Anda di halaman 1dari 15

Teks Pengerusi Majlis

Majlis Graduasi dan Hari Anugerah Cemerlang


2017
SK Polis Kem, Kulai

SEBELUM Sidang hadirin yang dimuliakan,


Salam hormat dan Selamat datang ke DwiMajlis Graduasi & Anugerah
Kecemerlangan SK Polis Kem 2017 dan Majlis meraikan persaraan . Majlis
kita akan bermula sebentar lagi, iaitu sebaik sahaja ketibaan Yang
Berbahagia Dato’ Mohd Jafni bin Md. Shukor dan Yang Diraikan Puan
Hajah Anita binti A Rahim. Sehubungan itu pihak majlis memohon
kerjasama para hadirin agar dapat mematuhi adab majlis seperti berikut:
a) Sama-sama berdiri sebaik sahaja pengumuman ketibaan Yang
Berbahagia Dato’ dan Puan Hajah Anita, dibuat oleh Pengacara
Majlis.
b) Mematikan telefon bimbit atau menukar modnya kepada mod
senyap.
c) Terus berada di dalam majlis sehingga akhir.
d) Meminimakan sebarang pergerakan sepanjang majlis berjalan.
e) Para hadirin diminta untuk memenuhkan kerusi di bahagian
hadapan.
f) Pihak majlis memohon kerjasama hadirin sekalian sidang untuk
menyanyikan semua lagu dengan penuh bersemangat.
g) Diminta semua guru berdiri di sepanjang karpet merah untuk
menyambut ketibaan tetamu kehormat dan yang diraikan.
h) Hadirin diminta untuk berdiri sejurus Pengerusi Majlis
menggumumkan ketibaan tetamu kehormat.

Sekian sahaja maklumat awal dan semoga mendapat kerjasama dari


Tuan-tuan dan Puan-puan.

Ketibaan Mengumumkan perarakan ketibaan


Yang Berbahagia Dato’ Mohd Jafny ni Md. Shukor dan
Yang diraikan Puan Hajah Anita binti Abd Rahim

Dengan diiringi Guru Besar SK Polis Kem, Yang Dipertua PIBG dan Guru-
guru Penolong Kanan SK Polis Kem

Nyanyian lagu Hadirin sekalian, sekarang marilah kita sama-sama menyanyikan lagu Ban
gsa Johor,
Lagu Negaraku, Muafakat Johor dan Lagu Sekolah dengan iringan muzik.

************************ nyanyian lagu ******************

Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Hadirin dan
hadirat dijemput duduk.

1
Teks Pengerusi Majlis
Majlis Graduasi dan Hari Anugerah Cemerlang
2017
SK Polis Kem, Kulai

Persembahan ************** persembahan kuda kepang ****************


pembukaan
Hadirin sekalian,begitulah tadi persembahan pembukaan yang disajikan
oleh murid-murid Tahun 5 dari Kelab Kebudayaan di bawah pimpinan
Puan Suhana binti Mohamad dan Encik Asrarudin bin Shaari.

Alu-aluan
Bismillahir Rahmanir Rahim . Assalamualaikum W.B.T

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Salam sejahtera, Salam Satu Malaysia,.

Yang Berbahagia
Dato’ Haji Mohd Jafny bin Haji Abd. Shukor
Pengerusi WHIP Majlis Perbandaran Kulai

Yang Diraikan
Puan Hajah Anita binti Abd Rahim
Guru SK Polis Kem Yang Bakal menamatkan perkhidmatan

Yang Dihormati
Encik Johari bin Jusoh
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Yang Berusaha,
Encik Mohamad Mohidi bin Sibli,
Guru Besar Sek Keb Polis Kem,

Yang Dihormati,

Guru Penolong Kanan Kurikulum, Puan Zaliah binti Marjuki,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,Encik Azlan Shah bin A. Aziz,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Encik azhar bin Mohamed
Guru Penolong Kanan Petang, Puan Afidah binti Sidik
Barisan guru SK Polis Kem, para ibu bapa dan murid-murid sekalian.

