Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS


SMK SULTANAH BAHIYAH TAHUN 2012
DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN
MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

PENDAHULUAN

1.0 Tanpa mengira tahap kebolehan seseorang pelajar dalam berbahasa Inggeris,
mereka pasti akan mengalami pengalaman yang lebih seronok jika Bahasa
Inggeris diajar melalui kaedah yang lebih interaktif. Pelajar dari tahap yang
berbeza akan lebih menyukai aktiviti-aktiviti dan latihan-latihan yang pelbagai.
Program ‘Newspaper in Education’ (NIE) ini mendorong para pelajar belajar
dengan menggunakan sumber seperti surat khabar untuk memantapkan lagi
kebolehan mereka berbahasa Inggeris.

RASIONAL & JUSTIFIKASI

2.0 Dapat memupuk semangat dan minat menggunakan bahasa Inggeris secara
penggunaan sumber yang mudah didapati seperti surat khabar. Pelajar perlu
diberi pendedahan kepada teknik menggunakan surat khabar secara kritis dan
kreatif.

MATLAMAT

3.0 Melahirkan pelajar yang kritis dan kreatif dalam penggunaan surat khabar
sebagai instrumen untuk meningkatkan tahap pelajar dalam Bahasa Inggeris.

OBJEKTIF

4.0 Melahirkan rasa seronok dan kepuasan menggunakan bahan akhbar semasa
mempelajari Bahasa Inggeris.
4.1 Memperkenalkan isu-isu semasa semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
4.2 Meningkatkan tahap literasi pelajar-pelajar dalam Bahasa Inggeris
4.4 Melahirkan pelajar bermodal insan yang cermerlang dan terbilang dalam
berbahasa Inggeris

PELAKSANAAN PROGRAM

5.0 Tatacara Pelaksanaan

5.1 Guru penasihat dan pihak NIE Star mengadakan mesyuarat tentang
perlaksanaan program.

5.2 Guru penasihat dan sekolah menyediakan tempat dan peralatan untuk
kegunaan pihak NIE Star.
5.3 Penceramah menjalankan bengkel pada hari yang ditetapkan.

5.4 Guru penasihat mengedar dan mengumpul borang penilaian program.

6.0 Kumpulan Sasaran : Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5

7.0 Tarikh dan Masa Pelaksanaan : 1 April 2012 (2.00 – 5.00 petang)

8.0 Pengisian Program :

8.1 Penggunaan bahan akhbar untuk aktiviti Bahasa Inggeris di dalam kelas.

8.2 Penerangan tentang pertandingan NIE anjuran The Star untuk sekolah yang
berminat

9.0 Anggaran Perbelanjaan : Tiada

10.0 Sumber Kewangan : Tiada

PENUTUP

11.0 Program ini diharap dapat membantu memperkukuhkan penggunaan bahasa


Inggeris melalui kemahiran menggunakan sumber harian seperti surat khabar
untuk meningkatkan tahap dan kebolehan pelajar dalam Bahasa Inggeris.
Kemahiran ini dapat memberi keyakinan kepada diri pelajar untuk belajar Bahasa
Inggeris melalui kaedah yang praktikal dan seronok.

Disediakan oleh Disemak oleh

…………………… ………………….
Mohamad Faiz Bin Rusli Pengetua dan cop

Anda mungkin juga menyukai