Anda di halaman 1dari 11

Apakah Dia Kecergasan?

berbagai-bagai pegertian yang diberikan oleh pakar mengenai kecergasan. Prkataan

cergas bermaksud cepat, pantas dan tangkas. Kecergasan membawa maksud:

• Kesihatan organik yang optimum dengan mengamalkan pengetahuan

kesihatan masa kini.

• Koordinasi, kekuatan dan daya hidup yang mencukupi untuk menghadapi

kecemasan dan juga untuk keperluan kehidupan sehari-hari.

• Kesetabilan emosi untuk menghadapi tekanan dan ketegangan kehidupan

moden.

• Kesedaran sosial dan penyesuaian kepada kehidupan berkelompok.

• Pengetahuan dan pemikiran yang mencukupi serta pergertian yang

membolehkan seseorang itu dapat membuat keputusan dan penyelesaian yang

rasional.

• Kecenderungan nilai dan kemahiran yang merangsangkan penyertaan yang

memuaskan dalam aktiviti harian.

Ahli-ahli fisiologi mengatakan bahawa kecergasan merupakan satu keadaan seseorang

itu mempunyai keupayaan untuk melakukan kerja hariannya tanpa kelesuan dengan

penggunaan tenaga yang minima serta mempunyai tenaga lebihan untuk digunakan

pada masa kesenggangan dan ketika dalam keadaan kecemasan. Kecergasan

didefinisikan sebagai kebolehan untuk menyaingi kehidupan yang seimbang dan

lengkap. Ini secara keseluruhan melibatkan kecergasan sosial, kecergasan psikologi,

dan kecergasan fisiologi. Kesemua ini ditentukan pula oleh persekitaran, keturunan

(baka) dan cara hidup seseorang itu.

1
Untuk memperolehi dan mengekalkan kecergasan, ia memerlukan usaha yang

berterusan dengan mengamalkan senaman yang berkala. Senaman dan aktiviti fizikal

yang berkala boleh mengatasi masalah hilang upaya, meningkatkan keupayaan fungsi

tubuh badan dan memberi keselesaan. Keadaan ini boleh tercapai dengan melakukan

frekuensi senaman, intensiti serta tempoh yang mencukupi.

Kecergasan menyeluruh merangkumi 5 aspek utama.kecergasan menyeluruh

membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna kepada

masyarakat.Seseorang individu yang telah berjaya memenuhi kelima - lima aspek ini

barulah dikatakan sihat sepenuhnya.

Lima aspek kecergasan menyeluruh

Kecergasan Keseluruhan

Kecergasan Kecergasan Kecergasan

Fisiologi Sosial Psikologikal


Kecergasan Kecergasan Kecergasan Kecergasan Kecergasan

Fizikal Sosial Mental Emosi Kerohanian

Kecergasan Fisiologi

Kecergasan Fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk

menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang

dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan.

2
Kecergasan fizikal terbahagi kepada dua aspek iaitu, berasaskan kesihatan dan

perlakuan motor.

Aspek fizikal berasaskan kesihatan diri terdiri daripada :

a) daya tahan kerdiovaskular

b) kekuatan otot

c) daya tahan otot

d) regangan dan fleksibiliti

e) komposisi tubuh badan

Aspek kecergasan fizikal pula berasaskan perlakuan motor terdiri daripada :

a) kelajuan/kepantasan

b) imbangan

c) ketangkasan

d) kuasa

e) masa tindak balas

f) koordinasi

Kecergasan sosial

Kecergasan sosial ialah individu yang berinteraksi dengan orang lain bagi

mewujudkan perhubungan yang bermakna supaya dapat meningkatkan kualiti hidup

semua pihak yang terlibat dalam hubungan ini. Individu ini dapat bergaul dengan

masyarakat dan memberikan sumbangan yang positif kepada diri sendiri, keluarga,

masyarakat dan negara. Komponen ini dapat mengeratkan masyarakat, mewujudkan

perpaduan yang membawa keamanan dan kesejahteraan negara. Kesihatan sosial

dihuraikan sebagai keupayaan kita untuk berinteraksi dengan orang lain dan

persekitaran sosial secara berkesan serta menikmati kepuasan hubungan peribadi

(Nieman, 1999).