Sungguh manis si buah lokan,


Dibeli dari Pulau Mutiara,
Selamat datang kami ucapkan,
Awal Bismillah pembuka bicara.

2
Teks Pengerusi Majlis
Majlis Graduasi dan Hari Anugerah Cemerlang
2017
SK Polis Kem, Kulai

Hadirin yang dihormati,

setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmat-


Nya dapat kita sama-sama bertemu dan berkumpul dalam majlis ceria
dan penuh bermakna pada hari ini.

Bagi pihak SK Polis Kem , kami mengalu-alukan kedatangan tetamu


kehormat, dif-dif jemputan serta tuan-tuan dan puan-puan sekalian ke
Majlis Graduasi & Anugerah Kecemerlangan Pelajar SK Polis Kem dan
Majlis Lambaian Kasih Puan Hajah Anita binti Abd Rahim pada hari ini.

Hari anugerah kecemerlangan yang diraikan saban tahun ini, antara lain
mengundang objektif untuk menjadi paksi kepada para pelajar bagi
mengukir kecemerlangan dalam segenap bidang pendidikan terutamanya
dalam peperiksaan awam mahupun peperiksaan dalaman. Justeru,
adalah menjadi harapan kami warga pendidik agar ianya menjadi tonggak
bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam diri
para pelajar ini.

Bacaan doa Hadirin yang dimuliakan,

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Bawakan rotan di buat tongkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna
ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa
yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Ahmad Shukri bin Ramli. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Al Fadil Ustaz Ahmad Shukri bin Ramli atas bacaan doa itu tadi.

3
Teks Pengerusi Majlis
Majlis Graduasi dan Hari Anugerah Cemerlang
2017
SK Polis Kem, Kulai

Ucapan Yang Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya


Dipertua PIBG Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Duduk sekawan gadis jelita,


Buat santapan untuk pahlawan,
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Tirai ucapan pada hari ini dimulakan dengan ucapan Yang Dipertua PIBG
SK Polis Kem, Encik Johari bin Yusuh. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

******** (Ucapan Pengetua)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Johari bin Yusuh
atas ucapan tersebut.

Ucapan Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha, Puan Hjh
Guru Besar Azizah bt Hj Ariffin, Guru Besar Sek. Keb. Polis Kem bagi menyampaikan
ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
UCAPAN
Ribuan terima kasih kepada Puan Guru Besar atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Ucapan Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Puan Hajah Itu adat, itu lumrah kehidupan
Anita Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk di telan
Tapi kaki tetap mengorak langkah
Selagi hayat dikandung badan

4
Teks Pengerusi Majlis
Majlis Graduasi dan Hari Anugerah Cemerlang
2017
SK Polis Kem, Kulai

Buah mengkudu buah bidara


Mari disimpan di dalam dulang
Hari ini tuan genap bersara
Jasa baik tuan tetap dikenang

Majlis anugerah kita pada hari ini agak istimewa kerana kita turut
meraikan persaraan salah seorang pendidik yang amat kami hormati.
Mesra dengan panggilan bonda dalam kalangan guru-guru dan anak-anak
didik SK Polis kem ini akan meninggalkan perkhidmatan pendidikan yang
telah menjadi darah daging sejak 30 tahun yang lalu.

************** bacaaan biodata *******************

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Diraikan


Puan Hajah Anita binti A Rahim untuk menyampaikan ucapan . dengan
segala hormatnya dipersilakan.

*************** ucapan hajah Anita ******************

Majlis merakankan ucapan terima kasih kepada Puan hajah Anita atas
ucapan persaraan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang zaman

Ucapan Hadirin sekalian,


perasmi
Kalau dilipat sebesar kuku,
Kalau dibentang seluas alam,
Yang jauh sering disebut,
Yang dekat sering digamit,
Seuntai salam sejambak rasa,
Dengar bicara merisik rasa.

