Anda di halaman 1dari 1

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim

yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita
yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Harimau Yang Tamak.

Pada suatu hari, Maharaja Singa telah mengisytiharkan kepada penghuni rimba
bahawa mereka boleh menyembahkan satu kehendak mereka kepada baginda. Setelah
mendengar cerita kemurahan hati Maharaja Singa itu, timbullah rasa tamak di hati Sang
Harimau.

“Aku mesti minta supaya rezeki aku lebih murah daripada sekarang. Aku tidak
mahu makan tiga kali sehari. Sebaliknya aku mahu makan tujuh kali sehari. Kalau aku
dapat makan tujuh kali sehari, tentulah aku akan lebih kuat daripada Singa.”

Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi menghadap Maharaja Singa.
“Hah! Engkau pun datang juga, Harimau?” tegur Maharaja Singa. “Apakah
kehendak engkau?” Harimau terkejut mendengar suara Maharaja Singa yang bengis
itu. Hatinya berdebar-debar.

“Patik… Patik mahu makan tujuh… tujuh …” kata Harimau tergagap-gagap.


“Tujuh apa?” sergah Maharaja Singa lebih keras.
“Tujuh hari sekali!” jelas Harimauu terketar-ketar.

“Baik. Dengan ini, aku sebagai Maharaja di hutan ini akan kabulkan
permintaan engkau. Mulai hari ini, engkau akan dapat rezeki tujuh haru sekali,” kata
Maharaja Singa.

Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah cakap. Dia hendak mengatakan
tujuh kali sehari tetapi dia telah tersebutkan tujuh hari sekali. “ Tuanku…Patik…Patik…”

“Sudah!” potong Maharaja Singa. “Tiap-tiap binatang hanya boleh


mengemukakan satu permohonan sahaja. Permohonan engkau tadi telah pun beta
kabulkan.

Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh hari sekali. Itulah sebabnya
perut Harimau selalu kempis dan badannya tidak bermaya.

Ingat kawan-kawan, janganlah sekali-kali mengamalkan sikap tamak kerana


sikap tamak boleh membawa kerugian. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai