Anda di halaman 1dari 22

Pengenalan

Salah satu komponen dari bangsa Malaysia adalah masyarakat Melayu. Kebanyakan
penduduk setempat yang telah menghuni wilayah Semenanjung Tanah Melayu dan Pulau
Borneo bagian barat laut adalah terdiri daripada masyarakat Melayu. Perlembagaan Malaysia
mendefinisikan Melayu sebagai penduduk pribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu,
beragama Islam, dan yang menjalani tradisi dan adat-istiadat Melayu. Penduduk pribumi di
Malaysia yang berasal dari keturunan suku-suku Indonesia seperti Minangkabau, Jawa, Aceh,
Bugis dan Mandailing yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam dan mengikuti
adat-istiadat Melayu dianggap sebagai orang Melayu. Orang bukan pribumi yang berkawin
dengan orang Melayu dan memeluk agama Islam juga diterima sebagai orang Melayu di
Malaysia.

Sistem ekonomi, politik dan sosial masyarakat Melayu berbeza sebelum, semasa dan selepas
berlaku penjajahan. Penjajahan banyak memepengaruhi keadaan masyarakat Melayu di
Malaysia terutamanya semasa penjajahan British. Banyak perubahan yang telah dilakukan
oleh penjajah sama ada dari segi ekonomi, politik mahupun sosial.

Sistem ekonomi masyarakat Melayu tidak banyak berbeza semasa dan sebelum penjajahan.
Sebelum penjajahan, orang Melayu kebanyakannya menjalankan aktiviti pertanian,
menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Keadaan ini tidak banyak berubah ketika
penjajahan kerana dasar-dasar dan undang-undang yang dikenakan oleh penjajah. Selepas
penjajahan, banyak perubahan telah berlaku dan orang Melayu juga dapat meningkatkan
pekerjaan mereka kepada tahap yang lebih baik.

Sistem politik masyarakat Melayu mempunyai perbezaan yang sangat ketara semasa,
sebelum dan selepas penjajahan berlaku. Perubahan politik yang berlaku ini banyak memberi
kesan terhadap masyarakat Melayu dan telah banyak merubah kehidupan dan pemikiran
orang Melayu. Pemerintahan di Tanah Melayu banyak mengalami perubahan sehingga
pembentukan Malaysia. Dari pemerintahan sultan berubah kepada pemerintahan residen
serta tentera semasa penjajahan dan seterusnya pemeritahan demokrasi berpelembagaan
sehingga kini selepas penjajahan.

1
Sistem sosial masyarakat Melayu juga banyak mengalami perubahan. Masyarakat Melayu
masih tinggal di kawasan pedalaman, desa-desa dan kampung-kampung dari zaman sebelum
penjajahan sehingga sekarang selepas penjajaha. Namun, selepas merdeka tidak ramai orang
Melayu yang tinggal di kampong-kampung dan banyak yang telah berpindah ke kawasan
bandar. Sebelum penjajahan, orang Melayu mendapat pendidikan agama. Semasa
penjajahan, peluang pendidikan sekuler terbatas, dan lebih terpusat di daerah perkotaan.
Pendidikan sekuler hanya dikembangkan setelah merdeka. Kini pendidikan sekuler menjadi
saluran mobilitas sosial yang utama di kalangan orang Melayu. Keberadaan kelas menengah
Melayu di Malaysia paling utamanya melalui saluran pendidikan. Budaya, adat resam,
bahasa dan agama tidak banyak mengalami perubahan sebelum dan selepas penjajahan.

2
SEBELUM PENJAJAHAN

SISTEM POLITIK

Pentadbiran peringkat negeri mempakan unit terpenting dalam sistem politik Melayu. Dalam
pentadbirannya, sultan akan dibantu oleh pembesar bagi melicinkan urusan pentadbiran.
Sultan memiliki kuasa tertinggi dan memerintah secara mutlak serta berkuasa penuh sama
ada dalam negeri hatta meliputi jajahan takluknya. Kedudukan sultan diperkukuhkan dengan
konsep daulat, memiliki keistimewaan tertentu serta mempunyai cop mohor sebagai lambang
kekuasaannya. Antara keistimewaan sultan merangkumi penggunaan bahasa, alat kebesaran,
wama dan sebagainya. Sultan akan melantik kalangan putera yang sulung untuk
menggantikannya selepas kemangkatannyaPentadbiran peringkat daerah merupakan unit
politik kedua terbesar. Pemecahan negeri kepada unit lebih kecil iaitu daerah atau jajahan
adalah bermatlamat melicinkan umsau pentadbiran. Pemilihan pembesar untuk mentadbir
daerah ditentukan oleh sultan berdasarkan kepada kriteria-kriteria tertentu yang dimilikinya
dan banyak berjasa kepada sultan.Setiap pembesar yang dilantik akan dianugerahkan surat
tauliah dan cop mohor oleh sultan sebagai lambang kekuasaannya terutama di wilayah tadbir
atau kawasan pegangannya.Misalnya Dato' Bahaman diberi tauliah mentadbir wilayah
Semantan.Pembesar peringkat daerah akan bertanggungjawab terhadap raja sama ada dalam
aspek menyediakan tenaga kerja, menyelesaikan perselisihan antara rakyat, menjaga
keamanan dan keselamatan, pelaksanaan hukuman, mengutip cukai dan bekalan tenaga
tentera.Unit pentadbiran paling kecil dalam sistem politik Melayu tradisional ialah kampung.
Unit politik kampung biasanya didiami oleh golongan rakyat yang bergiat dalam kegiatan
ekonomi sara diri. Mereka merupakan pengikut setia dan penyokong kepada golongan
pembesar.

Pentadbiran peringkat kampong diketuai oleh Penghulu atau Tok Kweng. Mereka
dilantik oleh pembesar berdasarkan kepercayaan dan keakraban hubungannya. Penghulu yang
dilantik akan diberikan surat tautiah oleh sultan. Penghulu akan melaksanakan tugan-
tugasnya di peringkat kampong dan bertanggungjawab kepada pembesar di peringkat daerah.
Penghulu akan melaksanakan tanggungjawabnya meliputi soal kutipan cukai dan
menyelesaikan masalah rakyat di kampungnya dan taat setia kepada sultan.

3
SISTEM SOSIAL

Cara hidup orang melayu dari segi sosial boleh dilihat dari budaya, kepercayaan
dankeagamaan, peribahasa dan kekeluargaan. Budaya tradisi masyarakat Melayu berkembang
dandiwarisi sejak zaman berzaman tetapi lebih bersifat kedaerahan kerana sistem
perhubungansesama mereka yang terbatas. Struktur sosial masyarakat Melayu tradisional
terdiri daripadagolongan memerintah dan rakyat turut mempengaruhi struktur budaya, iaitu
tradisi budaya istanadan budaya rakyat. Tradisi budaya istana mempertahankan bentuk
peradaban yang tinggi sebagaimelambangkan golongan bangsawan, manakala kebudayaan
rakyat menyatakan sifat-sifatkesenian yang menjadi hiburan masyarakat. Tradisi lisan
diperturunkan daripada satu generasisebagai usaha mempertahankan nilai-nilai sosial,
pemikiran dan falsafah hidup orang Melayu.Hingga menjelang akhir abad ke-19 dan awal
abad ke-20, apabila munculnya persembahan bercorak bangsawan, maka masyarakat Melayu
menggunakan istilah Wayang Bangsawan walaupun pertunjukannya bercorak drama dan
persembahan pentas. Selain itu, Keindahan seni pengucapaan Melayu seperti peribahasa,
pantun dan sebagainya menyatakan hal masyarakatMelayu yang suka berkias ibarat untuk
menyatakan hasrat dan perasaan. Elemen teguran dan pengajaran, peringatan dan teladan
adalah pernyataan moral yang tidak dilakukansecara keras dan paksa tetpai secara lembut dan
bersahaja dengan menggunakan peribahasa, pepatah-petitih, berkias ibarat dan dengan
berpantun. Seni persembahan masyrakat Melayu pulamenampilkan Makyong, tari gamelan,
tarian inang dan lilin, tarian dabus, silat dan kuda kepang.

Aspek kepercayaan dan keagamaan bagi masyarakat Melayu membantu


memberikanfungsi manusia sebagai satu cara hidup yang sempurna. Bagi yang berpegang
teguh kepada agama Islam, akan bekerja bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab pula
dalam soal ibadatseperti sembahyang lima waktu sehari semalam, berpuasa dalam bulan
Ramadhan atau menunaikan haji. Kesimpulannya kepercayaan agama masyarakat Melayu
banyak membawa perubahan kepada mereka yang berpegang teguh kepada ajaran agama dan
pada masa yang sama mempunyai kefahaman yang mendalam terhadap kehidupan sosial
mereka.Keluarga pula dilihat sebagai unit asas dalam organisasi sosial dan pembentukan
sesebuah masyarakat. Jika dilihat dalam konteks mengajar seorang anak misalnya, ibu
bapaMelayu menggunakan beberapa kaedah seperti menegur dan memberi nasihat, menakut-
nakutkan anak atau dengan merotan tetapi tidak mencederakan. Apabila anak-anak
meningkat remaja, kaedah teguran dan nasihat lebih digunakan dan bagi orang Melayu,

4
teguran ini dilakukan seepanjang masa sehingga pada peringkat anak sudah
dewasa.Peribahasa digunakan sebagai panduan, teladan dan sempadan dalam menjalani
hidup.Umpamanya peribahasa ‘Umpama kacang lupakan kulit´, "air di cincang takkan
putus", "pukul anak sindir menantu", "sayang anak pukul-pukulkan, sayang isteri tinggal-
tinggalkan´ dan lain-lain lagi.

SISTEM EKONOMI

Sebelum penjajahan, masyarakat melayu menjalankan ekonomi sara diri untuk


menampung kehidupan mereka. Ekonomi sara diri bermaksud hasil pengeluaran digunakan
untuk memenuhi keperluan sendiri sahaja.Sekiranya terdapat lebihan pengeluaran, hasil
tersebut akan ditukarkandengan barang-barang keperluan lain.Sebahagian besar masyarakat
Melayu bergantung hidup melalui kegiatan pertanian, menternak binatang, menangkap ikan,
memungut hasil hutan dan berdagang secara kecil-kecilan. Walau bagaimanapun, negara
Barat telah membawa ekonomi komersial dan perdagangan antarabangsa kepada masyarakat
tempatan selepas kedatangan mereka. Ekonomi komersial merujuk kepada pengeluaran
secara besar-besaran kerana modal yang besar. Oleh itu, pengeluaran secara besar-besaran
telah membolehkan kegiatan eksportdijalankan melalui perdagangan antarabangsa.Dalam
sistem ekonomi sara diri yang diamalkan oleh masyarakat tempatan, kegiatan pertanian
merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakatMelayu.

Masyarakat Melayu menjalankan kegiatan menanam padi sawah dan padi huma.
Penanaman padi sawah dijalankan di kawasan delta sungai. Penanaman padi sawah
bergantung kepada sistem pengairan.Manakala padi huma ditanam di kawasan bukit yang
tidak memerlukan banyak air. Penanaman padi huma dilakukan oleh orang asli di kawasan
pedalaman di TanahMelayu. Antara tanaman lain yang ditanam ialah ubi kayu, pisang, tebu,
jagung, keladi, keledek, kopi, tembakau dan sirih. Hasil tanaman tersebut biasanya untuk
kegunaan sendiri dan selebihnya untuk diberikan kepada jiran atau kaum keluarga mereka.
Kegiatan pertanian yang dijalankan adalah menggunakan tanah milik sendiri atau pajakan
atau bekerja untuk tuan tanah.Masyarakat Melayu turut menternak binatang. Antara binatang
ternakan ialah ayam,itik, kambing, kerbau dan lembu. Binatang ternakan seperti kerbau dan
lembu digunakan untuk membajak sawah padi dan mengangkut barangan keperluan.
Binatang ternakan juga dijual bagi dijadikan kulit untuk membuat bahan dan alat muzik.
Masyarakat Melayu turut menjalankan kegiatan memburu binatang liar di hutan untuk

5
mendapatkan bekalan daging seperti rusa, kancil, pelanduk, kijang, ayam hutan dan seladang.
Masyarakat Melayu juga menjalankan kegiatan menangkap ikan. Kegiatan menangkap ikan
dilakukan oleh masyarakat Melayu yang mendiami kawasan pinggir pantai atau tepi sungai.
Terdapat dua jenis kegiatan perikanan oleh masyarakatMelayu, iaitu menangkap ikan laut dan
menangkap ikan air tawar seperti sungai, tasik dan paya. Masyarakat Melayu turut
menjalankan kegiatan memunguthasil hutan. Antara hasil hutan yang dikumpul ialah damar,
rotan, buluh, ubat-ubatan herba dan buah-buahan hutan. Hasil hutan tersebut akan dijual atau
ditukar dengan barangan keperluan lain seperti beras, garam, kain dan gula.

