Anda di halaman 1dari 14

LATAR BELAKANG (IBNU BATTUTA)

Abu Abdullah Muhammad Ibn Battuta (Bahasa Arab: ‫)بطوطة ابن محمد هللا عبد أبو‬
.Ibnu Battuta dilahirkan di Tangier, sebuah kota yang berhampiran dengan
selat Gibraltal, Maroco pada 25 Febuari 1304. Ibnu Battuta berasal dari sebuah
keluarga yang ahli dalam hukum-hakam Islam dan merupakan seorang Berber.
Berber merupakan salah satu daripada suku kaum orang Afrika Utara di
Lembah Nil, yang tersebar secara meluas di Atlantik ke Oasis Siwa di Mesir, dari
Mediterranean ke Sungai Niger. Ibnu Battuta adalah seorang Muslim dari puak
Sunni, iaitu golongan Muslim yang paling ramai di dunia atau lebih dikenali
dengan nama “Ahli Sunnah wal Jamaah”. Di samping itu, Ibnu Battuta juga
adalah seorang cendikiawan dan ulama dalam Mazhab Maliki, iaitu mazhab
fiqh yang tertua dalam Islam sunni. Negeri-negeri di bahagian Timur
memberikan gelaran Syamsuddin kepada beliau, manakala salah seorang
daripada tokoh orientalis yang bernama Dozy pula memberi gelaran
Pengembara yang jujur kepada beliau.

[1]
PERJALANAN HIDUP

Perjalanan dari Tangier ke Mekah.

Dalam pengembaraan beliau yang pertama, beliau telah menyusuri pantai


utara Afrika melalui Aljazair, Tunis, di mana tempat beliau tinggal selama dua
bulan , kemudian meneruskan perjalanan ke Tripoli serta ke Alexandria sejauh
3500 km dari wilayah Tripoli. Kemudiannya, Ibnu Battuta singgah di Cairo dan
menetap di sana selama sebulan sebelum meneruskan perjalanan ke
Jerusalem. Selepas itu, beliau singgah di Damaskus dan seterusnya ke Madinah
dan Makkah. Perjalanan pengembaraan Ibnu Battuta ini memakan masa
selama 16 bulan.

Apabila selesai menunaikan ibadah haji di kota Mekah, Ibnu Battuta menetap
sementara di kota Mekah untuk menuntut ilmu sebelum meneruskan
pelayarannya ke wilayah Iran.

[2]
Setahun selepas itu, Ibnu Battuta kembali semula ke kota Mekah untuk
menunaikan ibadah haji untuk kali yang kedua. Beliau seterusnya tinggal di
kota Mekah selama setahun.

Pada tahun 1328 pula, Ibnu Battuta meneruskan penegmbaraannya yang


ketiga, iaitu ke pantai timur Afrika hingga ke kota Kilwa, sekarang Tanzania dan
kembali lagi ke Mekah melalui laut ke Teluk Persia dan kembali ke kota suci
Mekah melalui jalan darat. Ibnu Battuta kemudiannya kembali semula ke
Mekah untuk menunaikan ibadah haji yang ketiga kalinya.

Ibnu Battuta kemudiannya melanjutkan perjalanan ke wilayah Asia Tengah


melalui Anatolia ke Turki Asia. Singgah di Konstantinopel (sekarang dikenali
sebagai Istanbul, Turki) sebelum berlayar menyebrangi Laut Hitam ke wilayah
Asia Tengah. Perjalanan beliau dilanjutkansehingga ke wilayah Afghanistan
sekarang.

Dari wilayah Sungai Volga, Ibnu Battuta telah menembusi wilayah Afghanistan
pada tahun 1334 melalui Kabul hingga ke Delhi, India. Di Delhi Ibnu Battuta
bekerja di bidang pengadilan sebagai “qadi” atau lebih dikenali sebagai hakim.
Delhi yang pada ketika itu adalah termasuk dalam senarai negeri muslim.
Sebelum itu, beliau bekerja dengan Sultan Delhi, Muhammad bin Tughluq
sebagai penterjamah bahasa Dengan gaji beliau yang tinggi Ibnu Battuta hidup
senang dan sejahtera selama beliau menetap di India.

