Anda di halaman 1dari 2

Menjelang Hari Raya

Esok Hari Raya Aidil Fitri akan menjelang.Aku sekeluarga sibuk melakukan
persiapan akhir untuk menyambut kedatangannya. Sejak pagi lagi, ibu tidak menang
tangan menyediakan pelbagai juadah. Aku dan kakak turut membantu ibu di dapur.
Kali ini ibu memasak ketupat, rendang daging, gulai ayam dan kuah kacang. Ibu turut
menyediakan makanan kegemaranku iaitu lontong.

Di belakang rumah, ayah dan abang sedang sibuk menyediakan dodol


sebagai juadah hari taya. Adik-adikku pula bersorak riang sambil bermain bunga api
di halaman rumah.

“Baik-baik bermain bunga api itu ! “ jerit ibu yang turut menjenguk
keluar tingkap. Dalam kesibukan di dapur, ibu tetap bimbang akan keselamatan
ketiga-tiga adikku itu. Aku menyusun kad-kad ucapan hari rata yang telah diterima
daripada sanak-saudara dan rakan taulan yang kusayangi. Kad-kad itu aku
gantungkan pada ranting pokok yang diletakkan di dalam pasu bunga.

Aku tidak sabar menanti hari esok kerana selepas menunaikan solat
hari raya, kami sekeluarga akan bertolak pulang ke kampung ayah. Aku mula
merasakan keseronokan berhari raya bersama sanak saudara di kampung.

Bil Frasa / ayat Nilai


murni

1
2
3
4
5

Anda mungkin juga menyukai