5
Teks Pengerusi Majlis
Majlis Graduasi dan Hari Anugerah Cemerlang
2017
SK Polis Kem, Kulai

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Kita teruskan lagi majlis pada hari ini dengan ucapan perasmian. Untuk
itu, majis menjemput dan mempersilakan, Yang Berbahagia Dato’ Haji
Mohd Jafny bin Md Shukor, Ketua Whip Majlis Perbandaran Kulai untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Graduasi &
Anugerah Kecemerlangan Pelajar SK Polis Kem 2017. Dipersilakan.

***********(Ucapan Perasmi)

Pihak majlis menghimpunkan ucapan ribuan terima kasih yang tidak


terhingga atas ucapan perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang
Berbahagia Dato’ Haji Mohd Jafny bin Md Shukor.

Penyampaian
Sijil Graduasi Untuk menyempurnakan penyampaian sijil graduasi murid-murid
Prasekolah prasekolah dan Pendidikan Khas, majlis dengan penuh takzim dan
sukacitanya mempersilakan Encik Azlan Shah bin Abd Aziz, Guru
Penolong Kanan HEM SK Poliskem untuk Mempersilakan dan mengiringi
Encik Johari bin Yusuh, Yang ipertua PIBG SK Polis Kem bagi
menyempurnakan upacara penyampaian sijil sidang yang pertama.

Majlis mempersilakan…

Penyampaian
Sijil Graduasi Pada tahun ini juga kita dapat menyaksikan dua orang lagi anak Kelas
Pendidikan Pendidikan Khas meninggalkan alam sekolah rendah. Anak-anak ini akan
Khas memasuki alam persekolahan sekolah menengah pada tahun hadapan.
Dengan itu dijemput

1. Zurain Najwa binti Jupri


2. Muhamad Hafiz Ikmal bin Basri

Tahniah diucapkan kepada anak-anak Kelas Pendidikan Khas dan anak-


anak Prasekolah.

6
Teks Pengerusi Majlis
Majlis Graduasi dan Hari Anugerah Cemerlang
2017
SK Polis Kem, Kulai

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Dipertua


PIBG, Encik Johari bin Yusuh atas kesudian menyampaikan Sijil Graduasi
murid-murid Prasekolah dan Kelas Pendidikan Khas

Persembahan Dari kedah ke bandar Perlis,


Prasekolah Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul meriah majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Untuk memeriahkan majlis, dijemput anak-anak prasekolah untuk


mempersembahkan tarian

PERSEMBAHAN

Begitulah tadi persembahan anak-anak prasekolah yang dipimpin oleh


Puan Norwati bt Abd Rahim dan Puan Nor hafizah binti Mokhtar

Penyampaian Melati kuntum rotan berhias,


Sijil Graduasi Tumbuh melata di tepi kali
Tahun 6 Majlis Graduasi 2017
Murid Tahun 6 kita hargai

Sesungguhnya majlis graduasi pada hari ini merupakan


upacara kemuncak yang pasti akan menjadi detik bersejarah dan sering
dinanti-nantikan oleh setiap murid Tahun 6 SK Polis Kem. Inilah
saat paling gemilang untuk kita memberi apresiasi atas kejayaan hasil
usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang pengajian
mereka di sekolah ini.

Bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil graduasi dan tamat


persekolah Sekolah Rendah, majlis dengan ini menjemput Encik Mohd
Mohidi bin Sibli, Guru Besar SK Polis Kem untuk mempersilakan dan
seterusnya mengiringi Yang Berbahagia, Dato’ Haji Mohd Jafny bin Md
Shukor untuk naik ke atas pentas menyampaikan sijil dan anugerah khas
kepada murid-murid Tahun 6 2017.

