Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN

MINGGU KARNIVAL BIDANG 2018

SMK PENGIRAN OMAR, SIPITANG


PETI SURAT 29, SMK PENGIRAN OMAR,
89857, SIPITANG
SABAH.

KERTAS CADANGAN DISEDIAKAN UNTUK KELULUSAN PIHAK SEKOLAH.


MATLAMAT

Program ini diadakan dengan matlamat untuk mencungkil bakat dan minat pelajar
terhadap subjek-subjek yang dipelajari. Ia juga bagi merealisasikan pengetahuan yang
dipelajari dalam kelas ke alam nyata. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan lagi
hubungan di antara pelajar dan guru. Di samping itu, program ini juga dapat mewujudkan
suasana yang lebih santai, menarik dan seterusnya menghilangkan tekanan pelajar-pelajar
setelah menghadapi ujian Mac yang baru diadakan. Dalam masa yang
sama mampu mencetuskan kreativiti pelajar melalui pertandingan-pertandingan yang
dianjurkan. Kemudian pelajar-pelajar dapat mengembangkan dan meningkatkan daya intelek
serta pemikiran rasional, kritis dan kreatif. Pelajar juga dapat mengabung jalinkan ilmu yang
diperolehi dengan ilmu yang dipelajari di dalam bilik darjah dengan aktiviti yang didedahkan
di luar bilik darjah seterusnya dapat menekankan pembangunan modal insan supaya pelajar
sekolah ini memiliki minda kelas pertama.

OBJEKTIF

Minggu Karnival Bidang ini diadakan adalah untuk:

i. Meningkatkan pencapaian pelajar dalam bidang akademik menerusi aktiviti-


aktiviti yang dijalankan.

ii. Memberi tanggapan yang positif terhadap mata pelajaran yang dianggap sukar
oleh para pelajar

iii. Memberi pengalaman yang menarik kepada pelajar.

iv. Menjana minda kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar.

v. Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti sikap kerjasama


dan saling bantu-membantu.

TEMA

"PELAJAR CEMERLANG, PENDIDIKAN TERBILANG"

TARIKH
16 APRIL- 18 APRIL 2018
TEMPAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar Sipitang.

KUMPULAN SASAR

Semua pelajar Tingkatan 1 hingga 5

SUMBER KEWANGAN

Bergantung kepada keperluan program serta aktiviti yang dijalankan. Jika perlu, peruntukan
PCG Panitia-panitia yang terlibat akan digunakan.

AJK PELAKSANA PROGRAM

Sila rujuk Lampiran A

TENTATIF PROGRAM

Sila rujuk Lampiran B

PENUTUP

Semoga segala perancangan yang telah dibuat dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan
serta mencapai objektif yang diharapkan.
Disediakan oleh,

………………………………………...........
NUR AISY RAIHANAH PANICKER,
PENGARAH
KARNIVAL MINGGU BIDANG 2018

Disahkan oleh,
Disemak oleh,

........................................................ ………………………………………………….
JAMALUDIN BIN MATZIN
NEKELIOES KANDRICK GUGKANG, PENGETUA
KETUA BIDANG, SMK PENGIRAN OMAR, SIPITANG
SAINS DAN MATEMATIK.
SMK PENGIRAN OMAR.

Anda mungkin juga menyukai