Anda di halaman 1dari 2
0b 19 chee og 5s Seles ole JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEMENTERIAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS PENDIDIKAN JALAN DATO’ HAMZAH KARUNG BERKUNC! No. 6 MALAYSIA. 70990 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS Tol: 08-7653100 Fax : 06-7639969, Rujukan_ kami: JPNS.SPPK.KOKU.900-1/8 Jid5 (Ag ) Tarikh : af Ogos 2078 Semua Pengetua Dan Guru Besar Sekolah-sekolah Negeri Sembilan Darul Khusus ( Rujuk Lampiran ) Tuan, KARNIVAL STEM PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2018 Saya dengan segala hormatnya memaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah dan Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah akan menganjurkan Karnival STEM (Science, Technology, Engineering & Mathematic ) bagi Tahun 2018 ini. 2. Untuk makluman tuan, program ini diadakan adalah bersesuaian dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia yang mempertanggungjawabkan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Inisiatif #49 Perkukuhan STEM melalui KPI 2 - Peratus Penglibatan Murid Dalam Aktiviti Kokurikulum Yang Berunsurkan STEM. Ini juga diharapkan akan dapat melahirkan murid literasi STEM yang berupaya untuk mengenalpasti, mengaplikasi serta mengintegrasikan konsep STEM bagi memahami masalah dan menyelesaikannya secara kreatif dan inovatif melalui pendekatan Inkuiri, hands — on, fun learning, Edutainment, dan penerokaan terbuka. 3. Untuk makluman pihak tuan karnival berkenaan akan diadakan seperti maklumat berikut Tarikh 3 hingga 5 September 2018 Masa Rujuk Jadual Yang Disertakan Tempat SM Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah 4. Sehubungan itu, sekolah-sekolah yang telah menjawab maklumbalas penyertaan berkaitan pertandingan yang akan dijalankan dalam karnival ini adalah dikehendaki hadir ke karnival ini berdasarkan jadual yang dilampirkan bersama surat ini. Pihak sekolah sila pastikan bahawa peserta yang menyertai karnival ini telah mendapat kebenaran bertulis dari ibubapa/penjaga masing-masing. =O) KARNIVAL STEM PERINGKAT NEGER! SEMBILANTAHUN 2018 5. Untuk makluman tuan, tiada bayaran penyertaan dikenakan untuk menyertai pertandingan dalam karnival ini. Walau bagaimanapun semua urusan untuk menyertai pertandingan dalam kamival ini seperti. makan minum murid dan guru pembimbing/pengiring, pengangkutan, perbelanjaan penyediaan bahan atau peralatan bagi tujuan menyertai karnival ini hendaklah ditanggung oleh pihak sekolah. Pihak jabatan dan pengelola karnival ini hanya akan menyediakan tempat untuk pertandingan, hadiah dan sijil sahaja (seperti yang telah dinyatakan dalam surat terdahulu berkaitan penyertaan ke karnival ini ) 6. Kerjasama pihak tuan amatlah diharapkan bagi menggalakan penyertaan sekolah dalam karnival ini. Pertanyaan lanjut berkaitan kamival ini pihak tuan bolehlah menghubungi Pegawai Pengurus program ini iaitu Encik Abdul Halim bin A. Hamid di talian 06-7653496/012-6908826 di Unit Kokurikulum, sedia untuk membantu. Sekian , terima kasih ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang ménuryt perintah, ( MUZIR BINYAB MANAN ) Ketua Sekt6r Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan bip Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan sk i Pengarah Pendidikan N Sembilan it ‘Semua Ketua PPD Berkenaan ii, Pengetua, Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah KK abdul halim2018

Anda mungkin juga menyukai