1 PENGENALAN
Persoalan-persoalan yang berkaitan dengan aliran pemikiran telah menjadi satu ancaman sejak
zaman awal Islam lagi. Umat Islam sering kali berhadapan dengan isu yang cuba untuk
merosakkan kesucian dan kemurnian Islam dengan kemunculan aliran pemikiran yang
melampau seperti Muktazilah, Jabariyah dan sebagainya. Kecelaruan pemikiran yang dibawa
ini telah lama mewarnai sejarah umat Islam. Kemunculan fahaman pemikiran baru berteraskan
Pemikiran Islam Liberal merupakan satu bentuk pemikiran yang sering kali
meletakkan prinsip kebebasan dan keterbukaan dalam segenap aspek kehidupan sehingga
kadang kala melangkaui batasan syariah dan hukum-hakam yang telah termaktub dalam agama
Islam sendiri. Kelompok pemikiran ini seringkali kelihatan cukup terkehadapan dalam
memperjuangkan isu-isu wanita serta hak asasi kemanusiaan. Pengaruh pemikiran ini
Sebagai agama wahyu yang terakhir untuk manusia sejagat, Islam amat mementingkan
sifat keaslian dan ketulenannya. Ini kerana selepas Islam tidak ada sebarang agama baru yang
bakal diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk membetulkan apa-apa pencemaran
1
Wan Ismail W Dagang et al., 2015, Ancaman Pemikiran Aliran Islam Liberal Kepada Umat Islam di Nusantara,
hlm. 77
1
kepentingan inilah Islam sentiasa memberikan peringatan kepada umatnya daripada
1.2 DEFINISI
Mengikut Kamus Dewan yang telah mendefinisikan perkataan “Liberal” sebagai 1. (bersifat)
condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik (misalnya menentang hak-hak
berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya.2
Merujuk kepada definisi di atas, Islam sememangnya sebuah agama yang liberal. Ia
Islam juga memiliki dasar yang terbuka terhadap peradaban manusia selagi mana ia tidak
Di Indonesia terdapat Jaringan Islam Liberal (JIL) yang menyokong fahaman liberalisme ini
dalam semua aspek kehidupan mereka. Golongan ini telah memperjuangkan empat agenda
utama iaitu konsep pembinaan negara sekular, konsep pluralisme agama, emansipasi wanita
2
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1996
3
Hafiz Firdaus Abdullah, 2007,Membongkar Aliran Islam Liberal, hlm.10
2
Manakala gerakan Islam Liberal di Malaysia tidak mempunyai kumpulan khas yang
menggunakan nama Islam Liberal. Namun pemikiran yang bercirikan fahaman Islam Liberal
seperti perjuangan demokrasi, persamaandalam semua agama yang telah dianuti dan
persamaan dalam hak antara kaum wanita dan lelaki iaitu feminisme telah pun wujud di
Malaysia.
Pada penghujung tahun 1980, telah muncul satu pertubuhan NGO yang dipanggil
sebagai Sisters in Islam (SIS) di bawah pimpinan Zainah Anwar. Pertubuhan SIS ini telah
dianggotai oleh barisan-barisan wanita professional ini menjadi lebih terkenal sejak tahun 1990
apabila mereka memperjuangkan hak wanita Islam mengikut acuan feminis barat. Pertubuhan
ini telah berusaha untuk menegakkan dan menjadikan pandangan mereka sebagai satu aliran
Fahaman liberalisme muncul pada abad ke-14. Ianya memberi pengaruh besar kepada
masyarakat Eropah, terutamanya selepas revolusi Perindustrian pada abad ke-18 tercetus.
5
Aliran liberalisme lahir di barat adalah lanjutan daripada zaman Renaisans iaitu kebangkitan
yang berlaku di Eropah. Ianya adalah hasil daripada tindak balas kaum intelek Eropah terhadap
penindasan gereja terhadap ilmu atau sains dan juga teori-teori palsu ciptaan cendekiawan
4
Ahmad Yumni Abu Bakar & Mohd Fairuz Jamaluddin, 2014, Menjawab Islam Liberal, hlm. 1
5
ibid, hlm. 2
3
Yahudi untuk memusnahkan agama Kristian. Aliran pemikiran ini bertujuan untuk
Gerakan Liberalisme dari sudut agama dipelopori oleh Martin Luther 6(1483-1546)
masihi. Gerakan ini membebaskan penganut agama Kristian daripada kuasa gereja dari segi
rohaniah ke atas individu dan membentuk mazhab baru bernama Protestan pada abad ke-16
masihi. Antara prinsip penting bagi mazhab protestan ialah, “Menjadi hak individu Kristian
untuk membaca kitab suci dan mentafsirnya sendiri tanpa terikat dengan tafsiran paderi-
paderi”. 7
Seterusnya, pada abad ke-18 masihi, Liberalisme barat itu berkembang pula dalam
bentuk aliran syak atau sceptism dan mewujudkan suasana yang kontoversi yang lebih hebat
dengan agama-agama khususnya pada abad ke 19 masihi. Seterusnya, aliran yang menolak
agama terus mengembangkan ideanya di German khususnya pada kurun ke-19 masihi, melalui
tulisan-tulisan seperti Feuerbach, Marx dan Nietzsche. Dari sinilah bermulanya satu fahaman
Idea Liberalisme ini terus berkembang di barat bersama dengan kemajuan sains dan
pemodenan dalam pembangunan industri. Manusia bukan sahaja dipengaruhi dengan idea
keraguan tentang tuhan dan ajaran-ajaran agama tetapi juga menjadikan mereka bersikap
materialistik dengan menjadikannya sebagai matlamat dari segala kehidupan. Sebagai contoh
6
Martin Luther merupakan seorang tokoh Protestan disebabkan oleh penindasan dan keganasan gereja
khatolik sebelum zaman Renaissance
7
Sulaiman Nordin, 1995, Islam, al-Quran dan ideologi masa kini, hlm. 170-172
4
David Hume 8(1711-1776) dalam tulisannya banyak sekali menghentam agamanya sendiri iaitu
agama Kristian. Ini terbukti dalam tulisan beliau seperti “Dialouges Concerning Natural
Religion” dan Essay on Miracles”. Berasaskan kepada idea pemikiran beliau yang
menggunakan pendekatan ragu iaitu scepticism melalui teori ilmu yang didasarkan kepada
persepsi akal dan indera maka sudah tentu ianya mengatakan tuhan itu tidak wujud.
Selain itu, secara tidak langsung idea seumpama ini telah mempengaruhi pemikiran
generasi baru di barat khususnya dan di timur umumnya. Fahaman ini berkeyakinan bahawa
manusia dan akal fikirannya boleh menyelesaikan pelbagai aspek yang berkaitan dengan
kemanusiaan tanpa perlu merujuk kepada agama dan tuhan. Apabila seseorang manusia itu
dalam kes yang tertentu yang memerlukan agama maka ianya hanya bersifat keperluan individu
semata-semata.9
Aliran Islam Liberal wujud hampir di setiap negara umat Islam hari ini. Nama mereka mungkin
berbeza-beza dengan nama tertentu, akan tetapi manhaj dan gaya mereka tetap sama iaitu
meragui Syariat dan hukum-hakam agama, berprasangka buruk terhadap ulama’ dan mentafsir
daripada tokoh-tokoh yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang Islam. Di antara
tokoh-tokoh aliran ini yang masyhur di Timur Tengah adalah Rifa‘atBik al-Thantawi, Thaha
8
Seorang ahli falsafah Scotish
9
Zulkarnain Yusoff, 1996, Gugatan Pemikiran Islam, hlm. 10
5
Husein, Ali ‘Abd al-Raziq, Mahmud Abu Rayya, Ahmad Amin, Hasan Hanafi, Farag Foudah,
Naser Abu Zaid, ‘Athif al-Iraqi, Nawwal al-Sa’dawi dan sebagainya. Pendapat tokoh-tokoh
aliran Islam Liberal di atas banyak yang telah dijawab dan ditolak oleh tokoh-tokoh Ahl al-
Sunnah wa al-Jama'ah diTimur Tengah, bahkan sebahagian daripada mereka telah ditarik balik
pengetahuan Islam yang cukup luas. Antara tokoh-tokoh pelopor Islam Liberal di Indonesia
adalah seperti Abdurrahman Wahid, Harun Nasution dan Nurcholish Madjid. Manakala
pendokong dan penyokong pemikiran Islam Liberal adalah seperti Azyumardi Azra, Siti
Hampir kesemua tokoh-tokoh yang tersebut adalah mereka yang mempunyai latar
belakang pendidikan agama yang luas. Malah mereka juga berpeluang mendalami pengajian
Islam di universiti-universiti Timur Tengah dan Eropah. Lebih menyayatkan hati lagi, tokoh-
tokoh Islam Liberal ini merupakan mereka yang mempunyai pengaruh yang tersendiri sama
ada pernah memegang jawatan penting dalam kerajaan dan institusi Islam atau mereka
antara wanita dan lelaki (feminisme). Jika di Indonesia Gerakan Liberal dilakukan oleh
Jaringan Islam Liberal (JIL), maka di Malaysia gerakan Islam Liberal difokuskan kepada
6
persamaan hak antara wanita dan lelaki (feminisme). Sister In Islam adalah kumpulan yang
menyarankan persamaan hak antara wanita dan lelaki, di samping mempromosikan demokrasi,
dan kebebasan.10
Fahaman liberalisme ini merupakan satu fahaman yang memberikan kebebasan, ia bukanlah
satu ideologi yang dapat bertahan dengan sendiri tanpa unsur-unsur atau sifat-sifat lain yang
dan pluralisme.
