Anda di halaman 1dari 14

NOR BAHIYAH BT MD.

RAFIDI
710403-08-5982
_______________________________________________________________________

Soalan 1
Sistem pendidikan negara sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Bahagian Pembangunan
Kurikulum merupakan institusi yang menggubal kurikulum supaya sejajar dengan perubahan ini.
Kurikulum bahasa Melayu sentiasa mengalami perubahan dan perkembangan berdasarkan beberapa
keperluan. Antaranya keperluan murid-murid, masyarakat, negara dan antarabangsa.
Buat satu analisis yang empirikal tentang senario perkembangan kurikulum bahasa Melayu pada
masa kini.

1.0 Pengenalan

Merujuk kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, kurikulum kebangsaan merupakan suatu program
pendidikan yang melibatkan aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua
pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan, dan kepercayaan untuk membantu
perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental, dam emosi serta
untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan
pengetahuan (Akta Pendidikan 1996: Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997 .

Jadi secara amnya, kurikulum juga boleh ditaktifkan sebagai segala rancangan yang
dikehendaki oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran bagi mencapai matlamat
pendidikan (Buku Laporan Kabinet,1979, dipetik dari Abdullah Sani, 2005: 144). Oleh itu amat
pentinglah kurikulum itu perlu memenuhi kehendak falsafah, matlamat pendidikan, dan wawasan
negara.

2.0 Senario Perkembangan Kurikulum


Perkembangan Kurikulum boleh terbahagi kepada dua iaitu sebelum merdeka dan selepas merdeka.

2.1 Sebelum Merdeka


Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan formal dan tidak
memberatkan perkembangan kognitif murid-murid. Corak pendidikan masyarakat yang ada pada
ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-Quran, tingkah laku, dan akhlak yang baik,
pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Namun suatu hal yang pasti ialah bahawa
1
HBML 4303
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
710403-08-5982
_______________________________________________________________________

pendidikan bahasa Melayu, meskipun tidak berlangsung secara formal dalam bentuk pengajarannya
sebagai suatu mata pelajaran atau kursus ketika itu, secara tidak langsung diperkukuh melalui
pengajian keagamaan yang memang menjadi suatu institusi sosial dalam masyarakat Melayu sejak
abad ke-15 (Malaysia Kita, 1991:769)

Pada peringkat lebih teratur terdapat satu sistem pendidikan agama yang disebut ’sekolah
pondok’ yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang terkenal. Ketika itu telah
masyarakat telah menyedari tentang keperluan ilmu agama. Murid-murid menuntut di madrasah
agama dan tinggal di pondok yang dibina di sekelilingnya. Peringkat kedua dalam perkembangan
sistem pendidikan di Tanah Melayu berlaku semasa zaman penjajahan Inggeris (1824-1957). Pada
peringkat ini pendidikan di Tanah Melayu telah dikelola, dikendalikan, dikawal dan diletakkan di
bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit atau dasar pendidikan
Kebangsaan.

Pentadbiran pendidikan di Tanah Melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu
"pecah dan perintah” serta dasar terbuka dan tiada campurtangan tentang pendidikan venakular.
Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk memberi pendidikan kepada
segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.
Bahasa Melayu pula hanya diajar di sekolah Melayu.

Inggeris mula memberi tumpuan besar kepada pelajaran Inggeris pada tahun 1816. Walau
bagaimanapun perhatian kepada pelajar Melayu hanya sekadar melepas batok di tangga sahaja, iaitu
menunaikan kewajipan kepada anak watan sesuai dengan perjanjian Inggeris dengan pembesar -
pembesar tempatan. Dengan pelajaran yang minimum, orang Melayu akan menurut perintah. Tetapi
jika diberikan pendidikan sampai tahap menengah dan tinggi serta didedahkan dengan bahasa Inggeris
dan sejara Inggeris dan Barat, mereka berkemungkinan tinggi untuk berfikiran luas serta mencabar
regim imperialis Inggeris dari England

Pendidikan pada peringkat ini telah berjalan secara ad-hoc tanpa dibendung oleh satu garis
panduan atau batasan-batasan yang konkrit. Ini adalah kerana pemerintah Inggeris tidak menggangap
2
HBML 4303
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
710403-08-5982
_______________________________________________________________________

pendidikan sebagai satu pelaburan di tanah jajahannya, dapat meningkatkan kemahiran dan kebolehan
rakyatnya bagi mencapai kemajuan.