3
Seseorang ahli sukan boleh mencapai tahap yang tertinggi di dalam sukan jika dia

sentiasa bersifat positip di dalam semua ujian yang akan dilaluinya.

Kaitan kecergasan sosial dengan kecergasan fisiologi.

Bagi sesetengah orang melakukan sesuatu aktiviti bersama-sama rakan adalah lebih

menyeronokan daripada secara bersendiri , mereka mendapat sokongan,dorongan

serta mengambil berat tentang penglibatan mereka. Mereka juga dapat membuat

perbandingan positif antara diri mereka dengan orang lain tentang tentang tahap

kecergasan yang diperolehi melalui aktiviti fizikal, disamping itu ia membolehkan

individu atau masyarakat berinteraksi dan berhubung dengan orang lain yang berbagai

agama dan bangsa. Ia juga dapat bertanding atau beradu kekuatan secara positif dan

dapat mengurangkan masaalah sosial serta dapat meningkatkan kemahiran

berkumpulan (Anshel dan Weinberg,1995) Amnya, pengarauh faktor-faktor sosial

yang dimaksudkan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu keluarga, rakan dan desakan

kerja.

a.Sokongan keluarga.

Sokongan ahli keluarga terutama daripada orng-orang yang terdekat adalah penting

bagi seseorang yang ingin memulakan atau melakukan aktiviti fizikal yang telah

diceburi. Sokongan disini bermaksud sikap positif yang ditunjukkan serta galakan

yang diberi kepada individu tersebut. Tanpa sokongan adalah amat sukar bagi

seseorang individu untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal dengan baik kerana

mereka merasa perkara yang mereka buat adalah tidak penting. Jadi adalah amat

penting bagi seseorang jurulatih untuk menerangkan kepentingan aktiviti fizikal yang

4
diceburu sebelum seseorang individu itu menceburi bidang fizikal atau sukan yang

akan diikutinya.

Seperti yang kiata ketahwi tanpa sokongan keluarga adalah sukar bagi kita untuk

melakukan sesuatu perkara, sebagai contoh jika kita hendah menguruskan badan kita.

Jika keluarga kita tidak memberi ransangan dan galakan kepada kita adalah amat

sukar bagi kita untuk meneruskan perkara yang kita hajati itu. Jadi sokongan dan

motivasi daripada keluarga memainkan peranan sebelum kita menceburi sesuatu

bidang sukan itu. Individu yang mempunyai motivasi akan berlatih bersungguh-

sungguh, menguasai sesuatu kemahiran dan mencapai kejayaan ( Martens 1987)

b.Sokongan rakan-rakan

Rakan-rakan,jiran atau rakan sekerja juga boleh mempengaruhi penglibatan seseorang

dalam satu program fizikal, terutama bagi mereka yang mempunyai hubungan rapat.

Kebiasaannya orang ingin tahu pendapat orang lain tentang diri mereka atau

penglibatan mereka dalam sesuatu aktiviti. Oleh itu adalah lebih berkesan jika satu

program fizikal itu diadakan secara kumpulan supaya mendapat sokongan dan

galakan antara satu dengan yang lain. Dengan galakan yang diberikan ia akan dapat

membantu seseorang individi itu meneruskan aktiviti fizikal yang telah diceburinya.

Contohnya : jika kita sedang mengikuti ujian kecergasan jika kita melakukanya secra

berkumpulan kita akan dibantu oleh rakan-rakan kita, bantuan yang dimaksudkan ini

ialah seperti sokongan untuk terus melakukan aktiviti tersebut. Individu yang

mendapat sokongan itu tadi akan bersemangat dan akan cuba sedaya upaya untuk

melakukan aktiviti itu tadi.

5
c.Desakan kerja

seseorang yang mempunyai banyak perkerjaan akan membatasinya unruk melakukan

aktiviti fizikal dengan baik ini kerana perkerjaan adalah punca rezeki dan identiti bagi

seseorang. Kerja yang terlampau banyak akan menyebabkan seseorang untuk

melakukan aktiviti dan boleh menyebabkan seseorang individu kurang minat unruk

melakukan sesuatu aktiviti fizikal. Bagi mengatasi masaalah ini, lokasi tempat

program diadakan adalah amat mustahak. Program aktiviti yang berdekatan dengan

tempat tinggal atau kerja akan lebih memberangsangkan seseorang untuk memulakan

atau mengekalkan aktiviti yang diikutinya.