[3]
Sultan Delhi mengutuskan Ibnu Battuta ke China pada tahun 1342 sebagai
delegasi sultan. Dalam perjalanan tersebut, beliau serta ahli rombongannya
telah diserang oleh sekumpulan orang Hindu, dirompak dan seterusnya
dipisahkan. Namun begitu, Ibnu Battuta berjaya mengejar semula ahli
rombongannya selama dua hari dan kemudiannya meneruskan perjalanan
mereka ke Khambat. Dari sana, mereka terus belayar hingga ke Calicut.

Beliau seterusnya memulakan perjalanan dari Kepulauan Maldiva selepas


tinggal di sana dalam tempoh masa embern bulan ke Sri Lanka dan selanjutnya
meneruskan pelayaran melalui Bangladesh, Myanmar, Kepulauan Andaman,
Aceh, Selat Malaka, Singapura,dan menembusi Laut China Selatan, berlabuh
dan seterusnya beliau meneruskan perjalanan ke Beijing melalui jalan darat.

Pada tahun 1346, Ibnu Battuta memulakan perjalanan pulangnya dari Beijing ke
tempat kelahirannya di Tangier di Maroko. Selama empat tahunmenempuhi
perjalanan darat dan pelayaran laut, akhirnya Ibnu Battuta berjaya dan
selamat sampai ke kota kelahirannya Tangier di Maroko. Beliau keluar untuk
mengembara ke luar negeri untuk menimba ilmu serta memperluaskan
pengetahuan dan pandangan pada usia beliau 21 tahun dan akhirnya Ibnu
Battuta kembali semula ke tempat asal kelahirannya ketika beliau berusia 44
tahun.

[4]
Tidak lama di Maroko, Ibnu Battuta kembali meneruskan pelayarannya untuk
melanjutkan perjalanan menyebrangi Laut Tengah ke Andalusia iaitu wilayah
Sepanyol selatan, kemudiannya menembusi gurun Sahara hingga ke Mali,
wilayah Afrika barat.

Pada tahun 1354, Ibnu Battuta kembali ke tanah kelahirannya Tangier dan
menetap di kota Fez. Di sana, Ibnu Battuta berkawan baik dengan sultan.
Baginda sultan yang sangat kagum dengan perjalanan Ibnu Battuta telah
meminta supaya Ibnu Battuta menuliskannya ke dalam sebuah buku, yang
dikenal berjudul Rihla atau My Travel. Sebuah perjalanan yang mencabar
sepanjang 120.000 km telah ditempuh oleh Ibnu Battuta. Sekiranya bukunya
berbentuk diari, tentunya orang akan lebih mengenal Ibnu Battuta
dibandingkan dengan Samuel Pepys atau Anne Frank.

Semestinya perjalanan serta pengembaraan yang dialami dan ditempuhi oleh


Ibnu Battuta memberi kesan yang cukup mendalam kepada hidupnya serta
memperluaskan lagi ilmu yang ada padanya.

[5]
SUMBANGAN DAN KARYA
Antara sumbangan dan karya Ibnu Battutah dijadikan sebagai sumber
rujukan sejarah serta rujukan dari aspek yang lain, contohnya tentang
pelayaran, ilmu-ilmu keagamaan, budaya serta adat resam dan bermacam-
macam lagi. Hal ini bertepatan dengan penulisan sebuah buku oleh beliau
sendiri yang bertajuk “Al-Rihlah” apabila seorang sultan sangat mengagumi
pelayarannya sehingga meminta Ibnu Battuta membukukan segala catatan
harian yang beliau tulis sepanjang perjalanan serta pemerhatian beliau di
setiap tanah hentian di benua Afrika serta Asia yang dijejaki oleh Ibnu Battuta
dalam sebuah buku. Dalam Al-Rihlah itu mengandungi pelbagai aspek yang
telah dicatatkan oleh Ibnu Battuta seperti aspek ekonomi, budaya dan sosial,
poloitik, masyarakat serta aspek keagamaan. Buku ini telah menjadi sumber
rujukan yang penting pada zaman pertengahan. Beliau banyak menulis tentang
negara-negara Islam, terutamanya India semasa pemerintahan Sultan
Muhammad Taghluq, Anatolia, Maldives, Afrika, China dan Asia Tenggara.