Sebaliknya mereka mengendalikan pendidikan di bawah dasar kebajikan benevolen


(benovelent welfare policy). Oleh itu objektif pemerintahan Inggeris adalah bukan hendak mengubah
atau memajukan struktur sosial tetapi sekadar menjadikan keadaan struktur sosial yang sedia ada itu
sedikit efisien sahaja.Tegasnya, pendidikan pada zaman ini berkembang secara sewenang-wenangnya
tanpa satu dasar yang jelas dapat membina dan memupuk unsur- unsur kebangsaan di kalangan rakyat.

Akibat dasar Inggeris tersebut maka wujudlah sistem pendidikan plural (plural educatin al
system) sesuai dengan keadaan struktur masyarakat majmuk Terdapat lima aliran bahasa iaitu bahasa
Cina, Melayu, Arab dan Tamil. Sistem pendidikan plural ini tidak dapat menyemai serta memupuk
semangat kebangsaan di kalangan penduduk yang berbilang kaum. Orientasi pendidikan yang
sumbang ini telah menekan dan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada negara asal
mereka.Bahasa Melayu hanya dituturkan oleh orang Melayu. Ini adalah sebagai dari strategi penjajah
Inggeris supaya masyarakat ketika itu hidup berasingan tanpa bersatu padu antara kaum yang berbeza.

Kesimpulannya, tujuan penjajah Inggeris yang merencanakan pendidikan untuk anak-anak


Melayu sekadar menghapuskan buta huruf setakat yang minimum sahaja (Cheeseman, 1984 seperti
yang dipetik oleh Awang Had Salleh, 1980). Dari segi keperluan murid-murid, bahasa Melayu hanya
sekadar bahasa penghantar untuk mempelajari ilmu. Dari segi masyarakat, bahasa Melayu untuk
kegunaan berinteraksi sesama orang Melayu. Dari segi keperluan negara, Bahasa Melayu tidak
dijadikan bahasa untuk perpaduan. Begitu juga dari segi antarabangsa, jauh berbeza dari sekarang.

2.2 Selepas Merdeka

Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak Negara mencapai kemerdekaan.
Pada tahun 1960, sebuah Jawatankuasa Penyemak Mata pelajaran telah dibentuk yang dikenali sebagai
Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu Abdul
Rahman Talib.
3
HBML 4303
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
710403-08-5982
_______________________________________________________________________

Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan
sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun 1956 dan dasar
pendidikan awal sebelum itu iaitu Ordinan Pelajaran 1957. Laporan Rahman Talib telah
mencadangkan beberapa aspek pendidikan. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama
di setiap sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

Laporan Rahman Talib ini kemudiannya dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang mana
kemudiannya dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sejak itu, perkembangan pendidikan
kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam
Akta Pelajaran 1961 ini.

Seterusnya pada tahun 1966 Laporan Razak telah diperkenalkan. Sekolah umum
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sementara sekolah jenis umum seperti
sekolah Inggeris, sekolah Cina, dan Tamil boleh menggunakan bahasa pengantar masing-masing.
Satu sukatan yang sama diwujudkan untuk semua sekolah.

Perkembangan sistem pendidikan negara pada tahun ini boleh dibahagikan kepada tiga tahap
iaitu Tahap Pertama (1963 -1965), Tahap Kedua (1966-1970) dan Tahap Ketiga (1971-1975).

Tahap pertama merupakan tahap perlaksanaan rancangan sistem pendidikan yang telah
dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Tahap kedua pula merupakan tahap perlaksanaan
rancangan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Pertama. Ia digubal dengan tujuan untuk
menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang timbul dalam tempoh ini.

Antara matlamat lain yang ingin dicapai ialah memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan
bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik , menyediakan kemudahan pendidikan yang
lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara
serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun agama.

4
HBML 4303
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
710403-08-5982
_______________________________________________________________________

Perkembangan sistem pendidikan dalam tahap ketiga pula ialah merupakan pengubahsuaian
sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan perkembangan ekonomi serta untuk
menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Sistem pendidikan pada tahap ini dirancang supaya memberi sumbangan penting bagi
menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa. Perubahan-perubahan sistem
pendidikan ini adalah akibat dari konflik perkauman yang tercetus pada 13 Mei 1969.

Kerajaan Malaysia terpaksa mengkaji semula matlamat -matlamat pendidikan negara dan
seterusnya merancang suatu sistem pendidikan yang lebih sesuai dengan harapan boleh
menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan dapat mengelakkan tragedi konflik perkauman itu
daripada berulang kembali.

Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan
Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979.
Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah
Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa
kelemahan yang perlu diatasi.

Antaranya termasuklah isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai
kaitan antara satu sama lain. Keduanya ialah dari segi sukatan pelajarannya yang terlalu banyak
sehingga membosankan murid. Yang ketiga ialah guru dan murid terpaksa menghabiskan sukatan
pelajaran apabila menjelang peperiksaan.

Aspek keempat ialah pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan buku teks tanpa
menggunakan sebarang bahan bantu lain. Aspek kelima ialah aktiviti kokurikulum dijalankan secara
berpisah dan tiada kaitan dengan kurikulum formal bilik darjah.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983. Pada
tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan kepada nama baharu iaitu Kurikulum
5
HBML 4303
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
710403-08-5982
_______________________________________________________________________

Bersepadu Sekolah Rendah. Namun, hanya perubahan nama sahaja yang berlaku. Kandungan
kurikulum itu masih sama seperti sebelumnya.

Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah yang pertama, murid
dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat
perpaduan dengan baik dan memuaskan. Rancangan KBSR juga telah menekankan penguasaan
terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira.

Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah 1983 dalam Kurikulum Baru Sekolah
Rendah dengan jelas menyatakan bahawa di akhir program Bahasa Malaysia, murid seharusnya boleh
menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud dan tajuknya serta memahami dan
boleh mengisi borangborang yang sesuai untuk keperluan seharian.

Mereka yang lemah akan diberikan pemulihan ataupun mengulangi pengajiannya. Di samping
itu juga, ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

Aspek pengajaran nilai-nilai murni dan kewarganegaraan juga turut ditekankan berbanding
KLSR sebelum ini. Pengajaran mata pelajaran moral dan Pendidikan Islam pula menjadi unsur
kesepaduan dalam pengajaran, bukannya terletak pada guru agama sahaja.

KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan
dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi pada asasnya terdiri
daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu,
Cina, Tamil dan Inggeris serta mata pelajaran Matematik. Jelas sekali Bahasa Melayu semakin
diletakkan di kedudukan yang selayaknya.

Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamat pendidikan KBSR
di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dari aspek intelek,
rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar
6
HBML 4303
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
710403-08-5982
_______________________________________________________________________

pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh
serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan b1 -ersistematik.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengumumkan melalui akhbar bahawa pihak
kementerian sedang dalam proses malaksanakan transformasi pendidikan bagi pentaksiran untuk
mengurangkan masalah sekolah terlalu tertumpu kepada peperiksaan. Pihak KPM juga dalam tindakan
memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) yang akan dirintiskan di Kelas Prasekolah dan Tahun 1 pada bulan Mac
hingga Jun 2009 di 500 buah sekolah.

Kurikulum Berasaskan Standard akan memberi penekanan kepada penguasaan literasi 4M,
Kemahiran Asas ICT, Perkembangan Fizikal, Kognitif, Sikap dan Nilai bagi Tahap 1 manakala Tahap
II, penekanan kurikulum diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M serta menguasai
kemahiran yang lebih kompleks, perkembangan fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Pengajaran dan
pembelajaran adalah berasaskan bidang ilmu seperti yang terangkum dalam 6 tunjang kurikulum.

