Anda di halaman 1dari 7

KESIMPULAN

Rumusan Dapatan

Berdasarkan hasil dapatan kajian, didapati tahap penguasaan kemahiran menulis

menggunakan kata sendi nama ‘pada’, ‘kepada’ dan ‘untuk’ dalam ayat dengan betul dalam

kalangan murid telah dapat dipertingkatkan seperti yang disasarkan. Peningkatan murid dalam

ujian Pra dan Pos telah menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan. Kekuatan

kajian ini terletak pada tindakan-tindakan yang telah dijalankan dan seterusnya memberi kesan

kepada murid. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa tindakan penerangan konsep kata sendi

nama ‘pada’, ‘kepada’ dan ‘untuk’ menggunakan slaid powerpoint melalui tindakan

‘KOPAKETUK’ telah memberi kesan kepada murid mengetahui konsep kata sendi nama dengan

mudah. Penerangan konsep kata sendi nama juga memberi ilmu pengetahuan yang baharu dan

minda murid mengenai kepentingan penguasaan kemahiran pengguanaan tatabahasa kata sendi

nama sama ada dalam penulisan atau pertuturan. Melalui tindakan 2 iaitu ‘IIKS’ juga telah

memberi kesan kepada murid untuk menyuaikan ayat dengan kata sendi dengan betul apabila

murid sentiasa mengingati kata sendi nama rentetan daripada tindakan 1. ‘IIKS’ ini merupakan

salah satu cara untuk peserta kajian mengingat kembali apa yang telah dipelajari dan

mengenalpasti kata sendi nama yang sesuai untuk diisi dalam ayat. Tindakan ketiga

‘PUPUBUMIS’ merupakan salah satu permainan bahasa dan telah menarik minat murid untuk

menjalani tindakan tersebut. Tindakan ketiga ini juga telah menguji minda murid supaya kata

sendi nama yang telah dipelajari sentiasa berada dalam kotak pemikiran mereka agar mereka
dapat membuat ayat yang sesuai dengan kata sendi nama yang mereka perolehi dan seterusnya

boleh membina ayat dengan kemas berdasarkan kata sendi nama.

Berdasarkan hasil dapatan kajian lepas, Salwa Zaharin (2012) dalam Program

Daripadaku Kepadamu Meningkatkan Penguasaan Kata Sendi Nama Tahun Lima membuktikan

bahawa penguasaan dan kefahaman kata sendi nama dalam kalangan murid boleh ditingkatkan

sekiranya guru mempelbagaikan kaedah pengajaran yang menarik dan sesuai. Dalam kajian ini,

pengkaji telah menggunakan slaid powerpoint untuk menerangkan konsep kata sendi nama

kepada murid yang dapat menarik minat murid dan seterusnya dapat membantu murid

memahami konsep kata sendi nama ‘pada’, ‘kepada’ dan ‘untuk’ dengan mudah. Menurut Che

Zanariah Che Hassan dan Fadzilah Abd. Rahman (2011) dalam kajian mereka ‘Pelaksanaan

Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis di Sekolah Rendah’, guru perlu memasukkan

aspek psikologi dan profesional dalam mengaplikasikan teknik, kaedah dan strategi serta

penggunaan bahan bantu mengajar dalam mengajar murid dalam kemahiran menulis. Aspek-

aspek ini dilihat membantu murid dalam menggalakkan minat murid untuk belajar dan

memudahkan pemahaman murid dalam pembelajaran. Ini menunjukkan dalam tindakan 2 yang

telah menggunakan bahan bantu mengajar membantu murid mengingati dan mengetahui kata

sendi nama yang sesuai dalam ayat dengan mudah. Menurut Hafizuddin Fareis bin Fisal.(2001).

Keberkesanan teknik permainan bahasa dalam pengajaran kata sendi nama bagi murid tahun

Lima Teratai di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud 1, Besut, Terengganu, seramai 34 orang

murid telah dijadikan responden kajian. Hasil dapatan kajian beliau menunjukkan penggunaan

teknik permainan bahasa adalah berkesan dalam prses pengajaran kata sendi nama yang

dijalankan. Dalam kajian ini, tindakan 3 yang digunakan ialah teknik permainan bahasa.
Tindakan 3 ini dapat membantu murid untuk membina ayat dan mengukuhkan lagi pengetahuan

mengenai kata sendi nama melalui permainan bahasa yang telah dijalankan. Ini membuktikan

tindakan-tindakan yang digunakan dalam pelaksanaan tindakan yang dirancangkan

menggunakan kaedah slaid powerpoint dan permainan bahasa telah memberi kesan dalam

meningkatkan penguasaan kemahiran menulis kata sendi nama ‘pada’, ‘kepada’, dan ‘untuk’

dalam ayat dengan betul dalam kalangan murid.

Kesimpulannya, semua tindakan yang telah dijalankan menggunakan kaedah yang sesuai

bagi mengatasi masalah kajian ternyata memberikan manfaat kepada keempat-empat murid.

Hasil dapatan kajian telah menunjukkan keempat-empat murid telah menunjukkan peningkatan

yang memberangsangkan apabila berlakunya peningkatan dalam ujian Pos berbanding ujian Pra.

Selain itu, semua tindakan yang digunakan mampu untuk meningkatkan penguasaan kemahiran

menulis mengggunakan kata sendi nama ‘pada’, ‘kepada’ dan ‘untuk’ dalam ayat dengan betul

sekaligus meningkatkan pencapaian murid dalam penguasaan tatabahasa kata sendi nama bahasa

Melayu.