1.5.1 SEKULARISME
Sekularisme dari sudut bahasa adalah lebih hampir kepada sesuatu yang bersifat keduniaan
serta terpisah daripada nilai- nilai agama. Dari segi istilah pula, sekularisme adalah fahaman
akhirat. Ia membawa peranan agama dan Tuhan daripada segala urusan kehidupan manusia.
Golongan sekularisme ini meletakkan hak dan kebebasan individu tanpa campur tangan agama
sebagai dasar pegangan. Sebagai contoh yang berlaku di Amerika Syarikat, corak agama
citarasa individu tersebut. Oleh kerana itu, lahirlah pelbagai ideologi mengikut kebebasan
individu tersebut.11
10
Mohd Nasir Masroom &Wan Ismail Wan Dagang, 2006, Cabaran Islam Liberal Kepada Umat Islam Masa Kini,
hlm.10-11
11
Ahmad Yumni Abu Bakar& Mohd Fairuz Jamaluddin, 2014, Menjawab Islam Liberal, hlm. 5
7
1.5.2 RASIONALISME
Rasionalisme lebih dikenali sebagai sikap ataupun pemikiran yang mempercayai dan
kepercayaan tentang agama seharusnya ditolak jika ianya didirikan tanpa asas yang rasional
atau suatu komitmen yang kuat menentang seberang bentuk kepercayaan, prejudis, cara hidup
ataupun apa juga pegangan yang dianggap tidak rasional. Seorang rasionalis akan
menggunakan akal dan fikirannya secara maksimum dan disertakan dengan keyakinan yang
1.5.3 FEMINISME
Feminisme merupakan istilah yang seringkali digunakan untuk menghuraikan gerakan wanita
yang berhubung dengan politik, budaya atau ekonomi. Matlamat pergerakan feminisme adalah
untuk membina persamaan hak, kepentingan, dan perlindungan yang legal bagi wanita.
pembahasannya kepada isu-isu perbezaan gender. Fahaman ini telah pun wujud pada zaman
sebelum masihi lagi tetapi mula menonjol pada abad ke-19 dan 20. Di Amerika Syarikat,
feminisme pada awalnya menjadi perjuangan wanita bagi menentang kezaliman dan
perhambaan suami, menentang minuman keras, berjuang memiliki hak yang sah dalam
perkahwinan dan mendapat gaji yang sama seperti lelaki. Dan ia menjadi lebih radikal apabila
Manakala di Mesir pula muncul pada permulaan abad ke-21. Wanita golongan
pertengahan dan atasan menyedari manfaat kemodenan dan kemungkinan kehidupan baru
8
untuk diri mereka tidak sama seperti yang dinikmati oleh golongan lelaki. Feminisme ini
modenisme Islam dan nasionalisme sekular. Jelaslah bahawa golongan ini cuba
memperjuangkan pelbagai aspek kehidupan yang kononnya perlu bagi hak wanita.