Dalam kurikulumn yang akan dilaksanakan sepenuhnya tahun depan ini amat juga tidak
meminggirkan bahasa Melayu, selaras dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan
Memperkukuh Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Dengan terlaksananya dasar ini Program
Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan.

Kajian Sejauh manakah pelajar sukar mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris? Kajian dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim yang diketuai oleh Profesor Emeritus
Isahak Haron anjuran Yayasan Kajian dan Strategi Melayu.

Berdasarkan sampel Januari 2008:.........................................................................................................

i. 83% murid pelbagai kaum menyatakan sukar belajar Sains dalam Bahasa Inggeris.
7
HBML 4303
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
710403-08-5982
_______________________________________________________________________

ii. 87.2% di kajian di kalangan pelajar Melayu mengatakan sukar belajar Sains dalam Bahasa
Inggeris. ..................................................................................................................
iii. 65%kajian di kalangan pelajar Melayu mengatakan sukar belajar Matematik dalam Bahasa
Inggeris......................................................................................................................
Berdasarkan kajian tersebut, jelaslah bahasa Melayulah bahasa yang terbaik dan sesuai dijadikan
bahasa penghantar semasa pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik.

Realitinya, Bahasa Melayu kini bukanlah sekadar bahasa picisan yang tiada nilai ekonominya.
Hal ini kerana sudah terbukti Universiti Kebangsaan Malaysia adalah satu-satunya universiti yang
memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu dan pernah diiktiraf sebagai universiti pertama terbaik
Malaysia serta universiti ke-51 terbaik Asia. Penganjuran Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa
Melayu Piala YAB Perdana Menteri ini, Malaysia dilihat sebagai negara yang bersungguh-sungguh
dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu warisan zaman ke peringkat global. ..

Namun, mampukah Bahasa Melayu kekal sebagai warisan zaman dan adakah masyarakat
dunia rentas sempadan menerima Bahasa Melayu dalam kehidupan harian mereka? Inilah persoalan
yang perlu kira kita fikirkan secara serius, bagi memastikan bahasa yang diwarisi dari lingua franca
tidak terus luput dari mulut pengucapnya di Malaysia dan rantau ini.

Sistem pendidikan di Malaysia sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Begitu juga
kurikulum bahasa Melayu. Kurikulum bahasa Melayu sentiasa mengalami perubahan dan
perkembangan berdasarkan beberapa keperluan iaitu keperluan murid-murid, masyarakat, negara dan
antarabangsa. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan penting menjadikan
Bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara.

Sesungguhnya Perkara 152 ini telah mengiktiraf dan mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara. Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 (1). Hal ini
disebabkan menjadi satu kepentingan bahawa negara ini mempunyai masyarakat yang berbilang kaum
dan sangat memerlukan satu bahasa sebagai panduan. Bahasa ini pula boleh difahami oleh setiap
kaum. Lagipun peruntukan ini adalah berdasarkan penduduk asal di Malaysia iaitu orang Melayu yang

8
HBML 4303
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
710403-08-5982
_______________________________________________________________________

memonopoli lebih daripada 50 peratus penduduknya. Oleh yang demikian, dengan termaktubnya
Perkara 152 mendapati negara mempunyai asas yang kukuh untuk membina sebuah negara.........

Soalan 2
Dalam pengajaran dan pembelajaran, bahan bantu mengajar merupakan wadah dalam penyampaian
ilmu pengetahuan. Edgar Dale (1969) telah membina tahap-tahap pengalaman pembelajaran murid-
murid iaitu Kon Pengalaman Dale.
Nyatakan dan huraikan setiap peringkat dengan contoh-contoh bahan bantu mengajar yang sesuai.