7
Teks Pengerusi Majlis
Majlis Graduasi dan Hari Anugerah Cemerlang
2017
SK Polis Kem, Kulai

Hadirin yang dihormati,

BICARA BUKAN SEBARANG BICARA


BICARA BERALUN SANTAPAN PUISI
GEMBIRA BUKAN SEBARANG GEMBIRA
GEMBIRA MENYAMBUT HARI GRADUASI
SALAM PEMBUKA DIHULUR SUDAH
AYUH SEGERA KE SIDANG YANG PERTAMA

Sesungguhnya dalam mengemudi segumpal cita dan hasrat ibu bapa


untuk melihat kejayaan anak-anak mereka, para guru sering berhadapan
dengan cabaran, namun kami tidak pernah alpa berusaha memberi yang
terbaik demi kecemerlangan mereka.

Graduasi Salam pembuka dihulur sudah


Tahun 6 Ayuh segelara ke siding pertama

Dijemput Guru Kelas Tahun 6UKM, Puan Jaya Malini a/p Palaniandy naik
ke pentas mengirungi Yang Berbahagia, Dato’ Haji Mohd Jafny bin Md
Shukor untuk menyampaiakan Skrol.

Baca senarai nama 6UKM

***********************************************************

Untuk sidang kedua, tahun 6UM


Dijemput Guru Kelas Tahun 6UM, Encik Hairul Anuar bin Mohd Idris naik
ke pentas mengirungi Yang Berbahagia, Dato’ Haji Mohd Jafny bin Md
Shukor untuk menyampaiakan Skrol.

Baca senarai nama 6UM

8
Teks Pengerusi Majlis
Majlis Graduasi dan Hari Anugerah Cemerlang
2017
SK Polis Kem, Kulai

***********************************************************

Untuk sidang ketiga, tahun 6UPM


Dijemput Guru Kelas Tahun 6UM, Encik Asrarudin bin Shaari naik ke
pentas mengirungi Yang Berbahagia, Dato’ Haji Mohd Jafny bin Md
Shukor untuk menyampaiakan Skrol.

Baca senarai nama 6UPM

***********************************************************

Untuk sidang keempat, tahun 6USM


Dijemput Guru Kelas Tahun 6UM, Encik Mohamad Yusof bin Abd Latif
naik ke pentas mengirungi Yang Berbahagia, Dato’ Haji Mohd Jafny bin
Md Shukor untuk menyampaiakan Skrol.

Baca senarai nama 6USM

***********************************************************

Untuk sidang kelima, tahun 6UTM


Dijemput Guru Kelas Tahun 6UM, Encik Mohd Nazri bin Mohd Noor naik
ke pentas mengiringi Yang Berbahagia, Dato’ Haji Mohd Jafny bin Md
Shukor untuk menyampaiakan Skrol.

Baca senarai nama 6UTM

Hadirin sekalian,

Proses diajar,belajar dan mengajar,


Membentuk modal insan lebih gemilang,
Menghasilkan modal insan elok akhlaknya,
Melahirkan watan yang mantap jati diri,
Melahirkan generasi kemenjadian dan harapan.

9
Teks Pengerusi Majlis
Majlis Graduasi dan Hari Anugerah Cemerlang
2017
SK Polis Kem, Kulai

Penyampaian
anugerah Seterusnya ialah penyampaian anugerah khas murid

*************** baca ikut buku program ********************

*Tokoh murid MC bacakan biodata

*MC bacakan pencapaian Ragbin untuk anugerah antarabangsa

Majlis merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Yang


Berbahagia, Dato’ Haji Mohd Jafny bin Md Shukor atas kesudian
menyempurnakan Majlis Graduasi Tahun 6 SK Polis Kem. Tahniah dan
syabas kepada semua anak didik Tahun 6.