Cadangan Penambahbaikan

Berdasarkan kajian tindakan yang telah dilaksanakan, terdapat beberapa cadangan lain

yang boleh dilakukan untuk membuat penambahbaikan terhadap tindakan supaya menjadi lebih

menarik dan menyeronokkan. Cadangan pertama untuk penambahbaikan ialah guru itu sendiri
boleh menjalankan kajian tindakan terhadap murid-murid yang diajarnya. Bukan hanya setakat

hendak menyiapkan laporan khas tetapi hendaklah benar-benar dilaksanakan untuk

meningkatkan kemahiran murid-murid di sesebuah sekolah. Namun apa yang berlaku sekarang

ialah biasanya murid-murid dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan susulan. Akibatnya

mereka ketinggalan dan dibiarkan tanpa sebarang usaha untuk dibaikpulih terhadap masalah

pembelajaran yang dialami oleh murid dalam pendidikan. Diharapkan semua warga pendidik

lebih prihatin dan bertugas dengan lebih komited dan penuh berintegrasi dalam bidang keguruan.

Guru juga seharusnya memperbanyakkan aktiviti atau langkah dalam tindakan supaya tidak

berasa tertekan.guru juga perlu meningkatkan serta membuat latihan dengan lebih kerap.

Kesungguhan dan usaha yang lebih berkesan perlu dilakukan dengan kerjasama ibu bapa,

PIBG dan sekolah agar masalah pembelajaran murid dapat diatasi seterusnya boleh menyumbang

ke arah peningkatan pencapaian akademik. Seorang guru yang berdedikasi tidak akan mengeluh

sekiranya mendapati muridnya lemah dan gagal menguasai sesuatu objektif. Sebaliknya guru

akan terus berusaha memperbaiki, merancang satu kaedah dan pendekatan yang terbaik untuk

mencapai objektif tersebut.

Cadangan lain pula ialah membuat permainan bahasa secara berkumpulan iaitu membaut

permainan seperti pancing ikan dan murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kemudian

setiap kumpulan akan memancing kad-kad bergambar dan apabila berjaya mereka dikehendaki

berbincang dalam kumpulan untuk meneka jawapan dan seterusnya menulis kata sendu dalam

carta yang disediakan. Kumpulan yang mendapat markah paling banyak dan betul jawapannya
akan dikira sebagai pemenang. Pertandingan secara berkumpulan juga akan dapat membantu

murid berkomunikasi dan bersosial dengan lebih baik. Justeru, murid akan berusaha untuk

melibatkan diri secara aktif untuk memastikan kumpulan mereka mendapat markah yang paling

tinggi.

Cadangan Kajian Lanjutan

Bahagian ini dibentangkan beberapa cadangan kajian lanjutan. Cadangan kajian lanjutan

ini adalah bertujuan memberikan idea dan panduan kepada pengkaji seterusnya ingin mengkaji

kata sendi. Oleh yang demikian, pengkaji lain yang ingin meneruskan kajian dalam bidang yang

sama dengan kajian ini boleh menggunakan beberapa cadangan yang dinyatakan sebagai

panduan.

Kajian ini hanya melibatkan murid-murid sekolah rendah dengan saiz peserta kajian yang

kecil. Oleh itu, kajian seterusnya perlu dilaksanakan oleh pelbagai pihak dalam pelbagai aspek

yang berkaitan dengan kata sendi nama untuk mendapatkan maklumat yang berguna. Contohnya,

kajian mengenai penggunaan kata sendi dalam kumpulan peserta kajian yang lebih besar seperti

pelajar institut pengajian tinggi dan penjawat awam.

Cadangan lain ialah agar kajian terhadap meningkatkan penguasaan kemahiran menulis

menggunakan kata sendi nama dengan betul dapat diperluaskan lagi kerana berkemungkinan
sekolah-sekolah lain juga menghadapi masalah yang sama. Jika tidak diatasi pada peringkat awal

maka masalah ini akan berlanjutan sehingga kalangan orang dewasa kelak.

Walaupun dilihat perkara ini Nampak sesuatu yang kecil atau ringan tetapi pengaruhnya

begitu besar dalam kehidupan dan alam perekolahan murid, lebih-lebih lagi bagi calon

peperiksaan untuk dinilai dari segi penguasaan membaca dan menulis (2M) serta dalam

menghasilkan karangan yang baik dan bermutu. Kesannya akan mempengaruhi markah sama ada

baik atau sebaliknya dalam penulisan karangan, terutamanya dalam Ujian Penilaian Sekolah

Rendah (UPSR).

Selanjutnya, kajian ini juga boleh dilakukan dalam kalangan masyarakat untuk menilai

penguasaan masyarakat terhadap kata sendi nama. Hal ini berikutan ramai masyarakat tidak

terlalu menitikberatkan penggunaan struktur ayat dan kata sendi nama yang betul dalam

pertuturan mereka. Selepas ini juga boleh melakukan kajian yang lebih mendalam mengenai kata

sendi nama dengan memilih kata sendi nama yang lain untuk diuji. Seterusnya, diharapkan

cadangan yang dikemukakan ini dapat dijadikan panduan kepada pengkaji lain yang berminat

untuk membuat kajian dalam bidang yang sama. Selain itu mendapatkan maklumat yang berguna

untuk digunakan oleh semua pihak dalam memastikan setiap individu di negara ini mengenai

kata sendi dengan sempurna.


Ringkasnya, kajian ini merupakan salah satu kajian dalam mengkaji kesalahan dalam

menggunakan kata sendi nama. Kajian yang lebih terperinci dan lebih tepat perlu dilaksanakan

untuk mengukuhkan lagi kajian tentang penguasaan kata sendi ini. Kajian ini diharapkan dapat

membantu guru bahasa Melayu untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menulis

menggunakan kata sendi nama dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Diharapkan hasil kajian ini dapat digunakan dan dimanfaatkan oleh guru-guru agar pengajaran

dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai