih mematuhi peraturan sekolah. Secara tidak langsung, kes disiplin di sekolah
dapat dikurangkan dengan pelaksanaan hukuman ini.
Hukuman rotan juga dapat memberi pengajaran kepada pelajar. Seperti yang kita sedia maklum,
hukuman rotan ini penting untuk mendisiplinkan pelajar yang degil dan keras kepala. Hal ini tidak dapat
dinafikan bahawa terdapat pelajar yang jahat dan nakal, malah mereka juga tidak mempedulikan teguran
atau nasihat guru. Oleh yang demikian, mereka wajar dirotan kerana tindakan merotan akan menyebabkan
mereka berasa malu dan takut serta serik untuk mengulangi perbuatan tersebut.
Jelaslah bahawa hukuman rotan ke atas pelajar yang melakukan kesalahan disiplin adalah satu
tindakan yang wajar. Semua pihak harus membuka minda terhadap hukuman ini dan menerimanya agar
dapat membentuk diri pelajar ke arah yang lebih baik. Ini kerana, pelajar sekarang semakin berani
mencuba sesuatu yang boleh merosakkan diri mereka seolah-olah pihak sekolah tidak mempunyai
hukuman yang tegas dalam mendisiplinkan pelajar. Diharap, melalui tindakan ini akan dapat membantu
membentuk jiwa dan diri pelajar dengan berkesan. Walau bagaimanapun semua guru atau pendidik tidak
harus mengambil kesempatan ini dengan memberi hukuman rotan sesuka hati tanpa alasan yang
sewajarnya. Misalnya, guru harus mematuhi etika memberi hukuman rotan kepada murid. Guru perlu
diberi pelbagai kursus berkaitan hal ini bagi membolehkan guru mengawal emosi dan memberikan
hukuman tersebut dengan cara yang betul supaya hukuman yang dikenakan tidak menyebabkan kecacatan
kepada pelajar.

http://mpw2043syariahkias.blogspot.com/2017/02/masih-relevankah-hukuman-rotan.html
1.2 Implikasi/Kesan

Hukuman rotan bagi kesalahan-kesalahan disiplin di sekolah banyak


memberikan kebaikan berbanding keburukan. Oleh itu, jika lebih kebaikannya
berbanding keburukan, haruslah diutamakan kebaikan itu terlebih dahulu. Kebaikan
ini bukan sahaja dapat dinikmati oleh diri pesalah itu sendiri , malah orang-orang di
sekitarnya juga, seperti ibu bapa, pelajar-pelajar lain dan guru-guru serta warga
sekolah yang lain.
Setelah pelajar dikenakan hukuman rotan ini, pelajar dapat memperbaiki kesalahan
diri secara langsung, walaupun tidak dapat menerima hukuman tersebut. Menurut
(Mohamed, 2003), hukuman bagi kesalahan disiplin dapat membetulkan kesilapan pelajar,
memperbaiki akhlaknya dan membantunya untuk menyedari akan tanggungjawabnya
terhadap diri, rakan guru dan orang lain. Sekurang-kurangnya, hukuman tersebut dapat
mengingatkan dirinya bahawa perlakuannya itu salah di sisi peraturan dan norma
masyarakat. Begitulah bagaimana hukuman rotan ini berfungsi sebagai pemberi amaran dan
peringatan kepada pelajar supaya memperbaiki diri dan sentiasa menjadi yang terbaik.

Sejurus hukuman dikenakan terhadap pelajar yang bersalah, maka pasti terdapat
sebahagian pelajar lain yang tidak berani untuk melibatkan diri dalam masalah disiplin.
Langkah pencegahan ini membantu pihak sekolah mengawal pelajar dengan baik dan
mengurangkan masalah salah laku disiplin di sekolah. Keadaan disiplin yang terkawal dapat
memberikan ruang kepada guru untuk merancang dan menjalankan aktiviti serta program
sekolah dengan lancar. Perancangan yang berjalan dengan teratur memudahkan pihak
sekolah mencapai objektif yang dikehendaki. Maka, sedikit sebanyak dapat meningkatkan
prestasi sekolah.

Manakala, pelajar yang menjadi mangsa salah laku disiplin pula mendapat keadilan
yang saksama dan dapat mengurangkan tekanan dirinya disebabkan menjadi mengsa salah
laku disiplin. Bukan sahaja mangsa, tetapi seluruh warga sekolah, khususnya pelajar-pelajar
terhindar daripada ancaman pelajar bermasalah tersebut. Walaupun hukuman rotan
tersebut tidak dapat menjamin perubahan diri pelajar tersebut, namun sekurang-kurangnya,
hukuman ini dapat memperlahankan 'rentak' pelajar-pelajar yang bermasalah untuk terus
melakukan salah laku disiplin di sekolah. Secara tidak langsung, kadar masalah disiplin
pelajar di sekolah dapat dikurangkan.

