Anda di halaman 1dari 2

Bagaimanakah konsep Hero pada zaman Kesultanan Melayu Melaka menggambarkan nilai-nilai

Feudal dalam kehidupan masyarakatnya.

Pada zaman kesultanan Melayu Melaka kita dapat melihat banyak konsep hero yang dimainkan
oleh watak watak dalam sejarah melayu tersebut. Daripada konsep hero tersebut, ianya adalah
merupakan gambaran terhadap nilai nilai feudalisme masyarakat melayu Melaka pada waktu itu.
Pada zaman kesultanan melayu Melaka, mereka menggunakan system feudal. Sistem feudal
telah membentuk susun lapis masyarakat menjadi empat bentuk heirarki, iaitu Raja atau Sultan
berada di puncak kuasa, kedua, kaum bangsawan yang menjadi wakil raja dan pemungut hasil
cukai, ketiga ialah rakyat dan terakhir ialah hamba. Konsep hamba dalam masyarakat tradisional
terbahagi kepada dua, iaitu hamba huang dan hamba abdi. Disebabkan masyarakat tradisi tidak
mempunyai peluang memilik harta peribadi, misalnya tanah, maka mereka perlu bekerja untuk
menghasilkan makanan di atas tanah milik bangsawan.

Dalam konteks sejarah Melayu khususnya dalam masyarakat Melayu Melaka kita dapat
lihat peranan hero yang dimainkan oleh raja yang menempati lapisan pertama dalam system
hierarki masyarakat melayu. Raja adalah seorang pemimpin kepada daerahnya menunjukkan
kekuasaannya dalam menjaga rakyatnya. Misalnya, kita dapat mengambil contoh dari Sulalatus
Salatin dimana peranan hero seorang pemimpin Melaka iaitu Sultan Alaudin Riayat Syah dalam
pembasmian pencuri. Beliau dikatakan keluar sendiri bersama dua pengikutnya untuk mengintip
dan membnuh pencuri di sekitar Melaka. Dalam hal ini kita boleh lihat nilai tanggungjawab dalam
diri Sultan tersebut dalam menjaga kebajikan masyarakat dan keselamatan negerinya.

Seterusnya, dari lapisan kedua boleh dilihat melalui peranan hero seorang kaum
bangsawan seperti Hang Tuah. Hang Tuah ialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu
pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka) bermula
pada 1400-1511. Perwatakan yang dimainkan oleh Hang Tuah semasa menyelamantkan seorang
Dato' Bendahara daripada seorang lelaki yang sedang mengamuk. Dato' Bendahara kagum
dengan ketangkasan mereka lalu menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya
mengambil mereka untuk bertugas di istana. Selain itu, setelah bertugas sebagai orang suruhan
raja, semasa mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit, Hang Tuah telah berjaya membunuh
seorang pendekar Jawa bernama Taming Sari. Melalui peristiwa ini, kita dapat simpulkan bahawa
watak yang dimainkan oleh Hang Tuah ini adalah melahirkan nilai feudal yang tangkas dalam ilmu
pertahanan diri.

Dalam pada itu, bagi lapisan akhir iaitu hamba, watak Badang memainkan peranan penting
dalam nilai sistem feudal ini. Sebelum menjadi seorang bangsawan, Badang meruapkan hamba
kepada seorang majikannya. Badang mengusahakan tanah tuannya sehinggalah pada suatu hari
Badang telah beroleh gagah akibat makan muntah hantu yang telah mencuri ikannya di sungai.
Selain itu, watak hero Badang juga digambarkan melalui Raja Benua Keling telah menghantar
pahlawan yang tergagah untuk menandingi kegagahan Badang. Dalam pertandingan itu
mereka disuruh bergusti dan Badang berjaya menewaskan Nadi Bija Biakra itu. Mereka juga
bertanding mengangkat batu. Pahlawan Raja Benua Keling hanya terdaya mengangkat
separas lutut. Namun Badang mengangkat batu tersebut, sambal dilambung-lambung dan
dilontarkannya hingga ke kuala. Peristiwa Badang ini mengungkapkan nilai kegagahan watak
sebagai hero dalam meningkatkan status kehidupan mereka untuk mencapai mobiliti sosial
yang meningkat.

Kesimpulannya, konsep hero dalam kesultanan Melayu Melaka adalah dimainkan oleh
kelas masyarakat yang berbeza mengikut hierarki. Perwatakan yang mereka perankan akan
menghasilkan nilai feudal yang selari dengan setiap lapisan masyarakat dalam kesultanan
Melayu Melaka.