6
SEMASA PENJAJAHAN

SEMASA PENJAJAHAN JEPUN

Dasar Politik

Jepun memperkenalkan pentadbiran tentera di Tanah Melayu bercorak militer atau


ketenteraan di bawah pengawasan seorang Jeneral. Pentadbiran di Tanah Melayu dibahagikan
kepada dua iaitu Negeri-negeri Selat diperintah oleh seorang Gabenor yang beribu pejabat di
Singapura.Nama Singapura diubah kepada Syonan yang bermaksud cahaya Selatan,
manakala Semenanjung Tanah Melayu diperintah oleh seorang Presiden atau
Gunseikan.Tanah Melayu dibahagikan kepada lapan wilayah dan setiap wilayah diketuai oleh
seorang Gabenor Jepun.

Jepun juga mengembalikan kuasa Sultan yang telah dirampas oleh Inggeris di Negeri-
negeri Melayu tetapi sultan hanya sebagai ketua negeri dan menjalankan tugas sebagai Ketua
agama Islam di negeri masing-masing.Jepun sebenarnya ingin mengambil hati para sultan
agar apa-apa yang dihajati tercapai. Jepun ingin mendapatkan sokongan orang Melayu agar
mereka akan terus mendapat ganjarandi sebalik perbuatan itu.

Bagi menjaga pemantapan setiap operasi yang dijalankan di Tanah Melayu Jepun
membentuk pasukan keselamatan yang diketuai oleh Pegawai Jepun dan dianggotai perisik
tentera iaitu Kempeitai untuk mengawal keamanan.Kempeitai sangat kejam dan telah
menangkap dan membunuh ramai orang.Selain itu Tekikan ialah Pasukan mata-mata gelap
yang bertugas untuk mencari musuh-musuh yang menyokong Inggeris yang menentang
pemerintahan Jepun atau menghasut Melayu.

Sebaik sahaja Jepun menawan Tanah Melayu, Jepun bertindak membebaskan ahli-ahli
kesatuan Melayu muda (KMM) yang dipenjarakan oleh British. Jepun juga menubuhkan
semula KMM dengan melantik Ibrahim Yaacob sebagai pemimpin utama.Jepun cuba
memperalatkan Ibrahim Yaacob untuk tujuan mendapatkan sokongan dan menyebarkan
propaganda anti-British.

7
Dasar Ekonomi:

Sistem ekonomi bebas ditukar kepada sistem ekonomi kawalan. Perdagangan dengan
dunia luar terputus.Jepun tidak menggalakkan sebarang urusan perdagangan.Perdagangan
Singapura dan Pulau Pinang dengan dunia Barat terputus.Perniagaan dan perdagangan dalam
negeri dikuasai oleh pihak Jepun.Jepun hanya berminat mengeksploitasi sumber alam negara
kita bagi kepentingan negaranya.Galian besi dan bauksit dieksploitasi bagi kegunaan industri
dan membuat senjata perang.

Oleh sebab pengeluaran barangan makanan seperti beras tidak mencukupi maka Jepun
telah memperkenalkan catuan beras pada tahun 1943. Penduduk Tanah Melayu perlu
mendapatkan kupon dari Pejabat Kawalan Makanan untuk ditukarkan dengan beras.Setiap
keluarga hanya dihadkan dua gantang beras sebulan. Untuk mengatasi kekurangan beras
dalam negara Jepun telah bertindak memperkenalkan rancangan ekonomi pertanian iaitu
rancangan tiga tahun sara diri. Selain itu Jepun memperkenalkan padi Taiwan yang
membolehkan penanaman padi dua kali setahun.

Pihak Jepun juga menggalakkan supaya masyarakat tempatan menanam makanan


yang lain seperti ubi kayu, keledek, jagung, sagu dan lada hitam. Pihak Jepun telah menebang
ladang getah dan hutan bagi tujuan penanaman makanan seperti ubi kayu, sagu dan
jagung.Jepun telah mencetak mata wang Jepun yang dikenal sebagai Wang Pokok Pisang
untuk menambahkan penggunaan mata wang baru.

Dasar Sosial:

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu Jepun menerapkan Dasar Niponisasi


iaitu dasar Penjepunan terhadap Tanah Melayu.Antara dasar yang diterapkan ialah layanan
yang berbeza diberikan kepada penduduk tempatan oleh pihak Jepun.Semua kaum iaitu orang
Melayu, Cina dan India mengalami penyeksaan, penderitaan, kebuluran, ketakutan dan
pengangguran.Layanan yang berbeza ini menyebabkan atau mewujudkan permusuhan kaum
antara orang Cina dengan orang Melayu.

8
Dasar Penjepunan juga dilakukan dalam sistem pendidikan iaitu sekolah-sekolah
Inggeris dan Tamil diganti dengan sistem pendidikan Jepun.Sistem pendidikan ini
menekankan beberapa aspek seperti pembentukan akhlak dan disiplin taat setia kepada
Maharaja Jepun dan kepatuhan kepada kerajaan Jepun.

Selain itu kebudayaan Jepun disebarkan melalui sistem pendidikan Jepun. Orang
tempatan diajar tentang istiadat dan lagu kebangsaan Jepun iaitu Kamigayo.Lagu ini
dinyanyikan pada setiap pagi ketika menghadap matahari terbit.

Selain pendidikan, pentadbiran tentera Jepun mengamalkan dasar berbaik-baik


dengan orang Melayu dan India. Mereka menjalankan dasar menindas orang Cina dan tujuan
dasar ini adalah disebabkan perasaan ingin membalas dendam ke atas orang Cina yang
menyumbangkan sokongan kewangan dan peralatan perang kepada negara China semasa
Perang China- Jepun 1937.

Ramai orang Cina, India dan Melayu telah dihantar untuk bekerja membina jalan
keretapi maut di sempadan Tahunai-Burma. Beribu-ribu orang kehilangan nyawa semasa
pembinaan projek tersebut.

Kesan-kesan pendudukan Jepun di tanah Melayu

Kesan Politik:

Pendudukan Jepun telah membangkitkan kesedaran politik dalam kalangan orang


Melayu.Slogan Jepun iaitu Asia Untuk Orang Asia telah menambahkan keazaman dan
semangat orang Melayu untuk mencapai kebebasan politik dan kemerdekaan.