Kecergasan psikologikal

Kecergasan Mental adalah keupayaan individu untuk berfikir dan menggunakan

maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimal.

Keupayaan berfikir dan bertindak dengan rasional dan berhikmah. Seseorang yang

mempunyai kecergasan mental yang baik akan dapat menyumbangkan tenaga dan

fikiran kearah kebajikan masyarakat dan Negara.

Kefahaman tentang pemikiran dan keadaan mental seseorang atlet merupakan kunci

bagi membantu atlet mengubah suai emosi secra positif dan meningkatkan usaha

fizikalnya. ( Cratty !984)

Kecergasan Emosi adalah keupayaan individu menangani kehidupan harian serta

perasaan kendiri secara membina,proaktif dan optimistik. Ianya keperluan pembinaan

asas kecergasan fizikal, sosial dan mental merupakan pengawalan emosi.

6
Seseorang yang mempunyai kecergasan emosi yang stabil akan dapat mengawal diri

dengan baik dan tidak bertindak mengikut perasaan.

Kecergasan Rohani adalah keupayaan individu untuk membentuk satu sistem nilai

dan bertindak berlandaskan kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan

matlamat kehidupan yang bermakna dan konstruktif. Ia merupakan keupayaan

dalaman seperti beriman, sabar, ikhlas, rendah diri dan lain-lain. Komponen ini dapat

melahirkan individu yang mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi, berperibadi

mulia, berdisplin tinggi dan disegani.

Kaitan kecergasan psikologikal dengan kecergasan fisiologi

Kecergasan fisiologi kerap boleh memberi kesan positif terhadap perubahan

kecergasan psikologikal seseorang. Sebenarnya penglibatan diri dalam aktiviti fizikal

amat perlu untuk menikmati dan menghargai bagaimana kecergasan kecergasan

fisiologi dapat mengubah mental,emosi dan rohani seseorang. Mereka boleh

mengawal dan mengubah cara hidup mereka menjadi lebih cergas dan kelihatan

menarik. Berikut adalah kesan psikologikal terhadap fisiologi:-

a.Kecergasan mental

Ganguan mental merupakan masalah utama kesihatan. Banyak yang telah

diperkatakan tentang aktiviti fizikal dengan kesihatan mental. Aktiviti fizikal dapat

meningkatkan keyakinan diri, kesejahteraan, penurunan kebimbangan dan kesan-

kesan positif terhadap kemurungan. Dari sudut fisiologi, keadaan fizikal, intelektual

dan emosi berkaitan rapat dengan seseorang. Pendek kata, seseorang tidak dapat

menikamti kesihatan mental sekiranya lain-lain kompenan diabaikan. Peningkatan

7
dalam kecergasan fizikal menyebabkan kawalan persepsi dan mastery sehingga

menyebabkan seseorang merasa sejahtera. Aktiviti fizikal juga merupakan satu jenis

meditasi yang boleh mengubah keadaan sedar seseorang. Dengan melakukan aktiviti

fizikal stimulus yang menyebabkan kebimbangan dapat dikurangkan. Ianya juga

meningkatkan peredaran darah keotak, mengubah neurotransmitters pada otak, dan

memaksimakan pengambilan oksigen serta peredaran oksigen ke tisu-tisu otak.

Aktiviti fizikal seperti berjoging, berbasikal, berenang, berjalan kaki, senanrobik dan

kalistenik dapat mengurangkan ketegangan otot.

b.kecergasan emosi

Emosi boleh didifinasikan sebagai satu keadaan kebangkitan afektif yang pelbagai

dan tidak kekal. Emosi seseorang sentiasa berubah. Dengan melakukan aktiviti fizikal

emosi seseorang akan lebih ceria. Dengan melakukan aktiviti fizikal seseorang dapat

mengurangkan perasaan marah, keadaan lesu dan dapat meningkatkan pemikiran yang

jelas, bertenaga, alertness dan kesejahteraan diri. Dengan melakaukan senaman

aerobic seseorang dapat meningkatkan system kardiovaskular dan membolehkan

peredaran oksigen yang sempurna kedalam seluruh badan dan ini boleh

mengurangkan ketegangan dan perasaan negatif. Pendek kata dengan melakukan

sukan kita akan dapat melupakan masalah yang kita hadapi. Kita boleh melupakan

beban-beban kerja yang kita hadapi dan menghidar kita daripada mengalami stress.

c.Kecergasan rohani

jika kita mempunyai kecergasan rohani yang baik kita dapat melakukan segala aktiviti

fizikal dengan lebih baik lagi. Agama memainkan peranan bagi seseorang mempunyai

8
kecergasan fizikal sempurna. Dengan didikan agama yang baik seseorang akan dapat

belajar beriman, sabar, ikhlas, rendah diri dan lain-lain. Komponen ini dapat

melahirkan individu yang mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi, berperibadi

mulia, berdisplin tinggi dan disegani terutama di dalam sukan. Jika seseorang individu

mempunyai kecergasan rohani yang tinggi seseorang individu akan dapat

mendisiplinkan dirinya dengan baik. Dia akan dapat mengawal emosi dan tahu batas-

batas atau perkara yang baik dan buruk di dalam sukan yang akan diceburinya,

terutama sekali mengawal tingkah laku semasa mengikuti sesuatu pertandingan atau

perlawanan. Seperti tidak mudah emosi dan mengamalkan permaianan yang adil iaitu

(fair play) dan yang lebih penting lagi ialah menjauhi rasuah kerana rasuan adalah

salah asatu tabiat buruk yang boleh menghancurkan sukan di mana-mana negara.

Kesimpulan

Di sini dapatlah kita lihat bahawa kecergasan fisiologi, kecergasan sosial dan

kecergasan psikologikal saling berkait rapat diantara satu dengan yang lain. Jika

seseorang tidak mempunyai kecergasan sosial yang baik dalam sukan maka adalah

amat sukar bagi seseorang ahli sukan itu untuk berinteraksi dengan orang lain dan

mendapat sokongan di dalam sukan yang akan diikutinya. Seperti yang kita tahu

kecergasan psikologikal tebahagi kepada tiga kompenan iaitu kecergasan Mental

Emosi dan kerohanian.

Tanpa ketiga-tiga kompenan ini juga seseorang ahli sukan tidak akan dapat

melakukan aktiviti fizikal dengan baik. Jika mentaliti kita terganggu adalah amat

sukar bagi seorang ahli sukan untuk menumpukan lebih perhatian kepada sukan,

tambahan lagi jika seseorang ahli sukan itu tidak dapat mengawal emosinya di dalam

latihan atau pertandingan yang diikutinya. Sesetengan orang akan dapat mengawal

emosinya jika dia melakukan aktiviti-aktiviti fizikal seperti berlari-lari atau

9
berjogging. Bagi mereka melakukan aktiviti fizikal ianya akan dapat mengawal

perasaan marah mereka.

Kecergasan rohani adalah kompenan yang kecil di dalam kecergasan psikologikal

tetapi ianya mempunyai peranan yang penting bagi seseorang ahli sukan kerana di

dalam kecergasan ini seseorang ahli sukan akan dapat mengenal erti sabar,

berperibadi mulia, berdisplin tinggi dan disegani terutama di dalam sukan dan akan

sentiasa bersifat ikhlas terhadap setiap sukan atau bidang yang diceburinya.

10
Rujukan

Buku Sumber Kecergasan Fizikal,1987, Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia

dan Kem. Belia Dan Sukan Malaysia.

Cox, R. H., (1998), Sport psychology: concept and application. Edisi keempat.

Dr. Serguei Sidorenko, (1998). Senaman Kecergasan Fizikal.

Jabatan Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Negara Brunei

Darussalam,(2008). Asas kecergasan Fizikal.

Jones, G. and hardy,l (1989). Stress and Cognitive Functioning in Sport

Mohd. Sofian Omar Fauzee (2002), Psikologi sukan. Daya Tahan Mental dan

Emosi di kalangan Atlet.

Mohd. Sofian Omar Fauzee (2002), Psikologi sukan konsep dalam latihan dan

pengajaran sukan.

Nota –nota kecergasan Cikgu Zufri bin Haji Hassan.

11