Pelaksanaan hukuman rotan yang betul dan mengikut prosedur yang


ditetapkan akan memberikan kesan yang positif terhadap pelajar yang melakukan
salah laku dan juga pihak sekolah. Pelaksanaan hukuman rotan yang mengikut
prosedur adalah hukuman yang penuh hemah. Ini kerana seperti yang telah
dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran (disiplin sekolah) 1959, mengambil
kira jantina murid yang akan dikenakan hukuman dan menghadkan bilangan pukulan
serta memukul di tempat-tempat yang tidak mendatangkan kecederaan fizikal yang
teruk. Ini jelas menunjukkan betapa dititikberatkan tentang kebaikan dan
keselamatan hukuman ini. Maka, mereka yang dikenakan hukuman disiplin akan
dapat menerima hukuman tersebut secara terbuka tanpa ada menyimpan dendam
dan sebagaimnya. Sejurus itu, rasa hormat dapat dipupuk di antara pelajar dengan
guru. Suasana hormat-menghormati ini akan mewujudkan iklim yang kondusif dalam
sekolah seterusnya tepupuk kasih sayang di antara satu sama lain. Iklim yang
kondusif pula dapat memberikan keselesaan kepada pelajar untuk menuntut ilmu. Ini
bertepatan dengan matlamat penubuhan sekolah sebagai pusat penyebaran ilmu
dan membentuk sahsiah.

Selain itu, kesan pelaksanaan hukuman rotan ini dapat memartabatkan


kedudukan guru. Guru dipertanggungjawabkan untuk mendidik dan mengajar murid-
muridnya. Pemberian kuasa kepada guru untuk menjalankan hukuman rotan ini
dapat menzahirkan ketegasan guru sesuai dengan perwatakan seorang pendidik
yang bukan sahaja penyayang, tetapi tegas dan berhemah. Sekurang-kurangnya, ini
adalah usaha yang termampu bagi seorang guru untuk mengawal pelajar-pelajarnya
di samping menguruskan hal sekolah. Tanpa kuasa "veto" yang diberikan ini, guru
umpama ular yang hilang bisanya kerana tidak dapat berbuat sesuatu apabila
berhadapan dengan saat kritikal di sekolah. Pengembalian hukuman rotan ini dapat
mengukuhkan lagi kedudukan guru sebagai murabbi dan muaddib.

1.3 Rumusan

Setiap sesuatu permasalahan itu mempunyai penyelesaian tersendiri. Melalui


sabda Rasulullah S.A.W :

.‫ِإ َّن االهَ أ َ ْنزَ َل الد ََّوا َء َو َج َع َل ِل ُك ِِّل دَاءٍ دَ َوا ًء َفتَدَ َاو ْوا َو َال تَتَدَ َاو ْوا ِباْل َح َر ِام‬

Bermaksud:
"Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan menjadikan bagi setiap penyakit itu
ubat, kerana itu hendaklah kamu semua berubat dan jangan berubat dengan benda
yang haram." (Din, 1997)

Dapat difahami di sini bahawa, setiap sesuatu penyakit atau masalah itu
mempunyai penawar atau jalan penyelesaiannya. Kesalahan disiplin merupakan
salah satu penyakit sahsiah yang perlu dirawat segera. Hukuman rotan merupakan
salah satu penawar yang terbaik bagi merawat dan mencegah penularan salah laku
disiplin di sekolah.

Hukuman rotan bagi kesalahan disiplin mempunyai kebaikan dan keburukan


tersendiri. Berdasarkan hujah-hujah yang telah dikemukakan di atas, didapati
pelaksaan hukuman ini lebih banyak kebaikan berbanding keburukannya. Selain
memberi faedah kepada pihak yang melakukan kesalahan untuk memperbaik diri,
menyesali perbuatannya dan menyedari tanggungjawab utamanya terhadap diri dan
orang lain, hukuman rotan ini juga menjaga kepentingan serta memelihara
kesejahteraan pihak lain. Bagi mencapai matlamat yang positif, hukuman ini perlulah
dilaksanakan mengikut peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan, kerana di
sebalik prosedur tersebut terdapat aspek-aspek tertentu yang diambil kira bagi
menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak, iaitu pihak pesalah dan orang lain.

Hukuman rotan ini juga bertujuan mendidik, bukan mencederai pesalahnya.


"Sediakan payung sebelum hujan," itulah pepatah yang sangat sesuai untuk
dijadikan perumpamaan bagi pelaksanaan hukuman rotan ini. Pelaksanaan
hukuman rotan ini juga hanya dapat diterjemah melalui faedah dan kesan selepas
dilaksanakan. Oleh itu, sangat wajar hukuman rotan ini dilaksanakan di sekolah bagi
kesalahan disiplin dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan demi
kesejahteraan diri dan orang lain.

http://cikguwacikgi.blogspot.com/p/ulasan-isu-1-faizuldin.html

Anda mungkin juga menyukai