Semasa pendudukan Jepun orang Melayu diberi jawatan-jawatan kanan seperti


Pegawai Daerah. Pengalaman pentadbiran ini memberikan keyakinan diri kepada orang
Melayu untuk mentadbir negeri mereka sendiri.Orang Melayu juga sedar bahawa mereka
tidak boleh menaruh harapan mereka kepada British.Mereka harus menentukan nasib mereka
sendiri. Kejayaan Jepun dan kekalahan British telah mengikis kepercayaan bahawa kuasa
British tidak boleh dikalahkan.Justru sikap anti-British semakin menebal dalam kalangan
orang Melayu.

9
Jepun menubuhkan semula KMM dengan melantik Ibrahim Yaacob sebagai
pemimpin utamanya melalui KMM gerakan nasionalisme Melayu dihidupkan semula. Secara
sulit KMM bergiat semula dalam menyemarakkan sentimen anti-British dalam kalangan
orang Melayu.KMM juga bersikap anti-Jepun.Apabila Jepun mengetahui kegiatan sebenar
KMM, KMM dibubarkan dengan segera. Jepun kemudiannya menubuhkan Pembela Tanah
air(PETA). Ahli-ahli Melayu dalam PETA diberi latihan ketenteraan.

Jepun juga membantu menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS)


yang dipimpin oleh Ibrahim Yaacob dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. Namun orang Melayu
tidak berjaya mendapatkan kemerdekaan daripada Jepun kerana Jepun telah menyerah kalah
pada 1945.

Selain itu Parti Komunis Malaya muncul sebagai parti yang kuat dan telah
menubuhkan MPAJA dengan bantuan British dan telah Berjaya melancarkan pemberontakan
bersenjata pada Jun 1948.

Kesan Ekonomi:

Ekonomi Tanah Melayu merosot semasa pendudukan Jepun akibat taktik “Bumi
Hangus” yang diamalkan oleh British.Banyak kemudahan awam seperti infrastruktur telah
diletupkan oleh British.Kemusnahan terhadap ekonomi terutama ladang getah dan lombong
bijih timah telah berlaku dengan teruk.Taraf hidup penduduk merosot Tanah Melayu terputus
daripada pasaran-pasaran antarabangsa.Perusahaan tempatan diambil alih oleh syarikat besar
Jepun iaitu Mitsui dan Mitsubishi.Inflasi berlaku dengan kadar yang tinggi berikutan
kekurangan barang keperluan utama, peningkatan harga barangan dan pengeluaran mata
wang pokok pisang yang tidak terkawal.

Tanah Melayu mengalami kekurangan makanan seperti beras.Penduduk terpaksa


menanam ubi kayu, keladi dan keledek.Perusahaan tempatan didirikan yang menghasilkan
barangan seperti minyak masakan, sabun, gula, kertas, tali dan benang.

10
Kesan Sosial:

Sistem pendidikan Jepun menanam sifat kerajinan kepada para belia terutamanya
kaum Melayu.Walau bagaimanapun, sistem pendidikan Jepun telah menanamkan rasa benci
masyarakat setempat terhadap Jepun.Bahasa Jepun dijadikan sebagai Bahasa Pengantar di
semua sekolah.Perasaan taat setia dan kepatuhan kepada Maharaja Jepun diberi
penekanan.Ekoran penindasan oleh Jepun, ramai orang Cina melarikan diri ke pinggir
hutan.Mereka mendirikan penempatan dan menjalankan kehidupan seharian.Ini mewujudkan
masalah setinggan di Tanah Melayu.Hal ini juga menyebabkan mereka menyertai
PKM.Kaum Melayu dan India diberi layanan baik tetapi ramai di antara mereka juga dihantar
ke siam untuk membina Jalan Kereta Api Maut. Akibatnya ramai yang terkorban akibat
seksaan dan jangkitan penyakit.Kebuluran akibat kekurangan makanan semakin berleluasa
dalam kalangan penduduk tempatan. Bekalan makanan seperti beras tidak dapat diimport dari
Burma dan Siam akibat peperangan.Taraf kesihatan telah merosot akibat merebaknya
penyakit tropika seperti beri-beri, taun dan malaria.Ubat-ubatan hanya untuk askar Jepun
sahaja.

11
SEMASA PEMERINTAHAN BRITISH

Dasar Ekonomi
Semasa era penjajahan di Tanah Melayu, British memperkenalkan sistem dwiekonomi
iaitu ekonomi dagangan dan ekonomi sara diri. Ekonomi dagangan ialah kegiatan ekonomi
yang melibatkan pengeluaran yang bertujuan pasaran. Ekonomi sara diri ialah ekonomi
tradisional yang dijalankan secara kecil-kecilan. Penjajah British telah mejalankan dasar
pecah dan perintah di Tanah Melayu. Orang Cina diletakkan di kawasan melombong, orang
India di kawasan lading gedah dan orang Melayu kekal di pedalaman. Semasa penjajahan,
British lebih menumpukan kegiatan ekomoni dagangan iaitu menumpukan pengeluaran bijih
timah dan getah. Disebabkan British lebih menumpukan di kawasan bandar, berlaku
ketidakseimbangan di kawasan luar bandar.

` Masyarakat Melayu semasa penjajahan British menjalankan ekonomi sara diri iaitu
menjalankan kegiatan bercucuk tanam, melombong, memungut hasil hutan, menternak
binatang dan menangkap ikan secara kecil-kecilan. Pekebun-pekebun kecil dikalangan orang
Melayu juga menjalakan perusahaan getah secara kecil-kecilan. Namun, hal ini telah
membimbangkan British. Pelbagai cara digunakan oleh pihak penjajah untuk menyekat
penglibatan orang Melayu bagi mengurangkan mereka malibatkan diri dalam perusahaan
getah. Antara sekatan yang dilakukan British ialah Enakmen Tanah Padi 1917 diperkenalkan
untuk melarang penanaman getah di kawasan padi, premium untuk pembukaan tanah baru
untuk menanam getah dinaikkan dan pembukaan tanah baru untuk tanaman getah dilarang
sama sekali pada tahun 1930an. British juga tidak menggalakkan orang Melayu
menceburkan diri dalam industri bijih timah. British berusaha mengekalkan orang Melayu
sebagai petani.