2.0 Pengenalan
Edgar Dale (1969) telah membina satu kon yang dipanggil ”Kon Pengalaman Dale” . Dale
menyatakan terdapat tiga peringkat tahap pengalaman murid-murid iaitu Tahap Penglibatan, Tahap
Pemerhatian dan Tahap Persimbolan seperti rajah di bawah. Pemeringkatan bermula dari konkrit ke
abstrak. Teori ini menyatakan bahawa kesan media yang berbeza dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ia dapat mengubah kefahaman pelajar daripada yang sukar kepada lebih mudah, iaitu
konkrit kepada abstrak.
Abstrak

Konkrit
Kon Pengalaman Dale

2.1 Tahap penglibatan

9
HBML 4303
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
710403-08-5982
_______________________________________________________________________

Tahap yang pertama ialah dalam Kon Pengalaman Dale ialah tahap penglibatan. Tahap ini terbahagi
kepada pengalaman sebenar, pengalaman tiruan dan lakonan main peranan.

2.11 Pengalaman Sebenar


Pengalaman Sebenar atau secara langsung memberi pengalaman pelajar melihat, memegang, merasa
dan mencium sesuatu secara langsung. Contohnya menyediakan air sirap di dalam kelas dalam
kumpulan. Bahan bantu mengajar yang diperlukah di sini adalah gelas, jug, gula, pewarna merah ais
dan air yang telah dimasak. Semasa murid menyediakan air sirap, mereka mendapat pengalaman
secara langsung. Setelah murid-murid selesai, guru bolehlah menerapkan sistem bahasa yang
digunakan untuk membuat air sirap. Contohnya: Penanada wacana- kemudian, selepas itu, akhirnya
dan sebagainya.

2.12 Pengalaman tiruan


Pengalaman tiruan juga disebut sebagai pengalaman tidak langsung (contrived). Bahan bantu mengajar
yang dapat digunakan seperti model, objek atau spesimen. Misalnya, murid-murid dapat melihat
dengan dengan lebih jelas binaan sebuah atom . Walaupun model tidak mempunyai binaan yang sama
dari saiz dan “kompleksiti” akan tetapi ia dapat memudahkan pelajar memahami pelajar satu-satu
perkara yang tidak dapat dilihat secara langsung.

2.13 Pengalaman main peranan


Murid-murid yang mengambil bahagian dalam main peranan adalah berbeza dari segi penglibatan
murid-murid. Walaupun kedua-dua pengalaman ini berguna, murid-murid yang menjayakan drama
adalah lebih langsung pemglibatannya dan boleh diletakkan pada kategori lebih hampir dengan dasar
kon.

Bahan bantu mengajar yang digunakan untuk melakonkan sesuatu drama bergamtung kepada
cerita yang hendak ditontonkan. Jika drama tersebut mengisahkan peristiwa Pembukaan Melaka untuk
mata pelajaran Kajian Tempatan, bahan yang diperlukan ialah pakaian pelakon, “setting” pentas, kesan

10
HBML 4303
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
710403-08-5982
_______________________________________________________________________

khas dan sebagainya. Walau bagaimanapun guru juga boleh menggalakkan murid membuat drama
secara spontan dengan hanya bantuan bahan mengajar seperti skrip pendek.

2.2 Tahap Penglibatan


Tahap penglibatan melibatkan empat peringkat iaitu demonstrasi, rakaman, televisyen, dan pameran.
2.2.1 Demonstrasi/ Tunjukcara
Demonstrasi merupakan penerangan secara pandang terhadap sesuatu fakta, idea atau fenomena
penting. Demonstrasi memerluakn murid-murid membuat pemerhatian yang teliti. Contohnya, guru
membuat demonstasi cara membuat layang-layang, murid-murid memerhatikannya dengan teliti dan
menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. Bahan bantu mengajar yang perlu digunakan untuk
demonstrasi ini ialah kertas, buluh, gam dan tali.

2.2.2 Rakaman
Kategori ini meliputi kaedah pengajaran yang menggunakan bahan pengajaran seperti gambar (slaid,
jalur filem, ilustrasi) radio dan alat rakam. Contoh pengajaran yang boleh digunakan ialah guru
memperdengarkan rakaman suara seorang murid-murid yang telah menyertai pertandingan syarahan.
Ini secara tidak langsung mengajar murid tentang sebuan dan intonasi yang betul.

