Anda di halaman 1dari 4

PERTUBUHAN SKUAD PRIHATIN

(PPM-015-10-15112018)

MINIT MESYUARAT BIL (1)/ 2018

Tarikh : 17hb November 2018


Masa : 9.00 malam
Tempat : Dewan Komuniti Taman Raden Jaya
1
Page

PPM-015-10-15112018 | PSP_MINIT
KEHADIRAN

1. Puan Salamiah Binti Udek Pengerusi


2. Puan Siti Waheda Binti Ramli Tim. Pengerusi
3. Mohamad Azman Bin Abdul Azis Setiausaha
4. Aminasrul Asrizal Bin Nawari Pen. Setiausaha
5. Ibrahim Bin Moin Bendahari
6. Amirul Shahnizam Bin Nawari Ahli Jawatankuasa
7. Mohd Razis Bin Ramli Ahli Jawatankuasa

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan surah Al Fatihah dan doa.
1.2 Mengucapkan Syukur kerana Pertubuhan Skuad Prihatin telah berjaya didaftarkan di
ROS dan telah mendapat kelulusan.
1.3 Mengucapkan tahniah buat semua Ahli Jawatankuasa yang menyokong usaha
penubuhan ini dan mengharapkan gerakkerja yang baik untuk membawa imej
pertubuhan.
Tindakan : Makluman

2. MEMBUAT KEPALA SURAT RASMI PERTUBUHAN


2.1 Pengerusi memaklumkan agar kepala surat (Letterhead) dibuat bagi memudahkan
segala urusan berkaitan pertubuhan ini.
Tindakan : Setiausaha

3. MEMBUKA AKAUN BANK PERTUBUHAN


3.1 Setelah berbincang semua ahli jawatankuasa Pertubuhan Skuad Prihatin telah bersetuju
2

untuk membuka satu akaun semasa di CIMB cawangan Kuala Selangor. Mesyuarat juga
Page

PPM-015-10-15112018 | PSP_MINIT
bersetuju untuk menetapkan tiga (3) nama sebagai pemegang amanah akaun tersebut
yang terdiri daripada:-

3.1.1 Pengerusi : Pn. Salamiah Binti Udek (611208105382)


3.1.2 Setiausaha : En. Mohamad Azman Bin Abdul Azis (840521105759)
3.1.3 Bendahari : En. Ibrahim Bin Moin (731122105417)

3.2 Mesyuarat juga bersetuju menetapkan penandatangan mestilah terdiri dua (2) daripada
tiga (3) nama yang telah dicadangkan.
Tindakan : Pengerusi, Setiausaha & Bendahari

3.3 Setiausaha memaklumkan akan membuat satu surat untuk permohonan membuka
akaun kepada pihak CIMB bank cawangan Kuala Selangor.
Tindakan : Setiausaha

4. HAL-HAL LAIN
4.1 Setiausaha memaklumkan bahawa pihak daftar pertubuhan telah mengeluarkan sijil
untuk pertubuhan ini beserta perlembagaan pertubuhan. Satu salinan akan disimpan di
dalam fail pertubuhan sebagai rujukan dan setiap ahli jawatankuasa akan diberikan satu
salinan sebagai simpanan.
4.2 Mengharapkan agar semua ahli jawatankuasa memahami objektif dan misi pertubuhan
ini ditubuhkan.
Tindakan : Makluman
3
Page

PPM-015-10-15112018 | PSP_MINIT
5. PENUTUP
5.1 Pengerusi mengucapkan terimakasih kerana AJK yang hadir sudi melapangkan masa dan
mengharapkan ukhuwah sentiasa terjalin dan harmoni.
5.2 Pengerusi memaklumkan akan memanggil semua Ahli jawatankuasa untuk
membincangkan secara khusus program-program akan datang.
5.3 Mesyuarat ditangguhkan dengan tasbih kifarah dan surah al-asr.

Mesyuarat tamat jam 11.15 malam.

Disediakan oleh,

..........................................………………..
(MOHAMAD AZMAN BIN ABDUL AZIS)
Setiausaha

Disahkan oleh,

............................................
(SALAMIAH BINTI UDEK)
Pengerusi

S.k 1-Fail
4
Page

PPM-015-10-15112018 | PSP_MINIT

Anda mungkin juga menyukai