Antara pekerjaan yang melibatkan orang-orang Melayu ialah pertanian. Pertanian


merupakan aktiviti utama yang melibatkan orang-orang Melayu sepenuhnya.Antara tanaman
utama orang Melayu ialah padi. Tanaman-tanaman lain seperti pisang, tebu dan kelapa turut
ditanam oleh orang-orang Melayu. Walaupun aktiviti pertanian telah dilakukan, kedatangan
orang-orang Eropah tidak menjejaskan sifat orang-orang Melayu yang gemar memasuki
hutan dan mengutip hasil-hasil hutan seperti rotan, buluh dan damar.Selain pertanian,
masyarakat Melayu ketika abad ke-19 turut melakukan beberapa pekerjaan lain seperti
menenun kain sutera dan sarung, kegiatan berbentuk pertukangan yang melibatkan
penggunaan kayu dan tembaga bagi penduduk Melayu di negeri Terengganu. Masyarakat

12
Terengganu bersama-sama dengan masyarakat di negeri Kelantan dan Pahang turut
melakukan pekerjaan lain seperti membina perahu.

Bagi masyarakat Melayu yang tinggal di pantai Timur, pekerjaan utama mereka lebih
terarah kepada pekerjaan sebagai nelayan.Orang Melayu ketika zaman penjajahan turut
melakukan aktiviti seperti pengeringan ikan dan memasinkan ikan. Aktiviti tersebut biasanya
dilakukan oleh kaum wanita yang dibantu oleh sebilangan kanak-kanak. Selain itu, kegiatan
menternak binatang turut diteruskan sebelum Tanah Melayu dijajah oleh British khususnya.
Binatang yang diternak adalah seperti ayam, itik dan lembu. Kegiatan perlombongan turut
melibatkan sebilangan kecil orang-orang Melayu.

Dasar Sosial

Pada zaman penjajahan British di Tanah Melayu, Kerajaan British memperkenalkan


dasar ‘pecah dan perintah dimana dasar ini telah memisahkan petempatan etnik-etnik di sini.
Dasar ini telah menyebabkan orang Melayu tinggal di luar bandar dan kawasan pedalaman.
Semasa penjajahan, sistem pendidikan orang Melayu tertumpu kepada membaca dan
memahami al-Quran, mempelajari bahasa Arab, mempelajari hukum hakam agama dan
kemahiran menulis, membaca dan mengira. Sekolah Melayu hanya setakat sekolah rendah
sahaja dan kurikulumnya juga terbatas serta bersifat kekuranagan. Bantuan juga tidak banyak
diberikan kepada sekolah aliran Melayu ini. British tidak meningkatkan sistem pendidikan
ini kerana British bermatlamat untuk menjadikan anak Melayu sebagai petani yang lebih baik
daripada bapanya. British juga tidak mahu anak Melayu berpandidikan tinggi kerana mereka
bimbang orang Melayu akan bangkit untung menentang mereka.

Masyarakat Melayu semasa penjajahan British masih terus mengamalkan budaya,


adat resam, bahasa Melayu dan agama Islam seperti sebelum penjajahan. Mereka masih
mepertahankan tradisi Melayu. Kebudayaan orang Melayu amat mengutamakan nilai-nilai
sopan santun, kesederhanaan, keindahan dan keharmonian hidup antara ahli-ahli keluarga,
jiran tetangga dan masyarakat. Adat istiadat Melayu masih banyak memperlihatkan
campuran unsur lokal dan unsur luar seiring dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan
Barat ke Alam Melayu tetapi disesuaikan dengan unsur Islam. Sistem kekeluargaan Melayu
juga banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan Islam.

13
Dasar Politik

British telah meperkenalkan sistem Residen semasa Campur tangan British di Tanah
Melayu. Di bawah sistem Residen, Residen ialah kuasa tertinggi dalam pemerintahan di
negeri-negeri Melayu. British juga memperkenalkan pentadbiran berbentuk birokrasi iaitu
pentadbiran ditadbbir oleh sekumpulan pegawai. Sultan kehilangan kuasa mutlak dan kuasa
mentadbir. Sistem perundangan baru yang diperkenalkan oleh British menyebabkan sultan
tidak lagi berkuasa menjatuhkan hukuman. Selain itu, British memperkenalkan sistem
perundangan yang lebih teratur dengan melantik hakim-hakim untuk melaksanakan sistem
kehakiman. Pengenalan Persekutuan pada tahun 1896 memusatkan kuasa di tangan Residen
dan ini sekalingus menyebabkan sultan kehilangan kuasa. Raja-raja Melayu hanya berkuasa
dalam soal agama dan adat istiadat orang Melayu sahaja serta berperanan dalam upacara
kerajaan negeri sahaja. Bidang keselamatan juga terlepas daripada kuasa sultan kerana
semasa penjajahan British, sultan tidak dibenarkan mempunyai tentera sendiri. Pihak British
membentuk pasukan polis dan askarnya sendiri. Kuasa sultan telah dipulihkan apabila
Persekutuan 1948 diperkenalkan tetapi British masih memegang kuasa

Menjelang Kemerdekaan, terdapat banyak parti politik di Tanah Melayu bagi


menuntut kemerdekaan daripada British. Antara Parti yang terkenal adalah Parti Kebangsaan
Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada bulan Oktober 1945. Selain itu, terdapat
ASAS 50, suatu kumpulan yang bergiat untuk memperjuangkan kemerdekaan. Tokoh-tokoh
yang menganggotai ASAS 50 terdiri daripada sasterawan yang menyokong perjuangan
PKMM. Pada tahun 1951, Hizbul Muslimin telah mengasaskan Parti Islam Se-Malaya (PAS).
Di samping itu, terdapat juga Parti Malaya Merdeka (IMP) yang ditubuhkan pada bulan Ogos
1951. Objektif penubuhan adalah untuk menyatukan semua kaum di Tanah Melayu dan
memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Parti ini tidak mendapat sokongan masyarakat
Cina. Oleh itu, pada tahun 1953, IMP telah dibubarkan.

Pada tahun 1954, Dato’ Onn Jaafar telah menubuhkan Parti Negara. Parti ini
bertujuan untuk memperjuangkan hak orang melayu serta memperjuangkan kemerdekaan
dalam tempoh lima tahun. Walau bagaimanapun, Parti ini telah mengalami kekalahan teruk
dalam pilihan raya umum 1955. Parti Buruh Se-Malaya pula ditubuhkan pada Jun 1952.
Tujuan penubuhannya adalah untuk memperjuangkan hak kaum pekerja di Tanah Melayu.

