Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

MAJLIS PENGIKTIRAFAN KECEMERLANGAN (MAGIKAL) ,


DIALOG PRESTASI (DATA) DAN PENETAPAN TARGET STPM
PENGGAL 3 2018 DAN PENGGAL 1 2019 (NETT)
SMK GADONG

TARIKH
27 SEPTEMBER 2018

TEMPAT
SMK GADONG

ANJURAN
UNIT PENGURUSAN TINGKATAN ENAM,
SMK GADONG

DENGAN KERJASAMA
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PRAUNIVERSITI
(MAPENA)
KERTAS CADANGAN
MAJLIS PENGIKTIRAFAN KECEMERLANGAN (MAGIKAL) , DIALOG PRESTASI (DATA) DAN
PENETAPAN TARGET STPM PENGGAL 3 2018 DAN PENGGAL 1 2019 (NETT)
SMK GADONG

1.0 PENDAHULUAN
Kejayaan seseorang pelajar dalam bidang akademik dan kegemilangan sahsiah
adalah sangat berkait rapat dengan sokongan, dorongan, tunjuk ajar serta
nasihat yang berterusan daripada ibu bapa seseorang pelajar serta guru-guru
yang bertanggungjawab mendidik pelajar ini bagi mencapai kejayaan dalam
hidup mereka. Justeru, adalah menjadi harapan daripada program yang
dilaksanakan dapat mempertingkatkan disiplin pelajar dan seterusnya
menjadikan sekolah sebagai institusi yang berkesan untuk melahirkan generasi
pelajar yang cemerlang dari aspek sahsiah dan akademik.

2.0 MATLAMAT
Demi mencapai matlamat falsafah pendidikan negara untuk melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani pelajar
dan ibu bapa perlu diberi kesedaran bahawa aspek disiplin dan prestasi akademik
anak-anak mereka perlu diberi perhatian. Program permuafakatan antara ibu
bapa dan guru ini diharapkan dapat membantu melonjakkan prestasi akademik
dan pembentukan akhlak yang positif di kalangan pelajar.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Membuat permuafakatan dan hubungan baik antara ibu bapa dengan
pihak sekolah
3.2 Memberi kesedaran kepada ibu bapa pentingnya perhatian kepada
pelajaran anak-anak.
3.3 Mendedahkan ibu bapa tentang transformasi prauniversiti serta lebih
proaktif tentang masalah anak-anak.
3.4 Menetapkan target dan aku janji peperiksaan penggal 1 2019 dan penggal
3 2018
4.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Penasihat : Tn. Hj. Abd Ghani Bin Md Ali ( Pengetua )
Pengerusi I : En. Md Rosli Bin Hj Suhailin (PK T6)
Pengerusi II : En. Haszami Bin Mat Zaini(GK Kokum Prauniversiti)

Pengarah program : Pn. Che Hawa The (Unit Kurikulum)


Penyelaras : Pn. Normadiah Liasmat ( Unit HEP )
Setiausaha : En. Muhamad Fared Zulkafli (SU STPM/MUET)
Pn. Siti Hamjah Saprah ( Kaunselor )
Bendahari : Auerelia Aloysius
AJK : Guru Tingkatan
: Semua Ketua Jabatan

AJK PELAKSANA
JAWATANKUASA TUGAS CATATAN
Penyambut Tetamu En. Md Rosli Bin Hj Suhailin
Penolong Kanan Tingkatan Enam
Pendaftaran Pn. Auerelia Aloysius
Cik Siti Fatimah Jasleh
Bacaan Doa Ustaz Amir Hazim Che Din
Pengacara Majlis Afikah Jibin
Siaraya En. Mohd Raffi Maksin
Persegaran/Jamuan Cik Siti Harinah Md. Dun
Pn. Herni Ahmad
MAPENA
Buku Program En. Khantan
MAPENA
MAGIKAL En. Muhamad Fared Zulkafli
Aku Janji Pn. Normadiah Liasmat
Penetapan Target Pn. Che Hawa Teh
Dokumentasi Pn. Colette
Penajaan En. Tukiman
Persiapan Tempat En. Rozlee Ghaffur
MAPENA

5.0 SASARAN
5.1 Pelajar Tingkatan Enam
5.2 Ibu Bapa Tingkatan Enam
6.0 PENGISIAN PROGRAM
6.1 Ceramah, penerangan dan interaksi dengan ibu bapa.
6.2 Amanat Pengetua SMK Gadong
6.3 Taklimat oleh Penolong Kanan Tingkatan Enam
6.4 Ceramah Motivasi Keibubapaan
6.5 Majlis menandatangani Aku Janji dan Penetapan Target STPM

7.0 JADUAL PELAKSANAAN


( Lampiran 1 )

8.0 KEWANGAN
8.1 Cenderahati Penceramah : RM 50.00
8.2 Makan & Minum Pelajar & ibu bapa ( 100 orang X RM 2.00 ) : RM 200.00
8.3 Banner program : RM 150.00
RM 400.00

9.0 PENUTUP
Program ini diharapkan dapat mempertingkatkan kecemerlangan pelajar dan
seterusnya menjadikan sekolah sebagai institusi yang berkesan melahirkan
generasi pelajar yang cemerlang.

Disediakan Oleh,

MUHAMAD FARED ZULKAFLI


Setiausaha.

Disemak oleh

MD ROSLI HJ SUHAILIN
PK Tingkatan Enam,
SMK Gadong, Beaufort

Disahkan Oleh,

TN HJ ABD GHANI MD ALI


Pengetua SMK Gadong
TENTATIF PROGRAM

Tarikh : 27 SEPTEMBER 2018 ( Khamis)


Masa : 8.00 pagi – 12.00 Tengahari
Tempat : Dewan Makan Asrama, SMK Gadong.

Aturcara Program :

7.30 : Pelajar dan ibu bapa mengambil tempat

: Ucapan alu aluan pengerusi majlis

: Bacaan Doa

: Ucapan Md Rosli Hj Suhailin, Penolong Kanan Tingkatan Enam

: Ucapan Pengetua SMK Gadong, Beaufort

: Motivasi Pelajar

9.00 : Penyampaian Sijil Pengiktirafan Pelajar Cemerlang p3 dan p1

9.30 : Lafaz Ikrar Pelajar

10.00 : Rehat / Jamuan Ringan

10.30 : Dialog Prestasi Bersama Ibu Bapa/ Menandatangani Surat Aku Janji

Pelajar dan Penetapan Target STPM Penggal 1 2019 dan Penggal 3 2018

11.00 : Ke Pameran Seni Visual

Anda mungkin juga menyukai