Selain itu, beliau juga menjadi contoh serta dorongan pengembara Islam
dan barat. Dalam usia se awal 21 tahun mengharungi satu pengembaraan yang
jauh menempuh gelora bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi kejayaan Ibnu
Battuta sebagai seorang penjelajah muda yang Berjaya menjadi ikutan serta
pendorong kepada penjelajah yang lain, bukan sahaja kepada penjelajah Islam,
tetapi juga pendorong kepada penjelajah dari Barat. Ekoran dari kejayaan
pelayaran beliau, muncul ramai nama-nama baru dalam arena pelayaran,
contohnya Ibn Majid dan Sulayman Al-Mahri yang Berjaya merentasi Lautan
Hindi dan Lautan Pasifik. Catatan mereka pula telah menjadi sumber panduan
kepada para pelayar dari Eropah yang berusaha untuk mencari jalan ke Timur
pada abad 15 dan 16 Masihi, seperti Vasco da Gamma.

Seterusnya, pelayaran Ibnu Battuta telah membuka satu lembaran baru


dalam dunia pengembaraan dalam bidang pelayaran khususnya serta dalam
bidang Geografi. Catatan-catatan beliau yang telah dibukukan telah menjadi
sumber yang penting kepada ramai ilmuan serta penjelajah telah diterbitkan
dalam pelbagai terjemahan bahasa seperti bahasa Inggeris, Jerman, Belanda
dan Perancis. Sebagai contoh, seorang professor, Prof. H.A.R Gibb
menterjemah buku Al-Rihlah kepada “The Travels of Ibn Battuta”. Dengan ini,

[6]
catatan pelayaran beliau telah menjadi rujukan di seluruh dunia, bertepatan
dengan penggunaan bahasa Inggeris yang digunakan hampir di seluruh dunia.
Para orientalis barat pula memberi nama gelaran kepada Ibnu Battuta dengan
gelaran “The Prince Of Muslim Travellers” yang meletakkannya sebaris dengan
nama pengembara terkemuka di dunia seperti Marco Polo.

Selepas itu, menambahkan pengetahuan sosiologi dan antropologi.


Dalam penulisan buku Al-Rihlah, beliau memperincikan setiap budaya serta
kehidupan masyarakat di setiap negara. Sebagai contoh, beliau begitu kagum
dengan keindahan kota Constatinople yang dilengkapi dengan pasar, jalan raya
yang diperbuat dari batu serta gereja yang bernama Santa Sophia yang terletak
di tengah-tengah kota tersebut. Selain itu, di China, beliau memuji tentang
keamanan negara itu dengan mengatakan inilah negara paling aman yang
pernah beliau kunjungi serta kecantikan corak kain sutera buatan orang Cina
yang sangat mengagumkan. Dalam aspek keagamaan pula, Ibnu Battuta ada
menulis tentang budaya keagamaan penganut Hindu, aktiviti ritual mereka
serta perayaan serta kehidupan sosial masyarakat India yang beragama Hindu.