14
SELEPAS KEMERDEKAAN

SISTEM SOSIAL

Selepas Penjajahan British, system sosial terutamanya dalam system perhubungan dan
perubatan mengalami perkembangan yang pesat. British telah memperkenalkan cara
membina jalan raya seperti di negara barat, cara membina landasan kereta api dan amalan
perubatan yang diamalkan oleh barat. Semua ini telah Berjaya meningkatkan taraf penduduk
di Tanah Melayu.

Kesan pertama dari segi sistem sosial ialah perhubungan kereta api yang masih lagi
digunakan sampai sekarang. Kereta api merupakan cara pengangkutan moden pertama di
Semenanjung Tanah Melayu. Jalan-jalan kereta api telah dibina untuk mempercepatkan
pengankutan bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan untuk dieksport. Jalan
kereta api pertama di Semenanjung Tanah Melayu telah dibina pada tahun 1855 oleh Sir
Hugh Low bagi menghubungkan Taiping dengan Port-Weld. Kini, bukan sekadar kereta api
yang terdapat di Malaysia, teknologi ini dikembangkan lagi dengan setiap detik masa yang
berlalu. Light Rail Transit (LRT) dan Monorail dibina bagi mengembangkan lagi sistem
pengangkutan awam di Malaysia.

Selepas penubuhan Negeri-negeri Melayu bersekutu pada 1896, jalan-jalan keretapi


yang sedia wujud mula disambungkan atas inisiatif Sir Frank Swettenham. Kesan Kedua,
perhubungan jalan raya semakin maju jalan-jalan raya yang pertama dibina untuk
menghubungkan kawasan bijih imah dan getah dengan pelabuhan-pelabuhan. Kegunaan jalan
raya bertambah popular selepas pengenalan kenderaan bermotor pada tahun 1902. Menjelang
tahun 1906, negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai kira-kira 2560km jalan raya
bertar(metal led roads). Mulai dekad pertama abad ke-20, jalan-jalan raya yang lebih lebar
dan kukuh telah dibina bagi memenuhi keperluan kenderaan bermotor yang kian bertambah.

Kesan ketiga, wujudnya system perhubungan yang lebih cangguh iaitu melalui udara.
Syarikat perkhidmatan udara yang pertama di Tanah Melayu telah ditubuhkan pada tahun
1937 oleh Wearne Brothers. Ia dikenali sebagai Wearne’s Air Service. Syarikat tersebut telah
memulakan perkhidmatan udara antara SIngapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Perkhidmatan udara ini dibergentikan seketika apabila Perang Dunia Kedua
meletus.Kemudian, wujudnya Malaysia Airline System(MAS) yang setelah diberi nafas baru
selepas dipidahkan dengan pernerbangan dari Singapura iaitu Singapore Airline. Pada tahun

15
1972 Malaysia Airline System atau MAS terbang ke 34 destinasi domestik dan enam
destinasi antarabangsa. Manakala pada November 1972, MAS menjadi ahli Orient Airlines
Association (OAA).

Kesan Keempat, Kemajuan dari segi perkapalan dan wujudnya banyak pelabuhan
pening di seluruh Tanah Melayu sehingga sekarang. Menjelang tahun 1870-an terdapat
beberapa syarikat perkapalan yang menggunakan kapal-kapal stim untuk membawa hasil-
hasil ke Tnah Melayu ke Singapura. Kapal-kapal masih lagi digunakan pada hari ini sebagai
pengangkutan ke pulau ataupun sebagai pengangkutan untuk kegiatan eksport dan import.

Kesan Kelima, taraf kesihatan rakyat Malaysia meningkat dengan wujudnya system
kesihatan yang lebih canggih dengan adanya klinik-klinik dan hospital-hospital serta doctor-
doktor bertauliah. Tanah Melayu menghadapi beberapa masalah kesihatan pada abas ke-19.
Penyakit-penyakit seperti malaria,disenteri, demam cacar dan kolera. Penyakit-penyakit
tersebut mengakibatkan kematian ramai orang. Sebagai contoh, kira-kira 65 orang telah
menjadi mangsa kolera di Larut pada tahun 1874. Namun, taraf kesihatan penduduk
bertambah baik. Kadar penyakit dapat dikurangkan sebanayak 50%. Hospital, klinik malah
pusat perubatan kini berada di seluruh daerah dalam Malaysia bagi memperkukuh tahap
kesihatan rakyat Malaysia. Malaysia juga mengambil langkah berhati-hati bak kata pepatah
lebih baik mencegah dari mengubati dengan membuat ceramah-ceramah kesedaran tentang
kesihatan di sekolah-sekolah dan institusi tinggi pusat pengajian.

16
SISTEM EKONOMI

Perluasan pengaruh British di Tanah Melayu pada abad ke-19 dan ke-20 telah
meninggalkan banyak impak terutamanya dalam bidang ekonomi. Kekayaan Tanah Melayu
dengan sumber mentah seperti bijih timah,rempah dan arang batu telah menyebabkan kuasa
barat tertarik, khususnya pihak British. Bagi meluaskan pengaruh mereka di Tanah Melatu
akibat daripada tercetusnya Revolusi Perindustrian di Eropah yang memerlukan lebih banyak
bahan mentah. Selepas penjajahan British di Tanah Melayu, mereka telah meninggalkan
kesan positif dan negatif di Tanah Melayu. Dari segi ekonomi, British telah banyak
melakukan perubahan dalam ekonomi, British telah banyak melakukan perubahan dalam
ekonomi di Tanah Melayu dengan memperkenalkan system Kapitalis di samping pelajaran
dan perkhidmatan kesihatan. Namun, sesetengah langkah yang dilakukan British ini boleh
dianggap seperti melepaskan batuk di tangga kerana walaupun banyak perubahan dibuat ia
langsung tidak mendatangkan kebaikan kepada orang-orang di Tanah Melayu terutamanya
Melayu. Selepas kemerdekaan dan selepas peristiwa 13 Mei 1969, Dasar Ekonomi
Baru(DEB) telah diperkenalkan.