1.5.4 PLURALISME
Pluralisme berasal dari istilah bahasa Inggeris (plural) yang merujuk kepada kewujudan lebih
dari satu entiti.12 Pluralisme agama adalah satu aliran pemikiran yang melihat kewujudan
pelbagai agama sebagai penzahiran tindak balas manusia yang pelbagai terhadap hakikat
mutlak yang sama.13 Menurut kamus dewan, pluralisme bermaksud satu keadaan yang
majmuk, kemajmukan, keadaan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum, kebudayaan,
kepercayaan agama dan sebagainya. Fahaman ini mula diperkenalkan di Eropah. Golongan
liberalisme mendapati bahawa fahaman ini adalah satu tuntutan penting bagi memperoleh
kerukunan hidup beragama. Maka jelaslah bahawa, unsur liberalisme hanya mementingkan
toleransi. Semua unsur yang lahir daripada fahaman liberalisme barat adalah bagi
memperjuangkan hak kebebasan dalam semua aspek iaitu teologi, politik, ekonomi, sosial dan
sebagainya.
Golongan Islam Liberal telah menggelarkan diri mereka sebagai mujtahid alaf baru dan
mereka melakukan penafsiran teks al-Quran berdasarkan kepada pemikiran liberal mereka.
12
Haslina Ibrahim, Dari Kepelbagaian Agama Kepada Pluralisme Agama: Sejarah Perkembangan, hlm. 2
13
Mohd Farid Mohd Shahran, 2014, Pluralisme Agama Satu Penelitian Islami, hlm. 1
9
Sebagai contoh, terhadap firman Allah SWT:
َّللا ِ ۗ َو ه
ُ َّللا ار ق َ ة ُ ف َ ا قْ طَ ع ُ وا أ َيْ ِد ي َ ُه َم ا َج زَ ا اء ب ِ َم ا كَ سَ ب َ ا ن َ كَ ا
اًل ِم َن ه ُ ار
ِ ق َو ال سه ِ َو ال سه
ٌعَ ِز ي ٌز َح ِك ي م
“Dan lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai)
pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. dan Allah Maha
Mereka memberi penafsiran bahawa tujuan yang sebenarnya dituntut oleh al-Quran adalah
menjatuhkan hukuman kepada pencuri. Bentuk hukuman boleh berubah-ubah selari dengan
peradaban manusia. Di zaman Rasulullah SAW, bentuk hukuman adalah memotong tangan.
Namun pada zaman kini bentuk hukuman boleh berubah kepada hukuman penjara selari
dengan peradaban manusia. Demikian manhaj‘ membuka dan membebaskan’ tafsiran al-
Qur’an yang dipegang oleh aliran Islam Liberal atas alasan untuk memajukan umat Islam.14
2) Persamaan gender
Persamaan gender adalah menjadi isu utama bagi gerakan NGO (Non Governmental
Organization) yang berlandaskan pemikiran Islam liberal sebagai agenda perjuangan mereka.
Perubahan hukum syariah khususnya yang berkaitan dengan persamaan hak antara lelaki dan
14
Wan Ismail W Dagang et al., 2015, Ancaman Pemikiran Aliran Islam Liberal Kepada Umat Islam di Nusantara,
hlm. 80
10
perempuan disuarakan oleh kelompok Sisters in Islam (SIS). Dalam isu Rang Undang –Undang
Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan (Pindaan 2005), SIS bersama kumpulan NGO
wanita yang lain telah menentang kuat Rang Undang-undang tersebut atas dakwaan kononnya
ia akan menzalimi perempuan. Sebelum itu mereka juga menentang kuat Rang Undang-undang
undang itu akan menzalimi wanita yang dirogol. SIS juga terkenal sebagai kumpulan yang
monogami secara terbuka (Riduan, 2006). Agenda ini mendapat tempat dan sokongan dari
ramai kalangan orang Islam yang terpengaruh dengan hujah-hujah logik akal dan mendapat
Kejayaan mengadakan Program Musawah yang antara lain tujuannya adalah untuk
memperjuangkan kesaksamaan wanita. Peserta dari seluruh dunia dijemput untuk bersama-
sama memikirkan kaedah untuk memperjuangkan hak wanita dan membebaskan mereka dari
penindasan atas nama agama dan atas nama hukum syarak. Ada di antara mereka menganggap
bahawa undang-undang keluarga Islam yang ada seperti memberi ketidakadilan kepada wanita.
