Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENGENALAN
Menurut Maulana, M. Z. (2009). Rasm ialah pembentukan lafaz atau perkataan
melalui penggabungan huruf-huruf hijaiyah atau gamabran-gambaran kalimah yang
seterusnya dapat dituturkan. Ia juga boleh diertikan sebagai apa sahaja yang berkaitan
dengan apa-apa jenis khat.

Manakala ilmu Rasm ialah satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz-lafaz
atau ucapan untuk memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf-huruf asal
dan ilmu yang membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan
menggantikan hurufpenulisan (rasm) Al Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w yang
diikuti secara ijma’ (sepakat) oleh seluruh ulama’ mujtahidin kerana tulisan ini adalah
berbentuk taufiqiyahdan iadibuat di bawah pengawasan Nabi Muhammad s.a.w.

Rasm Uthmani pula ditakrifkan sebagai ilmu yang membincangkan kaedah penulisan
kalimah-kalimah ayat Al-Quran yang diguna dan dipersetujui oleh Khalifah Uthman ketika
proses penyalinan dan penulisan Al-Quran dilakukan. (Maulana, M. Z., 2009).

Penulisan Rasm ini dibuat berdasarkan apa yang telah diriwayatkan oleh para ulama’
rasm (tulisan) daripada mashaf-mashaf yang telah dihantar oleh Khalifah Uthman r.a ke Kota
Basrah, Khufah, Syam, Makkah dan Madinah termasuklah yang diperuntukkan khas bagi
rujukan Khalifah di Kota Madinah.

Rasm Uthmani ini juga dikenali sebagai Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada para
sahabat yang bertanggungjawab untuk menulis mashaf-mashaf dengan menggunakan
rasm tersebut. Di samping itu, ia juga dinamakan sebagai Rasm Taufiqi kerana kebanyakan
ulama berpendapat bahawa rasmtersebut merupakan kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah
s.a.w dan bagindalah yang memerintahkan supaya ianya digunakan dalam penulisan Al
Quran pada ketika itu.

2.0 SEJARAH RASM UTHMANI

Sewaktu Rasulullah SAW masih hidup, ayat al-Quran tidak dihimpunkan dalam
satu mashaf kerana ada ramai huffaz(penghafal Al-Quran) dan qurra’(pembaca Al-Quran).
Pada zaman Saidina Abu Bakar menjadi khalifah ramai huffaz mati dalam peperangan. Oleh
itu, saidina Umar mencadangkan kepada Saidina Abu Bakar supaya dihimpunkan helaian
ayat-ayat Al-Quran yang ditulis berasingan sebelumnya kerana bimbang akan kehilangannya
dengan sebab kematian huffaz dan qurra’. Al-Quran kemudian ditulis oleh Zaid hasil
pengumpulan daripada lembaran yang ada dan akhirnya diikat kemas, tersusun turutan
ayatnya sebagaimana yang ditetapkan oleh Rasulallah SAW. Mashaf ini diserahkan
kemudiannya kepada Saidina Abu Bakar. Selepas kewafatannya, diserahkan pula kepada

1
Saidina Umar al-Khattab. Selepas beliau wafat, mashaf itu dipindahkan ke rumah
Hafsah, isteri Rasulullah SAW yang juga anak Saidina Umar sehingga ke saat pengumpulan
dan penyusunan Al-Quran pada zaman Khalifah Uthman. Apabila berlaku pertentangan
dari sudut bacaan ayat Al-Quran (disebabkan kemunculan ilmu Qiraat yang telah diizinkan
Nabi Muhammad sebelumnya), ia akhirnya memaksa kepada tindakan Khalifah Uthman untuk
membukukan Al-Quran. Maka dibentuk satu jawatankuasa penyelaras dalam usaha
membukukannya. Akhirnya terhasillah apa yang dinamakan Mashaf Uthmani hasil
penggemblengan tenaga oleh Zaid bin Thabit sebagai ketua, Abdullah bin Zubair, Said bin
Ash dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam. Akhirnya mashaf Uthmani itu bertebaran ke
seluruh dunia yang menjadi panduan umat Islam yang paling utama hingga hari ini. ( Mohd,
R. J.,2008).

3.0 PERBEZAAN RASM UTHMANI DENGAN RASM IMLA’I

Rasm Al Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu rasm Qiyasi / Imla’i dan rasm
Istilahi / Uthmani. Rasm Qiyasi / Imla’i secara ringkasnya merupakan penulisan menurut
ucapan atau pertuturan. Manakala rasm Istilahi / Uthmani merupakan penulisan menurut
kaedah tertentu yang mana ia tidak sama dengan penulisan biasa dari segi sebutan
disebabkan ia menggunakan beberapa keadah seperti membuang, menambah,
mengganti, menyambung, atau memisahkan huruf dan penulisan hamzah. Kebanyakan
mashaf ditulis mengikut kaedah ini. Oleh itu, penulisan mashaf Uthmani ini diakui sebagai
penulisan yang bersifat taufiqiyah. Maka, penggunaan tulisan Imla’i atau Qiyasi tidaklah
diharuskan. (Qabbani, N.,1999)

Selain itu, perbezaan antara Rasm Uthmani dengan Rasm Imla’iy.Perbezaan ini
hanyalah pada kedudukan sesuatu huruf, hazaf dan ziadah. Konsep ini berkait rapat dengan
kaedah bahasa Arab. Perbezaan ini mempunyai implikasi besar dalam ilmu bahasa dan ilmu
Qiraat. Sebagai contoh :

Jika ditulis dalam Rasm Uthmani :

2
Dalam bacaan kita di Malaysia mengikut Qiraat Hafs daripada ‘Asim, kita membaca kalimat

dengan panjang dua harakat. Sedangkan dalam Qiraat lain, mereka membacanya dengan
pendek (tiada mad). Inilah di antara keunikan Rasm Uthmani berbanding dengan Rasm Imla’i
dan kaedah Bahasa Arab sekarang.Ianya meraikan bacaan-bacaan mengikut Qiraat yang
Mutawatirah. (Azahari, O.,1996).

Rasm Uthmani mempunyai banyak kelebihan berbanding rasm imla’i. Antaranya ialah,
rasm Uthmani merupakan penulisan yang mengikut Sunnah Rasullullah SAW. Rasm Imla’i
ula tidak pernah di ajarkan oleh Rasullullah SAW. Selain itu, rasm Uthmani juga mengikuti
tulisan Al-Quran yang asal. Manakala rasm Imla’i tidak pernah digunakan untuk menulis Al-
Quran pada zaman Rasullullah dan sahabat. Ia hanya digunakan untuk menulis perkataan-
perkataan arab sahaja dan hanya berlaku untuk memberi kemudahan kepada orang ramai
membca Al-Quran sahaja. Berbanding dengan rasm Uthmani yang merupakan salah satu
mukjizat Al-Quran. (Qabbani, N.,1999)

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kelebihan yang menjadikan Rasm Uthmani itu sangatperlu diberi


perhatian. Beberapa cirri yang telah dikemukakan oleh para ulama seharusnya
memberikan kesedaran kepada kita, bahawa sesungguhnya rasm ini sangat perlu diberi
keutamaan apabila seseorang itu ingin membaca atau menulis Al Quran. Di samping
itu, beberapa keistimewaan yang terdapat pada Rasm Uthmani sebagaimana yang
diterangkan olehpara ulama sebenarnya boleh menyedarkan kita bahawa rasm tersebut
sememangnya merupakan wahyu daripada Allah s.w.t. Sekiranya ia hanyalah merupakan
ijtihad para sahabat semata-mata,maka sudah tentulah huruf-huruf Al Quran itu bukannya
satu mukjizat. Sekiranya ini berlaku,maka sudah pastilah Al Quran itu terdedah dengan
perubahan dan penyelewengan.

(830 Patah Perkataan)

3
5.0 RUJUKAN

Azahari, O. (1996). Kaedah tajwid rasm Uthmani dalam al-Quran. Kuala Lumpur: Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia

Maulana, M. Z. (2009). Manzil rasm uthmani. Kuala Lumpur: PTS Islamika.

Mohd, R. J. (2008). Tarikh al-Quran dan rasm Uthmani. Batu Caves: Pustaka Khodim Al
Mushaf

Qabbani, N. (1999). Rasm bi-al-kalimat. Beirut: Author.

Anda mungkin juga menyukai