Dasar Ekonomi Baru dibentuk menerusi Majlis Perundingan Negara sebagai jentera
penggerak untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Majlis
Perundingan Negara juga telah mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan Jabatan
Perpaduan Negara untuk melaksanakan aktiviti berbentuk muhibbah Majlis Muhibah dan
Pejabat Muhibah di peringkat pusat, negeri, daerah dan kawasan telah ditubuhkan di bawah
peruntukan Peraturan-Peraturan Perlu (Majlis-Majlis Muhibah) 1969 yang telah diwartakan
pada 18 Julai 1969.

Peranan Dasar Ekonomi Baru merupakan usaha pihak kerajaan untuk mencapai
matlamat integrasi nasional bagi mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan
terutama yang menganggur. Di samping itu, mengurangkan jurang perbezaan pendapatan
antara semua kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar). Malah, memperbaiki taraf
dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan
lain-lain.

Matlamat utama pentadbiran kerajaan selepas merdeka ialah untuk membanteras


pergantungan ke atas dua atau tiga komoditi utama iaitu dengan mempelbagaikan corak
ekonomi dalam sektor pertanian. Aspek ini dilakukan menerusi galakan industrialisasi di
kawasan-kawasan terpilih. Aliran ke arah industrialisasi yang menyeluruh telah menjadi isu

17
utama dalam dekad kini. Dalam pembangunan dan kemajuan ekonomi nasional, kerajaan
telah cuba memainkan peranan penting melalui aliran umum evolusi ekonomi dalam satu siri
rancangan lima tahun iaitu Rancangan Malaya Pertama (1956-60),Rancangan Malaya Kedua
(1961-65) ,Rancangan Malaysia Pertama (1966-70),Rancangan Malaysia Kedua (1971-75),
Rancangan Malaysia Ketiga (1976-80),Rancangan Malaysia Keempat (1981-85) ,Rancangan
Malaysia Kelima(1986-90),Rancangan Malaysia Keenam (1991-95),Rancangan Malaysia
Ketujuh (1996-2000),Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005) ,Rancangan Malaysia
Kesembilan (2006-2010).

Bagi membasmi kemiskinan dan jurang ekonomi antara kaum yang telah
menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Terdapat perbezaan ekonomi yang
ketara di antara masyarakat luar bandar yang majoriti penduduknya terdiri daripada orang
Melayu yang menjalankan aktiviti ekonomi sara diri, dengan masyarakat bandar yang terdiri
daripada kaum Cina yang menjalankan aktiviti ekonomi komersial. Perbezaan ini boleh
menggugat perpaduan negara. Pelbagai usaha membasmi kemiskinan telah dilaksanakan
sepanjang perlaksanaan DEB. Antara usaha-usaha itu ialah membuka dan membangunkan
kawasan tanah untuk golongan yang tidak memiliki tanah oleh agensi kerajaan seperti
FELDA dan FELCRA serta membina dan meningkatkan infrastruktur di kawasan luar
bandar.Selain itu, memperbaiki dan meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran,
latihan, kesihatan dan sebagainya. Meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan.

Kerajaan juga mengambil pendekatan dengan menyusun semula masyarakat, strategi


penyusunan semula masyarakat ini diharapkan dapat menghapuskan pengenalan kaum
berdasarkan kepada kegiatan ekonomi dan tempat tinggal. Tujuan penyusunan semula guna
tenaga dilakukan adalah untuk memperlihatkan bahawa penduduk Malaysia terdiri daripada
pelbagai kaum. Penstrukturan ini juga dapat memberi peluang kepada semua kaum untuk
menikmati kekayaan negara dan mewujudkan keharmonian di kalangan semua kaum di
Malaysia. Melalui penyusunan semula masyarakat, diharapkan pemilikan saham di Malaysia
akan melambangkan komposisi kaum di negara ini. Sasaran agihan bagi pemilikan saham
mengikut komposisi kaum ialah 30:40:30. Menerusi pelaksanaan DEB, adalah diharapkan
kaum bumiputera akan mencapai sekurang-kurang 30 peratus pemilikan saham di Malaysia
menjelang tahun 1990. Pada 1971 pemilikan saham oleh kaum bumiputera ialah 2.4 peratus
sahaja berbanding dengan kaum bukan bumiputera yang telah mencapai 34.3 peratus .Walau
bagaimanapun sasaran 30 peratus untuk kaum bumiputera bukanlah dengan mengambil hak
yang telah dimiliki oleh kaum bukan bumiputera tetapi ialah dengan mengurangkan hak

18
pemilikan saham oleh orang asing. Kedua-dua kaum bumiputera dan bukan bumiputera boleh
merebut peluang untuk mendapatkan hak daripada orang asing tersebut. Langkah-langkah
bagi mencapai strategi menyusun semula masyarakat ialah dengan menyusun semula guna
tenaga untuk mencerminkan komposisi kaum yang seimbang, Membentuk sebuah masyarakat
perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum bumiputera. Di samping
itu, Menubuhkan agensi kerajaan seperti Bank Pembangunan, Permodalan Nasional Berhad
dan lain-lain bagi membantu kaum bumiputera mendapatkan modal dan membuat pelaburan.
Seterusnya, memajukan negeri dengan menubuhkan agensi pembangunan wilayah seperti
DARA, KEJORA, dan lain-lain. Malah turut membangunkan kawasan zon perindustrian di
bandar dan menggalakkan migrasi dari luar bandar ke bandar.Pembangunan bandar baru.

Pencapaian Dasar Ekonomi Baru(DEB) secara umumnya sasaran untuk


mengurangkan kemiskinan telah berjaya dicapai. Kadar kemiskinan penduduk Malaysia telah
berjaya diturunkan daripada 42.4 peratus pada 1970 kepada 17.1 peratus pada 1990.
Pendapatan purata sebenar kaum bumiputera telah meningkat daripada RM172 sebulan
(1970) kepada RM940 sebulan (1990).Dari segi pemilikan hak milik modal masyarakat
bumiputera meningkat daripada 2.4 peratus (1970) kepada 12.5 peratus (1980) dan 19.3
peratus (1990). Namun begitu sasaran sebanyak 30 peratus tidak berjaya dicapai. Pemilikan
modal oleh kaum Cina telah meningkat daripada 34.3 peratus (1970) kepada 46.8 peratus
(1990), satu pencapaian yang melebihi daripada sasaran iaitu 40 peratus.

