Anda di halaman 1dari 4

MENGHORMATI MENTUA BERMAKNA JANGAN

MENDERHAKAINYA
Selesai sahaja majlis akad nikah, setiap pasangan tanpa disedari telah menambahkan ahli baru
dalam kehidupan indah mereka iaitu mentua. Manakala di pihak mentua pula dengan senyum semanis
kurma telah menyambut mesra kehadiran menantu mereka.
Islam meletakkan status dan kedudukan yang tinggi terhadap kedua ibu bapa termasuk mentua
kita . Tanggungjawab itu tidak boleh diabaikan oleh menantu, terutamanya menantu lelaki. Mengabaikan
tanggungjawab terhadap mertua bagaikan mengabaikan ibu bapa kita sendiri. Ajaran agama kita
dengan jelas menyatakan bahawa kita tidak akan terbatal wuduk dengan mentua kita. Rasulullah SAW ada
ada menyatakan kedudukan mentua melalui sabda Baginda yang bermaksud “Ibu mentua kedudukannya
adalah sebagai ibu “ ( Riwayat At-Tirmidzi dan Ahmad)
Taraf dan penghormatan kita terhadap mentua sama seperti ibu bapa kita sendiri.
Sememangnya kita ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan kepada mereka atas sifat sebagai
menantunya. Selagi ditanam perasaan asing dalam pemikiran dengan menganggap mentua adalah
ibubapa kelas kedua maka selagi itulah ruang terbuka untuk menanam rasa curiga dan irihati sentiasa.
Kesejahteraan rumah tangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu
terhadap mentua. Jika tanggungjawab itu diabaikan pastinya isteri kepada seorang suami menjadi tidak
selesa bilamana ibu bapanya telah diabaikan suami. Tegasnya, kedudukan ibu bapa sendiri dan mentua
adalah sama kedudukannya. Tidak akan rugi apa-apa seandainya kita berbuat baik kepada
mereka. Pepatah Arab ada menyebut yang bermaksud " Buatlah baik kepada manusia nescaya kamu dapat
mengabdikan hati mereka."
Bagi sesetengah pasangan, permasalahan hubungan antara menantu dan mentua kerap menjadi
punca timbulnya konflik suami dan isteri. Meskipun di zaman ini sudah banyak pasangan yang tidak
tinggal serumah dengan mentua, namun bukan bererti bahawa masalah menantu dan mertua telah
berakhir. Ada sesetengah menantu dan mentua terpaksa adakan gencatan senjata berpunca daripada
perang dingin yang berpanjangan.
Mutakhir ini semakin ramai yang salah tanggap mengenai tanggungjawab sebenar seorang
menantu terhadap mertuanya. Manifestasi tersebut telah membawa kepada rasa kurang hormat terhadap
mertua. Sedangkan agama menuntut agar mereka wajib di hormati sepertimana penghormatan terhadap
ibu bapa kita sendiri. Tambahan pula dikala usia tua mereka yang memerlukan pen jagaan
kita . Allah berfirman didalam Al Quran yang bermaksud “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya
kamu jangan menyembah selain Nya dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-
baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam
pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah
kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkahlah
dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah
mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil” (Surah Al-Israa’: 23-24)
Apabila wujudnya rasa kurang rasa hormat dan menurunya nilai tanggungjawab yang sepatutnya
dilakukan perasaan dukacita terpancar dihati mereka. Menantu lelaki terutamanya mempunyai
tanggungjawab yang berat terhadap mertua berbeza dengan menantu perempuan. Kalau seorang wanita
perlu meletakkan suami sebagai individu yang perlu dihormati dan ditaati selepas Allah dan Rasul, bagi
lelaki pula dalam konteks menantu dan mertua, mereka wajib menghormati ibu mentua
lalu diikuti dengan bapa mentua.
Perasaan kasih sebagai anak sendiri mesti ditanam kukuh dalam jiwa dan perasaan setiap
mentua terhadap menantunya. Memberi layanan kelas kedua terhadap menantu akan mengheret dilema
kebencian menantu kepada mentuannya secara berterusan. Ditokok tambah dengan masalah kecil yang
dicantumkan untuk mempertahankan rasa permusuhan tersebut.
Sekiranya ada apa-apa masalah yang timbul melibatkan menteua dan menantu, terutama dalam
tempoh penyesuaian cara hidup baru maka perbincangan secara keluarga perlu dihidupkan. Mentua
sebagai orang lama yang banyak merasai asam garam kehidupan hendaklah bertindak matang sesuai
dengan status dan kedudukannya, tanpa menggunapakai kuasa mutlak dalam apa jua tindakan.
Tidak dinafikan ada kalangan mentua yang cerewet sifat dan perilakunya. Mereka sering
mencampuri urusan rumah tangga anak mereka sehingga anak membawa kepada padah bercerai-berai.
Namun tidak dinafikan bahawa sikap bergadang dan keras hati bernafsukan kemarahan berpunca
daripada salah tanggapan melibatkan rasa tidak puas hati kedua-dua belah pihak yang terlibat.
Masyarakat sekeliling juga dilihat berperanan mengeruhkan suasana dan hubungan diantara
mentua dan menantu. Mereka melemparkan pelbagai persepsi negatif terhadap kedua-duanya. Ada
kalangan tertentu yang memanaskan keadaan dengan bertindak sebagai batu api yang menyembunyikan
peranan mereka.
Ada ahli masyarakat yang beranggapan bahawa kalau ingin melihat rumah tangga pasangan
yang baru kahwin itu bahagian maka mentua harus diasingkan. Lebih parah keadaanya apabila menantu
dilarang mewujudkan hubungan yang baik dengan mentua sebagai petua menjaga keharmonian rumah
tangga. Ada yang menyebut bahawa mentua tidak boleh dibawa tinggal bersama dengan anak menantu.
Banyak lagi tanggapan negatif yang disebarkan dan amat menghairankan apabila ianya mudah dipercayai
dan diterima oleh pasangan yang baru berkahwin. Persepsi yang tidak baik ini jika dibiarkan
berupaya membunuh mesra diantara mentua dan menantu.
Setiap keluarga mempunyai budaya kehidupan keluarga yang tersendiri. Begitu halnya antara
menantu dan mentua yang tentunya memiliki cara dan kaedah pengurusan kehidupan keluarga yang
berbeza. Contohnya, cara pengurusan kehidupan bandar berbeza dengan cara pengurusan hidup di
kampong. Perbezaan yang ketara biasanya melibatkan status keluarga, status pendidikan, pegangan
agama, pengalaman peribadi dan gaya interaksi yang menjurus kepada pembentukan karektor, sikap dan
gaya pembawaan seseorang individu bilamana berhadapan dengan sesuatu masalah.
Jangan mudah bersikap negatif dan saling menyalahkan apabila berlakunya ombakan perasaan
tidak puashati dalam keluarga berkaitan. Usah menyalahkan antara satu sama lain lantas
bertindak bermusuhan antara mentua dengan menantu. Sebaik penyelesaian ialah belajarlah sedikit demi
sedikit melihat sesuatu permasalahan secara objektif. Mulakan dengan mengubah pola pemikiran kita
sendiri. Hal ini berkait rapat kerana pasangan yang mempunyai sikap prejudis di dalam diri.
Melayan sikap yang negatif yang membiak dalam diri kita menyebabkan kita
sering menyalahkan orang lain. Dengan mudah kita memustuskan hubungan
silaturrahim semata-mata kerana nafsu dan sikap buruk kita sendiri. Rasulullah SAW
mengingatkan kita melalui sabda Baginda “ Sesungguhnya rahmat Allah tidak turun
pada kaum yang adapadanya orang-orang yang memutuskan silaturrahim.”(Riwayat
Ahmad)
Rasulullah SAW telah menekankan bahawa derhaka kepada orang tua adalah salah satu dosa besar
setelah menyekutukan Allah SWT. Sabda Baginda “Adakah kalian mahu kuberitahu tentang dosa-dosa
yang besar?”. Para sahabat menjawab: “Kami mahu, wahai Rasulullah SAW”. Rasulullah SAW bersabda: “
menyekutukan Allah SWT dan derhaka kepada orang tua”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sementara mentua pula sewajarnya menghormati apa jua keputusan anak dan menantu dengan
mengiktiraf kedewasaannya. Mentua seberapa upaya hendakalah cuba memahami kehendak dan
keperluan mereka.Tiada salahnya kita mendengar pendapat anak dan menantu kita lebih-lebih lagi zaman
kita berbeza dengan zaman yang dilaluinya kini. Selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum dan prinsip
agama maka kita sebagai mentua tidak ada sebab dan alasan untuk menolak apa jua cadangan
untuk kebaikan anak menantu kita.

