Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PROGRAM YANG DIJALANKAN OLEH

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Nama Program : Ceramah Motivasi Kerjaya tahun 6


Tarikh : 31 Oktober 2018 (Rabu)
Masa : 11.00 pagi – 1.00 tengahari
Tempat : Dewan Wawasan, SK Pandan Jaya
Objektif :
1. Murid-murid dapat mengenal pasti tret personaliti masing-masing.
2. Mengenalpasti minat dan potensi pelajar yang seiring dengan bakat dan kebolehan
dalam bidang pekerjaan.
3. Memberikan maklumat kepada murid tentang kepelbagaian kerjaya pilihan
berdasarkan trait Inventori Minat Kerjaya dan kesesuaian personaliti mengikut
kerjaya berdasarkan ujian psikometrik yang dijalankan.

Kumpulan Sasaran : Murid tahun 6. (100 murid)


Perbelanjaan : Tiada
Guru bertanggungjawab :
1. En,Nik Izme Affendi Bin Nik Ibrahim (PK HEM)
2. En.Veerah A/L Subramaniam (GBK)
3. Guru-Guru Matapelajaran tahun 6 (11.00pagi-
1.00tengahari)
Pengisian : Ceramah Motivasi daripada “GENG TAKE ACTION”
berkaitan penerangan ujian minat kerjaya dan cara-cara
mencapai matlamat masa depan.

Laporan Pelaksanaan Program:

Ceramah motovasi kerjaya tahun 6 bersama pihak “Geng Take Action” dapat
dijalankan seperti yang dirancang oleh guru bimbingan dan kaunseling dan guru-guru
tahun 6. Program ini bertujuan untuk memberi maklumat yang berkaitan dengan minat
murid terhadap kerjaya masa depan. Program ini dapat meningkatkan pengetahuan murid
berkaitan hubungkait antara akademik, kerjaya dan personaliti mereka berdasarkan ujian
minat kerjaya yang dijalankan. Program ini dapat membantu murid memilih kerjaya yang
diminati yang sempadan dengan tret personaliti mereka. Selain itu, suntikan motivasi
diberi agar murid-murid lebih bersemangat dan bersedia dalam memilih kerjaya yang
diminati. Tambahan pula, ceramah motivasi ini juga menjadi satu saluran yang baik
kepada murid-murid tahun 6 dengan mempunyai pelbagai informasi berkaitan cara-cara
Berjaya dalam kehidupan. Murid-murid tahun 6 dapat menimba pelbagai ilmu untuk
masa depan mereka sepanjang program ini.

Sepanjang program ini dijalankan, semua peserta tidak mengikuti jadual waktu
PdP dan berada di Dewan Wawasan bermula pada pukul 11.00 pagi hingga pada pukul
1.00 tengahari.

Masalah yang Dihadapi:

Masalah yang timbul dari pelaksanaan program ini adalah ketidak adaan
demonstrasi berkaitan kerjaya. Ini menjadikan murid-murid kurang berpengalaman
terhadap sesuatu kerjaya. Ini kerana kekurangan bahan berkaitan kerjaya menyebabkan
program ini hanya memberi maklumat kepada murid. Seterusnya, ada beberapa murid
yang tidak berfokus semasa program dijalankan.

Kesimpulan dan Cadangan Penambahbaikan :

Secara keseluruhannya, program ini berjalan lancar dan mendapat kerjasama


semua pihak. Walau bagaimanapun, pelaksanaan program seperti ini pada masa akan
datang perlu menyediakan kemudahan-kemudahan yang secukupnya supaya maklumat
yang disampaikan kepada murid dapat dterima secara holistik.
Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………………….. …………………………………………………….
(VEERAH A/L SUBRAMANIAM) (EN.NIK IZME AFENDY BIN NIK IBRAHIM)
Guru Bimbingan Dan Kaunseling Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sk Pandan Jaya. Sk Pandan Jaya.
LAPORAN PROGRAM YANG DIJALANKAN OLEH
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Anda mungkin juga menyukai