Akhir sekali, pengambaraan Ibnu Battuta memberi sumbangan besar


dalam memperluaskan tamadun khususnya tamadun Islam sendiri. Berlakunya
interaksi antara tamadun apabila Ibnu Battuta mengembara dari tempat
kelahirannya ke tempat lain, contohnya ke Mekah, India, China dan sebagainya.
Perkara yang dibawa oleh beliau adalah ilmu-ilmu yang berkaitan dengan
ajaran agama Islam, selok-belok pelayaran, ilmu perkapalan serta ilmu yang
pelbagai yang telah dicurahkan serta disebarkan mencetuskan satu interaksi
serta situasi yang sama apabila beliau menimba serta mendapatkan ilmu dari
tempat lain.

[7]
LATAR BELAKANG (AL IDRISI)

Abu Abdullah Muhammad al-Idrisi al-Qurtubi al-Hasani al-Sabti atau Al-


Idrisi (1100 – 1165 atau 1166) adalah pakar geografi, kartografi, mesirologi,
zoologi, botani dan pengembara yang tinggal di Sisilia, atau yang lebih tepatnya
di istana Raja Roger II. Muhammad al-Idrisi lahir di kota Afrika Utara Ceuta
(dulu merupakan sebuah eksklave milik Sepanyol dan wafat di Sisilia ketika
berusia 65 tahun pada tahun 1165 SM/560H. Al-Idrisi merupakan keturunan
para pemerintah Idrisiyyah di Maghribi, yang merupakan keturunan Hasan bin
Ali, putra Ali dan cucu nabi Muhammad SAW.

[8]
PERJALANAN HIDUP
Membesar di Cetua, Al-Idrisi muda mengembara ke Sepanyol Islam,
Portugal, Perancis, dan Inggeris. Beliau merupakan pelajar di Universiti
Cordova, Sepanyol (Al-Andalus). Beliau juga banyak menghabiskan masa
menjelajah Sepanyol dan Afrika Utara untuk mengkaji pengetahuan geografi
tentang wilayah-wilayah disana. Beliau mengunjungi Anatolia ketika beliau
baru berusia 16 kerana terjadinya konflik dan ketidakstabilan di Andalusia.
Beliau kemudian bersama orang-orang sezamannya menetap di Sisilia, dimana
bangsa Normandia telah menundukkan bangsa Arab yang dulunya patuh
kepada Kekhalifahan Fatimiyah. Menurut Ibnu Jubayr: “bangsa Normandia
bertoleransi dan melindungi keluarga-keluarga Arab dalam pertukaran ilmu
pengetahuan.”

[9]
SUMBANGAN DAN KARYA
Karyanya banyak menyajikan data lengkap dari setiap wilayah di dunia
sehingga Al-Idrisi menjadi sangat terkenal dan mula menjadi perbualan
dikalangan pelayar laut Eropah dan juga dikalangan tentera.

Kehebatan Al-Idrisi ketika itu tersebar sehingga ke Raja Roger II,


Raja Norman dari Sicilia. Al-Idrisi kemudian diundang ke istana oleh Raja Roger
II, beliau diminta oleh untuk membuat sebuah peta dunia. Al-Idris menerima
tawaran baginda, namun dengan syarat bahawa dalam peta itu beliau ingin
memasukkan maklumat bahawa Sicilia pernah berada dalam kekuasaan umat
islam sebelum Raja Roger ll berkuasa. Projek pembuatan peta tersebut
melibatkan 12 sarjana, 10 diantaranya adalah ilmuwan yang beragama islam.
Kerja tersebut dilakukan di kota Palermo, dimana para pelayar dari berbagai
wilayah seperti Mediterania, Atlantik dan perairan utara sering bertemu. Al-
Idrisi menggali informasi dari setiap pelayar yang tengah beristirehat di
Palermo.

Dia bersama pasukannya bertanya dan menggali pengalaman para


pelayar disitu. Penjelasan dari setiap pelayar akan dibandingkan dengan
maklumat daripada pelayar yang lain, lalu hasil kajian tersebut dirumuskan.
Fakta-fakta tersebut dikumpulkan lalu ditapis, dan hanya keterangan yang
paling jelas dan dipercayai sahaja yang akan digunakan beliau dalam membuat
peta. Al Idrisi melakukannya sehingga bertahun-tahun, hingga peta tersebut
selesai pada tahun 1154 M.