Mentua hendaklah kita berperanan sebagai insan yang boleh membantu mengembirkan
kehidupan anak menantu. Sewajarnya kita mengambil berat tentang keadaan anak dan menantu untuk
menunjukkan rasa kasih dan sayang terhadap keduanya, lebih-lebih lagi kepada cucu kita yang dihasilkan
oleh zuriat mereka. Berkongsi pengalaman dengan bercerita dan berkongsi idea serta mendapatkan
pandangan daripada menantu dalam apa-apa isu keluarga yang bersesuaian adalah pendekatan terbaik
merapatkan hubungan diantara mentua dan menantu.
Sewajarnya menantu juga menunjukkan sikap yang baik, mudah mesra dan bertolak ansur dengan
mentua. Sikap tolak ansur ini adalah amalan yang terpuji dalam agama kerana menghapuskan sifat
mementingkan diri sendiri. Hari ini kita mengamalkan sikap bertolak ansur terhadap mentua kita.
Suatu masa nanti bakal menantu kita akan meneruskan sikap dan amalan yang sama terhadap
kita. Sekurang-kurangnya kita boleh berkongsi memahami jiwa dan perasaan orang tua yang sangat
sensitif dan mudah tersentuh itu. Yakinlah bahawa kita juga akan mengambil alih tempat mereka dengan
alunan perasaan yang sama terhadap menantu yang bakal hadir sebagai penyeri dalam kehidupan kita
nanti.

Anda mungkin juga menyukai