Anda di halaman 1dari 3

CEE 521.

Assignment 19.

Fact Sheets – Cara Elak Dan Mengurangkan Diabetes.

Definisi Diabetes Penyakit Kencing Manis

 Komitmen Diri – amal pemakanan sihat, lakukan senaman


dan kawal berat badan.
 Jangan Merokok – perokok yang alami diabetes tiga kali
ganda berhadapan maut akibat penyakit kardiovaskular.
 Kawal Tekanan Darah Dan Paras Kolesterol – amalkan
pemakanan sihat, kerap bersenam dan selalu lakukan
pemeriksaan kesihatan.
 Pemeriksaan Tahunan Mata Dan Fizikal – kenal pasti
komplikasi seperti tanda kerosakan fungsi buah pinggang,
saraf atau masalah jantung.
 Gunakan Vaksin Terkini – dapatkan nasihat doktor berkaitan
vaksin flu, vaksin pneumonia, suntikan tetanus atau suntikan
hepatitis B bagi penghidap diabetes.
Cara Elak Diabetes  Jaga Kebersihan Gigi – memberus gigi sekurang-kurangnya 2
kali sehari, lakukan amalan flos dan berjumpa doktor gigi
setiap 6 bulan.
 Beri Perhatian Serius Kepada Kaki – luka dan lepuhan boleh
menyebabkan jangkitan. Basuh kaki dengan air hangat setiap
hari, keringkan, sapukan pelembap dan rawat secepat
mungkin jika terdapat luka.
 Ambil Aspirin Harian – mengelakkan darah daripada
tersumbat, serta mengurangkan risiko serangan jantung dan
strok.
 Elakkan Minuman Beralkohol – alkohol menyebabkan gula
dalam darah menjadi rendah. Kiraan pengambilan kalori
harian perlu diambil kira dalam makanan dan minuman
beralkohol.
 Hindari Stres – penghasilan hormon akibat stres akan
menghalang insulin berfungsi dengan baik. Perlu amalkan
teknik relaksasi dan dapatkan tidur secukupnya.
Assignment 20.

(Laporan Kerja Pelajar)

Para pelajar Tingkatan 3 Kemahiran 7 telah dibahagikan kepada 5 kumpulan, iaitu 7


orang pelajar bagi setiap kumpulan. Setiap kumpulan diminta menyediakan ‘lembaran fakta’
yang berkaitan dengan tajuk ‘Cara Untuk mencegah Diabetes’. Setiap kumpulan
dikehendaki membentangkan hasil perbincangan kumpulan mereka di hadapan kelas
mengikut masa dan giliran yang telah ditetapkan. Setiap pelajar juga dikehendaki
mengongsikan bahan tersebut bersama dengan ahli keluarga dan komuniti masing-masing
kerana tajuk ini amat berkaitan dengan kehidupan segenap ahli dalam masyarakat.

Rumusan daripada ‘lembaran fakta’ berkenaan, para pelajar telah berjaya


membentangkan dengan berkesan di hadapan rakan mereka yang lain di dalam kelas
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berkaitan tajuk berkenaan. Perbincangan yang
berlaku sesama mereka amat memberansangkan kerana tajuk ini berkaitan secara langsung
dengan kehidupan setiap ahli dalam masyarakat masa kini. Tambahan pula tajuk ini
berkaitan dengan amalan corak hidup sihat, malah juga berkaitan secara langsung dengan
kandungan sukatan dalam beberapa mata pelajaran tertentu seperti Sains, Bahasa Melayu
dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

‘Lembaran fakta’ yang dihasilkan tersebut telah dibawa pulang oleh setiap pelajar
untuk dikongsikan bersama dengan ahli keluarga dan komuniti masing-masing. Mereka
diminta untuk menerangkan setiap isi kandungan itu secara terperinci demi kebaikan
bersama. Respon yang diterima oleh pelajar berkenaan amat positif kerana mereka telah
diberikan pujian oleh ahli keluarga dan komuniti mereka sendiri kerana pelajar berkenaan
telah secara sukarela terlibat dalam kerja-kerja sosial secara tidak langsung. Malah mereka
juga diminta untuk meneruskan perkara berkenaan secara berterusan merangkumi pelbagai
isu yang berkaitan dengan aspek kesihatan dan amalan hidup sihat.

‘Lembaran fakta’ yang dihasilkan oleh para pelajar berkenaan juga telah
di’laminate’kan oleh stiap kumpulan dan dilekatkan di papan-papan kenyataan di tempat
yang strategik dalam kawasan sekolah. Ini bertujuan supaya dapat dimanfaatkan oleh
semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa kerana dapat ditatap setiap
kali mereka melalui kawasan yang berkenaan. Kesimpulannya, penghasilan ‘lembaran fakta’
ini amat berfaedah kepada segenap lapisan sama ada warga sekolah mahupun komuniti
secara amnya.

Anda mungkin juga menyukai