KALAU ADA SI BUNGA RAMPAI


KIRIMKAN SAYA BUAT PENYERI
JASA TUAN TAK TERNILAI
SELURUH ALAM MENJADI SAKSI

Kepada murid-murid tahun 6, kami guru-guru mendoakan yang terbaik


untuk anda semua. Jadikan memori indah pada majlis graduasi ini dan
pengakhiran alam sekolah rendah ini sebagai pemangkin semangat untuk
berjuang demi masa depan. Semoga bergraduasi sekali lagi di pentas
konvokesyen universiti.

Panglima melaka segak bergaya


Srikandi negara taat setia
Melangkah kemas penuh ceria
Bakal Mengecap kejayaan yang di cipta
Semoga tabah menempuh duga yang berbisa
Semoga tabah mendaki lurah ke puncak tinggi
Segalanya pasti akan berjaya
Bersama janji dan semangat diri
sedarilah bukan mudah menjulang cita yang dibangga
Bukan mudah menjejak mimpi jadi realiti

10
Teks Pengerusi Majlis
Majlis Graduasi dan Hari Anugerah Cemerlang
2017
SK Polis Kem, Kulai

Persembahan
murid tahap 1 Hadirin sekalian,

Kita teruskan Majlis Kita dengan menikmati persembahan seterusnya.


Dengan ini dijemput anak-anak Tahap 1 untuk menyampaikan
persembahan _________________________.

********************** persembahan****************

Begitulah tadi persembahan _______________________ oleh anak-anak


tahap 1 di bawah pimpinan Puan Armiza binti Md Nor dan Puan Latifah
binti Mohaideen.

Cenderamata Akar keladi melilit selasih,


Selasih tumbuh dihujung taman,
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga, majlis
mempersilakan Encik Mohad Mohidi bin Sibli, Guru Besar SK Polis Kem
untuk menyampaikan cenderamata. Dipersilakan

1. Yang Berbahagia, Dato’ Haji Mohd Jafny bin Md Shukor, Ketua


Whip MPKu.

2.

Terima kasih Encik Mohad Mohidi bin Sibli, Guru Besar SK Polis Kem,
atas penyempurnaan penyampaian sijil dan cenderamata itu tadi.

Majlis juga merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada


Yang Berbahagia, Dato’ Haji Mohd Jafny bin Md Shukor, Ketua Whip
MPKu, atas kesudian merasmikan majlis graduasi & Anugerah
Kecemerlangan Murid Tahun 6 bagi tahun 2017.

Bersyukur kini kami panjatkan,


Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan.

11
Teks Pengerusi Majlis
Majlis Graduasi dan Hari Anugerah Cemerlang
2017
SK Polis Kem, Kulai

Jamuan
Diumumkan perarakan keluar yang berbahagia Yang Berbahagia, Dato’
Haji Mohd Jafny bin Md Shukor diiringi barisan pentadbir dan dif-dif
kehormat ke bilik jamuan untuk menikmati jamuan. Dipersilakan

Penyampaian Hadirin Sekalian,


Hadiah Akhir Majlis kita akan diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah Dan
Tahun Anugerah pencapaian Akademik terbaik tahun 2017

Sesi 1

Bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah dan anugerah


kecemerlangan pelajar, majlis dengan ini menjemput Puan Zaliah binti
Marjuki, Guru Penolong Kanan Kurikulum dengan diirigi oleh Puan Nor
Afidah binti Sidik, Guru Penolong Kanan Petang untuk naik ke atas pentas
menyampaikan sijil dan ahadiah kepada murid-murid .

************* MC baca ikut buku program******************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Zaliah Binti Marjuki
atas kesudian menyampaikan hadiah.

Sesi 2
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah dan anugerah


kecemerlangan pelajar yang seterusnya, majlis dengan ini menjemput
Encik Azhar bin Mohamad, Guru Penolong Kanan KoKurikulum untuk
menjemput dan mengirigi Encik Mohd Mohidi bin Sibli, Guru Besar SK
Polis Kem untuk naik ke atas pentas bagi menyampaikan sijil dan ahadiah
kepada murid-murid .