Lebih parah, ada yang menganggap Islam menindas kaum wanita, tidak memberi kebebasan
dan mengongkong wanita daripada melakukan aktiviti kemasyarakatan. (Mohd Roslan Mohd
Nor, 2011)15
15
Wan Ismail W Dagang et al., 2015, Ancaman Pemikiran Aliran Islam Liberal Kepada Umat Islam di Nusantara,
hlm. 81
11
Para pemikir aliran Islam Liberal berpendapat, bahawa tidak ada alasan untuk menolak
homoseksual. Bahkan penolakan dan kritikan terhadap homoseksual atau homoseksualiti oleh
kalangan umat Islam hari ini berdasarkan penafsiran sempit terhadap ajaran Islam. Tuhan telah
menjadikan semua manusia, baik lelaki ataupun wanita adalah sedarjat, tanpa mengira etnik,
kekayaan, kedudukan sosial ataupun orientasi seksual (Mohammad Ariffin bin Ismail, t.t.).
Bahkan pemikiran Islam Liberal ini mengiktiraf hak-hak bagi golongan lesbian dan
gay. Mereka menganjurkan usaha-usaha untuk membela dan mempertahankan hak-hak sivil
golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan individu yang mengamalkan interseksual.
Agenda mereka menyokong sebarang usaha atau ketetapan yang memberikan hak-hak yang
sama rata untuk semua golongan manusia dalam sebuah masyarakat Islam tanpa mengira jenis,
fahaman agama, budaya dan gaya hidup seseorang (Jabatan Agama Islam Selangor, 2011).
Di Malaysia, sekali lagi umat Islam dikejutkan dengan isu kedatangan Irshad Manji
bagi melancarkan buku terbarunya ‘Allah, Liberty & Love’ bagi memberikan sokongan kepada
penganut LGBT. Justeru isu ini dilihat, betapanya di Malaysia sudah ada pendokong kepada
budaya songsang ini sehinggalah Irshad Manji bersedia untuk hadir ke sini bagi menunjukkan
sokongan secara terbuka. Namun pihak berkuasa atas kapasiti yang ada padanya telah berjaya
12
Fahaman liberal semakin berleluasa dan semakin menunjukkan belang. Mereka berani tampil
yang tidak sepatutnya dihalang oleh mana-mana pihak. Terdapat beberapa langkah
pendidikan dan penyelidikan Islam, dan Pemantauan oleh pihak berkuasa agama.
Menurut buku Menjawab Islam Liberal karya Ahmad Yumni Abu Bakar dan Mohd Fairuz
Jamaluddin, satu enakmen undang-undang khas perlu digubal oleh kerajaan Malaysia dalam
menangani fahaman liberal. Pihak kerajaan perlu berpendirian tegas dan bertindak dengan
kadar yang segera dalam menyekat fahaman ataupun ajaran yang mampu mengancam akidah
seseorang umat Islam tersebut, melalui penggubalan undang-undang yang lebih agresif serta
bersifat menyeluruh.
memperjuangkan fahaman Islam Liberal juga perlu diharamkan dengan serta-merta. Dengan
adanya peruntukan perundangan yang lebih efisien ini dapat menyekat penyebaran fahaman
liberal ini. Pihak kerajaan juga perlu berani dalam larangan untuk menyebarkan risalah-risalah
ini.
Hal ini kerana, dunia sekarang hidup dalam kemajuan teknologi menjadikan
masyarakat lebih terdedah kepada pemikiran-pemikran yang salah. Tidak pelik apabila ada
13
yang sekadar menjadi “pak turut” terutamanya mereka yang hidup dan terdidik dengan cara
berfikir barat lebih mudah untuk terjerumus dengan pemikiran seperti fahaman liberal.