Al- Idrisi berjaya menyiapkan peta tersebut walaupun ketika raja tidak
lagi mengambil bahagian secara aktif di dalam urusan tersebut yang disebut
beliau di dalam kitab Nuzhat Al- Mustaq fi Ikhtirak Al-Afaq yang ditulisnya. Al
Idrisi kemudian membuat peta bola bumi (globe) dari perak tulen. Globe
tersebut seberat sekitar 400 kilogram.

Dalam globe itu, Al-Idrisi menggambarkan enam benua dengan


dilengkapi laluan perdagangan, danau, sungai, kota-kota utama, daratan serta
gunung-gunung. Globe tersebut juga mengandungi informasi mengenai jarak,
panjang dan tinggi secara tepat. Sebagai pelengkap, Al-Idrisi menulis buku
berjudul Al- Kitab al-Rujari atau Buku Roger yang didedikasikan untuk raja

[10]
Roger ll, dimana dalam buku tersebut, Al-Idrisi menjelaskan tentang sempadan-
sempadan wilayah setiap negara mulai dari Al-Yabis sampai laut Atlantik.

Selama berabad-abad, peta yang dibuatnya telah digunakan


peradaban Barat kerana pada masa itu belum ada sarjana Barat yang mampu
membuat peta dunia yang tepat. Sehingga Al-Idrisi menjadi sangat terkenal di
benua Eropah. Peta yang diciptakan Al-Idrisi tersebut digunakan para
penjelajah Barat untuk melayari dunia. Dua abad sebelum Marco Polo
menjelajahi samudera, Al Idrisi sudah memasukkan seluruh benua seperti
Eropa, Asia, Afrika, dan utara Equador ke dalam peta yang diciptakannya. Dan
tanpa peta Al-Idrisi pula, kemungkinan Chistopher Columbus tidak dapat
menemui benua Amerika. Menurut Dr A Zahoor dalam tulisannya berjudul Al-
Idrisi, saat melakukan penjelajahan mengelilingi dunia, Columbus
menggunakan peta yang dibuat Al-Idrisi. Inilah merupakan salah satu fakta
lainnya yang dapat mematahkan dakwaan Barat bahawa Columbus merupakan
penemu benua Amerika yang pertama.

Al-Idrisi selain dikenal sebagai ahli dalam bidang geografi dan


kartografi, beliau juga berperanan dalam pengembangan ilmu zoologi dan
botani. Sumbangan beliau sangat penting bagi pengembangan ilmu hayat yang
dituliskannya dalam beberapa buku. Ia begitu teliti mengkaji ilmu perubatan
dan tumbuh-tumbuhan.

[11]
KARYA
Sepanjang hidup beliau, beliau Berjaya menghasilkan bebarapa buah
karya yang memberikan impak yang tersangat besar didalam pengembangan
ilmu pada zaman tersebut.

Antara karya beliau ialah Nuzhatul Musytaq fi Ikhiraqil Afat (The delight
of him who desires to journey through the climates), yang dipersembahkan
kepada Raja Roger II. Buku ini menjadi sebuah ensiklopidia yang berisi peta
secara terperinci dan informasi yang lengkap tentang negara-negara Eropah.
Buku ini kemudian menjadi rujukan penting bagi para ilmuan di Eropah selama
300 tahun, iaitu sehingga abad ke 16 M.

Hasil karya beliau yang seterusnya pula ialah Rawd-Unnas wa-Nuzhat al-
Nafs (Pleasure of men and delight of souls). Pengetahuannya tentang kaum
negro dari Timbuktu, di Sudan dan asal sumber air sungai Nil di Mesir adalah
salah satu bukti ketepatannya yang menakjubkan.