************* MC baca ikut buku program******************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Mohd Mohidi bin
sibli atas kesudian menyampaikan hadiah.

12
Teks Pengerusi Majlis
Majlis Graduasi dan Hari Anugerah Cemerlang
2017
SK Polis Kem, Kulai

Hadirin hadirat sekalian,

Dengan berakhirnya penyampaian hagiah terakhir itu tadi, maka tibalah


masanya untuk kami selaku pengendali majlis mengundurkan diri. Pihak
majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya
ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang mengendalikan majlis ini.

PANTUN:
Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua dipohonkan.

Dari Kedah ke pekan sari,


Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan
itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama
insan.
Sekian wabillahi taufik......................Majlis bersurai

13
Teks Pengerusi Majlis
Majlis Graduasi dan Hari Anugerah Cemerlang
2017
SK Polis Kem, Kulai

BIODATA PUAN HAJAH ANITA BINTI ABD RAHIM

Dilahir pada 12 Jun 1963 di Parit Haji Siraj, Pontian Johor merupakan puteri tercinta buat
pasangan Haji Abd Rahim bin Alwi dan Hajah Shami bin Haji Marzuki. merupakan anak
kedua daripada 7 orang adik beradik.

Mendapat pendidikan awal di SK Kayu Arad an seterusnya di SMK Sri Pontian. Beliau
memulakan langkah sebagai pendidik apabila beliau diterima masuk untuk menjagi guru
pelatih di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim Perak yang sekarang ini dikenali
sebagai Universiti Pendidikkan Sultan Idris.

Puan Hajah Anita bt Rahim memulakan kerjaya sebagai guru pada tahun 1988. Beliau
ditempatkan di SK Felda Keratong 1, Bandar Tun Razak, Rompin Pahang selama 5 tahun.
Kemudian beliau berpindah di SK Tengku Mahmood Iskandar, Pontian pada tahun 1993.

Kerjaya pendidik beliau terus berkembang dan akhirnya, beliau berpindag ke SK Polis Kem
pada tahun 2007 sehingga sekarang. Beliau telah berkahwin dengan Allahyarham Tuan Haji
Rusydi bin Harun pada 29 Julai 2006 dan diamanahkan dengan 4 orang anak dan 5 orang
cucu.

Seorang guru yang sangat dedikasi dan bersemangat waja. Walaupun mempunyai halangan
kesihatan, beliau tetap menggalas tanggungjawab sebagai seorang guru dengan penuh
wibawa. Seorang ibu, guru dan rakan yang amat disegani dan dihormati dalam kalangan
pendidik SK Polis Kem. Beliau yang kami panggil bonda amat menyayangi anak-anak
muridnya. Itulah pendidik terbilang dan disegani. Puan hajah Anita binti Abd Rahim.

14
Teks Pengerusi Majlis
Majlis Graduasi dan Hari Anugerah Cemerlang
2017
SK Polis Kem, Kulai

BIODATA TOKOH MURID

Tanggal 15 November yang lalu genaplah beliau 12 tahun. Anak kesayangan pasangan

_____________________________________ dan _______________________________

Ini dilahir di Poliklinik Lahtipah, Johor Bahru amat gemar membaca buku. Anak bongsu
daripada dua beradik ini amat meminati nasi ayam dan air sirap.

Tokoh murid ini merupakan seorang pemimpin pelajar / pengawas sekolah. Dilantik atas
sikap dan tanggungjawab yang bisa dipikul. Murid ini amat menghormati guru dan sangat
mesra dengan semua rakan tidak kira usia.

Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang pemain ragbi yang professional. I8ni dibuktikan
apabila beliau Berjaya mengharumkan nama sekolah melalui beberapa siri perlawanan
Ragbi pada peringkat daerah, malah telah mula mengorak langkah ke arena antarabangsa.
Berkat kesungguhan beliau ini amat dikagumi.

15

Anda mungkin juga menyukai