Pendidikan Islam memainkan peranan penting dalam menyalurkan fahaman Islam yang
sebenar kepada para pelajar supaya dapat menangani fahaman liberalisme yang semakin
berkembang. Usaha ini perlu dilakukan supaya para pelajar mengetahui hal-hal yang berkaitan
untuk para pelajar minat untuk terlibat secara langsung dalam program-program yang
dianjurkan tersebut antaranya adalah seminar, ceramah umum atau bengkel. Dengan wujudnya
program-program sebegini, para pelajar akan berpeluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut
mana pakar-pakar awam dan swasta yang berkenaan dijemput untuk memberikan maklumat
tentang fahaman Liberal. Sebagai contoh Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama
Jabatan Agama Islam Selangor telah menganjurkan Seminar Kebangsaan Isu-isu Liberal yang
bertanggungjawab dalam membendung fahaman Liberal seperti JAKIM, JAIS, ABIM, JIM
16
Mazlan Ibrahim, Et Al., 2013, Pengajian Islam di IPT Malaysia dalam Menangani Islam Liberal, hlm. 49
14
dan sebagainya untuk menjelaskan aktiviti-aktiviti atau pengalaman mereka dalam menangani
Secara tidak langsung, pelajar akan didedahkan dengan input-input terkini mengenai
isu-isu serta cabaran semasa dalam dunia pengajian Islam khasnya ancaman Liberal. Dalam
masa yang sama, aktiviti seumpama ini akan dapat memberi ruang dan peluang kepada pelajar
untuk bersama-sama berkongsi idea dan dapat meningkatkan tahap keyakinan seseorang
pelajar. Melalui cara ini, para pelajar akan lebih bersiap sedia dengan segala kemungkinan dan
usaha-usaha yang menggugat keharmonian agama Islam itu sendiri. Antara seminar lain yang
berkaitan yang pernah dianjurkan adalah seperti Dialog Antara Agama anjuran Universiti
Usaha yang perlu dipertingkatkan oleh pihak jabatan agama adalah dengan memantau
pergerakan dan mengambil langkah sekatan dari penyebaran fahaman liberalisme. Pendekatan
yang selalu digunakan oleh golongan yang berfahaman ini khususnya di Malaysia adalah
menerusi penulisan. Samada di dada akhbar, buku, blog, laman sesawang dan sebagainya. Oleh
itu, pihak berkuasa perlu menyekat hasil penulisan mereka yang cenderung ke arah fikrah
liberal supaya tidak mengelirukan dan menyesatkan umat Islam. Selain itu, kaedah, kaunseling,
nasihat dan kursus pemantapan akidah mampu dilakukan oleh jabatan agama ke atas individu
17
Ibid, hlm. 50
15
ataupun organisasi yang berfahaman liberal. Dengan cara ini, mereka akan menyedari
1.8 KESIMPULAN
yang menyeluruh jika tidak mendapat kesepakatan kerjasama dari semua pihak-pihak yang
berautoriti dalam usaha menangani gerakan penularan fahaman ini. Sistem perundangan Islam
yang berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah perlu dilihat sebagai sumber utama dalam
menangani permasalahan yang timbul ini dan perlu diaplikasikan perlaksanaannya dalam
masyarakat. Pihak kerajaan yang dilihat sebagai badan eksekutif dalam pentadbiran negara
perlu memainkan peranan secara proaktif sebagai nadi penggerak dan pemantau dalam
masyarakat perlu memainkan peranan efektif, sikap akautibiliti pada agama dan ambil tahu
bukan sekadar untuk diri sendiri malah saling mengingatkan antara satu sama lain tentang
bahayanya gerakan ini dan betapa pentingnya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dalam
kehidupan seharian.
18
Mazlan Ibrahim, Et Al., 2013, Pengajian Islam di IPT Malaysia dalam Menangani Islam Liberal, hlm.186
16
RUJUKAN
1) Ahmad Yumni Abu Bakar & Mohd Fairuz Jamaluddin, 2014, Menjawab Islam Liberal,
hlm. 1, 2 & 5
5) Mazlan Ibrahim, Et Al., 2013, Pengajian Islam di IPT Malaysia dalam Menangani Islam
Liberal, hlm. 49, 50 & 186
6) Mohd Farid Mohd Shahran, 2014, Pluralisme Agama Satu Penelitian Islami, hlm. 1
7) Mohd Nasir Masroom &Wan Ismail Wan Dagang, 2006, Cabaran Islam Liberal Kepada
Umat Islam Masa Kini, hlm.10-11
8) Sulaiman Nordin, 1995, Islam, Al-Quran Dan Ideologi Masa Kini, hlm. 170-172
9) Wan Ismail W Dagang et al., 2015, Ancaman Pemikiran Aliran Islam Liberal Kepada
Umat Islam di Nusantara, hlm. 77, 80 & 81
17
18