2.2.3 Televisyen
Guru juga boleh menggunakan televisyen sebagai bahan bantu mengajar. Kini, Astro telah dibekalkan
di hampir setiap sekolah. Murid-murid menerima pengalaman tidak langsung apabila menonton siaran
yang berinfomasi seperti “Animal Planet” dan “National Geographic”

2.2.4 Pameran
Pameran sering kali diadakan terutamanya semasa kunjungan Klinik Kesihatan atau Agensi Antidadah
Kebangsaan. Walaupun pameran ini diadakan di luar kelas, informasi yang diterima boleh digunapakai
di dalam kelas. Bahan bantu mengajar berbentu poster jika ditampal di dalam kelas dapat
menyuburkan lagi pengalaman mereka.

11
HBML 4303
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
710403-08-5982
_______________________________________________________________________

2.2.5 Lawatan
Lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang menarik (terutamanya lokasi yang bersejarah)
membantu murid-murid untuk menghayati dan memahami latar belakang dan sejarah sesuatu tempat
itu dengan lebih mendalam. Murid-murid membuat pemerhatian tentang maklumat yang diperlukan
semasa lawatan. Itulah disarankan sebelum memulakan lawatan, setiap murid diberi tugasan untuk
memastikan lawatan mereka tidak sia-sia. Contoh bahan bantu mengajarnya ialah, tugasan kepada
murid-murid (mungkin berbentuk fail, buku nota, pen).

2.3 Tahap persimbolan


Tahap ini melibatkan penggunaan simbol pandang yang dianggap tidak begitu realistik. Pengalaman
yang diterima oleh murid-murid diterima dalalm bentuk abstrak. Persimbolan terbahagi kepada dua
iaitu simbol lisan dan simbol visual.

2.3.1 Simbol lisan dan simbol visual


Simbol lisan berada di puncak kon. Kaedah ini tidak menunjukkan apa-apa persamaan antara idea
yang disampaikan dengan kaedah, seperti kuda atau berasa seperti kuda. Menurut Sulaiman Ngah
Razali (2001) simbol ini terdiri daripada perkataan yang konkit (kuda), idea (kecantikan), dasar
saintifik (hukum graviti), formula (H20), falsafah (buat baik berpada-pada) dan sebagainya. Di tahap
ini pelajar hampir boleh mentafsir sendiri pengalaman yang abstrak tanpa memerlukan bahan bantu
mengajar . Pelajar boleh memanfaatkan aktiviti pembelajaran yang abstrak asalkan mereka telah
mempunyai banyak maklumat konkrit yang boleh digunakan bagi mentafsir konsep abstrak tersebut.
(Edgar Dale, 1946).

12
HBML 4303
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
710403-08-5982
_______________________________________________________________________

RUJUKAN

Awang Had Salleh.(1974).Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya Zaman British .


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Had Salleh.(1980).Pendidikan ke arah perpaduan.Kuala Lumpur: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Juriah Long, et al. (1992). Perkaedahan pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti.
Kamaruddin Hj. Husin.(1994). Asas pendidikan III: Perkembangan dan perlaksanaan
kurikulum. Kuala Lumpur: Longman.
Kamarudin Haji Husin, et al. (1997). Pengajian Melayu 1 Ilmu bahasa dan kecekapan
berbahasa, Subang Jaya: Kumpulan Budiman.
Kamarudin Haji Husin, et al.(1998). Pedagogi bahasa: Perkaedahan. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Koh Boh Boon. (1989). Perspektif-perspektif dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu
tahun satu, kurikulum baru sekolah rendah. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia
S.Nasution.(2008).Kurikulum dan Pengajaran Tahun . Jakarta: Bumi Aksara
Sufean Hussin.(2002). Dasar pembangunan pendidikan Malaysia : teori dan analisis. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sulaiman Ngah Rajali. (2001). Pedagogi: teori dan praktik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

13
HBML 4303
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
710403-08-5982
_______________________________________________________________________

LAMPIRAN

14
HBML 4303
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU