Anda di halaman 1dari 3

4.

TERANGKAN CARA MENGATASI MASALAH TERSEBUT

Menurut penulis, kajian yang dijalankan ini menggunakan intervensi “The Good
Behavior Game” sebagai intervensi masalah tingkah laku mengganggu di dalam bilik darjah.
Masalah tingkah laku yang ingin diatasi oleh penulis ialah untuk mengurangkan kekerapan
tingkah laku sampel kajian melipat kertas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Penulis didapati bahawa intervensi yang digunakan iaitu “The Good Behavior
Game” menjadi vaksin kepada masalah tingkah laku menggangu. Menurut Latrape, 2013, “The
Good Behavior Game” menjadi sejenis peneguhan positif yang boleh diubah mengikut keperluan
dan kebolehan pelajar yang pelbagai di dalam bilik darjah bagi menangani masalah tingkah laku
yang menggangu secara efektif.

Dengan ini, kajian ini membuktikan bahawa “The Good Behavior Game” merupakan satu
jenis prosedur permainan yang dapat membantu dalam mengurangkan tingkah laku disruptif iaitu
melipat kertas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung yang sentiasa
berorientasi kelopok yang saling bergantung. Permainan ini pertama kali diperkenalkan pada
tahun 1969 oleh Barrish dan telah digunakan secara luas di seluruh Dunia. Hal ini kerana,
permainan ini menjadi popular dengan kemudahannya dan waktu penggunaannya amat sesuai
dalam konteks pengajaran yang berlaku(Tingstorm,Sterling-Tumer dan Wilczynski,2006).

Sehubungan dengan itu, “The Good Behavior Game” ini juga merupakan satu intervensi
yang sesuai dan memberi kesan yang efektif dalam menangani masalah tingkah laku di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kajian ini juga didapati, satu tingkah laku positif
dapat dibentuk iaitu murid dapat mengikuti peraturan di dalam kelas dan mengurangkan tahap
tingkah laku melipat kertas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kadar yang
paling rendah.Setiap perlakuan atau perbuatan yang terzahir oleh murid – murid adalah
disebabkan faktor-faktor tetentu yang mempengaruhi perbuatan tersebut.Namun setiap perbuatan
ini mempunyai kesan-kesan yang tertentu yang mana kesannya adalah kepada murd itu sendiri
malah memberi kesan juga terhadap orang lain. Secara amnya, tingkah laku distruptif ini
menggangu dan memberi kesan negatif terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas.
Oleh itu, tingkah laku bermasalah seperti melipat kertas sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran tidak boleh dipandang remeh. Hal ini kerana ia akan menjejaskan keberkesanan
perjalanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Setelah sesuatu tingkah laku bermasalah
dikenalpasti seperti berikut dikenalpasti, guru haruslah menggunakan teknik modifikasi tingkah
laku yang sesuai untuk menangani masalah tersubut. Kajian ini merupakan salah satu amalan
penambahbaikan guru terhadap pengajaran dan pembelajran di dalam bilik darjah. Kekuatan dan
kelemahan perlu diambil kira dalam setiap tindakan yang dijalankan. Guru merupakan “role
model” dan agen perubahan kepada tingkah laku murid – murid, maka guru perlulah
menunjukkan nilai- nilai murni atau teladan sebagai contoh kepada murid – murid. Pandangan
dan kajian ini juga boleh dijadikan sebagai panduan oleh pihak sekolah bagi merancang strategik
– strategik untuk meningkatkan keberkesanan mengatasi tingkah laku bemasalah di kalangan
murid- murid.

Penulis telah menggunakan intervensi “The Good Behavior Game” mengikut tiga fasa
bagi menangani masalah tingkah laku sampel kajian yang melipat kertas sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Fasa pertama adalah fasa sebelum intervensi
(baseline) iaitu penulis tidak menggunakan sebarang kaedah intervensi ke atas tingkah laku
sasaran. Penulis mengatakan bahawa kekerapan tingkah laku menggangu yang ditunjukkan oleh
sampel kajian sebelum intervensi “The Good Behavior Game” adalah tahap yang agak tinggi.
Fasa kedua merupakan fasa semasa intervensi iaitu penulis telah menjalankan intervensi terhadap
sampel kajian. Keberkesanan intervensi ini dapat dilihat selepas menjalankan intervensi selama
dua minggu penurunan terhadap tingkah laku melipat kertas sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran. Fasa ketiga adalah fasa penarikan intervensi. Menurut penulis, sampel kajian
dapat mengekalkan tingkah laku positif dan kurang melipat kertas sewaktu proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung walaupun intervensi tidak dilaksanakan. Ini menunjukkan
intervensi yang digunakan oleh penulis dapat mengatasi masalah dengan berkesan.

Penulis turut mengatakan bahawa penurunan keterapan tingkah laku melipat kertas dilihat
begitu ketara dari fasa baseline hingga ke fasa tanpa intervensi. beliau juga mengatakan bahawa
masalah tingkah laku tersebut masih berlaku kerana tempoh masa kajian yang singkat. Oleh itu,
penulis telah mencadangkan bahawa, sekiranya diberi masa yang lebih panjang untuk
menjalankan kajian ini akan dapat menghapuskan tingkah laku sampel kajian melipat kertas
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan baik.