Karya beliau yang ketiga pula ialah Al Jamili Sifat Ashtat al Nabatat.
Dalam bukunya itu beliau membuat pandangan dan menggabungkan semua
maklumat dari berbagai subjek ilmu kedoktoran serta menggabungkannya
dengan kaedah perubatan daripada ilmuwan Islam yang ditambah dengan
beberapa hasil kajian beliau. Maklumat yang dikumpulkan Idris ketika ia
melakukan perjalanan-perjalanan. Misalnya dalam buku itu Idris, menjelaskan
nama-nama ubat dalam beberapa bahasa, termasuk Berber (Arab), Suriah,
Persia, Hindi, Yunani dan bahasa latin.

Kharitatul 'alaamil Ma'mur minal Ard (peta dunia) juga salah satu
daripada karya beliau, yang merangkumi wilayah Asia, Afrika dan Eropah.

Beberapa karya Al-Idrisi telah diterjemah kedalam bahasa latin. Dan


selama beberapa abad kemudian menjadi buku yang sangat popular di Eropa.
Salah satu bukunya yang telah diterjemahkan, diterbitkan di Rome, Itali pada
tahun 1619. Terjemahan itu dibuat dalam bentuk kecil, dan malangnya
penerjemah karya tersebut tidak memberi penghargaan kepada Idris. Nama
beliau tidak di sebut di dalam buku itu. Hal tersebut sangat menarik kerana
sebelum ini orang-orang Eropah memerlukan beberapa abad untuk membuat
globe dan peta dunia sendiri.

[12]
KESIMPULAN
Kesimpulannya, Ibn Batuttah adalah seorang tokoh pengembara dan ahli
pelayaran Islam yang terkenal pada zaman pertengahan. Pengalaman
pengembaraannya selama 28 tahun telah dibukukan dan membuka minda
masyarakat Eropah.

Melalui kajian dan rujukan yang dibuat tentang tokoh Al-Idrisi, dapat
disimpulkan bahawa beliau merupakan orang pertama yang berjaya membuat
peta dunia yang paling tepat yang pernah wujud pada zaman beliau. Beliau juga
merupakan tokoh yang pertama mengukur ukur lilit bumi iaitu 22,900 batu
yang jika dibandingkan dengan ukuran moden hanya berbeza sebanyak 8
peratus sahaja. Seterusnya, Al-Idrisi ialah seorang tokoh yang bukan sahaja
mahir dalam bidang pemetaan sahaja malah beliau juga mahir dalam bidang
yang lain seperti geografi, botani, zoologi, mesirologi dan juga ilmu perubatan.
Oleh itu, contoh yang dapat diambil oleh tokoh Al-Idrisi ialah menguasai
sebanyak mungkin ilmu bukan sahaja di dalam satu bidang.

[13]
RUJUKAN

1. http://www.thefamouspeople.com/profiles/muhammad-al-idrisi-7511.php

2. https://id.wikipedia.org/wiki/Muhammad_al-Idrisi

3. http://biologipedia.blogspot.my/2011/03/al-idrisi.html

4. http://www.thefamouspeople.com/profiles/muhammad-al-idrisi-7511.php

5. http://abgbeka.blogspot.my/2012/07/mengenali-ibnu-battuta.html

6.https://fadlyahmad.com/2010/08/17/cendekiawan-islam-ibn-battuta-ahli-
pengembaraan/

7.http://www.biografiku.com/2011/11/biografi-ibnu-battuta-penjelajah-
muslim.html

8.https://www.google.com/webhp?sourceid=chrome-
instant&ion=1&espv=2&ie=UTF-8#q=DINASTI+MARINID

9.https://www.google.com/webhp?sourceid=chrome-
instant&ion=1&espv=2&ie=UTF-
8#q=mengapa+ibnu+batuta+digelar+syamsudin

10. http://www.republika.co.id/berita/shortlink/34670

11. http://tamadunduniaku.blogspot.my/2012/11/ibnu-batutah.html

[14]

Anda mungkin juga menyukai