Dari segi pembangunan bandar baru, 28 buah bandar baru telah dibangunkan di
kawasan pembangunan wilayah di Johor Tenggara, Kelantan Selatan, Pahang Tenggara dan
Terengganu Tengah. Pembangunan Ekonomi Negara Dalam Konteks Perpaduan Nasional
supaya pembangunan dan perancangan ekonomi dirangka agar semua kumpulan etnik dapat
menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi untuk mencapai perpaduan negara.
Kedua, mengurangkan perbezaan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu. Ketiga,
merapatkan jurang pendapatan antara kaum, sektor bandar dan luar bandar, pertanian dan
industry. Keempat, mengurangkan kemiskinan tanpa mengira kaum. Kelima, pembangunan
negara yang seimbang antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
Keenam, penyusunan semula masyarakat di Malaysia Kaum-kaum tidak lagi dikenali
mengikut sektor/ pekerjaan. Ketujuh, DPN misalnya mempunyai objektif yang jelas, iaitu
perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhirnya kerana masyarakat yang bersatu
padu adalah penting untuk mengukuhkan kestabilan sosial serta politik dan mengekalkan
pembangunan ekonomi yang berterusan.

19
SISTEM POLITIK

Integrasi politik bermaksud pertukaran daripada memberikan kesetiaan sepenuh


kepada kaum etnik sendiri kepada memberikan kesetiaan sepenuh yang berbentuk semangat
kebangsaan kepada sesebuah Negara, Menurut Karl Deutsch, Integrasi politik ialah proses
keadaan. Sebagai keadaan, Negara yang mengamalkan integrasi politik tidak lagi berhadapan
dengan masalah pertelingkahan antara kaum. Sebagai proses pula, integrasi politik akan
menyebabkan berlakunya perubahan yang akan mewujudkan keamanan dalam sesebuah
negara.

Satu kaedah mewujudkan integrasi politik ialah dengan mengadakan pilihan raya
setiap lima tahun supaya rakyat dapat memilih pemimpin-pemimpin mereka. Pemimpin-
pemimpin parti politik yang memerintah Negara hendaklah mempunyai semangat
perundingan dan kerjasama dalam parti politik untuk memastikan penyertaan bersama dalam
proses pentadbiran negara. Hal ini telah dibuktikan apabila parti orang melayu(UMNO), parti
orang cina (MCA) dan parti orang India (MIC) bergabung membentuk parti perikatan. Parti
perikatan ditubuhkan pada tahun 1952.

Tun Abdul Razak telah meluaskan gabungan Parti Perikatan bermula dari tahun 1970
untuk membentuk Barisan Nasional yang terdiri daripada 10 buah parti politk untuk
bertanding dalam Pilihan raya persekutuan pada tahun 1974. Objektif penubuhan Barisan
Nasional adalah untuk mengurangkan perpecahan politik dan mengerakkan tenaga kearah
perpaduan dan pembangunan nasional. Kejayaan besar Barisan Nasional pada tahun 1974
merupakan kepercayaan daripada rakyat. Kerajaan terus melaksanakan dasar-dasar social dan
politik yang bertujuan untuk membentuk Negara Malaysia yang bersatu padu.

Rakyat Sabah mula bergiat aktif dalam politik apabila Tunku Abdul Rahman
mengemukakan cadangan pembentukan Malaysia pada bulan Mei tahun 1961. Pertubuhan
Kebangsaan Kadazan bersatu (UNKO), Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah bersatu (USNO)
menyokong pembentukan Malaysia. Manakala Persatuan Cina Sabah (SCA) dan Pasak
momogun Kebangsaan Bersatu (UPKO) menentang pembentukan Malaysia. Namun, SCA
menyokong pembentukan Malaysia selepas beberapa syarat dipersetujui. Rakyat Sarawak
juga mula bergiat aktif apabila wujud rancangan untuk berkerajaan sendiri, iaitu
pembentukan Malaysia pada 1963. Parti BArisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA), Parti

20
Pesaka Anak Sarawak (PESAKA), Parti Bersatu rakyat Sarawak (SUPP) menyokong
pembentukan Malaysia sementara Parti Negeri Sarawak (PANAS) dan Parti Kebangsaan
Sarawak (SNAP) menentang pembentukan Malaysia pada awalnya namun bersetuju untuk
menyertai Malaysia dengan syarat Sarawak diberi pemerintahan sendiri. Masyarakat Cina di
Sarawak juga turut bergiat aktif dalam politik. Hal ini terbukti apabila Persatuan Cina
Sarawak(SCA) ditubuhkan pada Julai 1962 berusaha untuk mewujudkan perpaduan nasional,
terutamanya mewujudkan hubungan baik antara masyarakat cina dengan bumiputera
Sarawak.

21
KESIMPULAN

Masyarakat Melayu tradisional mempunyai satu unit politik yang tersusun dan
bersistematik sebelum kedatangan British.Namun begitu, unit politik ini mula tergugat dan
berubah apabila British memperkenalkan sistem birokrasi pentadbiran Barat. Akibatnya raja
dan pembesar Melayu telah kehilangan kuasa terutama dalam politik dan ekonomi.

Pendudukan Jepun yang singkat telah mengubah dan mendatangkan pelbagai


implikasi kepada sistem sosial, politik dan ekonomi Tanah Melayu.Dasar Politik, ekonomi
dan sosial oleh pemerintahan Jepun di Tanah Melayu menyebabkan masyarakat di Tanah
Melayu berada dalam kesengsaraan.Namun, pendudukan Jepun juga sebenarnya telah berjaya
menanam dan seterusnya membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan penduduk
tempatan.Jepun telah menyerah kalah pada tahun 1945 apabila pihak tentera.Berikat
menggugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki.Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu
digantikan dengan Pentadbiran Tentera British.Pengalaman mentadbir di bawah Jepun
menyedarkan mereka supaya menjaga kepentingan tanah air seterusnya membawa kepada
kesedaran untuk menuntut kemerdekaan

Kepincangan yang wujud hasil pelaksanaan dasar Pecah dan Perintah adalah punca
berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Ekoran peristiwa rusuhan kaum ini telah
memaksa kerajaan merangka satu dasar yang bersepadu. Oleh itu, dasar yang dikenali sebagai
Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilaksanakan yang bertujuan membetulkan
ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum di negara ini. Bagaimanapun, dasar ini tidak
berjaya mencapai keseluruhan matlamatnya. Justeru, kerajaan terpaksa melaksanakan
langkah lain yang sewajarnya bagi menjamin pertumbuhan ekonomi yang
memberangsangkan dan pada masa sama cuba mewujudkan keseimbangan antara kaum.

22

Anda mungkin juga menyukai